“Akhirnya Dapat Beraya Di Kampung Halaman, Tapi Bukan Raya Seperti Ini Yang Aku Impikan” Mamat Sepah

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Pelawak Mamat Sepah akhirnya dapat pulang berhari raya di kampung halamannya di Kulai, Johor pada hari raya kedua yang lalu.

Namun perasaan teruja bertukar pilu kerana Mamat kehilangan seorang sahabat yang juga pembantu peribadinya, Jamal Othma atau lebih dikenali sebagai Jay Jamal. Mamat berkata walaupun dapat pulang ke kampung, namun bukan ini Aidilfitri yang diharapkan olehnya.

“Akhirnya dapat juga balik beraya di kampung halaman di Aidilfitri yang kedua, tapi bukan raya seperti ini yang aku mahu dan impikan. “Aku kehilangan insan yang menjaga keselamatan aku sepanjang mengadakan persembahan di pentas.

“Sahabat aku, pembantu peribadi aku yang terbaik yang pernah aku ada selama ini. Dia dah pergi tinggalkan aku dalam keadaan yang pun tak tahu nak ucapkan, secara tiba-tiba. “Takkan ada pembantu peribadi aku sebaik kau sahabat. Selamat la dikau di sana bersama insan-insan beriman,” katanya.

Mamat berkata, Allahyarh4m Jay Jamal sangat rapat dengannya, tambahan lagi mereka pernah duduk serumah ketika tinggal di Shah Alam.

“Dialah abang, dialah sahabat dia juga P.A yang terbaik. Dia sentiasa ada bersama sehinggalah hari pernikahan aku. “Tapi aku dah kehilangan dia buat selama-lamanya,” katanya.

Allahyarh4m meningg4l dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Mei lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Kulai.

Terdahulu suku pertama tahun ini, Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami buat seorang wanita yang dikenali sebagai Nana yang difahamkan merupakan seorang anggota p0lis.

Walau bagaimanapun, pada awal Januari lalu kisah percintaan Mamat Sepah dimana dia juga bakal menamatkan zaman bujang tahun ini telah mendapat perhatian ramai.

Mamat Sepah menerusi sumber mengatakan selepas tiga kali menangguhkan majlis perkahwinan bersama wanita itu yang sudahpun bergelar tunangnya sejak tahun 2018, dia berharap perancangan tahun ini menjadi.

Ternyata, impiannya itu menjadi kenyataan dan dapat dilihat melalui perkongsian foto dirinya lengkap memakai baju pengantin. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! kredit astrogempak

Leave a Reply