“Abang..tak tahan”-Rintihan Ira sambil pgg kuat tangan aku.Tersungkur aku bila dktor ckp mengenai isteri aku

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Asalamualaikum para pembaca budiman. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Admin sekiranya tulisan saya ini dipilih untuk disiarkan.

Pertama sekali benarlah di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa terluang sehingga menjebakkan saya membaca luahan perasaan para penulis di sini. Saya se0arang pelaut yang dikenali juga sebagai 0ffsh0re.

Saban minggu berada di Laut China Selatan sejak 10 tahun yang lepas. Saya pernah punyai kekasih sehebat ‘Balqis’, saya pernah punyai kesetiaan seikhlas Balqis, saya pernah rasai kasih sayang setulus Balqis.

Kekasih yang selama ini setia, sayang dan menunggu kepulangan saya sepanjang saya di lautan luas.

10 tahun lalu, talian di atas kapal tidaklah semudah sekarang. Dapat berhubung dengan yang tersayang 5 minit pun cukup lah. Begitulah setianya kekasih saya yang saya kenalkan sebagai Ira.

Kejadian itu membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan kami.

Setelah berbincang, keluarga saya menghantar r0mb0ngan merisik dan diikuti pertunangan kami. Hanya disaksikan kedua keluarga. Majlis kecil yang cukup meriah.

Saya masih terbayang anggunnya Ira ketika majlis itu. Senyumnya cukup manis, ayu wajahnya mententeramkan hati saya, lembut tutur katanya sentiasa menenangkan jiwa saya.

Kehadiran Ira cukup menyempurnakan hidup saya. Saya terus bekerja mengumpul duit untuk menghalalkan Ira. Perancangan rapi untuk kehidupan selepas kahwin itu perlu.

Ira membentangkan kira-kira untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin kami. Saya bersetuju dengan perbentangan Ira. Perbentangannya cukup jelas. Allah…. Bagaimanalah saya tidak jatuh cinta dengan wanita ini?

Namun, dalam pada itu saya bahagia. Punyai isteri yang menyayangi saya setulusnya. Setiap kali itulah saya memujuk agar dia bersabar. Perjalanan hidup saya bersama Ira amat bahagia. Ira isteri yang sempurna di mata saya.

Namun, kami diuji. 3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Ira sentiasa meminta maaf setiap kali membuat ujian kehamilan dan ternyata negatif.

Saya memujuknya, Allah tidak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dikurniakan zuriat. Kita bersabar dan berusaha lagi. Ira akur. Menjelang ulang tahun kami yang ke 4. Hadiah teristimewa dari Ira, isteri saya yang tersayang.

“Abang, Ira mengandung”.

Alhamdulillah syukur tak terkira. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah untuk berjumpa Ira! Temp0h 2 hari sebelum sampai ke darat amat lama dirasakan.

Sepanjang temp0h kehamilan, Ira tidak mengalami alahan teruk. Cuma baby suka minta makanan menjelang tengah malam. Menggelabah saya. Mana kan tidak, jika tak dapat, muncunglah wajah kesayangan saya itu.

Senyuman yang cukup membahagia dan mententeramkan hati saya. Menjelang hari kelahiran buah hati kami, Ira nampak gelisah. Dia kerap menyuarakan kerisauannya.

“Abang, kalau Ira tak ada nanti, abang kahwin lain tak?”. Saya ketawa. Saya tanyakan, “Sayang nak ke mana?”. Mukanya bertukar serius. “Mana lah tau, sayang tak sempat besarkan anak-anak kita.” Jelas kerisauan di wajah ibu kepada anak-anakku.

Saya jawab tenang,

“Sayang jangan fikir bukan-bukan sebab sayang dah janji nak bagi abang sed0zen anak dan kita akan besarkan di0rang sama-sama”. Walaupun agak gusar di hati saya.

Ira memandang mata saya dengan penuh cinta. Digenggam tangan saya dengan rasa sayang.

“Abang, Sayang tak tahu berapa lama Allah pinjamkan abang untuk sayang, tapi sayang harap abang bahagia selama sayang jadi isteri abang.

Sepanjang di dalam bilik itu tak putus Ira mem0h0n ampun maaf, menitip pesan supaya saya menjaga zuriat kami sekiranya dia tewas. Hati di dada bagaikan nak pecah mendengar kata-kata itu.

Saya katakan pada Ira,

“Hanya sayang yang layak jadi ibu untuk anak-anak abang. Kita akan besarkan anak-anak kita seperti yang kita impikan”.

Saya kucup lembut dahi wanita dambaan hati saya sejak dulu dan selamanya. Nurse datang untuk check laluan. Kata nurse, sekejap lagi Ira akan dit0lak ke LR. Saya mengangguk. Saya diberi kelengkapan untuk masuk bersama-sama.

Suasana yang tak akan pernah saya lupakan. Ira menggenggam kuat tangan saya untuk push bayi kami. Nurse dan d0kt0r tak putus memberi kata semangat. Saya di sisi Ira juga tak putus mengingatkan Ira pada Allah, memberi kata semangat.

Tepat jam 9.45 malam 3 September 2014.

“Tahniah bayi awak selamat. Baby girl jugak ye”.

Dan diikuti,

“Maafkan saya encik, saya tak mampu selamatkan isteri encik”.

Gelap. Itu yang saya rasakan. Terduduk dan tiada kata yang mampu saya ucapkan. Keluarga saya yang mendengar berita itu turut terkejut. Mak menarik tangan saya untuk bangun.

Dipeluknya jasad saya yang bagaikan telah hilang r0hnya. Lembik. Abah turut sama memeluk saya untuk memberi kekuatan. Sungguh, saya lemah. Kehilangan Ira disaat ini?

Tujuan cerita ini dik0ngsi cukuplah untuk menjadi bacaan kalian. Hargailah insan yang menyayangi dan mencintai kita dengan tulus ikhlas.

Ini kerana, untuk menyayangi sese0rang mungkin mudah tetapi untuk mendapatkan sese0rang yang benar-benar menyayangi kita dengan tulus amat susah.

Insan yang sanggup menunggu saya pulang ke darat tanpa cur4ng, yang sabar menanti saya pulang dengan penuh rasa sayang, yang tetap memahami kerja saya walau pelbagai dir4cun pelbagai 0rang, yang menjalani hidup dengan tabah walau pelbagai dugaan datang bertandang.

Saya mengambil masa untuk menulis nukilan ini kerana saya bukanlah penulis yang baik. Sem0ga penceritaan ini sampai ke hati tuan/puan.

Menyayangi dan mencintai 0rang adalah mudah. Mendapatkan kasih sayang dan cinta dengan tulus dari 0rang yang kita cintai itu amatlah payah.

Asalamualaikum dan terima kasih meluangkan masa membaca cerita yang panjang ini. Saya juga menyusun sepuluh jari sekiranya penulisan saya ini menc3derakan hati mana-mana pihak.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih!

Leave a Reply