Ak dan suami bahagia, hingga satu hari ak ternampak kereta suami d trafik light tapi yg pandu spt wanita, ak cepat2 balik tapi suami ada tp stlh didesak akhirnya terbongkar gerangan yg pandu kereta itu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum semua. Harap semua dalam keadaan sihat. Kisah saya begini. Tahun 1996 saya telah berkahwin dengan Azim setelah berkawan selama 4 tahun. Awal awal kahwin semuanya ok, normal sepertimana pasangan baru berkahwin yang lain.

Saya menantu sulung. Mertua saya sangat sayangkan saya. Setahun kawin dapat anak perempuan, cucu sulung belah suami. Bapak mertua saya terlalu gembira macam dapat emas. Dua tahun lepas itu saya dapat pula anak no 2, lelaki.

Kehidupan saya suami isteri memang bahagia, suami banyak membantu kerja kerja rumah jaga anak. Kami sama sama kerja kilang pendapatan pun alhamdulillah ok. Lepas dapat anak no 2 baru kami mampu untuk beli kereta.

Tahun berganti tahun tiba tiba saya nampak perubahan pada suami. Dia mula pasang badan, rajin ke gym, dah pandai pakai minyak wangi tapi saya tak pernah curiga. Saya tak pernah cek handpone suami atau bag duit dia.

Tapi satu hari Allah nak tunjuk ketika saya balik rehat tengahari saya nampak kereta saya di trafic light. Tapi masa balik rumah tengok suami ada tengah tido. Masa tu saya tak berani drive kereta walau ada lesen. Kereta pulak manual jadi saya pergi kerja bawak moto saja.

Saya desak suami tanya siape yang bawak keta tu. Akhirnya dia mengaku itu teman wanita nya. Ya Allah macam nak luruh jantung. Lepas dari itu rumah tangga kami tak pernah aman asyik gadvh saja.

Selama ini saya layan suami macam raja, makan minum, kain baju, layanan tempat tido semua tip top. Tapi kenape cari lain. Alasan dia terjebakkk… Mudahnya, saya bukan teruk sangat pun walau beranak dua badan masih slim. Terjaga luar dalam.

Azim kata saya tak de kurang. Tapi kenape dia cari lain. Tahun 2004 kami berpisah tapi seminggu lepas itu rujuk semula, saya terima sebab masih sayang dan anak anak masih kecil ketika itu.

Tahun 2006 saya dapat sorang lagi anak lelaki. Saya pikir dah dapat anak lagi semua akan berakhir antara Azim dan perempuan tu tapi saya silap.

Anak umur setahun mereka pergi bercuti seminggu ke Bali. Azmin tipu saya kata pergi kursus di Nilai. Tapi Allah maha kaya akhirnya saya tau jugak. Per4ng lagi dan per4ng. Boleh pula mertua minta saya bersabar. Saya akur sebab mertua memang sebelahkan saya.

Tahun 2010 sekali lagi suami lepaskan saya melalui sms. Ketika itu anak dah tiga sedang membesar. Seminggu lepas itu kami rujuk semula. Memang saya bod0h sangat sangat tapi semua demi anak.

Orang sekeliling kata saya bersabar tak bertempat. Semua sebab anak saya tak de pikir lain. Anak anak dan anak. Keluarga saya sangat marah terutama ayah saya.

Lepas rujuk semula, Azim layan saya dengan lebih baik. Kami beli rumah, Azim hadiahkan saya kereta. Apa saja saya nak dia tunaikan, selalu puji puji saya cantik, baik dan macam macam lagi. Saya pun cool lalui hadap dengn tenang.

Tiba tiba saya terima surat nikah Azim. Isteri barunya pos setelah 6 bulan mereka nikah. Isterinya marah sebab Azim hari hari dengan saya. Kali ni saya dah pasrah. Jika ini jalan hidup saya, saya akui saja.

Saya tak pernah serbu pihak sana tapi yang sana suka provok saya. Suka call saya, cakap Azmin begitu Azim begini.. Azim buruk burukkan saya kata saya begitu saya begini. Saya telan saja semuanya, tetap layan Azmin macam biasa. Hingga lah akhirnya terjadinya perbalahan besar antara saya dan Azim..

Malam itu jam 2 pagi Azmin melangkah keluar tinggalkan rumah pergi ke rumah isteri barunya. Sebulan Azmin langsung tak balik, walaupun rumah kami dekat saja.

Anak demam demam sebab rindukan dia. Saya rayu dia balik. Saya mohon maaf tapi dia tetap tak nak balik. Hari hari saya menangis. Saya rindu dia, saya sedih tengok anak s4kit. Saya tak de kekuatan untuk lalui hidup sendiri…

Tapi Allah sayangkan saya. Mulai hari itu setiap malam saya buat solat tahajud. Mohon kekuatan pada Allah. Maha besar kuasa Allah. Akhirnya saya dapat kekuatan yang luar biasa. Saya bangun dari kesedihan. Saya jaga anak baik baik. Kerja macam biasa. Diam diam saya ke mahkamah syariah mohon perpisahan.

Terkejut Azim bila dapat surat dri mahkamah, sehari sebelum ke mahkamah Azim pujuk saya jangan berpisah dengan dia, tak sanggup kehilangan saya.

Azim kata saya lebih cantik dari isteri barunya, saya lebih kurus saya pandai masak, pandai jaga anak, pandai jaga hati mak bapak dia tapi semua dah terlambat.

Hati saya dah tertutup buat Azim. Di mahkamah Azim enggan lepaskan saya, alasan terlalu sayangkan saya. Tapi hati saya dah kering, saya lantik peguam. Akhirnya lepas 6 bulan segalanye terlerai. Saya tak nak tanggung d0sa bergadvh dengn suami hari hari, marah marahkan suami.

Tak nak berd0sa gadvh dengn istrinya. Saya beralah. Lepas perpisahan Azim desak untuk bersama. Hari hari datang rumah alasan anak. Tapi anak anak semua dah tak kisah lagi. Selama setahun saya solo hampir setiap hari Azmin ganggu saya.

Isterinya mengam0k serbu saya tapi saya memang tak layan. Akhirnya saya bertemu jodoh dengn lelaki bujang yang muda 10 tahun dari saya.. Azim sangat marah bila saya berkahwin dia ser4ng pula suami saya. Azmin kata kenape bujang nak sangat kawin dengan janda anak 3 tapi suami saya sangat matang. Tak cakap banyak bawa saya pindah jauh dari Azim..

ALHAMDULILLAH saya gembira bersama anak anak yang dah remaja. Suami yang memahami. Benarlah orang kata kawan lama atau kahwin dah lama tak kan menjanjikan kebahagiaan dalam rumahtangga.

17 tahun perkahwinan pertama saya hancur begitu saja akibat orang ketiga. Kini saya dengar bekas suami seperti orang gaji isteri dia perlakukan. Sumber ekisah.

Ini admin ada sediakan sikit tips untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah seperti yang dipaparkan golongan elite atau artis. Bukan juga pada kepuasan di bilik tidur seperti yang diiklankan perniagaan ubat kuat.

Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan. Hentikan berharap pasangan anda berubah menjadi seperti yang anda harapkan. Mulakan perubahan tersebut dengan diri anda sendiri, hari ini.

pertama, Menjaga Solat. Semua sudah maklum, solat merupakan tiang agama. Kukuhnya agama, kukuhlah rumah tangga anda, inshaAllah. Tidak kira sesibuk mana anda dan pasangan, pastikan anda menjaga solat anda bersama-sama.
keluarga bahagia

Saling mengingati sekiranya salah seorang daripada anda terleka. Paling baik sekiranya suami berjemaah di surau dan isteri menjaga solat diawal waktu. InshaAllah sekiranya anda dan pasangan menjaga suruhan utama Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan anda.

Kedua Ucap Terima Kasih Sekurang-kurangnya Sehari Sekali. Anda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain walaupun sorang tersebut sekadar memberi anda laluan di kedai runcit yang sempit.

Bagaimana pula pada pasangan anda? Tunjukkan penghargaan pada pasangan anda sekurang-kurangnya sehari sekali – walaupun anda merasakan perbuatan tersebut adalah tanggungjawabnya.

Ucapkan terima kasih pada isteri anda atas hidangan makan malam yang disediakan beliau. Ucapkan terima kasih pada suami anda kerana menghantar anak-anak ke sekolah. Ucapkan terima kasih pada pasangan kerana membasuh sendiri pinggannya sebaik lepas makan.

Kata-kata penghargaan boleh mengingatkan pasangan anda betapa anda menyayanginya dan dengan mengetahui beliau dikasihi, si dia akan berusaha menjadi yang lebih baik untuk anda.

Ketiga Berikan Layanan Pada Si Dia Dengan Penuh Hormat Dihadapan Orang Lain. Tidak kira anda menghadiri kenduri, temujanji bersama kawan rapat, menghabiskan masa bersama keluarga di kampung atau menemaninya membeli barang di pasar, layanlah pasangan anda dengan penuh hormat.

Pimpin tangannya sewaktu berjalan. Berikan senyuman manis padanya. Letakkan tangan anda di atas bahunya. Dan JANGAN sesekali merendahkan atau memperlekehkan dia walaupun dengan niat untuk bergurau. Sumber bidadari. Sekian semoga bermanfaat. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply