Abg selalu lemah dan sakit, tapi sejak dengar ayah cakap tu, dia bukan main suruh adik bongsu aku check kan bini dia. Sejak tu baru lah abg ada semangat sikit.

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Aku Jojie. Anak ketiga dari 4 beradik. Ni kisah pasal Balong aku.

Balong dan Bangah aku kembar. Muka sama, tapi sikap perangai jauh berbeza. Kehidupan Bangah aku very bright, Bangah belajar pandai, kerja bagus, peramah, ramai orang suka. Tapi Balong aku tak macam Bangah.

SPM berderet F, TH. Lepas SPM, Balong tak sambung belajar, dia duduk rumah, tolong2 dekat petrolpump mak, dia lah yang rempit hantar ambil aku ke sekolah dulu2. Dia lah yang masak, suap aku dan adik makan nasik. Walaupon menganggur, fail SPM, tak mampu hulur duit tiap bulan, tapi dia banyak bantu guna kudrat.

Mak ayah aku tak pernah beza bezakan layanan dekat Balong dan Bangah. Pandai ke tak ke, mak ayah aku layan sama je. Tapi Opah dan makcik pakcik aku selalu beza bezakan Balong dan Bangah. Sampai satu tahap, Balong aku stop balik kampung.

Bukan sebab dia tak boleh tahan bila orang bad mouth dia, tapi sebab dia kesian dekat mak bila tiap tahun kena hadap telinga dengar benda sama. Keluarga aku diuji teruk masa tahun 2013. Bangah aku buat masalah, terlibat dengan kes pecah amanah. Mak ayah aku struggle teruk g1la nak selamat kan Bangah.

Ayah aku jual tanah, mak aku gadai harta yang ada. Balong aku jual superbike dia. Demi Bangah. Paling sebak bila mak ayah aku mintak maaf sebab tak mampu nak hantar aku sambung degree. Status family aku berubah serta merta. Dari senang terus mengemis. Aku kecewa, tapi pujuk hati sebab family aku tengah susah.

Tapi, Balong aku betul penyelamat hidup aku. Hari daftar universiti, dia rempit bawak aku pergi daftar. Padahal masa tu dia duit pon tak ada. Kami tawakal je. Bayar duit yuran pon sebahagian je dulu. Aku nekad belajar rajin rajin dan Alhamdulillah, semester dua, aku dapat biasiswa.

Masa aku dekat universiti. Aku sebilik dengan Nisa. Dia ni nakal sikit. Liar. Jenis buat hal sendiri, tak ambil campur hal orang. Selama aku duduk dengan Nisa, aku sorang je yang banyak berkongsi cerita, dia sekadar mendengar. Dia tak pernah share apa2 kisah hidup dia dengan aku.

Disebabkan rumah aku dekat je dengan universiti. So, aku selalu ajak Nisa datang rumah. Nisa ni anak orang senang. Jauh lagi senang dari family aku. Tapi low profile. Nisa ni cantik. Tapi attitute kelaut.

Dia kurang adab, takde ciri wanita solehah, tak fikir perasaan orang, selalu ignore orang yang tak penting dalam hidup dia. Dia takkan layan kau kalau kau tak bagi apa2 benefit dekat dia.

Dia suka buat benda ikut kepala dia. Misalnye dia ajak Balong aku kahwin, padahal dia tak pernah kenal pon Balong aku. Dia cakap, dia akan ubah hidup Balong aku kalau Balong kahwin dengan dia. Dan yang paling aku tak boleh brain bila Balong aku setuju. Mak ayah aku menententang habis habisan waktu tu, tapi Balong nekad, nak kahwin dengan Nisa.

Sebulan lepas kejadian tu, Nisa dan Balong kahwin. Kahwin free, tak ada hantaran, buat yang wajib je. Ayah Nisa bersyukur betul sebab ada jugak orang nak kahwin dengan anak dia. Nisa ni selalu buat masalah.

Waktu dia orang kahwin, ayah Nisa bagi RM20k dekat Balong aku. Dia suruh Balong aku guna duit tu dulu sementara nak survive. Ayah Nisa yakin g1la dengan Nisa, dia tahu power anak dia boleh ubah hidup Balong. Masa tu Nisa baru 20 tahun, Balong aku 25 tahun.

Dan macam yang Nisa janji, dalam masa satu tahun je, hidup Balong aku berubah serta merta. Nisa hari hari ulang alik dari universiti ke rumah aku, dia ajar Balong aku subject teras untuk re-sit SPM. Alhamdulillah, result cantik.

Dalam masa sama, dia cari tempat training skill, dia hantar Balong aku masuk kelas menjahit. 6 bulan Balong pergi kursus menjahit. Dalam masa setahun, hidup Balong aku berubah.

Aku yang paling seronok sepanjang satu tahun tu. Sebab 5-6 pasang baju aku dapat tiap bulan. Macam2 fashion. Balong jahit baju aku dan Nisa untuk bagi cekap. Lepas Balong aku dapat sijil professional. Ayah Nisa bawak Balong jumpa kawan kawan dia.

Dari sini lah, Balong aku start buat baju untuk kawan2 ayah Nisa. Mula dari jahit dekat rumah sampai Balong aku dah ada butik sendiri. Tahun 2015, Nisa suruh Balong aku pergi kursus buat kek. Tapi Balong aku taknak.

Dah selesa dengan bisnes sekarang. Tempahan pon banyak. Takut tak ada masa. Walaupon Balong aku ada pekerja lain, tapi Balong aku still jahit sendiri baju untuk clients yang besar2, penting2. Tapi, Nisa paksa jugak Balong aku pergi kursus buat kek. 9 bulan training buat kek. Sepanjang 9 bulan tu, tiap tiap minggu aku makan kek.

Sambil2 tu, aku tolong ambil order untuk kawan2 yang minat. Balong aku selalu jugak bukak booth kalau ada apa2 events kat universiti aku ni. Dia bukan bukak booth baju, tapi dia bukak booth kek.

Sebab kek dia student mampu beli. Kalau baju tu macam impossible sikit. Dan dia juga ambil tempahan untuk birthday, kahwin, dari sekecil kecil event sampai sebesar besar event. Dan Alhamdulillah, sekarang ni, Balong aku jual kek dalam butik dia. Mini cafe dalam butik.

Selama 4 tahun dia orang bergelar suami isteri, banyak benda yang berubah. Balong aku dari nobody terus jadi somebody. Adik bongsu aku belajar Medic dekat India tanpa sebarang pinjaman. Fully sponsored by Balong. Balong aku senangkan mak ayah. Mak aku dah tak kerja. Sekarang aku yang urus petrolpump mak.

Nisa pulak dah tak ada masalah attitude. Dah tak melawan, tak memberontak. Dulu aku tak pernah tengok Nisa solat, tapi sekarang Alhamdulillah. Dhuha dan solat malam tu dah macam solat wajib.

Tapi, sekarang Nisa nak bercerrai. Katanya, dia dah tunaikan janji dia, ubah hidup Balong. Tapi, Balong aku taknak. Balong aku depressed g1la. Sejak raya hari tu, Balong aku jadi tak terurus sikit. Nampak serabut je.

Aku cuba lah siasat punca Nisa nak cerrai. Aku pergi butik dan sembang dengan staff Balong. Baru aku tahu, rupanya Opah aku pernah datang butik Balong sebelum raya, perli Nisa sebab tak mengandung.

Opah aku cakap Nisa mandvl. Dan yang paling teruk Opah aku cakap, Nisa nak kikis Balong aku. Masa ni aku nak tergelak betul, sebab Opah aku ingat Balong aku tu berjaya atas usaha sendiri. Balong aku berjaya sebab Nisa.

Saat family aku tengah susah, Opah dan pakcik makcik aku sikit pon tak hulur bantuan. Bad mouth pasal family aku sampai satu kampung tahu kes Bangah ada lah. Tapi, bila Balong dah senang, semua buat baik dengan family aku.

Aku marah betul, aku cerita dekat mak dan ayah. Mak ayah aku relax, tak marah, tak melenting. Mak ayah aku terus stop bagi duit belanja dekat Opah dan family Paksu aku. Selalunya tiap awal bulan parents aku akan bankin duit dekat dia orang.

Tapi sejak kes tu, parents aku tak bagi sesen pon. Dan seperti yang dijangka. Opah dan family Paksu aku mula bising, call tak henti, anak anak Paksu aku buat kecoh dekat group, kata itu ini. Mak aku tak cakap banyak. Mak cakap, “jangan melampau”.

Mak cakap, sejak tu, ramai yang datang rumah aku. Opah, family Paksu. Family Maklong aku yang sibuk nak kahwinkan anak dia dengan Balong. Tapi, Balong aku tak layan. Balong aku tengah serabut nak pujuk Nisa. Nisa lari dah dekat 3 bulan, tinggal Balong aku sorang sorang.

Nisa sekarang dekat India, duduk dengan adik bongsu aku. Balong aku pernah pergi sana, pujuk Nisa balik, tapi, kena tolak mentah mentah. Balong aku balik Malaysia tanpa Nisa. Dia bagi masa bertenang kononnye.

Sejak balik Malaysia, Balong aku asyik tak sihat je. Muntah muntah. Demam. Emosi terganggu. Balong aku jadi childish g1la. Tengah tengok tv drama melayu pon boleh menangis. Kadang2 dia nangis dekat mak tak tentu pasal. Mak aku selalu cakap, bela Balong macam bela budak tadika.

Tapi, ayah aku cakap, Nisa maybe mengandung. Sebab masa mak aku mengandungkan Balong dengan Bangah, mak aku langsung tak ada symptoms orang mengandung, sebab ayah aku yang kena. Dulu ayah aku sampai ambil cuti kerja sebab tak tahan pening.

Bila dengar ayah cakap tu, Balong aku bukan main suruh adik bongsu aku check kan Nisa. Sejak tu baru lah Balong ada semangat sikit. Kemain konon nak jaga makan. Tapi, tak boleh, sebab Balong aku asyik muntah kalau tengok makanan. End up dia skip makan.

Balong aku dari berat 65 kg, terus tinggal 52kg. Keluar masuk hospital tu benda biasa. Banyak kali dia tumbang dekat butik. Staff dia sampai dah lali nak hantar pergi hospital.

Aku kadang2 naik rimas, lemas bila dengar Balong aku merengek, serius macam budak kecil. “Makk sakit, mak pening, makkkk, makkk”. Aku rasa macam nak hempuk je Balong aku. Tahan lah sikit! Balong selalu pura pura macam tengah betul betul mengandung, hantar gambar perut dalam group family kecil aku.

Selalu screenshot tips2 ibu hamil. Dia cakap pening nak naik kapal terbang sampai India. Dia suruh Nisa balik cepat. Mak ayah aku pon main peranan, tiap kali Balong aku merengek buat perangai, ayah aku record, masuk dalam group family kecil. Tapi, Nisa suram.

Tak ada tanda nak balik. Dia diam je dalam group. InsyaAllah, kalau tak ada aral, Isnin ni aku dengan ayah akan ke India, pujuk Nisa balik. Mak tak ikut sebab nak jaga Balong. Kesian Balong aku, mati kutu. Sebab kami kenal Nisa, Nisa tak suka kena paksa. Takut dia memberontak, buat benda tak patut.

Dulu, Nisa pernah gaduh dengan Balong aku sebab basuh pinggan je. Gaduh besar sampi habis pinggan mak aku dia pecahkan. Tunjuk protes. Lagi satu pasal Balong aku complained cara Nisa lipat baju. Nisa mengamvk, habis satu almari dia punggah dan suruh Balong aku lipat sendiri.

Tapi tu masa muda muda lah. Masa tengah baran, masalah attitude, tak boleh terima teguran. Sekarang dia dah okay. Tapi takut jugak kalau mood tak betul.

Aku mohon doa dari korang, semoga usaha kami pujuk Nisa balik ni berjaya. Kot kot korang ada tips ke, boleh laa share sikit. Aku kesian dekat dia orang. Aku tersepit antara abang dan best friend. And kalau ade tips nak hilangkan “morning sickness” Balong aku tu, mohon lah share tips.

Teruk sangat Balong aku ni. Naik menyampah aku tengok. Dah pergi berubat doktor, dah berubat kampung, tapi tak jalan. Sekian, Yang menulis Jojie. Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih kerana sudi membca! Sayg korg semua!

Leave a Reply