Aku memang nekad nak cari ‘Mariam’. Sejurus pintu dikuak aku terkedu dan TERUS melutut. Kelihatan Mulut ustaz terkumat kamit membacakan sesuatu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Sambungan dari Part 1 : “Aku tahu kau nak aku mti, mcm Hazmi” Selepas Kejadian Mariam dirg0l ramai2. Aku nekad melarikan diri, Tapi setelah bertahun, aku mula terasa seperti Mariam kembali

Part 2 .Aku private message dengan Nabilah. Jawapan yg aku dah duga, Nabilah kenal dengan Mariam. Tapi kata Nabilah, Mariam yg dia kenal tu merupakan anak yatim piatu. Yg dia jumpa semasa program anak angkat anjuran sekolahnya dulu.

Dia sering telefon Nabilah, dan Nabilah pon senang dengan dia. Aku decide nak jumpa si Mariam junior ni melalui Nabilah. Aku sewa kereta Viva, terus shoot balik ke KL.

Sesampainya aku lebih kurang pukul 6 petang di kawasan rumah anak yatim itu, aku terus berjumpa dengan penjaga rumah itu, dan menanyakan tentang Mariam. Beliau cuba cari, dan akhirnya dia kata Mariam sudah dihantar ke rumah mak dan ayah angkat di area Mantin. Aku cuba dapatkan alamat dan nombor telefon, tapi seakan penjaga tu berkeras tak berikan kerjasama. Yelah sudah jadi amanah dia kan.

Aku minta Nabilah cuba hubungi Mariam. Nabilah sendiri pelik, Mariam tak pernah bagitahu dia dah tinggal dengan mak dan ayah angkat baru. Mariam angkat call Nabilah, dan dia berikan alamat.

Yg aku dan Nabilah pelik, Mariam siap cakap, “Akak datang dengan kawan laki kan? Dia yg nak cari Mariam kan?”. Macam mana dia boleh tahu? Seram sejuk aku dengar. Aku rasa macam berat nak pergi. Macam ada sesuatu yg bakal terjadi di sini.

Aku masuk diperkarangan pagar rumah, terdapat satu rumah kayu, cantik, laman yg bersih, tetapi gelap. Lampu dekat bahagian bawah sahaja terbuka.

Kami memberi salam, keluar seorang gadis cantik, tidak bertudung, menyuruh kami masuk. Kami dihidangkan kopi dengan biskut kering. Perempuan tu kata nanti ayah turun. Aku cuit Nabilah, Jangan makan atau minum, aku rasa tak sedap hati, nasib Nabilah faham.

Bunyi tangga, seakan ada orang turun, kelibat orang tua, atuk dan nenek tersenyum melihat kami. Kami bersalam dan disuruhnya duduk. Belum sempat aku nak tanya pasal Mariam, terus Haji Dolah berkata,

“Anak cari Mariam kan? Tadi penjaga rumah anak yatim ada telefon pak cik, mereka bagitahu anak mencari Mariam kan?”. Kami mengganguk. Terus nenek tu bersuara, “Perempuan tu dah lama tak tinggal kat sini. Menyusahkan orang, gatal macam orang kena r4suk”.

Aik, aku dah mula pelik. Aku cakap dekat mereka, “Mariam yg bagi alamat rumah ni, bukan penjaga tu yg bagi. So dia masih tinggal kat sini lah kan atok?”. Atok dan nenek menggelengkan kepala, atok berkata,

“Dah dekat 9 bulan dia tinggalkan kami. Setelah dia guna gunakan menantu kami supaya bercerrai dengan anak kami, aku halau dia keluar dari sini”. Subhanallah, mengurut dada aku sekejap. Konflik Mariam ni semakin menjadi jadi.

Lepas tu, atok berkata lagi, “Eh, sapa yg hidang air utk korang ni? Yg tinggal dekat rumah ni kami berdua je”. Perghh lagi berderau jantung aku. Nabilah dah pucat lesi. Kami ceritakan susuk tubuh perempuan tu, tiba tiba nenek menangis.

Nenek cakap karakter yg aku ceritakan tadi macam aruwh anak perempuan dia yg mti bnuh diri selepas suami dia cerraikan dia. Aku tak fikir banyak, terus minta diri, tapi dihalang oleh mereka. Mereka suruh kami bermalam di rumahnya dahulu, sebab malam dah semakin kelam. Aku mengganguk lemah, sama seperti Nabilah.

Aku baru nak lelapkan mata, ada orang ketuk bilik aku. Nabilah menangis. “Eh kau ni kenapa?”, tanya aku. Dia tunjuk mesej Mariam, ‘Sekarang kau pon dah terjebak sama dengan Rin, kau akan mti dengan dia’. Aku dengar terus tersandar dekat dinding, aku tak tahu dosa aku yg dekat 13 tahun dulu masih menghantui hidup aku sampai sekarang.

Aku dengar sesuatu dari bilik sebelah aku, bunyi seakan ada orang memuji mantera. Perlahan lahan aku hampiri bilik itu. Nabilah dah pegang hujung baju aku.

Bamm! Bunyi kuat dalam bilik tu. Atok keluar dari biliknya dan tanya aku nak buat apa pergi ke bilik tu. Bilik tu atok dah pagarkan supaya tiada sapa boleh masuk, sebab itu bilik Mariam dahulunya.

Pagi pagi aku dah minta izin atok dan nenek keluar awal utk melawat kawasan perumahan aku dahulu. Terus aku pergi jumpa dengan anak Mak Leha, utk bertanyakan tentang Hazmi.

Azim cakap Hazmi ni satu kampung cakap dia giila. Mak ayah dah tiada, meraih simpati di kedai kedai makan utk bagi makan minum dia. Tiba tiba seminggu sebelum dia meningg4l, dia sering lalu lalang depan rumah aku, dan dialog dia suka sebut macam ni, “Aku kena bagitahu Rin”. Banyak kali dia sebut. Itu pasal si Azim ni tak bagi no telefon aku. Rupanya si Hazmi ni dah gil4.

Perkara yg paling aku terkejut ialah, bila Azim cakap, tahun 1999 setahun selepas aku pergi tu, kampung kita masuk suratkhabar. 4 orang myat rakan baik dijumpai di dalam pasu besar yg ditanam di bawah rumah Pak Ramli. Weiii, sumpah aku tersembur nescafe dekat muka Azim.

“Biar betul weii, masa mak kau meningg4l, Pak Ramli ada siap tegur aku. Si Din pon ada lepak dengan aku dekat bangku depan tu haa”, kataku. Azim cakap, “lepas mak aku meningg4l, banyak peristiwa aneh jadi. Contohnya, aku tak panaskan air. Tiba tiba cerek berbunyi”.

Aku tanya kepada Azim akan perihal rumah Pak Ramli yg terbakar tu. Azim cakap, “Yelah, satu kampung ingat Pak Ramli sekeluarga mental. Ada satu malam aku dengar orang kecoh kecoh. Rupa rupanya rumah Pak Ramli terbakar. Yg terk0rban Pak Ramli dengan bini dia, dan anak dia yg sebaya kau tu”, perghh aku terkelu nak cakap apa. Habis kalau Mariam dah mti, siapa yg hantar belaan utk kacau aku nih?

Terus aku tanya Azim, “Wei, Mariam ada adik ke?”. Azim cakap ada. Masa aku berhijrah dulu, mak si Mariam ni tengah mengandungkan adik Mariam. Luluh jantung aku, perasaan bersalah sangat sangat aku rasakan. Walaupon aku tahu mungkin kesudahan cerita aku dan Mariam ni, kemungkinan aku akan mti, tapi apa yg aku dah pernah lakukan pada dia dulu, sangat sangat perit utk ditelan oleh Mariam.

Aku minta Azim bawakan kami ke kubur mereka. Aku menangis dan sedekahkan Al-Fatihah utk Mariam sekeluarga. Azim cakap adik Mariam selamat sebab masa tu adik dia masih bayi dan dikuar4ntinkan di hospital disebabkan ada simptom peny4kit. Peny4kit apa pon aku tak tahu.

Aku jadi buntu, aku tak tahu mana tempat aku mahu pergi lagi. Nabilah dah mula cur1ga dengan sikap aku. Aku drive balik ke Utara petang tu jugak. Dalam kereta, Nabilah bertalu talu tanya pasal misteri si Mariam ni.

Aku ceritakan dari A-Z apa yg terjadi antara aku dan Mariam. Tak pasal pasal aku kena sepak, Nabilah cakap aku bdoh, pentingkan diri sendiri. Aku diam, aku menangis dalam tak sedar, aku rasa aku bersalah sangat. Kalaulah Mariam masih hidup, memang aku nak sangat tebus balik silap aku tu.

Highway Taiping sungguh sunyi malam tu. Aku rasa selalu aku turun ke terowong menora tu mesti banyak kereta, tak pun lori, ini sebijik pon tak ada. Aku senyap, aku tengok Nabilah dah sedap tidur.

Tiba tiba dari jauh aku nampak macam ada myat lengkap dengan kain kapan, macam p0cong, baring tengah tengah jalan. Aku perlahankan kereta, aku kejut Nabilah utk pastikan aku tak mengantuk dan apa yg aku nampak tu betul. Nabilah dah start menjerit jerit, macam orang kena r4suk.

Aku park kereta dekat bahu jalan. Dalam masa yg sama p0cong tu entah bila masa dah bangun tegak berdiri depan kereta aku.

Nabilah menjerit macam orang giila, aku jadi buntu. Terus masuk gear 1, aku langgar p0cong tu, tembus kereta! Aik, ahh janji aku tak apa apa, Nabilah masih meronta ronta, tiba tiba dia senyap. Masa tu aku drive dah sampai area Bukit Merah.

Nabilah pandang aku, dia bersuara, “Awak rindu saya tak?”. Pergh dengan buat gaya macam Mariam. Aku senyap pandang ke jalan, sambil drive laju ke tempat yg terang. Aku berulang kali cakap,

“Naafkan aku Mariam. Aku tahu aku pernah aniaya akak kau Mariam, tapi tuhan dah hukvm aku. Aku sampai ke hari ini tak pernah tenang. Tolong bukakan hati kau utk maafkan perbuatan aku”. Nabilah senyap, tiba tiba dia cakap ‘Cari aku’.

Aku park kereta selepas Tol Juru, aku turun kereta kejutkan Nabilah. Dia sedar, tapi dia kata dia pening sangat sangat, dan tanya aku apa yg dah jadi? Aku senyumkan je. Aku pening, macam mana aku nak cari Mariam. Aku jujur dulu aku memang jahil, tak pernah terfikir soal ustaz ustaz ni. Tak pernah fikir nak pergi pusat perubatan islam.

Aku call member aku, “Wan, kau masih ada simpan nombor ustaz yg tempoh hari kita pergi tu?”. Syukur wan kata ada. Sebelum ni aku pernah pergi jumpa ustaz tu, sebab ada kes dekat kolej aku ada budak kena hysteria, aku tolong temankan wan. Sebab dia ni MPP university aku, so dia kena lah concern k3s k3s macam ni.

Aku terus call Ustaz Zain. Ustaz cakap masa aku datang tempoh hari memang dia perasan ada someone ikut aku, tapi dia ingatkan budak yg hysteria tu punya saka. Tapi bila dia dah buang, benda tu masih ada diluar. Ada ke patut ustaz tu cakap dia ingat memang aku membela, haha.

Aku ceritakan masalah aku terus ke Ustaz, sambil aku masih di tol Juru, nak drive pon macam tak larat lepas apa yg jadi. Ustaz cakap dia boleh berkomunikasi dengan benda tu dari jauh, perghh power sungguh ustaz ni, walaupun muda. Dia suruh aku cari hotel di Penang dahulu, dia akan jumpa aku tengah hari esok di sana. Ustaz cakap, orang yg menghantar tu ada tinggal di Baling, Kedah, dan dia ajak berjumpa.

Keesokannya, kami berjumpa ustaz. Ustaz bagi air penawar bagi kuatkan balik semangat kami. Ustaz kata kejap lagi semangat tu perlu, macam macam akan jadi. Aku angguk tanda setuju. Nabilah kena ikut sekali krn Mariam pernah ugvt utk bnuh dia sekali. Ustaz ada panggil beberapa orang ustaz lagi tolong kami. 3 kereta pergi ke Baling. Seakan tahu hari bakal menjadi satu pengalaman yg dahsyat, hujan lebat mula membanjiri di sekitar Baling.

Kami sampai di suatu rumah usang, terletak di hujung kampung. Berlari kami turun kereta dan terus pergi ke bawah rumah.

Assalamualaikumm, tiada orang menyahut. Tiba tiba kami dengar bunyi seakan loceng, dekat reban ayam rumah. Perlahan lahan kami melangkah. Alangkah terkejutnya kami melihat seorang lelaki dengan kaki yg terikat besi, dibiarkan basah dibelakang reban ayam. Kami nak bukak, tapi dihalang ustaz. Aku syak itu menantu Haji Dolah sebutkan hari tu, yg terkena guna guna Mariam.

Bunyi tapak kaki berderap di atas, kami nantikannya penuh sabar. Pintu dikuak perlahan. Keluar seorang perempuan, berkain batik, berbaju t-shirt. Jantungku berdegup kuat, mukanya sebijik macam Mariam! Mariam menjerit, “Aku nak kau mti!”, sambil tunjuk jari ke arah aku.

Aku berlutut dan cakap, “aku minta maaf dekat kau Mariam. Aku tahu apa yg aku buat dekat akak kau adalah satu perbuatan yg terkutuk sekali. Tolong ingat Allah, aku betul betul menyesal. Kalau aku mti sekalipon tak boleh nak kembalikan akak kau Mariam!”. Mariam terus masuk ke dalam rumah, bammm! Pintu ditutup kuat. Aku pandang ustaz, ustaz terkumat kamit membaca sesuatu.

Nabilah dari tadi senyap sahaja. Aku perhatikan tindak tanduk Nabilah macam ada yg tak kena. Dia berjalan perlahan lahan ke belakang rumah. Tiba tiba dia mencapai pisau yg terlekat di buah kelapa, terus menghunus perutnya. Gelabah kami terus pergi ke Nabilah, dan cepat cepat menghubungi ambulance.

Aku balut perut Nabilah dengan sweater aku sementara tunggu ambulance tiba. Kami cuba pecahkan pintu hadapan, tapi tak dapat. Ustaz kata dia dah pagar rumah ni, kedengaran suara Mariam ketawa dari dalam rumah.

Ambulance sampai dan terus menguruskan Nabilah. Tiba tiba enjin ambulance mti sendiri, seakan Mariam tidak merelakan van itu pergi, dan Nabilah akan mti perlahan lahan. Kej4m sungguh Mariam.

Ustaz Zain merapatkan diri ke pintu rumah, membaca sesuatu, dan tiba tiba pintu itu terbuka dengan sendrinya. Ustaz masuk keseorangan, bamm! Pintu itu tertutup kembali. Sunyi seketika, tiba tiba Nabilah bersuara,

“Rin, engkau sahaja boleh selesaikan masalah ni. Ikutlah ustaz, masuklah ke dalam”. Aku berjalan perlahan lahan, bamm! Pintu terbuka, aku berjalan masuk perlahan lahan, of course, pintu tertutup kembali.

Bulu romaku dah meremang tahap dewa, sunyi, gelap, aku perasan seperti aku duduk di tempat lain. Di hadapanku ada terdapat patung manusia, seakan bersila. Aku terasa bagai kawasan itu kemerah merahan. Aku berjalan lagi, aku dengar bunyi ‘hurmm’, rapat benar dengan aku. Aku pandang keliling, kosong.

Dalam hati rasa macam nak menangis, tapi macam mana sekalipun, kisah Mariam ni mesti ada kesimpulannya. Aku capai telefon, aku pasang lampu, mti, telefon aku mti. Aku tarik nafas panjang, aku duduk bersila, aku berzikir, membaca 3 qul, ayatul kursi dan rukyah.

Aku pejam mata. Aku terasa panas, panas ya amat, tetapi aku tak berhenti berzikir. Tiba tiba ‘Rin bila kau masuk sini’. Aku dengar suara ustaz, aku buka mata perlahan lahan, kosong, mulut aku terkumat kamit tak berhenti berzikir. Dalam benakku, apa nak jadi, jadilah.

Tiba tiba, aku rasa lantai yg aku duduk, bergetar, makin lama, makin kuat. Seakan ada orang berlari ke arah aku. Korang nak tahu apa jadi? Zuppp, kepala Mariam, tanpa badan menyeringai depan muka aku, sambil ketawa. Zikir aku terberhenti. Aku blank, seakan lidah terkelu. Mariam pandang tepat ke mata aku, dia berhenti ketawa, ‘kau takut?’.

Aku tak boleh nak bersuara langsung. “Aku adik Mariam, Mariam suruh aku bnuh kau”. Aku gugup, entah macam mana aku dapat tenaga, aku bangun, “Mariam dah mti, kau syaiitan! Bukan aku yg bnuh Mariam, kenapa kau cari aku?”. Dia gelak, tiba tiba bammm! Aku nampak cahaya, seakan akan suara bergema, aku dengar kawanan manusia membaca al-quran. Mariam mengil4i menangis, gelap, aku pengsan.

Aku tersedar. Depan aku ada seorang hamba Allah dalam lingkungan 50-an, seakan ustaz. “Dah sedar pon, nah minum air ni”. Aku menuruti sahaja. Aku menoleh ke kanan, aku melihat ada 4 myat yg dah ditutupi kain putih, subhanallah. Aku takut, aku takut amat sangat, terasa macam aku dapat rasakan aku dah kehilangan seorang lagi kawan.

Aku buka satu persatu. Allah. Nabilah, Ustaz Zain, Munir (lelaki yg digari tadi) dan Mariam. Aku menangis tak terhingga, aku tak sangka dosa yg aku buat ni sampai meng0rbankan banyak nyawa. Ustaz Halim memelukku dan bercakap, “telah tertulis apa yg jadi, setiap perkara ada hikmahnya. Adik masih muda, bertaubatlah, cari hidayah Allah”.

Selepas seminggu kejadian, kolej aku kecoh, ada p0lis datang. Aku kena tangkap, guess what? Semua yg aku pernah buat sebelum ni, Mariam ada tulis di diarinya, dan disambung penulisannya oleh adik Mariam.

Dua kali aku kena lempang dengan bapak aku. Aku tak salahkan dia, memang selayaknya aku kena. Umur tak sampai 10 tahun, perangai dah macam syaiitan. Tapi aku bersyukur, sebab masih dikurniakan nyawa. Aku sikitpon tak kisah orang herdik aku, hakikatnya, aku dah lama bertaubat.

Aku dipenjarakan setahun dan dikenakan denda. Disebabkan waktu itu berlaku aku masih dibawah umur, sepatutnya aku dihantar ke Henry Gurney, tapi umurku sekarang sudah menjangkau 20an.

Aku membuat permintaan pada p0lis utk baca diari tu. Puas aku buat rayuan, dia kata bahan bukti tak akan diberikan kepada pesalah. Nasib baik, ada seorang pegawai ni saudara aku. Dia letak syarat, aku boleh tengok, tetapi hendaklah baca di balai, sambil dipantau oleh anggota. Aku setuju.

Aku baca dari awal hingga akhir, aku menangis. Bukan aku sebenarnya mngsa utama kerakvsan belaan Mariam tu, tetapi mangs4 utamanya ialah Hazmi, budak psycho yg selalu kacau Mariam masa zaman sekolah dulu.

Hazmi sering menghendap Mariam mandi, dan sering kacau Mariam setelah aku tinggalkan dia. Dan seperti yg aku sangka, Hazmi telah banyak kali mergol Mariam dan mengvgutnya, jika Mariam report pada siapa siapa pasal aktiviti dia, dia akan bagitahu satu kampung pasal ketelnjuran aku dan Mariam, dan kes rgol Mariam dengan kawan kawan aku.

Bdohnya lahai Mariam, kenapalah kau masih back-up aku sedangkan aku dah tinggalkan kau. Aku menangis. Walaupun kawan kawan aku pernah buat salah dengan Mariam, masing masing dah datang minta maaf kepada Mariam, dan Mariam terima kemaafan mereka.

Walaupun perangai kawan kawan aku macam syaiitan, tapi dorang suka menolong, walaupun aku masih tak setuju tentang apa yg pernah dia buat pada Mariam.

Tertulis di diari Mariam, kawan kawan aku pergi pukul Hazmi, dan ugvt Hazmi utk diberitahu pada keluarganya. Hazmi yg umur baru berapa tahun tu, letak racvn tikus dalam bekal makanan kawan kawan aku di sekolah. Projek ini dijayakan dengan pertolongan ayah si Hazmi, yg menjadi mastermind. Rupanya satu family psych0.

Kawan kawan aku ni suka makan bekal bila balik sekolah. Selalu time nak mandi sungai. Akhirnya pada hari tu, merupakan hari terakhir mereka makan bekalan ibu masing masing.

Ayah Hazmi ugvt Mariam utk tanam myat mereka dekat belakang rumah Mariam. Pada masa yg sama Bapak Mariam memberi upah utk simen laman rumah kepada Ayah si Hazmi ni. Setelah ditanam, dan kemudiannya disimen, ini semua diceritakan oleh Mariam, dan tak terkecuali, Mariam turut menjadi mngsa kerakusan nfsu ayah Hazmi.

Ini semua terjadi sebab family Mariam yg terlalu open minded dan tak selalu ada dirumah. Setakat itu yg aku baca, sebahagian diari penuh dengan drah kering, yg aku sendiri tak dapat nak baca.

Terpulang kepada anda semua, sama ada nak percaya atau tidak, tapi dulu kes ini pernah menggemparkan Malaysia. Aku jadi hilang arah, tapi bila aku dekatkan diri pada Allah, aku jadi tenang.

Sekarang mungkin disebabkan d0saku, aku masih tak berkahwin lagi. Tetapi apa yg penting, setiap apa yg berlaku mesti ada hikmahnya, dan aku bertaubat padamu ya Allah. Sumber asal : Fiksyen Shasha

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Selamat malam semua.Sayg korang semua!

Leave a Reply