Aku bunting pelamin.Aku terkedu,hampir saja air mataku menitis bila mendengar perkataan ‘terpaksa’ dari ibu mertuaku depan nurse.Aku d3press dgn apa yg berlaku selepas tu.

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu. Kisah aku ni panjang sikit so siapa yg pemalas nak baca boleh scroll laju laju. Dan makcik bawang yg tahu mengkr1tik je pun bolehlah scroll laju laju ek.

Mungkin aku tidak keseorangan dalam hal ni. Barangkali ada sesiapa antara korang pernah alami keadaan macam aku sekarang. Bolehlah kita berkongsi serba sikit nasihat. Permulaan bicara, biar aku kenalkan diri sebagai Mawar berusia akhir 30an dan sudah berumahtangga selama 15 tahun dgn lelaki berkerjaya profesional dan mempunyai 4 orang anak.

Ketika aku remaja, aku kehilangan kasih seorang ibu akibat kem4langan. Hanya ada ayah dan dibantu pembantu rumah dalam hidupku dan adik beradik lain.Selepas ibu meninggal, ayah berkahwin lain. Tapi kami anak-anak tidak rapat dgn ibu tiri tersebut.

Ibu tiri itu juga tidaklah melayan kami seperti anaknya sendiri kerana dia turut ada anak sendiri dari perkahwinan sebelumnya. Hubungan kami seperti orang luar sahaja.Jadi, hidup remaja aku terkapai-kapai mencari erti kasih sayg seorang ibu. Aku lihat orang lain bahagia menelefon ibu sambil meluahkan rasa dan bercerita aktiviti seharian.

Tapi aku.. tidak tahu pada siapa aku harus luahkan.. aku kehilangan kasih seorang ibu ketika masih remaja. Di saat aku masih perlukan bimbingan dan pimpinan seorang ibu..Ayah pula sangat garang dan tegas. Akibatnya, hubungan kami dgn ayah juga tidak rapat seperti kami dgn arw4h ibu.

Saat aku berkahwin, aku bersyukur aku dikurniakan ibu dan bapa mertua yg masih masih kuat dan sihat.Ramai orang kata, kalau ibu kandung sudah tiada, ibu mertua ni bagai penganti ibu sendiri. Boleh menumpang kasih-saygnya. Apatah lagi, ibu mertuaku surirumah.Aku dapat lihat betapa akrabnya hubungan suamiku dan adik beradiknya dgn ibu mereka. Sikit2 panggil ibu, sikit2 panggil ibu.. Aku bahagia melihat keharmonian mereka.

Aku cuba menjadi menantu yg baik. Aku rindukan kasih sayg seorang ibu.. Namun, semua pengharapanku pada awal perkahwinan tidaklah seindah yg diimpikan.Alhamdulillah aku bunting pelamin. Di saat aku mengandung anak pertama, aku harungi dgn tabah. Tiada siapa aku mampu luahkan rasa dan kerisauanku. Aku hanya mampu ‘google’ mencari info-info berkaitan penjagaan kehamilan.

Itulah ‘guruku’ setiap kali ada persoalan bermain di minda. Setiap kali aku tanyakan pada ibu mertua, pasti jawapannya ‘dah lupa’. Tiada siapa yg sudi guide aku dan berikan nasihat yg sebenar.Tibalah saat kelahiran.. biasanya aku dengar orang kata bila anak lahir. Hilang semua kes4kitan. Aku membaygkan saat kelahiran paling s4kit.

Tapi aku silap.. rupanya menahan s4kit contraction sebelum bersalin itu juga sangat s4kit. Tiada siapa yg pernah beritahu aku betapa s4kitnya ketika contraction berlaku.Aku mengigil kes4kitan menahan s4kit sambil berselawat, bertahmid dan sebagainya kesorangan kerana suami aku hanya akan masuk ketika aku sudah bersedia untuk meneran.Hampir 11 jam aku menahan s4kitnya contraction kesorangan barulah lahirnya anak sulung kami

Alhamdulillah..Selepas aku melahirkan, suami aku menyuruh aku berpantang di rumah mertua kerana dekat dgn tempat kerja suami dan aku sendiri tiada lagi ibu untuk mengajar tentang pantang dan penjagaan anak pertama. Aku turutkan sahaja.

Namun, saat yg paling aku tidak boleh lupa, hari pertama selepas aku melahirkan. Aku berada di wad sambil memeluk bayiku. Ibu dan bapa mertuaku datang melawat.Nurse disitu bertanya pada mertuaku, “Nanti mak dan baby berpantang kat mana?” “TERPAKSA la kami yg jaga” jawab ibu mertuaku selamba dan kuat.

Aku terkedu.. hampir saja air mataku menitis mendengar perkataan ‘terpaksa’ itu. Dari gerak tubuh ibu mertuaku juga yg hanya bersandar di dinding melihat bayiku dari jauh..Pelbagai soalan bermain dalam fikiranku.. adakah aku menyusahkan mereka? Adakah mertuaku terpaksa?

Kenapa mertuaku kata terpaksa? Teruknya aku. Aku tak punya siapa2.. Zaman itu, masih belum popular perkhidmatan confinement lady.Aku juga baru bekerja setahun jagung selepas tamat universiti dan tidak punya banyak simpanan. Sehinggakan ingin bersalin di hospital swasta juga tidak mampu. Inikan pula untuk perkhidmatan confinement lady.Jadi, aku hanya mampu berharap pada mereka, mertuaku..Apatah lagi, ini merupakan pengalaman pertamaku. Tapi aku kuatkan hati demi nyawa kecil didepanku..

Balik dari hospital, aku mula proses berpantang di rumah mertua. Tapi banyak perkara aku kena buat sendiri dalam keadaan diri belum pulih kes4kitan.Dgn keadaan bilik yg tidak selesa dan katil yg sudah rosak. Aku sememangnya tidaklah mengharap dilayan seperti puteri.

Jadi, aku cuba uruskan semuanya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Aku masih segan dan tidak biasa meminta bantuan mertua. Mertua juga ada rutinnya sendiri. Menonton tv, ke pasar, bersembang berduaan, berkebun dan sebagainya.Sehinggakan luka jahitanku terbuka kembali kerana terlalu lasak dan aku harus dijahit kembali buat kali ke2. Perit dan s4kitnya seperti luka dijahit hidup2.

Makananku juga seperti tidak berpantang. Hari kedua sudah diberi burger ramly tepi jalan. Aku makan sahaja kerana tiada pilihan dan lapar.Duit gajiku habis untuk membeli barang-barang keperluan bayi sebelum ini. Maklumlah, baju bayi sahaja dan berpuluh ringgit sepasang. Apatah lagi dgn kelengkapan lain.

Gajiku juga masih rendah kerana baru bekerja. Sehinggakan kos untuk mengurut juga aku terpaksa skip untuk yg penting-penting sahaja.Suamiku? Sibuk bekerja sahaja. Bila bayi menangis dan berjaga malam, dia akan lari tidur di ruang tamu atau tempat lain sebab bising katanya. Dia perlu tidur yg cukup sebab perlu bekerja esoknya.

Hampir-hampir sahaja aku terkena post-partum depression dan aku kerap menangis bila ditinggalkan kesorangan.Menangis dan terus menangis untuk 6 bulan pertama kelahiran anakku.. aku menjadi terlalu sensitif dan tidak dapat berfikir waras. Aku tiada support dan bahu untuk meluahkan..

Anak kedua dan seterusnya, aku lebih bersedia. Aku berpantang sendiri. Aku menyimpan duit untuk confinement lady.Alhamdulillah semuanya lebih lancar tanpa aku perlu menyusahkan sesiapa termasuk keluarga suami. Aku lebih rilex dan tenang.

Kini, anak-anak sudah bersekolah. Kisah aku dan mertua tu bukan setakat di situ. Banyak lagi peristiwa yg membuatkan aku terasa.Ketika anak-anak perempuan mertuaku bersalin, aku saksikan sendiri layanan yg berbeza. Cucu-cucu itu dijaga dgn penuh hati-hati dan diberi sepenuh perhatian.

Disediakan bilik yg selesa, diganti katil yg rosak itu pada katil yg baru dan selesa, sanggup bergilir berjaga malam, makanan pantang yg berkhasiat dan macam-macam lagi.

Aku sedar, aku hanyalah menantu. Langsung tidak sama seperti anak kandung. Aku menangis di dalam hati..Sehingga kini, masih jelas kelihatan perbezaan layanan antara anak sendiri dan anak menantu dari mertuaku.Walaupun anaknya lelaki, menantu perempuan yg akan disuruh itu ini. Dinasihat itu ini. Sehinggakan jika anaknya penat, menantu yg sama-sama kerja dan penat juga ini disuruh berkorban sentiasa.

Jika bercuti ke mana-mana tempat yg jauh, menantu perempuan yg disuruh memandu kereta kerana anak lelakinya penat. Sedangkan aku, tiada siapa pun yg pernah bertanya atau fikirkan aku penatkah? Aku perlukan rehatkah? Aku okey kah?Semua aku yg perempuan ni kena buat, kena berkorban untuk anak lelakinya.. sampai tahap aku rasa, tiada siapa yg saygkan aku selepas aku kehilangan ibu dan ayahku..

Ya, ayahku juga sudah meninggalkan kami beberapa tahun lepas.. aku rasa sangat kehilangan…Tiada lagi figura seorang ayah yg melindungi anak-anaknya. Sedangkan ayahku amat adil terhadap menantunya. Jika aku silap, ayah akan menegurku. Menantu pula tidak pernah dimarah walaupun ayahku garang.

Mertuaku pula, anak-anak perempuannya pula dilayan dan tatang bagai minyak yg penuh. Anak-anak lelaki yg akan dikerah untuk melindungi adik-beradik perempuan mereka.Tetapi, ini tidak berlaku pada menantu perempuan. Menantu perempuan pula kena sentiasa berkorban untuk anak2 lelakinya.

Dan aku.. mulai sedar satu perkara.. aku, sebagai menantu. Memang tak akan pernah sama seperti anaknya sendiri di mata seorang mertua..Semoga pembaca IIUM Confession dapat memberikan kata-kata semangat atau kongsi pendapat mengenai masalah aku ini..– Mawar Putih (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet

Semua sudah tertulis. Sebenarnya Allah beri ujian mengikut kemampuan hambaNya. Pecayalah awk mampu hadapi keadaan ini sbb itulah ujian yg selayaknya utk awk. Bahagia dtg dari kita bkn org lain. Kalau kita rasa kita x bahagia sbb ada masalah dlm kluarga mertua, atau keluarg sndiri, smpai bila2 pun kita x bahagia. Biarlah org lain xsuka kita, sbb itu masalah dia. Bkn masalah kita. Anggap masalah tu perkara yg kita perlu harungi. Sbb setiap dari kita ada ujian lain yg mungkin kita xsnggup nk lalui. Mungkin diluar sana ada mertua atau keluarga yg baik, tp mungkin dia diuji tiada zuriat atau tiada pekerjaan yg baik.. atau juga diuji dgn pasangan yg tidak bekeja akibat s4kit kronik dan sebangainya. Sabar dan bersyukur dgan apa yg kita ada..

Memang ada mertua yg mcm ni.. kalau ank dia tak kira lelaki perempuan ditatang bagai minyak yg penuh.kalo menantu ada aja tak kena. seolah² ank² dia je dia didik dgn betul. menantu ni ank org jd banyak la tak kena dpn mata dia. sabarlah kak, pasti ada hikmahnya atas ketabahan selama ini. teruslah berdoa supaya suami tu lebih sedar tanggungjwb sebagai suami. sampaikan memandu jauh pun isteri kena buat. apa punya laki la mcm tu. lemah. dan nanti kak dh jd mertua saygi lah menantu sperti anak sendiri. jgn beri expectation bahawa ank org perlu jadi sempurna spt yg kita nak.

Dalam ada yg hentam confesor, sy ambl cra utk memahami keadaan jiwa confesor..x smua kita d kurniakan dgn kekuatan mudah apa yg d perkatakan..tpi utk kata2 smgt buat confesor, sabar ya..jika itu sikap mertua, jgn lah d harap kasihnya lgi, bhagiakan diri dan hatimu..hdup dgn ckup ada suami dan ank2 sja, tmbh x duduk brsama, itu pun dh ckup utk kata sbnrnya x prlu kita fkir pd org yg x sudi mmbrikan kash syg nya..smoga confesor d brikan kekuatan hati utk x memikirkan sgala apa yg tlh trjdi demi kbhgiaan confesor..

Sabar sis.. sy pun berpantang sendiri.. walaupun masih ada ibu kandung.. hampir 80% suami yg urus kan sy dan baby.. sehinggalah sy blh berdikari.. dh la 2-2 anak prolong jaundice dgn sy 2-2 czer.. mengusung perut yg s4kit keluar masuk wad, ulang alik ke klinik kesihatan.. mertua duduk jauh dan dh tua sy tidaklah harapkan dia sgt.. tp apabila sy balik jumpa mertua bwk baby, mertua lah org paling happy.. kdg kita x blh nk harapkan org sgt .. berdikarilah.. masing2 ada urusan masing2.. sy bersyukur dikurniakan mertua yg x pilih kasih..

S4kit hati pulak, akak baca tentang perangai mentua kau dik..emmm sabar ajerlah….tak blh terima, menantu perempuan disuruh memandu sedangkan ank lelaki dia ada…nak ajer akak bgtau pd ibu2 spesis MIL kau dik.. kalo manjakan ank lelaki tak payahlah bg kahwin…mnyusahkan ank org ajer nnt….smg kita menjadi mentua yg baik buat ank menantu kita…Aaminnn..

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih.Sumber asal IIUM.

Leave a Reply