Aku pelik perangai Khuzairi ni terlalu baik,terlalu sempurna dan paling kuat berahsia.Malam tu aku cek henfon suami.Luluh hatiku ,kesetiaanku dibalas dgn penipuan dan khianat.

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca di bawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih admin kerana sudi kongsi cerita aku ni.

Nama aku Mia.Aku berkenalan dengan suamiku,Khuzairi tak lama. Orang kata bercinta lepas nikah la senang. Proses berkenalan, bertunang dan nikah sangat lancar.

Kedua dua family approve. Tak sempat pun rasa dugaan bertunang. Keluarga mertua pun alhamdulillah sangat baik dengan aku. Pekerjaan dan gaji suami pun alhamdulillah.

Kelengkapan asas untuk isteri seperti rumah, makan, pakaian dan kadang – kadang bercuti di luar negara semua aku rasa. Kalau orang luar tengok macam indah saja perkahwinan aku.

Ye betul aku tak nafikan banyak perkara nampak indah dan ada certain things tentang suamiku yang buat aku keliru dan pelik. Tapi aku selalu pujuk hatiku ini lah dugaan bercinta lepas nikah kot.

Maksud aku keliru dan pelik ialah suami aku sangat berahsia tentang berapa gaji dia, komitmen setiap bulan dan apa saja tentang perbelanjaan dia.Aku bagitahu dia yang aku nak tahu bukan untuk meminta tapi untuk saja kepuasan hati.

Walaupun aku sebenarnya dah tahu berapa gaji dia sebab aku terjumpa slip gaji dia dan komitmen setiap bulan dia pun aku agak agak saja since rumah, bil api, air dan insurans semua dia bayar.

Kalau kata takut aku meminta lebih, aku bekerja jadi banyak belanja extra seperti shopping baju ke, deco rumah ke yang melebihi bajet dia semua pakai duit aku.

Kalau aku terlebih pakai duit dia walaupun beli chocolate pun aku bayar balik. Senang cerita dia rekod berapa aku pinjam dan aku mesti akan bayar balik.

Lepas beli barang keperluan rumah, biasa dalam kereta dia akan soal aku kenapa beli itu beli ini sedangkan semua yang aku beli barang yang dah kehabisan stok di rumah.

Aku fikir tak kan gaji habis terus kalau beli barang. Kad dia kalau dah masuk saja kereta kena terus bagi dia.

Walaupun masa tu aku belum letak kaki dalam kereta lagi pun dia dah minta kad dia. Kalau aku tegur dia tak sabar dia akan m4rah aku. Jadi lama lama aku malas nak layan just ikut cara dia.

Balik kerja lewat pun selalu buat aku pelik. Kenapa pelik? Sebab aku tahu dia akan habis kerja sampai pukul berapa dan apa aktiviti dia selepas habis kerja. Ini dia la bagitahu aku.

Aku percaya saja. Biasanya dia akan spent masa dia untuk membaca sebab itu hobi dia.Aku pelik kenapa dia tak boleh balik terus dan buat hobi dia di rumah. Aku fikir masa yang sama boleh spent masa dengan anak kecilku ini.

Aku kesian anak aku hanya spent masa dengan ayahnya pada hari minggu saja. Bapa mertuaku pun pernah menegur tapi sehingga anak 2 tahun pun tiada perubahan.

Banyak sebenarnya perkara yang dia buat merunsingkan aku. Banyak juga perkara kecil dia akan senang m4rah aku dan banyak kali juga aku berkecil hati dengan dia.

Walaupun bukan s4lahku, aku cuba juga untuk mohon maaf sebab aku tak nak hidup dalam suasana muram dan biasanya aku yang mulakan perbualan.Aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Environment family aku tak secantik macam family mertuaku.

Jadi aku t4kut kehilangan semua tu dan aku tak nak anak aku hidup seperti aku kalau asyik berg4duh saja jadi aku yang akan selalu mengalah.

Sampai la satu malam semua kekeliruan aku terjawab apabila aku tertarik nak cek hp suamiku. Dia tak pernah sorok hp sebab dia tahu aku percaya pada dia.

Aku tak pernah fikir pun dia akan ada rahsia perempuan lain selain aku. Macam mana pun dia layan aku yg aku ceritakan tadi, tapi banyak lagi kebaikan dia pada aku jadi aku sangat yakin pada dia.

Drama 7 Hari Mencintaiku sekarang tengah trending sekarang kan? Aku tak layan pun drama macam ni sebab aku agak skeptikal kewujudan kisah begini dalam kehidupan realiti.

Tapi bila tiba-tiba rumah tangga aku yang sudah ku bina bersama suami tersayang selama 6 tahun terpalit dengan kisah orang ketiga aku jadi kaget sebentar.

Allah Maha pemurah lagi Maha penyayang. Baru kutahu selama ni aku mempunyai seorang madu.Paling susah untuk aku terima ialah suamiku berkahwin secara rahsia semasa tempoh kami bertunang selama 6 bulan. Mereka sudah berkenalan lama sebelum suamiku berkenalan denganku.

Mereka pernah bercer4i sekali sebelum kami bernikah tapi rujuk semula selepas seminggu kami bernikah. Maduku tahu kewujudanku cuma aku yang masih berada dalam khayalan.

Hati isteri mana yang tak hancur apabila di madu dengan cara pen1puan seperti ini setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga.Alasan suamiku untuk menjaga maduku yang mempunyai penyakit kr0nik. Dan juga perasaan sayang pada dia.

Aku menangis tidak henti sampai satu ketika aku terfikir adakah ini tiket syurga yang Allah nak tunjuk kepadaku? Perlu ke aku sama sama bantu kewangan suamiku untuk menyara maduku?

Ikhlas ke aku? Walaupun suamiku mohon ampun berkali kali padaku dan katakan cintanya padaku tak pernah luntur tapi aku berserah saja pada Allah kerana sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah.

Jadi, begitulah kisah hidupku. Luahan ini bukan la niat nak meng4ibkan sesiapa cuma hatiku sudah berkecai dan masih sukar untuk aku menerima dit1pu hidup hidup oleh seorang suami yang di cintai selama ini.– Mia (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Qymaa El Eamiry-Dik, sedihnya kisah awk,kak dh merasa.. peritnya hati geram hnya 2tahun.. 2tahun utk mengubati pedih ditipu, 2thn utk kurang rs gil4, 4tahun utk betul2 lali, betul2 hilang rs, selepas tu akn dtg redho perlahan2, suami akn agak sombong jika ada isteri lain..

Bila awk dh tau bmakna dia lebih senang.. cari kerja, sibukkan diri, mmg pelikkan, tiba2 suami mcm suka m4rah,kurang menghargai,rupanya cmtu, jika syurga awk kejar.. bersabarlah, jika xmampu, perlahan2,boleh undur diri.. paling geram ibu bapa mertua tak tau ke

Arif Penawar Vitiligo-Adoii. Susah jugak jantan macam ni. Walaupun pencer4ian ni bukan penyelesaian, tapi ko kena pikir yang dia sanggup khi4nat ko dlm diam dari sebelum kahwin lagi.

Lps tu sampai 6 taun menipu. Lps tu kat anak2 pun kurang bagi kasih sayang. Hari2 ko makan hati dan mental sebab dia.Ko masih nak simpan lagi ke jantan mcm ni? Sekarang ni terpulang kat diri ko sendiri.

Tatiana Ali-Kalau puan nk bertahan lagi, ok je. Tapi lepas ni jangan keluar satu sen pun duit untuk rumahtangga. Segala komitmen, suruh dia bayar dan tanggung. Nafkah pastikan dapat terlebih cukup.

Jangan terlampau dungu sangat semua benda nak bayar balik. Memang itu tanggungjawab suami. Pandai2 nak berbini dua, pandai2 la dia tanggung risikonya.

Nora Osman-Faham.. KESETIAAN dibalas dgn KHI4NAT & PENIPUAN.. s4kitnya tiada terperi.. Allahuakbar.. Paling s4kit sbb misteri berkira2, ‘kehilangan waktu bersama’ & kem4rahan yg tak sepatutnya yg selama ini tpaksa tt telan kerana taknak suasana keruh (ini dikira pengorbanan- stengah org boleh mental bg misteri begini) rupanya utk madu rahsia..

YaAllah,tabahkanlah hati tt ni YaRabb. Tinggikan darjatnya kerna pengorbanan dan kesabarannya thadap ujianMU yg berat itu.. betullah tu.. tiket syurga mmg sgt mahal..

Apa Kata Anda.M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah..Terima Kasih krn sudi membaca.Sumber iiumc

Leave a Reply