Abg2 kutvk. Kereta kebal la, besi burvk la, sebab adik bongsu pakai kereta proton je, tapi apa yang dia buat dekat rumah mak buat kami semua buka mata

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum. Dalam adik beradik kami, adik bongsu saja yang istimewa. Bila terkenangkan wajahnya, putih mulus dia. Kulit putih bersih yang diwarisi daripada aruwah nenek. Memang cembvru..Saat dia baru lahir, saya bagaikan cembvru lihat betapa comelnya dia. Rambut hitam lebat dia.

Usia dia baru beberapa jam, dia sudah pandai senyum. Senyum manis yang sampai kini membahagiakan hati orang sekeliling. Dia lahir tatkala usia saya 13 tahun. Usia abah dan mak mencecah 40 tahun. Dia lahir tanpa diduga. Terkenang juga tutur bicara dia yang penuh kelembutan. Manja dia. Sopan santun dia. Ketulusan hati dia. Bila terkenangkan dia, hati ini seakan dipaut d0sa. Terasa banyak sungguh d0sa dan salah saya terhadap dia.

Dia yang tabah. Dia yang luarannya manja, tapi di dalam tanpa di sangka keras dan padu. Aruwah abah tinggalkan dia saat dia masih di bangku sekolah rendah. Saat dia masih kanak-kanak, tapi dia sudah faham peritnya kehilangan. Dia belajar menerima kehilangan orang tersayang di usia yg muda.

Semasa sy di usia begitu, sy masih leka bermain dgn jiran-jiran sebaya. Sy yg beruntung sempat merengek minta itu ini daripada seorang abah. Sy sempat mengekor abah ke sana sini.. dia? Di usia yg muda dia merindui aruwah abah. Dia menangis sambal pelik kain pelikat abah saban malam.

Dia menginjak sekolah menengah sy bawa dia jalan ke shopping mall. Sekolah buka bulan depan. Barangkali dia teringin nak merasa baju seragam sekolah baur. Dia teringin mahu berganti seragamnya yg sudah lusuh kekuningan. Dia perhatikan baju jenama canggih, sy perasan tindakannya.

Tapi dengan egonya sy cakap, kau ada duit ke nak beli? Dia geleng saja. Sy tahu dia mharapkan sy bermurah hati mahu menaja pakaian sekolahnya. Tetapi saya memilih untuk membeli pakaian anak saya yang masih bayi. Meskipun masih banyak baju baru anak saya yang belum terpakai lagi.

Baju anak saya yang sehelai harganya RM50.00. Saya pentingkan diri daripada adik bongsu saya yang seorang itu. Dia mengekor saya berjalan, satu kedai ke satu kedai. Tanpa membeli apa-apa. Bagi saya dia patut bersyukur saya sudi membawanya berjalan meskipun sekadar mencuci mata. Tapi hari ini, rasa menyesal memagut hati saya.

Kenapa saya tidak belikan apa-apa untuk dia saat itu, sedangkan saya bukan tiada duit. Semasa saya bersekolah menengah, aruwah abah hantar dan ambil saya. Adik saya, dia pergi dan balik naik bas sekolah. Jika ada tuisyen, dia akan naik bas lompat. Perkara paling meruntun hati sampai ke saat ini adalah hari dia SPM.

Sebab masa dia SPM tu cuti sekolah, maka tiadalah perkhidmatan bas sekolah. Jadi dia terpaksa bawa motosikal ke sekolah yang jaraknya hampir sejam perjalanan. Tak pasti paper apa haritu, abang dan kakap ipar ada d rumah. Pagi tu pula hujan lebat. Abang kami masih tidur. Kakak ipar pula menonton tv. Adik bongsu kami terkebil-kebil di muka pintu, sudah lewat ke sekolah tapi hujan masih belum mahu berhenti.

Kakak ipar buat tidak tahu, abg masih tidur lena. Sedangkan mereka memiliki kereta. Ibu hantar kepergian adik ke sekolah, memerhatikan dia meredah hujan dengan motosikal EX5 pusaka aruwah abah dengan linangan air mata.

Sy terbayangkan apakah perasaaan adik saat memandu motosikal itu, dgn perit wajahnya dihentam hujan yg bagaikan peluru tiada belas kasihan. Dengan sejuk menggigil dalam bilik darjah menulis karangan, atau mengira demi peperiksaan yg penting dalam hidup rakyat Malaysia itu.

Dengan malu sesame rakan setingkatan bial dia sampai ke sekolah basah lencun walhal kawan yg lain dihantar orang tua masing-masing. Saat saya habis sekolah, saya selesa menganggur, luangkan masa bersama rakan sebaya. Menonton wayang, melepak di mall.

Minta duit abah bila rasa perlu. Tapi adik bongsu itu, saat habis sekolah ligat dia mencari kerja. Satu saja dia tahu, dia mahu bantu ibu. Dia daftar lesen guna duit sendiri. Dari A-Z, dia uruskan sendiri. Kami tak tahu apa. Tahu-tahu dia dah pandai memandu kereta. Dia yang berdikari. Dia dapat keputusan SPM yang cemerlang..

Dia dapat sambung belajar di IPTA. Saat saya mahu menyambung belajar dulu, abah hantar saya, penuh barang saya dalam bonet kereta. Itu pun result cukup-cukup makan saja. Saya sibuk bercinta monyet, sampai study entah ke mana. Saya sering berikan alasan, ibu dan abah berikan duit belanja tak cukup, tak seperti kawan-kawan kolej saya yang lain.

Pernah satu hari ibu menelefon saya, ibu bertanya saya, sudah makan? Saya jawab acuh tak acuh, nak makan apa, makan pasir. Duit pun tak ada. Sungguh, saya ego. Sy luk4kan hati ibu. Adik bongu sy, dia uruskan semua sendiri. Dia naik bas sendiri dia bayar yuran dengan duit yg dia kumpul semasa bekerja sebelum dpt smbung belajar.

Sikit habuk dia tak mintak duit sy waima abang2 kami yg kerja loaded. Dan mereka puntak ambil tahu lgsg ttg adik bongsu kami itu. Dia tak ambil PTPTN, sebab belajar di kolej kerajaan. Makan free, ada dewan makan sediakan. Ibu bagi RM100 sebulan. Campur elaun dia RM200 sebulan.

Dia mampu balik jenguk ibu sebulan sekali, naik bas. Kami yg gaji ribu riban ni, bagi alasan takda masa nak balik. Takda masa, takda duit. Adik buat part time di kolej pada seblah malam, jaga kedai runcit di kolej. Dengan duit tu dia survive hidup di rantau orang.

Ketabahan dia buat sy rasa malu saat terimbau kenangan zaman belajar sy. Sy tak habis-habis menyalahkan ibu dan abah yg gagal menyediakan kelengkapan sy, terutama duit belanja. Saya rasa serba kekurangan dan acapkali membandingkan rakan sebaya yang rata-ratanya anak orang berada. Adik? Kehidupan dia lebih berliku daripada kami.

Tapi tak pernah sekali pun dia mengeluh dan menyalahkan sesiapa. Dia jadikan kekurangan itu sebagai cabaran. Dia habis belajar, dia balik kampung. Rehat tak sampai seminggu, terus dia cari kerja. Rezeki dia, dapat kerja tempat lama dia semula. Jenis tak memilih.

Dia tak impikan kerja mudah, kerja duduk. Dia suka kerja yang mencabar. Abang-abang pula sesekali mencemvh. Belajar buat habis duit, kerja tak kena bidang. Adik buat pekak badak. Bagi dia itu normal. Bersepah graduan yang senasib. Kira untung dia mahu juga bekerja, bukan duduk di rumah membela badan.

Ibu-ibu saudara pula sering membezakan adik dengan sepupu sebaya yang sudah mendapat kerja di sektor kerajaan. Adik buat pekak badak juga. Bagi dia rezeki masing-masing. Kerja beberapa bula, dia beli kereta. Pencapaian yg menggagumkan di usia yg muda.

Abg2 kutvk lagi. Kereta kebal la, besi burvk la. Dia beli proton iswara. Mungkin tak standing dengan Toyota vios abg sulung. Tak semewah Toyota innova abg kedua. Tapi, kereta kebal tu yg saban minggu bawa ibu berjalan. Yang lindung mereka daripada hujan panas.
Yang bawa ibu melancong, macam abah selalu buat dgn ibu dulu. Tapi anak2 ibu yg lain sibuk dgn dunia masing2 takda masa nak bawa ibu ke sana sini.

Sekarang adik bongsu yg manja itu ambil alih segala tugas kami. Masa sy baru bersalinkan anak ke 2, adik datang melawat sy. Dia memandu jauh, hampir 8 jam utk bjumpa sy. Sekali lagi hati ini dipalit sesalan. Sy yg lokek dgn dia, tak pernah sekalipun sy melawat dia semasa belajar di kolej dlm tempoh 2 tahun itu.
Duit belanja pun tak pernah sekali pun saya hulurkan. Hari itu, dia membawa ibu melawat saya. Dia masakkan saya.

Dia jagakan anak sulung saya. Dia bawa anak saya ke mall. Dia belikan apa anak saya nak. Malah setiap bulan dia akan kirimkan duit untuk anak-anak saya. mDia balas semua kezaliman saya pada dia dengan kebaikan. Dan setiap kebaikan yang dia lakukan bagaikan merentap jiwa saya dengan rasa bersalah yang tidak berpenghujung.

Bulan berganti bulan, dia mula berniaga kecil kecilan. Bermula dengan menjadi dropship berniaga online di laman sosi4l, dia buka payung berniaga di pasar malam pula. Di laman sosi4l dia meniaga emas, di pasar malam dia menjual kosmetik. Satu hal yang saya perhatikan, di usia yang muda, dia sudah mengumpul banyak emas.

Dia beli emas sebab minat, sebab suka perhiasan. Dia jual pun sebab minat. Saya rasa gembira lihat orang mengunjungi tempat dia berniaga di pasar malam. Sampailah dia ambil keputusan utk bhenti kerja dan bniaga sepenuh masa. Dgn proton iswara itu lah dia berangkut barang jualan ke sana sini.

Sy kagum dgn usaha dia. Di mana ada pasar malam di situ pasti ada payung dia. Meskipun berdepan cabaran hujan, kadang2 ad hari kurang baik payung dtiup ribut. Tapi dia tetap tabah. Melihat jatuh bangun dia banyak mengajar sy ttg hidup. Mungki Allah hantar dia dalam keluarga utk mengajar kami adik beradik supaya bersyukur dgn apa yg kami ada.

Dia byk mengajar sy utk merenung semula segala kesilapan lampau yg pernah sy lakukan sebelum ini. Anak2 abg terutamanya selalu merungut bila balik rumah ibu. Rumah peningg4lan aruwah abah. Rumah opah mereka itu kotor,geli. Dgn tikar getah terkopal sana sini. Dgn bumbung bocor bila hujan lebat. Tapi semua dah berubah. Adik bongsu itu sudah gantikan lantai semen dgn lantai marmar yg cantik sempena hadiah hari lahir ibu.

Dia cat rumah, dia pasang sliding door. Dia buat semua diam-diam tanpa umumkan di group WhatsApp keluarga. Hanya bila kami balik kami terkejut lihat rumah ibu sudah cantik. Barulah rasa terkesima. Rasa terpukvl dengan tindakan dia. Kami yang gaji ribu-ribu tak pernah rasa teringin mahu cantikkan rumah ibu.

Cuma pandai mengajar anak-anak merungut meluk4kan hati opah mereka. Sedangkan adik bongsu kami itu yang kerja siang malam berpanas berhujan, demi menyelesakan kehidupan ibu. Umur dia 24 tahun, dia bertemu jodoh dengan senior semasa menuntut di kolej dulu. Agaknya lama sudah bercinta. Bila ditanya kerja apa, jawabnya bela kambing.

Abang-abang kami gelak saja. Katanya adik bongsu itu sudah miang terlajak. Mereka ceramahkan adik bongsu, di suruh fikir masak-masak. Nikah kahwin bukan hal yang boleh dipandang enteng. Mungkin mereka fikir adik pilih lelaki itu kerana rupa tampannya.

Dengan kulit putih kuning, janggut yg kemas dan rapi. Mata sepet persis kacukan cina. Mungkin mereka tidak yakin kemampuan lelaki tersebut utk membela adik. Tapi jawab adik apa? Kenapa baru nak risau. Dia hidup selama ini ada abg2 peduli ke? Susah senang dia ada abg2 pernah ambil tahu ke? Kenapa bila ada lelaki mahu masuk meminang mereka risau?

Akhirnya adik menikah juga dgn pilihan hati. Tak ada pelamin indah, tiada bersanding merenjis bagai. Cuma majlis akad nikah. Adik sangat cantik di hari pernikahannnya. Meskipun tiada make up over tiada pelamin besar dan megah. Tapi dia jamu tetamu dgn mknn mewah. Tetamu balik senang hati.

Mungkin benar org yg baik adalah utk org yg baik. Adik ikhlas dgn pilihan hati dia si usahawan muda. Tidak seperti sy dulu, berkahwin tidak kena dgn niat.pilih lelaki kaya sbb nak hidup senang. Hasilnya dapat lelaki yang panas baran. Jarang-jarang tak bertengkar dalam sehari. Berbeza dengan adik. Dia pilih sebab ikhlas.

Dia kata jangan takut miskin bila kahwin dengan orang miskin. Rezeki Allah tu luas. Rezeki mereka selepas berkahwin melimpah ruah, daripada kambing ada 10 ekor, bertambah jadi beratus ekor. Daripada ternak kambing, tambah pula ternak ayam kampung. Daripada kandang kecil, dah ada ladang. Daripada kerja sendiri, sekarang dah ada pekerja.

Adik pula tidak perlu bersusah payah membuka payung, dia dah mampu sewa kedai pula. Tak perlu tunggu pasar malam baru nak berniaga, sekarang hari-hari dia boleh meniaga. Ulang tahun kelahiran dia baru-baru ini, suami dia hadiahkan dia Nissan Navara. Itu pun saya lihat melalui video yang pekerja ladang suaminya kongsi di facebook.

Rasa terharu lihat adik menangis atas dada suaminya sambil marah-marah sebab buat surprise, sebak barangkali kereta idaman sejak sekian lama ada di depan mata. Sungguh, melihatkan semua itu buat saya belajar banyak perkara. Dia layak bahagia. Dia layak dapat suami yang baik.

Untuk semua kebaikan dia dan ketulusan hati dia, dia layak untuk semua kegembiraan dia pada hari ini. Di sebalik kesenangan dia hari ini, dia pernah susah, pernah jatuh berkali-kali. Hari ini, dia miliki segalanya. Hari ini baru abang-abang terasa bangga, terasa mahu berkongsi gambar wajah adik bongsu mereka di laman sosi4l.

Memang dunia begitukah? Bila kaya, bila berduit baru layak disayangi. Bila miskin dan h1na, dipandang sepi bagaikan hidup ini tiada putaran. Tapi adik bijak. Dia tahu siapa yang ada bersama saat dia susah dahulu.

Siapa yang buang saat dia tak punya apa-apa. Bila dia dah senang begini baru terbuka mata orang sekeliling. Baru mak saudara berhenti membanding. Agaknya kalau adik masih pakai Iswara, berkompang mak saudara kami bandingkan dengan sepupunya yang baru beli Myvi.

Dunia, dunia. Saat ini kalau boleh saya mahu putarkan masa..Saya mahu belikan dia baju sekolah. Saya mahu tebus semula salah silap saya. Saya mahu berikan dia lebih perhatian dan kasih sayang selayaknya. Saya lelah hidup dalam sesalan. Walaupun adik tak pernah sekali pun bangkitkan, ungkit hal itu. Mungkin dia sudah move on.

Atau memang dia tak mahu mengenang kepahitan lalu. Harap admin siarkan confession ini supaya kita dapat sama-sama ambil pengajaran. Semoga kejayaan si bongsu dapat inspirasikan orang di luar sana.. Untuk adik, Fatin Inani. Kakak minta maaf untuk segala salah silap kakak. Kakak doakan adik dilimpahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Hargai adik anda.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply