Ak dan anak2 dihalau lps cer4i, senyap2 kami tggal dgn mertua malangnya suami dpt tahu dan halau kami, namun mertua sempat selit beg kecik yg isi nya buat ak mengalir air mata

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Penyebab utama keretakan rumahtangga kami adalah berpunca kerana kami selalu bertengk4r. Setelah berpisah, anak ikut tinggal denganku, dan rumah di ambil balik oleh bekas suamiku.

Tetapi, aku mengatakan pada bekas suami yang aku dan anak hendak menumpang menginap dirumahnya dulu, sehingga kami menemui rumah sewa lain, baru kami dua beranak keluar, lalu bekas suami pun setuju.

Sebelum berpisah, aku tidak bekerja dan hanya duduk di rumah menguruskan anak. Setelah berpisah, aku harus mulai mencari pekerjaa. Tapi kerana sudah lama tidak bekerja, sehingga cukup susah untukku mendapatkan pekerjaan. Kerana itulah, aku memilih untuk bekerja sebagai jurujual demi menyara hidupku dan anak.

Tetapi tidak disangka, belumpun 2 bulan aku dan anak tinggal dirumahnya, tiba-tiba bekas suami menginginkan kami untuk berpindah secepat mungkin. Kerana dia akan bernikah dengan wanita lain. Dia memberi kami berdua waktu cuma seminggu untuk berpindah.

Aku pula agak terkejut kerana tidak menyangka dia akan secepat itu bernikah lagi, dan yang paling membuatku bingung adalah kenapa dia begitu terburu-buru menyuruh kami pergi. Kerana dia mahu bernikah, mahu tidak mahu aku perlu pindah. Aku mengatakan kepadanya untuk membantu kami mencari rumah kecil, dan mengenai duit sewa rumah, aku memintanya untuk membayarkan dulu.

Nanti kalau sudah mendapat gaji, baru aku akan membayarnya kembali. Tetapi dia tidak setuju, dan langsung menghalau kami keluar.Aku dan anak terpaksa keluar dari rumah itu dan tidak ada tempat tinggal. Akhirnya aku pergi ke rumah bekas mertua. Mertua tidak mengatakan apa-apa lalu menawarkan kami boleh tinggal disana dan merasakan tindakan anaknya (bekas suami) itu salah.

Tetapi, belumpun 2 minggu aku tinggal di rumah mertua, bekas suamiku datang, dia melihat aku dan anak tinggal disana bersama dengan ibunya membuatnya marah lalu menghina kami dengan kata-kata kesat. Kemudian, bekas suamiku mulai meminta wang kepada ibunya, dia mengatakan mahu bernikah dan memerlukan kereta baru.

Tetapi ibunya mengatakan tidak mempunyai wang, lalu bekas suami mengatakan mahu menjual rumah ibunya itu dan menyuruh ibunya tinggal bersamanya. Ibunya (bekas mertuaku) tidak setuju, tetapi bekas suami mulai marah dan mengatakan kalau kekasih yang bakal dinikahinya itu sudah hamil dan bakal melahirkan bayi lelaki.

Bekas suamiku pun mengugut ibunya jika tidak mahu menurut kemahuan seperti yang dia inginkan, dia akan menyuruh kekasihnya untuk menggugvrkan kandungannya. Perkara inilah yang membuatkan mertuaku mahu tidak mahu terpaksa menyetujuinya dek kerana ayat dari anaknya itu.

Ketika itu, jantungku terasa berdegup kencang, ternyata selama ini bekas suamiku selingkvh dibelakangku dengan wanita lain. Mertuaku juga sudah setuju untuk menjual rumah bagi membeli kereta seperti dirancang bekas suami. Ketika itu juga, aku menangis dan pergi.

Mertuaku menghampiri kami, menyelitkan ‘sesuatu’ ke dalam beg anakku. Dia menyuruhku untuk mencari tempat untuk tinggal. Akhirnya aku dan anak pun pergi dari situ. Dengan membawa anak, aku menginap di motel. Malam itu aku sedang mengemas barang, lalu aku ingat dengan anggapan mertuaku memberiku sebeg makanan.

Akan tetapi ternyata yang ada di dalamnya adalah buku akaun dan kad atm bank, bila aku membuka buku bank itu, ternyata di dalamnya tertera wang sebanyak jutaan ringgit! Dan di dalamnya juga tercatat password kad atm itu.

Ketika itu juga, aku mula memahami. Mertuaku sengaja memberikan wang itu kepadaku, aku merasa telah salah faham kepadanya selama ini. Dia begitu baik kepadaku, aku merasa begitu berterima kasih kepadanya.

Oleh kerana tidak dapat menahan rasa terharu, aku pun menangis teresak-esak. Wah, untung ya bekas mertuanya baik sangat! Semoga dia dan anaknya boleh jalani kehidupan lebih baik pada masa depan. Sumber : BH via apampink

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Tajuk ,Berbuat Baik Dengan Mertua. Aku Lin (bukan nama sebenar).. Aina (bukan nama sebenar) merupakan sahabat baikku. Cerita ini disampaikan padaku dan aku kongsikan di sini.

Aina telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata. Mempunyai seorang suami yang baik dan penyayang. Suaminya merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari 4 beradik.

Mula-mula nak cerita pasal Aina dulu. Aina ni dah berkahwin sejak tahun 2010. Sejak dah berkahwin dia decided untuk jadi surirumah dan jaga anak-anak. Suaminya hanya kerja biasa-biasa je. Aina pun bukan sekadar duduk di rumah sahaja, dia juga ada menjalankan bisnes online dari rumah.

Cukuplah aku katakan kehidupan mereka di bandar ni sekadar besederhana. Mereka hanya ada sebuah kereta buatan tempatan dan hanya menyewa rumah di bandar. Alhamdulillah katanya.. Tidak kaya, tetapi cukuplah jika mendapat ketenangan hati. Itupun sudah memadai pada Aina.

Baiklah ini bukan nak cerita pasal Aina.. Cerita ini lebih kepada ibu mertua Aina. Pernah satu ketika ibu mertua datang ke rumahnya di bandar M, Aina kata.. dia teruja sangat nak tunggu ibu mertua dia datang.. Dek kerana terlampau excited tu, si Aina perg1lah beli barang-barang basah dan masaklah bermacam jenis lauk untuk ibu mertuanya.

Setibanya ibu mertua dirumahnya, Aina pun pelawa ibu mertuanya makan. Namun ibu mertuanya menolak dengan alasan sudah makan di kedai sebelum tiba di rumah Aina.

Aina perasan yang ibu mertuanya ada membeli lauk yang dibungkus di kedai. Ibu mertuanya meminta Aina memanaskan sahaja lauk tu pada waktu makan malam nanti.

So.. apa jadi dengan lauk pauk yang banyak dimasak oleh Aina tu.. Aina cerita pada aku yang ibu mertuanya langsung tidak menjamah apa yang dimasak oleh Aina. Dia hanya makan lauk yang dibeli di kedai itu sahaja.

Mengenali peribadi Aina, Aina seorang yang baik, mengambil berat dan sering juga bertanya khabar aku. Persahabatan kami sangat rapat. Apabila berkelapangan aku mesti berkunjung ke rumah Aina. Rumah Aina biasa-biasa sahaja. Tidak ada perabot yang mewah dan yang paling penting BERSIH dan kemas.

Berbalik cerita dengan kes ibu mertua Aina yang tak makan masakan Aina tu.. aku rasa kasihan dengan Aina. Masak banyak-banyak, lepas tu ibu mertua langsung tak jamah sikit pun. Takkan la ada isu kebersihan di sini..

Aku kenal Aina, takkanlah sampai hati ibu mertua tak makan. Aku ingin bersangka baik tetapi tindakan ibu mertua Aina itu aku anggap macam tak patut sangat. Tak appreciate menantu yang penat masak dan sambut ibu mertua datang.

Siapalah aku nak cakap lebih-lebih pasal ni. Hanya Aina je yang kenal ibu mertuanya berbanding aku. Rupanya kisah ini (masak untuk ibu mertua tetapi ibu mertua tak makan) dah banyak kali terjadi. Berulang kali rasanya.

Hal ini tidak pula diceritakan pada suaminya kerana bimbang berlaku perg4duhan mulut antara ibu mertua dan suaminya. Begitu tabah Aina.. Kalau aku di tempat Aina, dah lama aku kecil hati dengan ibu mertua sendiri. Dah lah penat-penat masak. Jamah pun tidak. Tak hargai langsung penat lelah menantu tu. Hmm..

Pernah suatu ketika aku sendiri bertanyakan pada Aina.. “kau tak kecik hati ke bila mak mertua kau tak makan masakan kau?”Aina jawab.. “takpelah Lin, setakat tak makan masakan aku tu, aku tak kisah sangat.. lagipun ibu mertua aku baik, tak pernah sekalipun dia memaki aku.. ”

Aku tau layanan yang diterima oleh Aina tidaklah seperti menantu-menantu lain dalam keluarga suaminya. Aina menyedari hal itu, layanan ibu mertua agak dingin padanya sementelah Aina sedar dia bukanlah menantu pilihan ibu mertuanya.

Namun Aina tak putus asa untuk mengambil hati ibu mertuanya. Itulah yang aku puji sikap Aina. Tak cepat melatah walau ada dugaan yang datang.

Pernah suatu ketika ada kenduri yang diadakan di rumah ibu mertuanya di daerah J, ibu mertua meminta Aina dan suaminya pulang untuk membantu membuat persiapan untuk kenduri.

Seperti biasa Aina dan suaminya menjadi tulang belakang untuk kenduri itu. Bila buat kenduri kendara ni kena fahamlah.. dia punya penat memang tak boleh bawa bincang.

Seronok bila buat majlis dan jemput orang makan. Tapi bila kena bab mengemas dan membasuh, semua tugas tersebut diserahkan pada Aina dan suaminya.

Bila dengar kisah Aina ni, aku berpendapat ibu mertuanya berat sebelah. Hanya mengarahkan Aina dan suaminya sahaja untuk mengemas dan membasuh segala periuk belanga yang ada.

Ipar dan biras hanya berehat di dalam rumah. Mereka tidak boleh buat kerja-kerja orang gaji ni, sebab nanti akan jatuh standard. Yang layak buat kerja ni hanya Aina dan suaminya sahaja..

Setiap kali kenduri memang Aina dan suaminya sahaja yang jadi mangsa untuk mengemas dan membersihkan rumah ibu mertuanya.

Selagi belum selesai, mereka tidak boleh balik ke rumah sendiri. Adik beradik lain pulak dah balik dulu sebelum siap mengemas. Jadinya Aina dan suami merupakan orang terakhir yang akan balik. Perkara itu sudah biasa berlaku pada Aina.

Ada ketika suami Aina merungut kerana terpaksa membuat kerja-kerja ini pada setiap kali kenduri diadakan. Kadangkala suaminya tidak berpuas hati dengan ibunya sendiri yang suka membeza-bezakan layanan antara dia dan adik beradiknya.

Aina pernah cakap dan nasihatkan suaminya tetaplah berbuat baik dengan ibunya sendiri kerana dia merupakan anak lelaki yang wajib taat pada ibunya.

Aina ada beritahu pada aku, yang dia telah pun kehilangan ibunya ketika dia berusia 7 tahun. Maka aku tak hairanlah betapa gigihnya dia nak mengambil hati ibu mertuanya. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Dia pun nak disayangi macam orang lain jugak.

Tak tahulah ibu mertua dia ni dingin sangat pada Aina. Entah apa yang tak kena dengan Aina. Mungkinkah Aina tidak sebagus menantu-menantu lain.

Aina hanya seorang surirumah berbanding ipar-iparnya seorang doktor dan jugak peguam. Di sini aku dah nampak ada jurang antara Aina dan keluarga belah suaminya.

Pernah dia cakap kat aku.. “walaupun aku tak tahu berapa lama lagi ibu mertua aku akan terima aku sepenuhnya, tetapi aku berdoa suatu hari nanti ibu mertua aku akan menyayangi aku seperti anaknya sendiri.. aku RINDU mak aku Lin.. RINDU sangat.. ”

Weyhh.. menitik airmata aku dengar bila Aina cakap macam ni.. So please lah.. yang ada menantu yang baik macam Aina ni tolonglah jaga baik-baik. Sayangi dia seperti anak sendiri. Aina mungkin tak kaya seperti ipar dan birasnya. Jangan dibeza-bezakan layanan.

Selalunya yang hidup biasa-biasa lagi ambil berat dan boleh diharap buat kerja. Berbanding yang acah-acah kaya dan macam bagus tula yang kadangkala takda empati. Sebenarnya ada banyak lagi kisah Aina ni, tapi cukuplah setakat ni bimbang nanti pembaca muak pula nak membaca.

Nasihat aku, kita semua sahaja, yang membezakan kita hanya amalan. Kaya dan miskin jangan dibuat jurang. Jangan dibeza-bezakan. Kerana pada akhirnya nanti kita semua akan memakai ‘baju putih’ dan apa yang kita ada di dunia ni kita akan tinggalkan..

Perbanyakkan amalan sebab itu sahaja yang akan kita bawa ke ‘alam’ sana nanti. Hamba Allah,– Lin (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply