Aku cari suami aku,merata aku siasat.Bila tanya kat mana ayah. Tiba2 Adik kecik tu jawab pergi hotel dgn mak. Bila minta gambar dia bg gambar atas katil buat aku terkedu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca di bawah ini utk maklumat penuh dan lengkap.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkenalan aku dan suami, Aidil bermula di dating apps sekitar pertengahan 2018. Masa tu aku tengah patah hati putus cinta. Aidil pula duda anak satu yang telah bercerrai setahun lebih.

Long story short lepas kenal, kami masing masing memang serius tengah cari pasangan hidup memandangkan masa tu aku dah menginjak 30 dan Aidil pula dah lama kesunyian.

Aku tak pernah berkawan dengan duda namun apa yang buat aku tertarik, Aidil sangat caring. Cara dia layan anak juga cara dia layan aku. Tak pernah sekali tinggi suara dan sangat sabar melayan kerenah aku.

Aidil juga seorang yang rajin bekerja. Pagi kerja ofis, malam dan weekend pula sibuk berbisnes. Sebabnya punc4 pencerraian dulu adalah faktor kewangan.

Aidil bekerja di Perak, manakala aku pula di Penang. Jarak kami hanya lah sejam setengah. Lepas berkahwin, kami decide untuk PJJ memandangkan Aidil tinggal dengan keluarga dan aku pula tinggal sendiri.

Setiap Jumaat petang aku akan balik ke Perak dan balik semula ke Penang setiap pagi Isnin. Rutin ini berlarutan sepanjang kami kahwin sebabnya hak lawatan Aidil juga jatuh pada hujung minggu.

Memandangkan anak kecil Aidil tidur bersama setiap hujung minggu, aku terpaksa tidur di bilik tetamu. Dapat la 2-3 jam untuk bermesra, pastu Aidil akan sambung tidur dengan anaknya.

Sepanjang ber PJJ aku banyak berkorban. Aidil tak boleh pindah ke Penang sebab anaknya di Perak. Aku penah try tinggal di Perak tapi sangat letih ulang alik hari hari dan kekok tinggal dengan keluarga mertua.

Even time mangandung pun aku still berulang setiap weekend sebab aku happy sangat jumpa Aidil. Masa awal PKP tahun lepas, larangan rentas negeri menyebabkan aku dan Aidil terpisah beberapa bulan.

Beraya lah aku berdua je dengan baby. Aidil dengan anaknya, aku dengan anak kami. Elok sempadan negeri dibuka, aku cuti 2 minggu balik Perak. Sepanjang di Perak, aku baru tau anak Aidil tidur di situ setiap hari atas alasan tadika tutup dan Aidil WFH.

Setiap hari mereka akan keluar berdua atas alasan kesian budak bosan dekat rumah dan aku terpaksa stay di rumah sebab masih bahaya untuk bawa baby berjalan di musim pandemik.

Satu hari masa mereka keluar, aku sembang dengan mak mertua kenapa hak lawatan berubah. Terbuka lah cerita bekas isteri dah diberhentikan sejak Mac lepas. Aku terus terdiam sebab Aidil tak cerita pada aku.

Cuti berbaki seminggu, sebab tak nak keruhkan keadaan aku simpan dalam hati sampai balik Penang. Mereka tinggal dalam daerah yang sama, hati aku kuat boleh rasa mereka jumpa setiap hari.

Balik Penang, aku tanya Aidil secara baik. Aidil mengaku mereka berjumpa sepanjang aku bercuti di Perak namun tak timbul isu rujuk kembali sebab hanyalah atas urusan anak semata mata.

Sumpah aku terasa teruk masa ni sebab Aidil tak pernah cuba nak luangkan masa untuk aku dan anak kami. Masa dibenarkan rentas negeri untuk pasangan PJJ pun Aidil tak melawat aku di Penang sedangkan dia WFH je.

Sekejap je aku dan Aidil g4duh, tak lama lepas tu hubungan kami baik macam biasa. Aku teruskan rutin balik Perak setiap weekend macam dulu.

Pertengahan November 2020, daerah aku tertakluk dalam PKPB yang mana rentas negeri kembali dilarang. Berlanjutan sehingga seluruh Penang dikenakan PKP sampailah seluruh negara PKP.

Ini adalah PKP kedua sepanjang kami kahwin, jadinya aku anggap seperti biasa. Silapnya aku di sini, semakin jauh aku dengan Aidil, semakin dekat lah bekas isteri dengan Aidil.

Masa cuti CNY, sepanjang hari aku gagal contact Aidil. Aku segan nak contact mertua sebab tak nak mereka fikir bukan bukan. Jadi aku VC anak Aidil dengan alasan anak aku rindu abangnya.

Sekali lagi aku pelik sebab anaknya tido dalam bilik emak Aidil. Bila aku tanya mana abah, anak kecil ni jawab pegi hotel dengan mama.

Aku masih tak faham jadi anak Aidil cakap jap lagi dia bagi gambar. Gambar yang dihantar adalah gambar mereka berdua atas katil hotel berhias tuala angsa sambil cadar ditaburi bunga mawar tertulis “Just Married”.

Sepanjang malam aku tak boleh tidur. Lagi luluh hati aku bila dalam gambar, Aidil tak pakai cincin kahwin kami tapi cincin lain. Aku hanya mampu menangis sambil pandang anak silih ganti pandang gambar mereka.

Esoknya aku demam, seharian aku tunggu Aidil contact. Even family mertua pun tak tanya khabar aku sebab aku tau mesti mereka dah tau dari anak Aidil.

Empat hari aku tunggu macam tunggul, masuk hari kelima baru Aidil hantar mesej. Satu ayat je “I’m sorry”. Aku baca je tanpa reply. Tu lah last mesej Aidil pada aku.

Sampai saat aku menulis ni, Aidil masih tak contact aku. Hari hari aku tunggu andai dia nak call atau mesej sebabnya setelah berhari macam ni, hati aku terbuka untuk berbincang.

Jujur cakap aku masih sayangkan Aidil tapi aku redha andai dilepaskan. Aku sedar aku siapa, nak kata isteri pertama pun bukan.. isteri kedua la kot.

Kalau bermadu pun, aku tau keadaan banyak tak menyebelahi aku. Family mertua pun macam seronok mereka berbaik kembali. Aku terbeban nak cerita dekat family aku sebab parents aku dah remind aku before kawin dulu.

Doakan aku kuat. Aku terima jodoh aku sampai di sini. Disebalik apa yang berlaku Aidil adalah lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup aku.

Aku anggap dia pinjaman Tuhan untuk aku. Tiada Aidil, mungkin sampai sekarang aku masih sendiri. Perginya Aidil, aku kembali sendiri bersama anak kami.

Ini pula kisah kedua yg lebih menyayat hati. Tajuk Kisah Novelku. Drama 7 Hari Mencintaiku sekarang tengah trending sekarang kan? Aku tak layan pun drama macam ni sebab aku agak skeptikal kewujudan kisah begini dalam kehidupan realiti.

Tapi bila tiba-tiba rumah tangga aku yang sudah ku bina bersama suami tersayang selama 6 tahun terpalit dengan kisah orang ketiga aku jadi kaget sebentar.

Aku berkenalan dengan suamiku tak lama. Orang kata bercinta lepas nikah la senang. Proses berkenalan, bertunang dan nikah sangat lancar.

Kedua dua family approve. Tak sempat pun rasa dugaan bertunang. Keluarga mertua pun alhamdulillah sangat baik dengan aku. Pekerjaan dan gaji suami pun alhamdulillah.

Kelengkapan asas untuk isteri seperti rumah, makan, pakaian dan kadang – kadang bercuti di luar negara semua aku rasa. Kalau orang luar tengok macam indah saja perkahwinan aku.

Ye betul aku tak nafikan banyak perkara nampak indah dan ada certain things tentang suamiku yang buat aku keliru dan pelik. Tapi aku selalu pujuk hatiku ini lah dugaan bercinta lepas nikah kot.

Maksud aku keliru dan pelik ialah suami aku sangat berahsia tentang berapa gaji dia, komitmen setiap bulan dan apa saja tentang perbelanjaan dia. Aku bagitahu dia yang aku nak tahu bukan untuk meminta tapi untuk saja kepuasan hati.

Walaupun aku sebenarnya dah tahu berapa gaji dia sebab aku terjumpa slip gaji dia dan komitmen setiap bulan dia pun aku agak agak saja since rumah, bil api, air dan insurans semua dia bayar.

Kalau kata takut aku meminta lebih, aku bekerja jadi banyak belanja extra seperti shopping baju ke, deco rumah ke yang melebihi bajet dia semua pakai duit aku.

Kalau aku terlebih pakai duit dia walaupun beli chocolate pun aku bayar balik. Senang cerita die rekod berapa aku pinjam dan aku mesti akan bayar balik.

Lepas beli barang keperluan rumah, biasa dalam kereta dia akan soal aku kenapa beli itu beli ini sedangkan semua yang aku beli barang yang dah kehabisan stok di rumah. Aku fikir tak kan gaji habis terus kalau beli barang. Kad dia kalau dah masuk saja kereta kena terus bagi dia.

Walaupun masa tu aku belum letak kaki dalam kereta lagi pun dia dah minta kad dia. Kalau aku tegur dia tak sabar dia akan marah aku. Jadi lama lama aku malas nak layan just ikut cara dia.

Balik kerja lewat pun selalu buat aku pelik. Kenapa pelik? Sebab aku tahu dia akan habis kerja sampai pukul berapa dan apa aktiviti dia selepas habis kerja. Ini dia la bagitahu aku.

Aku percaya saja. Biasanya dia akan spent masa dia untuk membaca sebab itu hobi dia. Aku pelik kenapa dia tak boleh balik terus dan buat hobi dia di rumah. Aku fikir masa yang sama boleh spent masa dengan anak kecilku ini.

Aku kesian anak aku hanya spent masa dengan ayahnya pada hari minggu saja. Bapa mertuaku pun pernah menegur tapi sehingga anak 2 tahun pun tiada perubahan.

Banyak sebenarnya perkara yang dia buat merunsingkan aku. Banyak juga perkara kecil dia akan senang marah aku dan banyak kali juga aku berkecil hati dengan dia.

Walaupun bukan salahku, aku cuba juga untuk mohon maaf sebab aku tak nak hidup dalam suasana muram dan biasanya aku yang mulakan perbualan.

Aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Environment family aku tak secantik macam family mertuaku. Jadi aku takut kehilangan semua tu dan aku tak nak anak aku hidup seperti aku kalau asyik berg4duh saja jadi aku yang akan selalu mengalah.

Sampai la satu malam semua kekeliruan aku terjawab apabila aku tertarik nak cek hp suamiku. Dia tak pernah sorok hp sebab dia tahu aku percaya pada dia.

Aku tak pernah fikir pun dia akan ada rahsia perempuan lain selain aku. Macam mana pun dia layan aku yg aku ceritakan tadi, tapi banyak lagi kebaikan dia pada aku jadi aku sangat yakin pada dia. Allah Maha pemurah lagi Maha penyayang. Baru kutahu selama ni aku mempunyai seorang madu.

Paling susah untuk aku terima ialah suamiku berkahwin secara rahsia semasa tempoh kami bertunang selama 6 bulan. Mereka sudah berkenalan lama sebelum suamiku berkenalan denganku.

Mereka pernah berc3rai sekali sebelum kami bernikah tapi rujuk semula selepas seminggu kami bernikah. Maduku tahu kewujudanku cuma aku yang masih berada dalam khayalan.

Hati isteri mana yang tak hancur apabila di madu dengan cara penipuan seperti ini setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga. Alasan suamiku untuk menjaga maduku yang mempunyai penyakit kr0nik. Dan juga perasaan sayang pada dia.

Aku menangis tidak henti sampai satu ketika aku terfikir adakah ini tiket syurga yang Allah nak tunjuk kepadaku? Perlu ke aku sama sama bantu kewangan suamiku untuk menyara maduku?

Ikhlas ke aku? Walaupun suamiku mohon ampun berkali kali padaku dan katakan cintanya padaku tak pernah luntur tapi aku berserah saja pada Allah kerana sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah.

Jadi, begitulah kisah novelku. Luahan ini bukan la niat nak mengaibkan sesiapa cuma hatiku sudahberkecai dan masih sukar untuk aku menerima ditipu hidup hidup oleh sang suami yang di cintai selama ini.

– FA (Bukan nama sebenar). Apa Kata Anda.M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah..Terima Kasih krn sudi membaca.Sumber ekisah ,iiumc

Leave a Reply