Aku kecewa suami sanggup buat benda tu..pdhal aku bersusah payah cari duit beribu-ribu utk dia dn anak aku..

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Setiap pasangan yg mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan supaya perhubungan tersebut berkekalan selama-lamanya. Namun, hati wanita mana yg tidak luluh apabila seorang suami sanggup berlaku cvrang dan berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

Lebih menyedihkan, apabila si isteri sanggup ‘berk0rban’ dirinya bagi mencari rezeki di luar negara bagi membantu kewangan suaminya dalam membesarkan anak-anak tersayg.Bertahun kerja Iuar negara demi kIuarga, hntar duit RM8k sebuIan, akhirnya suami di Malaysia kawen lain. Seperti perkongsian seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan kisah mengenai seorang isteri yg ditipu oleh pasangannya sendiri.

Kisahnya bermula apabila datang seorang wanita ke pejabatnya bagi mendapatkan nasihat berhubung kes yg menimpanya. Wanita tersebut yg berusia lingkungan 40 tahun, merupakan seorang jururawat yg bekerja di sebuah hospital swasta di negara Arab dan memperoleh pendapatan mencecah RM15 ribu sebulan.

Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja di sana. Bahkan pendapatannya di sana mencecah RM10 ribu ke RM15ribu setiap bulan. Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja disana. Asalnya dia sendiri tidak mahu ke sana sebab memikirkan tentang anak-anak.

Ujar peguam ini lagi, wanita ini sanggup berkorban bekerja di perantauan dan meningg4lkan anak-anak dan suami tercinta berikutan suaminya yg telah dibuang kerja. Mahu tidak mahu, wanita ini terpaksa mencari kerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Rezeki tidak pernah salah alamat, di mana wanita ini telah ditawarkan utk berkhidmat di luar negara dan diberikan kontrak kerja yg agak lama.

Wanita ini berat utk tinggalkan tiga orang anaknya yg masih bersekolah. Namun disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju

Setelah bekerja di sana, wanita cekal ini sama sekali tidak pernah melupakan tanggungjawabnya utk mengirimkan duit berjumlah RM8 ribu sehingga RM10 ribu setiap bulan di akaun suaminya. Duit yg dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan utk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.

Namun, selepas dua tahun menetap di sana wanita ini pulang ke Malaysia berikutan cuti panjang yg diambilnya bagaimanapun, sikap suaminya dilihat sudah berubah dan tidak lagi seperti lelaki yg dia kenali dahulu.

Dia kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yg sama. Nak jadikan cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya. RM1000 sahaja weh! Terkejut dia. Dia cuba Tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yg mahal kepada mereka setiap bulan? Terkejut dia bila anak-anak beritahu kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tidak pernah beli apa-apa.

Susulan daripada itu, wanita ini bertindak selongkar di seluruh pelusuk rumahnya utk mencari sebarang bukti dan ingin mengetahui apa yg telah terjadi. Alangkah terkejutnya dia apabila menjumpai sijil nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla dan nama suaminya tertera pada sijil tersebut bersama nama seorang wanita yg tidak dikenali.

Sijil itu terselit kemas di bawah fail-fail lama yg tak terusik. Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ni mesti ada orang nak rosak rumah tangga kita, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula. Dia tunjukkan sijil nikah tersebut biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.

Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku. Duit yg diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya utk anak-anak. Sebaliknya, dia gunakan utk perkahwinan barunya dan belanjakan utk kediaman dia dengan isteri baru.

Susulan mendengar penjelasan itu, si isteri hanya mendiamkan diri sebelum suaminya bertindak keluar daripada rumah tersebut. Tidak berakhir di situ, ujar peguam ini lagi suami kepada wanita tersebut enggan utk ‘melepaskannya’ dengan cara yg baik.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di Mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yg kami failkan dan menolak pembelaan suaminya. Sumber:Ohbulan & Fahmi Ramli

Disini juga ingin kami kongsikan sedikit info mengenai Hukum Isteri Tanggung Nafkah Keluarga, Ini Jawapan Mufti WP. Isu rumah tangga yg dihadapi oleh golongan muda pada zaman sekarang semakin meningkat yg melibatkan hal-hal remeh dan mencetuskan kadar pencer4ian di Malaysia semakin tinggi.

Pernah tular suatu ketika dahulu dimana punca pencer4ian pasangan di Malaysia adalah bermula dari alasan yg tidak munasahabah. Antaranya adalah punggung isteri menggerutu, isteri suka ikut rombongan, isteri suka basuh baju waktu malam, pasangan lupa pam tandas dan lain-lain

Dalam satu persoalan yg ditujukan oleh pengguna sosial media ini ke atas Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan, isu ini merupakan salah satu isu yg paling dekat dalam masyarakat Malaysia pada hari ini terutamanya utk pasangan muda yg baru sahaja menamatkan pembelajaran.

Dengan peluang pekerjaan yg amat terhad serta lambakan bilangan graduan yg masih lagi menunggu utk mendapatkan pekerjaan tetap pada masa ini, penjelasan yg dilakukan oleh Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan ini boleh dimanfaatkan oleh pasangan muda pada zaman ini.

Bagi mendapatkan maklumat yg selanjutnya, ikuti kenyataan terbaru yg dikeluarkan oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara ini seperti berikut: SOALAN
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Seorang perempuan kahwin dengan lelaki. Kemudian rumahtangga menjadi kacau bilau sehingga si isteri yg terpaksa menjaga suami tersebut dengan menanggung nafkah keluarga.

Tidak berapa lama kemudian, suami tersebut mula menjalankan perniagaan. Akhirnya dia berjaya dalam perniagaan tersebut dan menjadi kaya. Namun, isteri masih tetap menanggung nafkah keluarga tanpa suami berusaha mengubah sistem tersebut. Mohon mufti berikan pandangan.

JAWAPAN. Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yg tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yg mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yg makruf. Surah al-Nisa’ (19). Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yg Allah perintahkan daripada pergaulan yg baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, krn setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yg dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yg dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap b4khil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.

Kalimah mu’asyarah (berg4ul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yg baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)

NAFKAH BAPA KEPADA KELUARGA. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179) menyebut: Bapa dan datuk ke atas, wajib memberi nafkah anaknya, cucu dan ke bawah. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi semua jenis nafkah kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan.

Jika mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut dan begitulah seterusnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:…jika mereka menyusukan anak utk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; Surah al-Talaq (6)

Ayat ini menjelaskan bahawa perempuan yg menyusukan anak orang lain wajib diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa.

Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yg hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yg sepatutnya.” Surah al-Baqarah (233).

Dalam ayat ini, menisbahkan anak kepada bapanya yg menggunakan huruf lam ikhtisas membawa makna bapa dikhususkan bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya. Oleh itu, kewajipan bapa memberi nafkah kepada ibu yg menyusukan anaknya menunjukkan bahawa kewajipannya memberi nafkah kepada anak-anak adalah lebih utama. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/170-179)

Imam Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah utk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yg sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yg diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yg termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yg melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/479).

Para ulama menetapkan bahawa nafkah yg wajib diberikan kepada sesiapa yg berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti: Makanan,Barang-barang dapur,Pakaian,Tempat tinggal,Alat-alat utk membersihkan diri, Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yg mampu sahaja). (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/542). Imam al-Syaukani menyebut: Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW.

Rasulullah SAW menyediakan utk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yg memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Lihat Nail al-Autar, 5/221).

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM. Undang-undang keluarga adalah termaktub di bawah undang-undang negeri. Jika di Wilayah Persekutuan, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Seksyen 72 memperutkkan: “…adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yg munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”[1]

Begitu juga pada Seksyen 73 antara lain menyebut: Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah utk faedah mana-mana anaknya, (a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan perutkan dengan munasabah bagi anaknya itu; (b) jika dia telah meningg4lkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;[2]

Sebagai kesimpulan, kami nyatakan seperti berikut: Menurut kitab-kitab fiqh, semua tanggungan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami. Walaupun berlaku keredhaan dari pihak isteri, tetapi utk menenangkan hati, berilah ganjaran yg setimpal kepada isteri yg telah memulakan rumahtangga dengan berjaya. Alangkah baik sekiranya suami tersebut memberikan kredit dan penghargaan di atas peng0rbanan isteri yg besar selama ini. Sifat isteri yg sentiasa membantu suami adalah sangat terpuji. Berilah hadiah kepada isteri tersebut.

Suami janganlah mengambil kesempatan sehingga tugas hakiki beralih kepada si isteri sedangkan ia pada hakikatnya adalah berada pada tangan suami.Tanggungjawab yg sebenarnya tidak berpindah kepada isteri. Isteri hanya bersifat menolong dan membantu. Jika isteri tidak mahu membantu pun tidak mengapa. Suami wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada isteri dan inilah yg sebenarnya.

Semoga rumahtangga kita menjadi seperti apa yg disebut Baiti Jannati dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kehidupan kita diberkati dan dikurniakan kebahagiaan.
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yg menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yg (mahu) bertaqwa.”- Surah al-Furqan (74)

Sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Selamat malam semua.Sayg korang semua!

Leave a Reply