Aku surirumah tak berganjak. Hidup berjimat. Satu hari nak beli baju anak, Waktu tu.. Kami turun motor kira duit depan kedai. Tapi tindakan owner kedai buat kami cukup terharu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Hi Assalamualaikum semua.. Berdasarkan tajuk, sayalah surirumah tak berganjak tu, hehe. Saya berumur hujung 20an, dan mempunyai 3 orang anak yg semuanya jarak 2 tahun. Kenapa saya tak bekerja… sebab saya rasa saya tak ada cita-cita. Saya rasa.. Selesa dgn hidup macam ni. Bila bekerja, saya hadap pelbagai masalah.

Contohnya saya pernah kerja retail.. Saya tidak tahan bunyi radio mall, bunyi orang lalu lalang yg bising, bunyi tapak kaki, bunyi mesin vacuum. Benda ni semua buatkan telinga saya sakit dan kepala berselirat macam anxiety. Tak tahu lah saya ada anxiety atau tidak tapi itulah keadaan saya.

Saya tak mampu nak cakap dgn customer secara friendly. Bukan sengaja tapi saya anxiety. Boss selalu marah sebab saya tidak buat eye contact atau senyum. Saya pernah kerja yg tak hadap orang, macam dropship. Tapi sama juga saya tetap kena ada interaksi dgn orang, jadi saya panic attack.

Bekas rakan sekelas saya pernah kongsi di media, dia ada buat graphic design dari rumah saja. Saya nak buat macam tu tapi saya tak ada skill. Kawan saya diploma dalam bidang tu. Yg saya ada cuma basic spm. Saya tak pandai macam orang lain, walaupun spm saya dapat A dalam 5 subjek, tapi saya cuma menghafal dan tak pandai secara praktikal.

Sebelum berkahwin, saya yatim piatu. Ibu ayah meningg4l waktu saya umur 19.. Hidup bekerja hanya utk bayar sewa, bil, transport dan makan. Bagi saya, asal ada makanan utk dimakan, ada bumbung atas kepala, kira cukuplah. Saya cuma fikir saya tak mahu kerja menghadap orang lagi kalau saya dah berkahwin.

Lepas bersalin anak sulung, saya berhenti kerja dan jaga anak dirumah sampai lah sekarang 3 orang anak. Saya tak bekerja, tapi saya berjimat mana yg boleh. Dari segi kesihatan, saya akan pastikan semua ahli keluarga saya makan benda sihat supaya tidak mudah jatuh sakit. Kami elak maggi takut sakit lain dikemudian hari.

Kos rawatan bila sakit bukanlah sikit. Saya akan cut benda lain, biasanya kami akan makan telur, sayur seikat 30sen kedai runcit jual, dan nasi (sayur, protein, karbohidrat). Kadang jiran bagi buah yg dia jual tak habis.. Kami dah cakap tak apa, tapi tiap minggu anak jiran datang bagi 4 plastik. Buah elok lagi..

Masa bayi saya lahir.. Saya rasa saya kekurangan susu badan. Bagi kami, formula agak mahal dan kami terpaksa utamakan benda lain selain formula iaitu sewa rumah, bil dan makanan. Disebabkan kami nak jimat.. Saya buang rasa malu datang klinik minta nurse ajarkan cara betul susukan baby. Alhamdulillah dapat jimat susu utk 3 orang anak. Bukan kami anti formula… kami memang tak mampu. Hehe..

Lepas anak sulung lahir, baru kami dapat beli kereta secondhand cash, duit dari hantaran dari suami yg kami patutnya buat kenduri tapi tak jadi, disebabkan saya tak nak telinga dan mata saya serabut bingit bila orang datang dgn bunyi kipas, motor, tapak kaki.

Saya rasa nak menjerit kalau berada dalam keadaan macam tu. Itulah punca saya pakai ear plug dalam kereta. Masa nak beli baju utk anak sulung, waktu ni shopee tak ada. Semua beli kedai.. Harga kedai hmm. Waktu tu.. Kami turun motor kira duit depan kedai.

Cukup ke? Cukup ke? Kita kira kejap… lepas masuk tu, kebetulan kedai baby tu. Owner kedai tengah jaga cashier.. Kami ambil 4 helai baju saja. Owner kata, “ambil lagi 4 jadi 8 helai saya belanja”. Kami dah cakap takpe.. Kami memang dah prepare duit cukup cukup dah. Tapi owner tetap cakap dia nak belanja. Saya berterima kasih sangat pada owner tu.. Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin..

Lepas anak nombor 2 lahir, suami dapat naik gaji sikit.. Kami tetap jimat seperti biasa. Cuma yg lebih sikittt tiap bulan tu masuk akaun anak anak.. Sikit pun jadilah ye.. Saya tak pakai perancang sebab dah ikat lepas nombor 3.

Diapers pula.. Saya duduk dirumah jadi saya gunakan lampin dan pin saja. Kalau musim hujan baru saya akan pakai diapers utk emergency. Suami seorang pendiam dan cakap bila perlu saja. Saya tak ada rasa sakit telinga dan mata dgn anak-anak, sepertinya Allah swt jadikan mereka, suami dan anak-anak ni khas dan special utk saya.. Saya tak mampu cakap dgn orang lain, jadi mereka hadir temankan saya. Hehe..

Setiap hari saya solat saya doakan semoga kesihatan suami baik baik saja. Saya takut sangat kalau apa-apa jadi pada dia, saya terpaksa keluar bekerja semula.. Dari kecik saya mudah sangat dapat sakit. Sebulan saya boleh demam panas suhu 39 tu 3 kali. Suami dan anak ok saja, cuma antibodi saya sangat lemah. Saya ada asma dari kecil lagi kena jaga pemakanan.

Kalau ditanyakan soalan pada saya, apa impian saya.. Inilah impian saya. Ada orang yg lindungi saya dari dunia luar. Saya tak ada cita cita tinggi macam orang lain. Kawan-kawan ada yg beli kereta & rumah.

Tapi saya tetaplah disini tak berganjak dan saya tidak menyusahkan orang lain selain suami, tidak berhutang pada sesiapa atau menganiaya orang lain. Saya kongsi cerita saya bukanlah sebab nak menjadikan isu surirumah atau tidak. Tapi hanya nak kongsi cerita diri saya yg begini saja.. Orang yg tidak bercita cita tinggi macam saya ini wujud..

Tidak mahu lebih, cukuplah apa adanya.. Dan saya tidak cemburu lihat orang lain. Kalau orang tak faham keadaan saya mesti akan cakap saya banyak alasan itu ini. Tapi itulah yg alami dunia luar itu cuma saya. Nak tunjuk pada orang apa saya alami pun saya tak pandai..

Kalau ditakdirkan suami pergi dulu sebelum saya.. Semoga simpanan bulanan yg kami simpan tu cukup. Saya tak pandai beza hibah yg betul atau scam sebab tu saya tak ambil. Sekian terima kasih kerana sudi membaca. – Kipas Angin (Bukan nama sebenar) Antara komen warganet:

Adibah Solehah Che Hasan – dalam kelas mandarin kat Universiti, lecturer tanya pasal cita cita.. saya jawab nk jadi surirumah semua yg lain gelak termasuklah lecturer tu.. tapi dia cakap balik, itupun cita2.. tapi make sure cari lelaki yg rajin kerja dan kaya.. Alhamdulillah, da jadi suri rumah.. nak kata kaya raya tu belum lagi lah.. tapi Alhamdulillah masih cukup apa ada

Nur Cahya – Sangat rasa bahagia membaca tulisan Puan. Kerana bahagia dan kejujuran Puan telah memercik ke sini. Malah bahagia itu sangat sederhana dan tersendiri. Orang kaya ialah yg tak berhutang. Puan ada kesemuanya.

Puan berjimat dgn cara yg sangat bagus dgn tetap memastikan hidangan keluarga tetap beroleh nutrisi. Bukan berjimat dgn cara makan maggi, malah Puan mengelakkan menjamu maggi. Salute!
Semoga Allah murahkan lagi rezeki Puan, suami dan anak2.

Nurfarahain Zolkefly – Tenang sangat baca confession macam ni. Sebab tu bila ada kawan2 minta pendapat utk kadi housewife, saya akan minta dia utk kenali diri sendiri dulu. Jenis bercita2 tinggi atau tak? Jenis boleh control bad emotions atau tak?

Nampak mudah jadi housewife tapi sebenar nya tak. Pada org yg tak bercita2 tinggi macam confessor ni, mmg terbaik utk jd housewife sbb dia happy je. Kejayaan org lain takkan effect emosi dia. Apa keadaan sekali pun dia boleh tetap stay positive so it is good for her. But to someone yg bercita cita tinggi, atau yg jenis dah biasa struggle dari kecik, yg jenis tak boleh control bad emotions, jenis overthinking teruk, Tak boleh ya jadi fulltime housewife.

Boleh burn out teruk dan membawa kepada depression sbb tak boleh nak handle bad emotions tuuu. Tak boleh handle overthinking. Bukan tak reti bersyukur, cuma dah terbiasa ada duit sendiri dari kecik. Baik utk org lain, tak semesti nya baik utk kita. Teruk pada orang lain, tak semesti nya teruk pada kita. Sebabtu lah, Again, sebelum buat apa2 keputusan besar, kenali diri sendiri dulu

Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply