Ak rindu ibu smpaikan aku cvri baju k0tor ibu utk dibawa dgn aku, pernah sekali ibu marah dan pijak muka ak smpai bdar4h, satu hari aku tjumpa satu surat yg mjadi pvnca ak sering disisihkan ibu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Aku Eyna, 27 tahun merupakan seorangi pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat tersohor di Malaysia. Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik, adik aku yg kedua dan ketiga telahpun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama sama keluarga mertua masing masing.

Ayahku telah pun pencen pada 28 April yg lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang disini sebagai seorang supervisor. Sejak dari kecil aku merupakan anak yg selalu terpinggir, ibu dan ayah mengajar aku utk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari.

Aku dihantar pulang ke kampung utk bersekolah disana, aku cuma akan menjadi ‘ anak ‘ ketika cuti sekolah panjang sahaja. Begitulah rutin aku selama 5 tahun, bahkan boleh dikira dgn jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri.

Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju kot0r ibu utk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yg jauh disana. Aku sering dibvli di sekolah hanya kerana kawanku yg lain tidak pernah berjumpa mereka, hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibuli sehingga dir0tan oleh cikgu berulangkali hingga leb4m dan berbekas dar4h beku di tangan.

Sebaik pulang nenek, kelihatan sangat sedih kemudian mengkhabarkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah. Ibu menitipkan pesan bahawa dia akan menukarkan aku utk bersekolah disana dalam masa terdekat.

Aku sangka aku akan menyambut berita itu dgn penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya. Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan didalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun.

Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikul beban yg banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut, sedangkan adik adikku yg lain akan menaiki bas sekolah yg dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah.

Sekiranya aku letih utk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 utk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri. Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibirku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dgn tabah sekali.

Jadual aku padat dgn sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali. Aku menguruskan keperluanku sendiri, berbeza sekali dgn adikku yg lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah.

Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik utk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.

Alangkah remuknya hatiku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiranku, berkali aku melihatnya dgn harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan utkku.

Aku menangis sehari sutk, tetapi aku tidak berani utk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya, aku hadapi hari hari yg mendatang dgn perasaan yg sungguh berkecamuk. Bahkan, aku sampai menangis ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri.

Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, utk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor.

Tahun demi tahun, keadaan makin sukar bagiku. Aku mula memberontak bila layanan mereka tidak memadai buatku, mungkin aku telah melihat jurang kemesraan itu dan aku telah pun tahu pvnca semua itu.

Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan rakanku yg lain, termasuklah lelaki. Aku mula keluar secara sembunyi, merok0k, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum m1numan ker4s. Aku menjadi sangat liar dan tidak terkawal, cara ibu dan ayah mengajarku adalah dgn kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati.

Setiap kekerasan yg hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun, sekadar menjadi angin lalu buatku dan itu membuatkan aku semakin member0ntak. Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukul oleh ibu hanya kerana aku memarahi adikku kerana tidak meningg4lkan makanan buatku yg lelah berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah.

Ibu memijak mukaku berulangkali sehingga mukaku bengkak dan mengeluarkan drah dgn begitu banyak sekali, aku tidak sanggup lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputusan utk lari dari rumah.

Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yg dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk. Seharian berjalan di kota yg asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang utk pulang akhirnya aku terduduk disebuah tangga kedai.

Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yg lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, panas dan dihurung nyamuk.

Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputusan utk berkerja. Aku mendapat tawaran berkerja disebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh. Aku diberi kemudahan utk tinggal di rumah sewa yg disediakan oleh pihak majikan. Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama, hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka.

Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa, namun disatu sisi yg lain aku merasa kosong dan rindu pada yg jauh dimata. Setelah lebih 2 tahun diperantauan akhirnya aku mengambil keputusan utk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendiriaan SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah dan aku juga menggunakan gaji yg telah dikumpul selama berkerja di bar tersebut.

Kepulanganku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak utk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik, bahkan mereka memerliku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘ keluarga ‘ mereka.

Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpunduk jatuh di tengah jalan. Alunan ‘perempuan svndal’ , ‘jal4ng’ dan sebagainya akan didendangkan dari mulut ibu dan ayah. Adik adikku yg lain juga terikut dgn alunan tersebut dan itulah mimpiku setiap hari.

Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampiaskan amarah mereka saban hari sehingga keputusan SPM telah pun keluar. Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputusan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diriku utk melanjutkan pelajaran di universiti.

Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik keduaku bahawa dia disahkan hamil 5 bulan akibat terlanjvr. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua utk menutup malu. Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan dan selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adikku yg ketiga telah menghamili teman wanitanya dan berakhir dgn pernikahan utk menutup malu.

Serasa puas benar, akhirnya kata kata mereka dulu telah berpatah balik kepada mereka sendiri. Aku juga telah pun disahkan menghidap tekanan perasaan yg pelbagai dan masih lagi meneruskan rawatan dgn pakar pskiatri. Mereka masih belum insaf dgn kejadian yg telah berlaku.

Doakan aku kuat menjalani hari yg mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti. Semoga kisah ini menjadi pedoman dan iktibar kepada para pembaca. Meskipun tidak mudah dan selalu saja ada ujiannya, sabar merupakan salah satu sifat mulia yang dicintai Allah SWT.

Tahukah kamu, kalau Allah SWT menjanjikan pahala dan berkah yang banyak kepada hamba-Nya yang sabar dalam menjalani kehidupan. Terutama ketika mendapat mvsibah atau sedang dalam masa-masa yang sulit

Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.

Maka, letakkan pergantungan dan keyakinan dirimu ‘sepenuhnya’ kepada Allah. Dengan izin-Nya, ujian yang berat itu akan terasa lebih ringan lagi. Bukankah ujian itu datang dari Allah, maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan, jika tidak kepada Yang Maha Mencipta?

Bukankah kekuatan itu semuanya milik Allah, justeru, kepada siapa lagi harus kita meletakkan sepenuh pergantungan dan harapan, jika tidak kepada Yang Maha Berkuasa? Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply