Adik suami dtg duduk sekali, jenis pengotor jarang mandi, gigi pun kuning sbb pengotor. Tiba2 ak terbaca wasap suami dgn adk perempuan dia. Terkejut ak lihat kandungan perbualan suami dan adik perempuannya.

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Maaf kalau panjang sangat. Dulu, hidup kami laki bini tenang je. Hidup berdua, ada privacy untuk kami. Lepas tu, adik dia sorang nak dtg keje sini.

Aku ok je sebab dia sorang, dan pikir bole ubah dia sekali. Lagipun adik dia yg sorang ni macam ok sikit. Tapi lama2, makin rimas aku.

Dgn semua benda bergantung kat abang dia, nak pergi dating dgn awek pun kena abang dia urus. Macam tak ade ape dia boleh handle sndiri. Dgn perangai pengot0r dia, baygkan berapa lama tak gosok gigi, sampaikan bawak pergi scaling gigi doktor cakap 3 batang gigi rosak dan sepatutnya kena cabut.

Pastu kite orang nasihat suruh gosok gigi, then gosok. Tapi bila lama tak tegur, dia mula tak gosok gigi balik, pergi keje tak mandi. Sampai la 1 tahap, aku wasap dia personal, nasihat dia suruh gosok gigi, lagipun dia dah ada awek, dia sendiri cakap awek dia cerewet, so aku suruh dia pikirkan awek dia. Lepas dari tu ok, dia jaga gigi.

Pastu bulan lepas, laki aku bawak lg sorang adik dia. Yg ni tak payah cakap memang aku tak berkenan, lagi teruk pengotor dia pastu takreti baca.

Susah sangat nak carikan dia keje, memang adik2 dia sekolah sampai darjah 6 je, tapi yg sorang tu bole baca so senang sikit nak carikan keje. Yg sorang ni masih kat kampung suruh mandi pun kena paksa, baygkan balik kerja kebun dgn kot0r, berpeluh2 tak nak mandi.

Malam nak tdo baru mandi. Gigi tayah cakap la, kalau aku bagi berus gigi pun dia buat hiasan je kat bilik air. So aku malas nak ambik tau sangat. Sebelum bawak adik dia lagi sorang datang sini, laki aku memang dah carikan rumah sewa untuk diorang. Rumah tu ok, perabot pun ada biarpun tak fully furnished, macam peti, sofa ada. Cuma tv je tak ade, tapi ok la untuk duduk geng2 bujang.

Masalahnya, dari bulan lepas sewa rumah tu sampai sekarang tak jugak pindah. Aku kadang2 serabut, bila aku gado dgn laki aku, dgn diorang sekali nak masam muka dgn aku. Diorang yg kacau privasi kitaorang, sepatutnya jangan masuk campur. Laki aku pulak, ada adik dia lagi best la, pergi sana sini bawak adik dia. Tinggal aku sorang2 tengah sarat.

Kadang2 memang aku jealous jugak dgn cara layanan laki aku kat adik2 dia. Yelah, selama ni dia buat pape untuk aku je, sekarang ni nak kena sharing pulak. Kadang2 mnyampah jugak, suka back up adik2 dia kalau aku tegur.

Sape tak angin, basuh baju guna mesin basuh kadang2 2 helai baju je. Membazir letrik, sabun, air. Pastu nak cepat siap, dia tutup air mesin, mesin tu kan auto tak pasal2 jem mesin aku.

Aku bukan tak bagi laki aku tolong adik2 dia, yela diorang kan susah, laki aku pulak anak laki sulung mestilah dia yg kena brtanggungjwb. Tapi aku nak dia bertanggungjawab kat aku dulu, nafkah aku culas nak bagi. At least bagi aku rm100 sebulan takpe dah untuk aku simpan dalam acc anak. Bila aku cakap pasal nafkah, dia cakap tempat tinggal dan makan minum pun dah di kira nafkah.

Memang betul semua tu pun nafkah, tapi bagi la aku duit poket sikit, at least ape2 jadi aku ada saving. Maybe sebab tu kot rezeki dia susah masuk kalau cakap aku berkira, segala barang kemas aku dah kena pajak gara2 nak tolong dia.

Tinggal cincin kawen je ni. Dahla kawen tak bagi hantaran, salah aku jugak sebab terus plan nak kawen walaupun baru kenal tak smpai 3 bulan. Barang kemas tu pun aku beli masa bujang.

Jujur aku cakap, lepas adik2 dia menumpang rumah, kita orang kerap gadvh. Dia cakap sebab hati aku busuk. Busuk2 pun aku terima jugak adik2 dia duduk sini. Haritu kitorang gado teruk, aku mengamvk macam orang tk betul, habes brg2 laki aku, aku rosakkan. Mulanya kita orang gado kecik je, pastu malam tu aku terus mntak maaf. Tapi laki aku punya ego tinggi melambung, dia buat taktau je kt aku.

Esok tu aku masak, tiba2 dia bawak balik nasi 3 bungkus untuk adik dia yg sorang tu sekali sebab masa tu dia tak start keje lagi jadi aku angin la sebab biasa kalau nak beli makanan kt luar dia akan call dulu cakap tak payah masak.

So aku pikir dia tak call sebab dia marah aku lg, aku pun mmbebel la. Ye aku tau benda simple je, tapi aku ni penat tau, terkejar2 aku masak dgn sarat lagi.

Lepas membebel aku makan lauk yg aku masak then terus berkurung kat bilik. Adalah gadvh2 sikit kat ws. Pastu aku tertido, bangun tu aku turun la nak mkn nasi yg dia beli tu. Tau2 dah takde, aku syak dia bg adik dia yg aku punya.

Aku membebel la, dah beli untuk aku tapi bg orang lain. Yela, aku sekarang cepat lapar, tu kjp2 turun makan. Masa aku turun nak mkn tu aku perasan brg pancing dia dah takde, mksudnya dia nak g mancing malam tu. Aku pun sorok kunci kereta.

Dia punya mngamuk nasib tak tumbuk je muka aku, last sekali aku bg lepas dia sepah2 kan rmh. Pastu aku geram aku ckp keluar nanti tayah balik2, bawak sekali adik kau ni. Tengah mrh kn ms tu, ckp pun sebab geram. Dlm pkl 11 malam diorang keluar g mancing. Aku macam orang tk betul kt rumah, duduk sorang2.

Aku pulak jenis penakut, memang tak tido aku malam tu. Sampai aku ckp kt dia, kalau pkl 2 pg takbalik rumah aku rosakkan brg2 dia. Betul tak balik, aku ape lagi aku sepahkan semua brg2 dia. Memang kalau pikir balik macam settan perangai aku, tapi sebab aku takleh tahan sangat mrh aku tmbah2 takde orang nak tenangkan aku.

Pastu aku call dia non stop, dia block aku. Pastu aku msej, aku ckp pkl 11 pagi taksampai rumah aku up status kt fb. Dia terus rep ckp otw balik. Tapi dah pkl 12 tengahari taksampai2 lg rumah. Aku apelagi, up status laa, sampai dah pkl 12 tengahari taksampai2 lg rumah.

Aku up status kt fb. Tapi bahasa aku elok lah, bini tengah sarat pun sebok nak keluar pergi mancing tinggal bini sorang2 pulak tu. Dahla sepatutnya takleh mancing dah orang tua2 ckp.

Sebelom dia sampai rumah aku dah siap kemas brg2 nak balik kg. Aku betul2 stress masa tu, aku pikir baby je. Sambil tunggu dia sampai aku call kwn aku ajk g mkn, nasib baik dlm tabung aku ada Rm30 macam tu.

Aku plan nak blk naik bas je, tapi laki aku ckp taknak family aku ckp dia bkn2 so dia nak hntr. Masa tengah mkn dgn kwn aku tu dia call suruh mskkn brg2 dlm kereta, nak hntr aku dah. Aku cpt2 balik, kitorang terus gerak. Seminggu aku kt kg, dia takde pun msj aku tnya khbar anak ke.

Last sekali aku msj dia, tu pun sebab klinik kesihatan call suruh dtg buat bsp. Pastu ada msej benda2 penting je. Pastu dia balik nak ambik aku. Lepas tu ktorang ok, berbaik.

2 hari lepas, masa dia tengah tido. Aku sorok2 bukak fon dia sebab dia macam ada sorok something dari aku,dia macam risau sangat kalau aku pegang fon dia. Dia memang selalu tukar password. Tapi biasa la pmpuan, bab2 jd spy ni no 1. Aku dpt agak password dia.

Nak dijadikan cerita, aku terbaca ws dia dgn adik pmpuan dia. Macam2 adik dia mengata aku. Ckp aku ni takde otak, dpn je baik, tak matang. Yg buat aku angin laki aku pun sama naik mengata aku. Aku apelagi hntr semua screenshot yg diorang mngata aku kt fon aku then terus naik bilik.

Aku pun buat status tuju kt adik ipar aku tu. Pandai pulak nak terasa. Lepas tu ktorang berbalas status. Aku dgn laki aku tayah ckp la, nak tgk muka dia pun aku benci. Yelah, siap dia bgtau adik dia ada orang lain dah tunggu dia. Aku rasa diri aku btl2 takde harga diri.

Tiap2 malam aku nangis, aku stress sampai rasa menyirap. Macam2 plan aku tengah fikir skrg ni, plan lepas bersalin nak kerja, tapi baby pulak. Nak cari pengasuh yg btl2 bole jaga anak kita elok2 susah skrg ni, nak suruh akak aku yg kt kg jaga jauh plk, kang taksmpai sminggu balik ambik.

Sungguh aku rasa macam takde hati nak teruskan perkhwinan aku skrg ni. Aku jd benci semua adik beradik dia. Laki aku lgsg tak nampak pengorbanan aku kt dia selama ni. Ye, dia memang bole tahan dari segi rupa, so dia pikir dia bole cari lain kot.

Tu yg dia takkisah sangat pasal perasaan aku. Maybe ni balasan kt aku sebab lalai, selalu tinggal solat. Aku rasa nak pergi jauh2 tapi 1 sen pun takde. Ape lah nasib. Boleh taip nasihat, kritik or pape je kt komen. Jgn kritik teruk sangat nanti aku stress.

Sumber krt. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply