Aku ambil duit hasil berniaga kuih suami aku RM10 je tapi kakak ipar dah buat muka, tiba2 aku dapat tau dia buat group whatsapp family yg baru, rupanya mereka sering bincang hal itu tanpa aku

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Aku isteri dan ibu kepada seorang anak. Bulan puasa haritu aku dan suami diberikan rezeki yg lebih sikit dari sebelum ni (jual kuih raya). Bila kakak ipar, adik ipar dan biras2 perempuan aku dapat tau. Tiba2 tak bercakap dgn aku.

So, aku ignore lagi. Keesokan harinya, aku ada pergi ambil duit suami aku niaga RM10 sebab nak aku nak pergi beli lauk untuk berbuka masa tu kakak ipar tolong jaga kedai suami, aku bgitau kakak ipar yg aku ambil duit RM10, nanti bagitau H ya aku ambil duit dia.

Masa tu muka kakak ipar dah lain dah cara tengok aku. Then, malam tu kakak ipar aku ada whatsapp dalam group send gambar laki aku tengah buat kerja “kesian adik aku, kerja siang malam tapi duit habis ke anak dan bini”.

Lepastu biras2 aku yg lain pun masuk campur seolah2 tak puas hati dgn aku. Aku reply sebab nak pertahankan anak aku yg tak adak seutas emas pun ditubuh dia apa lagi aku “Dah memang tanggungjawab dia jaga anak bini pun” .

Sebab suami aku bagi duit kat aku sebulan tak sampai RM100 pun. Bila diminta selalu tak ada duit, nasib baik lah aku bekerja sambil buat kuih raya. Tapi bila family suami aku minta, suami aku bg je duit ke dieorang walaupun RM100.

Aku minta RM10 pun kena bergaduh dulu baru dapat. Baju anak aku beli dari anak aku lahir sampai harini umur 2 tahun. Suami beli tak sampai 10 pasang as a long anak aku membesar. Suami aku juga ada hutang aku. Then, seorang kakak ipar aku lagi pulak pm aku cakap “Minta lah cer4i, sebab adik beradik aku semuanya susah mengaji tak pandai, kau belajar tinggi sampai ke Uni, jadi kau cari lelaki yg kaya yg kau rasa boleh goyg kaki tak perlu makan gaji lagi.

Kalau adik aku tak nak cer4i kau, esok aku bagitau dia suruh cer4i kau. Berd0sa kau buka a1b suami cerita dia takbeli baju anak kau”. Nak dijadikan cerita pula bulan Feb 2020, suami kantoi dgn aku main dgn janda, kakak ipar n adik ipar saja yg tau. Masa tu aku nak minta cer4i dgn suami tp kakak ipar pesan “Ingat anak kalau nak cer4i, kesian dia kecil lagi”.

So, aku reply “Sanggup eh kak sebab duit RM10 nak sruh adik kak cer4i, kenapa hrtu dia main janda takbgi aku minta cer4i sruh fikir anak. Sejahat2 aku buka a1b aku cerita yg adik kak perangai macam tu dekat korang adk beradik je. Lgpun aku tak pernah bomokan laki aku mcm mana kak bomokan suami kak nk bg laki kak akung kak”.

Tersentap aku min bila kakak ipar pm aku suruh aku minta suami cer4ikan aku. Bulan puasa haritu jugak aku ada tolong adik ipar jual kuih raya dia dan aku pon sudah deal dgn harga dia sruh aku jual.

Bila hari nak bayar duit kt dia, dia cakap pula aku jual tak ikut harga dia bagi seolah nak cakap aku makan komisyen diam2 sedangkan sekupang pun aku takambil sebab nak tolong dia ja. Dah tu berterima kasih apa pun tak.

Then, bila semua cari salah aku, aku habiskan duit suami lah, aku jual kuih tak ikut harga dia lah. Semuanya tak bercakap dgn aku sekarang ni. Aku pula dapat tau dieorang buat group whatsapp bru.

Dan mengumpat pasal aku and cakap dalam group depan biras2 yg dieorang takmengaku aku adik beradik dieorang lagi dah. Yg peliknya adakah dieorang dengki dgn sijil diploma yg aku ada sebab dieorang selalu sgt sebut² “mengaji diploma tapi bod0”.

Antara dieorang semua aku saja lah yg ada diploma pun tapi tak pernah riak pun sbb orang lain smpai Phd relax je. Aku diploma bodo2 je. Bila aku beli baju baru pun dieorang selalu ckp kat biras aku “tukar baju sedia2, baju anak cntik2 beli kat mana, jual kuih untung bnyk mana”. Sekarang aku dah tawar hati.

Raya puasa haritu pun aku tak balik rumah mertua sebab sakit hati dgn dieorang dan mertua aku pun tak dak call tanya sbb aku tau dieorang reka cerita mcm lain dkt mertua bg mertua b3nci dgn aku mungkin.

Aku kenal mertua aku bukan mcm tu perangai, dia akan call kalau aku tak p rumah dia dalam seminggu. Skrg aku dah tak contact dgn family suami kecuali biras2 yg tak bertalam dua muka. Nak minta pendapat korang apa perlu aku buat?

Sebab bulan depan kenduri adik ipar aku, perlu ke aku pergi sedangkan dieorang tak mengaku aku adik beradik dieorang lagi dah. Sebelum dieorang tau aku dapat tempahan kuih yg banyak, hubungan kami ok je. Selepas dari tu, dieorang tak cakap dgn aku dan mula cari salah aku sikit2. Sekian perkongsian ak utk kali ini.

Ini admin ada share sikit pengajaran dan nasihat dari Ustaz Izhar Ariff via nona.my. Pertama, Apakah hukvm seorang kakak yg suka memburukkan adik ipar kepada ibunya sendiri?

Betul, perkara ini memang berlaku dalam masyarakat. Tak kiralah sama ada kakak, abang atau adik. Kita kena ingat, jika perkara yg diceritakan itu tidak benar, itu sudah menjadi f1tnah. Orang yg buat f1tnah takkan dibenarkan masuk syurga sehinggalah dia meminta ampun dgn orang yg dif1tnahnya.

Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ibu pula memb3nci saudara ipar kita. Oleh sebab itulah d0sa f1tnah itu lebih besar daripada d0sa membunuh. Nabi SAW bersabda yg bermaksud, “Barangsiapa yg cuba mengeluarkan a1b orang dan memburuk-burukkan orang lain, mukanya akan dilempar dgn api neraka di akhirat kelak.”

Jadi tinggalkan perbuatan ini. Nabi SAW mengajar kita untuk memberi nasihat dgn baik. Bercakap benarlah biarpun pahit, tetapi jangan memf1tnah atau memburuk-burukkan adik-beradik.

Ustaz ada mengatakan bahawa antara tanggungjawab adik-beradik ialah membantu dalam bentuk kewangan. Mohon penjelasan? Betul. Kita memang dituntut dalam Islam agar tidak bakhil. Orang yg bakhil tidak akan bersedekah, bayar zakat atau menggembirakan orang lain. Oleh itu sangat penting untuk kita agar tidak kedekut dan suka memberi hadiah. Buat jamuan makan contohnya. Beri bantuan pada mana-mana saudara yg susah.

Jika mampu, berilah sebagai hadiah atau sedekah, tapi jika tak mampu boleh beri pinjam dahulu. Adik-beradik pula jangan ambil kesempatan atas adik-beradik sendiri. Jika sudah pinjam, pandai-pandailah pulangkan ketika sudah mampu. Krn itu Allah suruh kita tulis apabila berlaku hutang. Orang yg berhutang dan tidak melangsaikan dikira berd0sa dan ditakuti akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Bagaimana untuk mengelak perasaan hasad dengki antara adik-beradik? Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya’ Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dgn sifat syukur dan redha.

Ada satu cerita tentang seorang Profesor yg mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yg keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja.

Profesor itu rasa begitu pelik hingga mengatakan yg anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Profesor itu terkena strok. Dalam kesemua anaknya, anak yg keempat itulah yg menjaganya sepanjang masa. Anak yg lain sibuk dgn kerjaya.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh dengki dgn kelebihan yg Allah kurniakan pada adik-beradik yg lain. Seumpama jari kita yg lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.

Nabi SAW ada bersabda yg bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.” Kita perlu berlapang dada dan gembira dgn kelebihan yg dimiliki adik-beradik lain. Bagi yg lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yg kekurangan.

Sumber ekisah & nona. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply