Adik dpt tahu abg balik cuti, cepat2 tulis surat ajak jumpa belakang sekolah sebab rindu, namun saat lihat abg dtg, adik terus teresak2 menangis buat ramai sebak

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Rakaman seorang abg bertemu adik perempuannya di pagar belakang asrama meraih hampir sejuta tontonan di media sosi4l selepas dimuatnaik dalam tempoh kurang 24 jam.

Video berdurasi 28 saat itu juga mengundang sebak berikutan si adik kelihatan menangis teresak-esak ketika melihat abgnya. Berkongsi kisah menyentuh hati, Amir Ashraff Abdullah memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, Nur Shuhadah yang berusia 11 tahun adalah pada awal Februari lalu.

Ujarnya, bekerja di lokasi yang jauh menyebabkan dia sukar untuk bertemu dengan adik bongsunya yang kini berada di asrama. “Saya bekerja di kedai makan di Jerteh, Terengganu manakala adik tinggal bersama dengan bapa saudara di Felda Perasu, Gua Musang di Kelantan dan bersekolah di sana.

“Disebabkan saya mendapat cuti selama empat hari, saya bercadang untuk balik kampung dan berbuka puasa bersama dengan adik-adik. Tapi saya terlupa yang Shuhadah dah masuk asrama, jadi saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan dia kerana SOP sekolah menetapkan ibu bapa mahupun penjaga tidak dibenarkan melawat murid bagi mengekang penularan wab4k C0vid-19.

“Malah barang makanan yang dibelikan untuk Shuhadah juga dikirim melalui pengawal keselamatan,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik.

Menurut anak muda berusia 19 tahun itu lagi, sejurus mengetahui dia berada di kampung halaman, adiknya mengirim surat untuk bertemu. Katanya, surat ringkas yang dikirim itu meminta dia datang ke pintu belakang pada pukul 5 petang untuk berjumpa.

“Surat tu dia bagi pada 5 April melalui sepupu yang belajar di sekolah sama selepas dia tahu saya ada kat kampung. Sebelum itu pada Ahad 3 April saya bercadang nak jumpa dia tapi makcik cakap tak boleh melawat, jadi saya beli makanan kat kedai RM2 untuk dia,” luahnya sebak.

Katanya lagi, disebabkan masalah keluarga yang dihadapi, adiknya tidak berpeluang menikmati kasih sayang daripada ibu bapa dan hanya menumpang kasih daripada ibu serta bapa saudara.

Oleh itu tambahnya, sebagai anak sulung sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada adik-adik yang masih kecil.

Bercerita lanjut, dia memberitahu peluang untuk bertemu dengan adik-adik adalah pada waktu cuti sahaja selain jika dia mempunyai kewangan lebih untuk pulang ke kampung halaman.

Pertemuan terakhir pada bulan Februari lalu. “Tempat saya tinggal di sempatan Terengganu dan Kelantan, saya balik ke kampung dengan menaiki bas… perjalanan kira-kira tiga jam. Disebabkan sukar untuk balik, jadi Shuhadah rindu nak jumpa dan dia merupakan satu-satunya adik perempuan yang saya ada, yang lain semua lelaki.

“Apabila bertemu dia akan bercerita semua perkara kepada saya, apa yang buatkan dia sedih atau apa yang berlaku pada dia,” rintihnya sayu. Dalam pada itu, dia juga memasang impian untuk membawa kesemua adik-adiknya tinggal bersama suatu hari nanti.

Tambahnya, dia akan memastikan kewangannya stabil serta mempunyai kenderaan yang memudahkan pergerakan. Perkongsiannya di Ti1kTok mendapat perhatian warganet dan rata-rata memuji kasih sayang yang ditonjolkan Amir Ashraff dalam video tersebut dan menyifatkan dia sebagai satu dalam 1,000.

“Pengorbanan abg untuk bekerja dan cari duit, pengorbanan adik untuk terus belajar… dah berjaya nanti jangan lupa pengorbanan masing-masing, susah kejap sahaja.

“Insya-Allah suatu hari nanti semua anak daripada broken family boleh berjaya dan bahagia. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Mesti abg dia jaga adik dengan baik sebab tu sedih apabila kena berpisah sementara,” kata n3tizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir n3tizen yang menyatakan sebaliknya dan mula membandingkan Amir Ashraff dengan abg masing-masing. “Abg aku hantar pergi sekolah terus ‘blah’ langsung tak pandang-pandang.

“Abg aku tak adanya nak manjakan adik dia begitu. “Abg saya perangai macam apa marah sana sini… nak nangis rasa,” kongsi beberapa n3tizen. Sumber mstar

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan, tajuk ‘Kasih Seorang Abg’. Ini kisah kasih seorang abg yang tidak punya apa-apa, tidak kaya harta tapi cukup kaya dengan kasih sayang buat empat orang adiknya.

Azhari lahir dengan kurang kasih sayang dari seorang ayah. Seawal kelahirannya, dia kurang mendapat perhatian akibat kesibukan ayahnya bekerja. Namun, ibu sentiasa menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Ketika kelahiran adiknya yang kedua dan pada ketika itu umurnya belum lagi menginjak setahun, kasih sayang terhadapnya semakin berkurang akibat perhatian yang ibu bapanya berikan kepada adiknya.

Semakin membesar, hubungan Azhari dan ibu bapanya tidak begitu mesra. Di sekolah, dia sering melakukan kesalahan disiplin. Dia jugak kerap ponteng sekolah. Mungkin difikirannya tiada siapa yang peduli tentangnya.

Seawal tingkatan 4 lagi dia sudah bekerja sambil belajar. Mungkin kerana tidak mahu menyusahkan ayah. Hinggalah suatu hari ayah memarahinya dan menyuruh dia berhenti sekolah. Kata ayah,”Buat apa kau bersekolah jika kau asyik ponteng sekolah”.

Azhari pun mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Apabila ditanya mengapa berhenti, jawabnya, “takpelah, biarlah aku tak belajar tinggi asalkan adik-adik aku semuanya berjaya. Aku cuba nak tengok adik-adik aku berjaya”.

Start dari itu, dia pun teruskan kerjanya di sebuah kedai makan. Gajinya tidaklah mahal tapi lepas untuk dirinya dan sedikit duit belanja untuk ibu.

Setiap kali hari ahad, pasti dia akan meluangkan masa membawa ibu melawat adiknya di asrama. Sedikitpun dia tidak pernah mengeluh dan dengki dengan kasih sayang yang adiknya dapat meskipun berbeza dengannya.

7 tahun selepas itu, dia pun berkahwin berkat dengan duit yang dia kumpul selama ini hasil dari kerjanya sejak dari tingkatan 4. Sebolehnya dia tidak mahu menyisahkan ayah dan ibu tentang perbelanjaan perkahwinannya.

Hinggalah pada hari lahirnya, adiknya yang ke-4 memberi sebuah kad ucapan terhadapnya. Apabila dia membaca kad itu yang ditulis dalam bahasa inggeris, air matanya menitis. Bukan kerana terharu tetapi kerana dia merasa hinanya dirinya sebagai seorang abg.

Dia memikirkan bahawa dia gagal melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang abg sehinggakan pada hari lahirnya, adiknya menyatakan perasaan benci terhadapnya.

Melihatkan keadaannya, isterinya pon merampas kad itu dan membacanya. Lalu isterinya pun turut sama menangis bersama Azhari. Dia lalu menerangkan maksud ayat di dalam kad itu dan ia bukanlah seperti yang disangka oleh Azhari.

Di dalam kad itu hanyalah tertulis tentang betapa beruntungnya seorang adik dikurniakan seorang abg seperti Azhari. Yang sanggap menggadaikan dirinya hanya untuk adik-adiknya.

Sekali lagi dia mengalirkan air mata. Tidak disangkanya bahawa adik-adiknya menyayanginya juga. Rupa-rupanya pengorbanannya selama ini dapat dilihat oleh adik-adiknya.

Sejak dari itu, dia sedar bahawa rasa kasih dan sayangnya terhadap adik-adiknya adalah kurniaan Allah yang terindah buat dirinya. Terima kasih abg atas kasih dan sayang yang telah engkau berikan buat kami berempat. Sampai bila-bila pun pengorbanan engkau ini akan kami ingati.

Jika diberi kesempatan untuk aku mengira nikmat yang aku perolehi, akan aku kira engkau berulang kali. Kerana engkau adalah nikmat yang terindah dalam hidupku.– Azira (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply