Abah kemana saja dgn beg laptopnya. Satu hari ak tjumpa ‘sarung’ dlm beg laptop abah, pelik juga sebab mak bukannya kerja sekali dgn abah pun, ak tanya mak dan jawapan mak bg buat aku terkejut

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Saya dibesarkan oleh dua ibu bapa yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun tidak kaya tapi keperluan saya dan adik-beradik tidak pernah kurang. Saya anggap abah seorang abah yang sangat baik. Abah selalu kerja keras untuk cari rezeki dan selalu pergi outstation setiap minggu atas urusan kerja. Tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai abah dan meluang masa untuk anak-anaknya. Sekurangnya itu apa yang saya anggap…

Semasa saya di alam persekolahan (mengengah), dalam 10 tahun yang lalu, saya ternampak mesej abah dengan perempuan lain. Bersayang rindu bagai. Remuk hati saya. Mak jenis yang tidak cek handphone atau pergerakan abah. Abah bebas buat apa sahaja. Mak tidak akan pernah mengongkong.

Bila fikir balik, saya terimbas kembali sewaktu saya kecil dalam umur 4 tahun saya teringat kali pertama dan terakhir saya melihat mak dan abah bergaduh dihadapan kami adik-beradik. Sebabnya abah mahu keluar malam tetapi mak tidak setuju dan abah teruk marah. Sejak dari itu mak tidak pernah menghalang pergerakan abah. Malah dibiarkan sahaja jika mahu pulang lewat malam atau pagi. Sudah lali hampir 30 tahun hidup bersama.

Walaupun remuk hati saya lepas baca mesej abah dan wanita lain, saya diamkan sahaja. Saya hormat abah macam biasa. Tidak pernah bangkitkan pasal isu ini. Mesej sahaja. Tak lebih. Alaa… lelaki kan, semua sama sahaja. Saya pujuk diriku. Tetapi saya kasihankan mak. Sampai hati dia buat orang yang saya sayang macam tu.

Ada satu tempoh masa dahulu, abah selalu kemana-mana bersama bag laptopnya. Pergi kerja, pergi jalan, pergi keluar walaupun bukan urusan kerja. Satu hari, saya ingin mencari barang di dalam bag laptop abah, dan terjumpa knd0m di dalamnya. Macam-macam bermain di fikiran. Yang paling penting, kenapa perlu bawak knd0m ke tempat kerja. Mak bukan kerja sama abah pun. Saya diamkan lagi…

Satu hari rakan sekerja abah, mak cik B, ada urusan (bukan hal kerja) di luar negeri dan minta abah menemannya sebab abah arif dalam hal itu. Mak pun biarkan sahaja abah pergi bersama B. Tak lama, balik hari sahaja beberapa jam selesai urusan. Saya pulak banyak tanya kepada mak kenapa abah perlu ikut, kenapa tak suruh suami B sahaja selasaikan urusan itu dan berapa lama.

Saya bukak mesej mak dengan abah. Awalnya kata tidak lama. Tapi tiba-tiba abah mesej kata urusan tergendala beberapa jam. Kena tunggu dan mereka pergi jalan di kota untuk membuang masa. Kenapa saya bukak mesej mak…sebab saya nampak abah bawak bag laptopnya. Urusan itu tak memerlukan laptop. Air mata saya jatuh bila nampak abah bawak bag laptop dia pergi jumpa perempuan itu. Tak tenteram hati. Kasihan dekat mak…

Saya rasa mak ada syak atau tahu sesuatu tapi dia tidak akan pernah menceritakan kepada anak-anaknya. Berpuluh tahun hidup bersama mustahil tidak tahu perangai suami walaupun tidak cek handphone. Dia selalu berseloroh, kalau abah mahu kawin lagi kawin la. Saya pulak rasa marah.

Bertahun saya simpan rasa marah kepada abah tetapi tidak pernah tunjuk kepada dia sebab salahnya bukan kepada saya tapi kepada ibuku. Dia abah yang baik tapi bagi saya dia bukan suami yang baik pada pandanganku. Bila saya meningkat dewasa baru saya nampak banyaknya korban ibu sampai abah banyak lepaskan tanggungjawab kepada ibu.

Bertahun saya bergolak dengan perasaan saya sendiri. Saya tak percaya lelaki. Saya marah abah tapi dia tidak salah kepada saya dan sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Saya sayang abah sangat. Hari ganti hari saya cuba redha. Saya buat keputusan untuk lepaskan hal ini dan biar dia dengan rahsianya. Saya tetap akan sayang dia macam biasa. Biarlah tidak konvensional, sekurangnya dia tidak tunjuk depan-depan. Saya pujuk diri…

Sampailah satu hari, abah masuk wad… Tidak serius pun sakitnya, mak beritahu saya supaya tidak perlu tergesa pulang. Saya pulang pada hujung minggunya dan mak pun ceritalah perkembangan abah. Tiba-tiba mak cerita, B datang bawak bubur untuk abah. Lantas saya bertanya semula kepada mak. Kenapa dia perlu datang? Suami dia tidak ikut ke? Mak jawab pendek dan terus alih topik. Saya syak dia tahu saya marah B ni. Mak bukan b0doh cuma dia tak nak besarkan hal.

Yang buat saya marah, makin berani B ni datang depan mak saya. Nasib bukan depan saya. Sampai sekarang saya tak pernah jumpa B. Saya tanak. Kalau saya nampak dia depan-depan saya akan kurang ajar. Dah ada suami tapi sibuk dengan suami orang lain. Memang kurang kasih sayang pun sebab dia isteri kedua suaminya.

Kadang-kadang saya jeling phone abah saya nampak dia masih lagi mesej abah sampai sekarang pada waktu malam. Normal kah isteri orang bermesej dengan suami orang pada waktu malam. Lagipun mereka sudah tidak kerja di pejabat yang sama lebih bertahun sudah.

Bagi saya lelaki tetap lelaki walaupun dia abah saya. Saya banyak baca kes cur4ng sekarang tapi sikit pon saya tak terkejut. Lelaki… kalau ada peluang takkan dia lepas. Beza halal haram je.

Kalau yang nak halal dia kawin lain. Kalau haram, buat lah perempuan simpanan macam abah saya. Hahahaha… Paling baik pon akan terfikir perempuan lain jugak cuma tidak bertindak. Dah lali. Jangan lah percaya lelaki bulat-bulat. Dan jangan lah harap banyak sangat daripada mereka ni. Nanti merana…

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Tajuk ‘Luahan Rasa Anak Bila Ayah Cur4ng’. Kisah bermula tahun 2007, ketika aku berusia 17 tahun. Aku ada 2 orang adik lelaki. Masa tu umur mereka 14 tahun dan 4 tahun. Adik bongsu aku jarak 13 tahun dengan aku.

Kami tinggal di rumah flat 2 bilik. Mak aku ambil upah buat kuih dan jahit baju. Ayah kerja di kilang. Hidup kami tak senang tapi Alhamdulillah cukup semua. Tahun 2006, tempat kerja ayah tawarkan ayah aku ikut kursus kat luar negara. Kalau ayah lulus, dapat tawaran naik pangkat dan gaji.

Setahun lebih mak berk0rban jaga rumah dan anak-anak demi nak support ayah kejar impian. Masa tu mana ada video call, dapat dengar suara ayah guna telefon rumah je. 2007, tahun aku nak SPM. Ayah balik dalam pertengahan tahun. Ayah dinaikkan pangkat, gaji ayah tak silap dalam 4-5k. Ayah janji nak bawa kami ke rumah yang lebih selesa sebab masa tu aku kongsi bilik dengan adik lelaki.

Masa aku hampir nak SPM, aku perasan ayah berubah sejak ada handphone. Masa tu tengah famous Nokia 3310. Aku bangun study tengah malam, aku dengar suara orang bercakap di ruang tamu. Bila aku jenguk, rupanya ayah tengah berborak.

Ayah bagitahu aku, bos dia call nak cakap hal kerja. 4 pagi bos call? Aku tak syak apa-apa sampailah aku rasa sesuatu bila ayah bawak handphone dia masuk bilik air. Keadaan jadi bertambah pelik bila balik kampung, ayah tak nak ikut beraya rumah saudara. Ayah cakap penat, nak tidur, sakit kepala.

Tapi kebetulan ada satu masa tu, ayah tak perasan sorang pakcik aku ni, tak ikut beraya sekali. Jadi ayah aku cakap kuat-kuat dengan ‘bos’ di ruang tamu rumah nenek sebab ingatkan tiada orang di rumah.

Pakcik aku ni dapat dengar dengan jelas ayah aku duk bersayang, cinta bagai di telefon. Bila kami balik ke rumah, pakcik aku terus panggil nenek (mak kepada ayah) dan mak aku. Menangis mak aku terduduk.

Nenek panggil ayah aku minta penjelasan. Tahu apa alasan ayah aku? Mak aku dah tak melayan ayah aku. Ohh mudahnya alasan. Di sinilah bermula hilangnya istilah Rumahku Syurgaku bila ayah mula cari setiap kesalahan mak. Ayah juga dah mula culas bayar sewa rumah, bil-bil rumah.

Duit gaji ayah yang agak besar pada waktu itu, tak cukup untuk menampung hidup kami. Walhal masa gaji ayah sikit, cukup je semua. Tuan rumah datang minta duit sewa sebab dah 2 bulan ayah tak bayar. Alasan ayah, banyak benda nak bayar. Pelik aku sebab ayah bukan beli kereta baru, tetap guna kereta lama. Rumah pun kami masih sewa flat yang sama.

Masa ni lagi sebulan nak SPM, aku sangat stress fikirkan mak yang terpaksa berhempas pulas cari duit. Tahun depan pulak, adik aku 5 tahun nak masuk tadika. Aku pulak nak sambung study lepas SPM.

Akhirnya mak gadai barang kemas untuk setel kan sewa rumah. Alhamdulillah dengan berkat doa mak yang hari – hari bacakan Yasin masa aku SPM, aku tersenarai pelajar ke7 terbaik dalam result SPM sekolah. Aku sekolah harian biasa je.

Ayah aku masih dengan tabiat dia berkepit dengan handphone. Kerap sangat tak balik dengan alasan outstation. Aku paling kesian dengan adik bongsu, dia tak merasa kasih sayang ayah sedangkan ayah yang nak sangat sorang lagi anak.

2008, aku dapat offer matrikulasi 1 tahun. 1jam perjalanan dari rumah ke matrik. Aku terima walaupun hati rasa berat nak tinggalkan rumah. Fikirkan mak, adik-adik aku. Adik aku yang sorang nak PMR, yang bongsu tadika. Mak pulak kena cari duit lebih sebab ayah bayar sewa rumah dan bil ikut suka dia. Nak bayar, bayar. Tak nak bayar, ayah lepaskan pada mak.

Aku pernah beri duit elaun matrik pada mak untuk beli barang dapur. Aku menangis dapat tahu mak tiada duit nak beli beras. Aku telefon ayah dan luahkan semua rasa sakit hati aku tapi ayah putuskan talian tiba-tiba. Sakitnya hati aku kenapa ayah berubah macam ni.

Habis matrik, semua sibuk isi UPU nak sambung degree. Tapi aku pilih untuk tak sambung. Aku kena kerja untuk bantu mak dan adik-adik. Mak tak membantah sebab mak dah terlalu penat, kecewa dengan sikap ayah. Adik aku yang remaja memberontak sebab ayah suka marah dia tanpa sebab.

Tak sambung degree, bermakna tiada makna lah sijil matrik aku. Aku mohon kerja kerani guna sijil SPM. Aku simpan saja impian aku nak sambung degree. Biarlah asalkan hidup mak dan adik-adik terjamin. Aku tak nak berharap dah pada ayah.

Tentang ayah pula, aku pernah ambil telefon ayah dan baca semua mesej dengan perempuan itu. Maklumat tentang check in hotel, resit beg tangan dan restoran yang mereka pergi semua aku catat.

Masa tu 2009, baru nak kenal internet. Aku bawa adik bongsu aku ke cyber cafe, buka Google. Aku cari ke mana hotel mereka pergi. Jenama beg tangan yang ayah belikan pun aku Google.

Balik rumah aku menangis. Sampai hati ayah habiskan duit untuk perempuan yang entah siapa, tapi untuk isteri dan anak-anak berkira. Kadang-kadang mak ambil upah mengasuh anak jiran hari minggu kalau suami isteri nak keluar berdua. Tapi ayah marah, katanya bising rumah dengan baby

Ayah bersiap dan terus keluar. Kalau tak mengasuh, mana nak dapat duit? Dengan duit itulah nak teruskan hidup. Masa berlalu, ayah masih lagi dengan sikap acuh tak acuh dengan keluarga. Duit tak pernah cukup. Kenapa tak cukup? Sebab tak berkat.

Duit habis dengan perempuan, berfoya-foya. 2015, setelah kewangan aku stabil, adik habis diploma, aku bawa mak dan adik-adik pindah rumah. Aku malas nak ambil tahu pasal ayah. Biarkan lah dia. Alhamdulillah adik bongsu dah habis sekolah. Aku pun dah 31 tahun. Doakan kami sekeluarga dapat duduk rumah sendiri pula.

Dan untuk kau Amni yang dengar cerita suami orang kononnya isteri serba serbi buruk, kau tahu ke apa suami tu buat? Kau tak tahu pun sebab buat apa nak tahu kan. Kau balik rumah boleh senang lenang terus tidur ke, mandi sental badan dengan skrub ke, syampu lama-lama ke, balas wassap sampai telefon meletup pun takpe.

Tapi isteri? Balik rumah nak kena susukan anak, anak yang sekolah nak kena tengokkan kerja sekolah. Baju tak iron lagi, masak lagi. Dapat suami yang membantu, syukur. Kalau dapat macam jenis suami yang kau dating tu? Kau rasa kalau dia tolong isteri dia kat rumah, dia ada masa ke nak keluar dengan kau?

Kau balik kerja, kau tiada komitmen apa-apa. Sebab tu lelaki suka. Anytime je on. Isteri pulak? Takkan nak berjimba bagai macam kau. Mau 7 keturunan kena sumpah isteri derhaka. Isteri marah suami kat telefon sebab balik kerja lambat? Kau tau tak Amni, ada isteri yang dari tengahari suruh suami balik sebab anak demam panas.

Suami bagi alasan kena tunggu petang. Sampai ke petang tak balik. Isteri tebalkan muka minta tolong jiran bawa ke klinik. Suami pulak? Ohhh rupanya dating. Kau tak malu ke Amni- dan yang seangkatan dengan kau. Kau curi masa dan hak seorang anak? Lepastu kau pun keluar teori, isteri dia ni tak lemah lembut, tak manja. Kau ada fikir tak hati perasaan isteri dan anak-anak lelaki yang kau tidur tu?

Waktu aku call perempuan yang jadi orang ketiga tu, perempuan tu cakap kat aku ‘suruh mak kau jaga laki dia elok-elok sebab bapak kau cakap mak kau buruk’. Sampai harini aku ingat apa yang perempuan tak guna tu hambur kat aku demi nak tunjukkan dia tak salah, ayah aku tak salah tapi mak aku yang salah.

Dan yang menyokong sangat si Amni tu terutama lelaki, memanglah seronok kan sebab Amni bagi justifikasi kenapa suami orang cur4ng. Cuba kalau Amni cakap dia insaf, dia nak kahwin. Habis dah keluar ayat ‘hantaran 20k ke ni, lelaki baik tak ungkit masa silam’.

Korang tak rasa apa aku rasa, mungkin sebab family korang bahagia. Atau mungkin ayah korang pernah cur4ng tapi mak korang pendam sorang. Korang mungkin tak tahu apa yang mak korang dah korbankan untuk keluarga sebab tu korang tiada empati kat isteri yang teraniaya sebab suami cur4ng.

Pesan aku, jagalah family baik-baik. Nanti dah tua anak-anak tak nak jaga, anak pulak dikata derhaka sedangkan masa sihat dan kaya, lupa dunia. Wassalam.– Teratai (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Apa kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply