Ak dating ramai lelaki tapi semua hanya pandang besfriend ak. Ak pelik sampai g00gle cara nk layan lelaki dgn baik, Rupanya ada benda yg turn off buat ak kena reject selalu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu. Aku nak tanya pendapat semua pembaca di luar sana. Tentang masalah aku mungkin masalah kecil bagi orang lain, tapi bagi aku yang dah hadap berulang kali aku jadi tertekan sampai aku rasa mcm hukuman besar buat aku.

Aku seorang pertengahan 20 an. Tentang aku, suka baca, tengok movie, ceria, broken family, depressive disorder, suka bergaul dengan perempuan saja. Kawan lelaki yang betul betul rapat memang tak ada. Sejak sekolah lagi aku memang jenis tak pandai bergaul dengan lelaki. Perasaan tu susah nak terangkan tapi kalau bercakap dengan lelaki je aku rasa mcm tak friendly.

Kalau dengan perempuan bukan main gedik lagi, bukan gedik buat2 ya. Kawan2 aku kata manja. Tak tau la betul ker tak, tapi itu yang kawan aku bagi tau la. Masalah aku sekarang ni. Aku sentiasa gagal dalam percintaan. Aiyoyo! geli pulak bila sebut ‘percintaan’. Tapi aku rasa itu je ayat bagi orang senang paham.

Dekat sekolah aku tak pernah bercinta sebab aku pengawas dan lagi satu aku rasa geli kalau ada pelajar minta nombor telefon aku. Seluar dal4m pun mak basuh, ada hati pulak nak couple.huhhh. Kadang-kadang aku suruh kawan aku buat cerita kononnya aku dah ada boy friend dekat luar sekolah. Sekarang baru aku rasa berd0sa sebab banyak kali menipv. haha

Aku pernah kenal dengan class mate time kat kolej dulu. Dia yang suka aku dulu, lepas 6 bulan baru dia bagi tau. Aku pun terima je la kan. Walaupun time tu aku takde feeling pun dekat dia. Walaupun masing- masing dah kenal, tapi kami berbual melalui wh4ts4app jer. Sebab kawan baik aku minat mamat ni, budak- budak India pun suka kat dia. Maklumlah mamak kan. Karang tak memasal aku kne ser4ng dengan budak-budak nie.

Tapi lepas seminggu contact terus jadi lain. Dia macam tak suka. Aku beng4ng. Terus block. Kalau jumpa kat kelas pun aku buat b0do je. Kalau ada yang nak kenal terus aku malas nak layan. Kat tempat kerja pun sama. Aku kenal mamat ni. Kebetulan satu department. Meja dia ni depan aku je. Kalau berdiri baru la nampak muka dia.

Dia ni memang handsome plus jenis jaga badan. Dia suka kacau time aku buat kerja. Tak lama lepas tu tetiba dia nk kenal lagi rapat. Aku pun on je la. Yela tak kan nk membujang sampai ke tua jual mahal kan. Lagi pun bukan buat bende tak senonoh pun. Aku buat macam biasa2 je.

Lepas keluar berapa kali. Dia ni terus jadi lain. Akak2 office siap tolong bagi tips lagi. Aku siap meng4du dengan kawan baik aku kat office tu. Malangnya tak lama lepas tu dia ada hubvngan dengan kawan baik aku. Padahal kawan aku tu dah ada boy friend, serumah pulak dengan boy friend dia lagi.

Sekarang aku tak tau la dorang tu couple ker atau masing- masing dah mm4mpus. Sebab lepas kejadian tu aku terus letak jawatan. Geramnyerr. Walaupun aku tak pernah couple, tapi aku pernah dating dengan beberapa lelaki. Time jadi student dulu aku pernah keluar dengan crush.

Tapi ntah la lepas beberapa kali keluar aku rasa macam bosan. Walaupun biasanya lelaki yang menghilangkan diri. Adakalanya aku pun akan hilangkan diri kalau kenal lelaki yang jenis suka amik kesempatan.

Mak aku sekarang ni asyik dok tanya aku bila nak kahwin. Kalau berborak ngan kawan- kawan dia, dia siap tanya ada anak lelaki tak. Kalau naik Grab, dapat pula driver yang helok sikit, lagi- lagi yang jenis sopan tu hah mula lah tu, nak cucvk. Aku jadi malu sampai tak tau nak sorok muka dekat mana. Kalau aku tengah tengok tv, mesti dia akan tanya pelakon lelaki tu dah kahwin ker belum.

Sekarang ni aku memang desperate nak kahwin. Aku nak ada anak. Perasaan tu meluap luap macam air yang mendidih. Hahaha. Dulu memang la tak nak. Konon muda lagi. Tapi sekarang aku jadi terbalik. Aku ada kenal stranger kat fb. Walaupun aku mmg tak boleh nak borak dengan orang yang aku tak kenal tapi at least aku cuba.

Tapi aku tengok profil dulu. Yela tak kan main sebat je. Dapat pulak mat rempit ka, mat gam ker, naya! Lepas kenal kejap dia minta nombor phone aku, aku bagi walaupun mcm was- was. Lepas tu terus jadi lain. Dia macam nak larikan diri. Hahaha maigad! Jujur la kadang- kadang kawan aku tolong reply. Sebab aku tak tau nak reply apa.

Aku sampai g00gle cara nk layan lelaki dengan baik, macam- macam la. Aduh. Tapi hasil? Arghhhhhh! Aku selalu pelik pasangan kekasih dating ni berjam- jam tepi tasik ni borak apa ja. Kadang- kadang aku rasa nak pergi sergah je tanya topik apa yang dorang borakkan tu.

Aku tau hakak- hakak kat luar sana akan cakap “ idah umur sekian2 ok jer single “. Akak mungkin ok. Aku mungkin okeh kalau memang selama ni takde lelaki yang nak kenal dengan aku. Tapi dorang yang mula kan dulu. Aku bukan minat sangat pun kalau bukan dorang yang mula kan.

Aku kadang- kadang sedar jugak bila dengan aku jadi makhluk yang paling membosankan. Kalau ada lelaki yang daring ker memang akan aku tegur secara berhemah la. Mungkin setengah lelaki akan bosan kot. Sebab aku tak tau nak manja- manja dengan lelaki. Tapi kalau aku dengan perempuan terbalik pulak. Kalau aku tak de, dorang pulak yang akan bosan. Aduiii stresssssnyer. Huawaaaaaarghhh!

Kalau lah aku jenis tak malu min, aku akan paksa mana- mana lelaki kahwin dengan aku. Aku nak ada anak. Kadang- kadang nangis. Aku doa dalam solat, aku nak lelaki yang dapat terima semua kekurangan aku. Kalau lelaki ikhlas dengan aku, InsyaAllah aku akan terima semua kekurangan dia asalkan masih dilandasan yang di redhai Allah.

Aku teringin nak rasa ada family. Kasih agung. Sebab bende tu yang aku tak pernah dari family aku sendiri. Dari sekolah lagi aku berdikari hampir semua bende aku buat sendiri. Kadang- kdang aku penat bila semua bende aku kene hadap sorang- sorang. Aku teringin nak rasa mcm mana hidup bergantung dengan orang lain lagi2 orang yang kita agung. Dapat rasa kasih syg dia. Rasa macam dia protect kita.

Okeh la min. Aku tau cerita aku ni merepek je. Panjang pulak tu. Nasib la taip kat fon je, kalau aku hantar surat buat habis dakwat je. Kalau min tak siarkan pun tak per. Aku paham. Bye min! Assalamualaikum. Sumber ekisah.

Reaksi warganet

Rizal – Ada la benda yang turn off tu..cuba muhasabah diri..manja saja tak cukup..saya yg jantan ni pun boleh jadi manja..siap gedik- gedik lagi kalau tu yng pompuan suka ..ataupun awak manja kepada semua orang..simpan sikit untuk bakal suami..kalau manja ngan semua orang..orang lelaki tak suka..

Viney – Mcm sy dulu. Bila dah give up, bru jodo smpi. Jgn kemaruk nk kawin, kawin pun bosan klo jenis kita yg membosankan. Bila dah kawin , adui single lgi elok rasanya. Msa kawin ni kita kena jaga byk perkara, jaga hati. Kdg2 kekurangan kita la jd masalah.

Acu Carlos- Kesian awk kan.pm la klu berminat nk bknln dgn abg.abg ni perangai gilo² skit,jujur dan cute.nak kato ensem sgt tu x la bak kato P. Ramlee eh tp muko mmg manih gilo bleh kono diabetes punyo,silap² bleh potong kaki.muko abg kek manih gilo punyo psl,sblm nk tido abg terpakso stanby Ridsect kek sebolah abg.mlm² semut selalu hurung muko abg sobab kek manih eh tu.jgn kato kan org jo suko kek abg,kucing betino,hantu dgn bunian jd kan abg ni pujaan hati diaorg la…hmm…

Putri Rahman- Lek la..xkan ko desperate sgt kot..Allah tu jg ko jauhkan ko dr org2 yg bole merosakkan hidup ko..ehh xde jantan xle enjoy life ke.

M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih

Leave a Reply