Abangku jadi saksi bgaimana layanan ibu terhdpp aku dari dulu smpai skrg tp dia hnya diam membisu takut kena m4ki.Aku naik rimas dgn ibu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca di bawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih admin kerana sudi kongsi cerita saya ni.

Nama aku Iman, umur pertengahan 40. Sudah berkeluarga dan dikurniakan suami yang baik, anak-anak yang sempurna dan keluarga mertua yang baik. Alhamdulillah.

Aku nak kongsikan tentang ibu aku. Ya ibu, yang sudah terlambat seperti tajuk di atas. Kenapa terlambat? Apa yang terlambat?

Aku membesar sebagai kambing hitam dalam keluarga. Tidaklah liar atau sosial, cuma paling tidak ada rupa dan tidak pandai seperti adik beradik aku yang lain.

Pencapaian aku biasa-biasa sahaja. Jadi, layanan ibu sangat berbeza terhadap aku berbanding kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik.

Ibu selalu mencemuh aku di hadapan ahli keluarga kami termasuk saudara mara sehinggakan mereka tanpa segan silu turut mencemuh aku sehingga hari ini.

Cemuhan mereka tidaklah begitu biadap tetapi cara layanan dan percakapan sudah sebati dalam diri mereka.

Situasi-situasi ini semua menjadikan aku seorang yang sering membawa diri.

Di bangku sekolah, aku sibukkan diri dengan aktiviti sukan, badan beruniform dan persatuan. Namakan sahaja aktiviti yang menjanjikan aku tidak berada di rumah, pasti aku sertai. Malam-malam pula aku pergi ke kelas tuisyen.

Apabila sudah mula belajar jauh dari rumah, aku jarang balik. Jika cuti semester, semua kawan-kawan aku tidak sabar untuk balik, aku pulak sebaliknya.

Aku akan balik ke rumah paling lewat dan kembali ke tempat belajar paling awal. Aku masih lagi aktif berpersatuan untuk dijadikan alasan pulang ke tempat belajar awal.

Ibu sering bercakap seperti merendah-rendahkan aku. Malu untuk bercakap tentang aku dekat dengan kawan-kawannya. Tetapi aku lah yang dijadikan orang gaji di rumah. Semua perkara mesti aku selesaikan.

Jika tidak, m4ki hamun la makanan aku. Ibu sering m4rah-m4rah. Jadi untuk mengelakkan ibu m4rah, aku akan selesaikan semua kerja rumah. Namun, ada sahaja benda yang dia nak ma4rahkan.

Jika diingatkan sekarang, aku rasa lucu pula. Ada sahaja perkara yang dia nak m4rahkan jika aku di rumah. Seperti aku parasit yang meny4kitkan mata wujud di rumah itu. Apa sahaja aku buat, tidak senang di mata ibu.

Fast forward, aku berkahwin dan mempunyai anak. Ibu mertua aku sangat menyayangi aku. Peluk cium itu biasa. Dialah figura ibu tempat aku bermanja. Aku diberikan bermacam-macam benda dan sangat dihormati sebagai seorang individu.

Sejak daripada itu, ibu aku seperti cemburu. Dia mula ambil berat dan bertanya macam-macam pada aku. Suamiku pula jadi menantu kesayangan dia dan semua sempurna pada dia.

Ibu mula minta aku selalu pulang ke rumah. Layanan ibu terhadap aku begitu berbeza, sangat baik dan ambil berat. Selalu masak sedap-sedap bila aku balik. Padahal sebelum ini, jika aku balik tidak pernah hiraukan makan minum aku.

Kemudian, ibu siap minta aku dan suami berpindah duduk di rumah mereka dan menawarkan untuk jaga anak-anak aku.

Aku dan suami sudah bina hidup bersama beratus kilometer dari ibu aku dan memang mustahil untuk pulang ke kampung tinggal bersama ibu aku, apa lagi satu rumah.

Aku jadi rimas bila ibu begitu ambil berat tentang aku. Aku tak terbiasa. Bertahun-tahun ibu ajar aku untuk hidup tanpa bantuan dan kasih-sayang selayaknya, tiba-tiba ibu nak masuk campur urusan hidup aku.

Tiba-tiba ibu nak ‘involve’ dengan perkembangan aku. Disebabkan aku sudah biasa dengan cara aku, cubaan ibu untuk tunjuk kasih-sayang terhadap aku jadi janggal.

Aku tahu dia mengadu pada salah satu abang aku dan abang aku sentiasa menasihati aku untuk membuka hati aku untuk terima ibu dan berbuat baik pada beliau.

Pada masa yang sama, abang aku sendiri faham kenapa aku memberi reaksi kurang senang dengan cara ibu sekarang.

Abang menjadi saksi layanan ibu terhadap aku dari dulu tetapi sebagai anak, tiada apa yang dia mampu lakukan. Dia pun t4kut jika dim4ki hamun dulu.

Bila sudah menginjak ke alam dewasa, abang lah tempat ibu bertanya tentang aku sebab aku rapat dengan abang. Kami sering bersembang diaplikasi wh4tsapp walaupun kini tinggal di negeri yang sama.

Jangan salah sangka, aku masih ambil berat tentang ibu aku tapi tiada sentuhan kasih sayang, kongsi aktiviti harian dan minta pendapat sepertimana aku dengan ibu mertua.

Dengan ibu, aku cuma hulurkan wang ringgit dan beli macam-macam. Aku pulang ke kampung setiap bulan dan bagi duit lagi.

Itu sahaja yang aku selesa buat dan aku tak tahu macam mana lagi untuk tunjuk aku ini anak dia. Aku cuba untuk mesra dengan beliau tetapi aku seperti trauma layanan yang aku dapat sepanjang membesar di bawah jagaan beliau.

Bagi aku, ibu sudah terlambat. Terlambat tunjuk kasih sayang. Ibu terlambat untuk ambil berat dan ikut campur urusan hidup aku. Aku sudah terbiasa dengan didikan ibu untuk sentiasa buat semua perkara sendiri.

Iman sayang ibu, ibu. Nanti Iman balik lagi, bawa cucu-cucu ibu.– Iman (Bukan nama sebenar)

Apa Kata Anda.M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah..Terima Kasih krn sudi membaca.Sumber iiumc

Leave a Reply