“Aku tahu kau siapa, luar nampak perempuan, kat dalam kau jantan kan” Terkejut aku lepas kahwin rupanya terbongkar rahsia isteri bila dia start hobi dia yg satu ni

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum Admin, terlebih dahulu abg nak ucapkan terima kasih sebab admin sudi approve confession abg ni… Abg terpanggil nak komen balas bila ada adik yg confess ttg wife dia KPop tu…alhamdulillah dia beruntung abg rasa, malah kami sama2 beruntung dapat wife yg unik…kalau wife abg kaki menari KPop abg pasti join sama walaupun setakat joget buka kaki tutup kakije…

Tentang wife kamu tu, apa nak hairan dik…wife abg…internet gamers ok…abg tak tahu pun mula2 sebelum kahwin tu sebab kami tak kenal wife sangat…kerana perkahwinan kami aturan keluarga…tapi lepas kahwin baru tahu wife abg otaku game…minat game strategy dan some internet games. no wonder dia beria subscribe internet Unify 30GB unlimited speed,

rupa2nya nak main game…siap lengkap dgn gadget elektronik lagi utk game tu…but abg ok je… tapi tak expect sebenarnya…bangun tidur, game, sebelum tidur game….(kalau tak de kerjalaa)…wife abg cikgu pendidikan khas…so kerja half day dan tak banyak bawak kerja murid2 balik rumah utk diperiksa… so most of the time freelaaa…then bayangkan berapa banyak masa dia ada utk minat dia yg satu ni…

Tu satu…plus lepas kahwin baru tahu wife abg juga tomb0y…hahhaah…geng2 perempuan dia semua sama… bila jumpa geng2 dia abg bagi kebebasan utk dia jadi diri sendiri…sebb abg tahu depan abg, dia mmg usaha cover jadi wanita lembut bagai sampai beberapa kali abg tegur sbb kant0i dan abg tak marah pun,

kecewa pun jauh sekali dgn sikap sebenar wife namun abg nak dia jadi diri sendiri kerana prinsip abg, BE YOURSELF BUT CARE YOUR GOD, tak perlu coverina sangat…namun dia jawab… “saya ni dah lembut dah abg…”

Then bila abg ajuk balik telatah lasak dia…baru sama2 gelak… abg pula rasa fake bila tgk wife jadi lembut macam perempuan biasa…rasa tak adil pada dia…so let her be…jadi diri sendiri tapi depan abg be a good wife as much as possible…dengan kawan2 perempuan dia…jadila diri sendiri…married is not the end of everything…yg penting sedar akan kedudukan diri as isteri dan batasnya di mana…

nak dijadikan cerita, wife cakap, most cikgu lelaki sekolah dia panggil dia BOY, malah dia pernah sepak salah seorang cikgu lelaki sekolah dia kerana cikgu tu kantoikan dia…yelaa kan…wife abg tudung labuh juga sikit…sbb atas kehendak abg…namun suatu masa tu masa baru tukar sekolah dia sekarangni, lepas sesi suai kenal di kalangan cikgu…3 org cikgu lelaki bergerak menghampiri wife abg, salah seorang cikgu lelaki itu in which now jadi bestfriend dia…siap start cakap…

“Cikgu Imah, aku tahu kau siapa, luar nampak perempuan, kat dalam kau jantan kan…kau berlakon kan?.” Wife dengarje statement cikgu tu terus dia sepak kaki cikgu tu…terburai abg gelak dengar wife cerita…sejak dari sepakan itu wife abg dipanggil Boy di kalangan cikgu lelaki sekolah dia…bagi abg…i am ok with that ..janji dia tutup aurat dan pandai jaga diri dan panggilan itu ada hikmahnya…dia dapat banyak kawan yg boleh lindungi dia masa abg tak de…

Plus…lepas kahwin dia akui..dia anti lelaki romantik…kau rasa? Then dia cakap..dia nak kahwin dgn abg pun sbb abg mmg tak romantik…dia boleh muntah hijau kalau tgk adegan romantik…telan air liur jugalaa abg ni dibuatnya… but mmg abg akui abg tak romantik…sangat kayu…kalau sejak sekolah sampai umur 36 ni asyik dikelilingi buku je…nak romantik macam mana?

But abg ok with semua sikap sebenar wife…apa yg penting dia taat dan pandai jaga maruah dia dan abg…bagi abg semuanya unik…menjadikan wife abg bukan typikal sangat…sebab abg akui abg tak suka typikal lady like …manja2 dan gedik2 ni sbb abg ada syndrome LANTAK alergy…hahah..lagipun abg perlukan wife yg boleh berdikari sbb bidang kerja abg memerlukan abg selalu outstation…locally or oversea…

so mmg kena tinggal selalulaaa….so abg rasa Allah kurniakan wife abg sekarang utk lengkapkan dgn cara hidup dan carier abg…by the way kami bercinta dan kenal betul2 lepas kahwin ye…kami tak bercinta sebelum kahwin, sebelum kahwin just jumpa beberapa kali je sbb abg tak suka budaya dating… All arranged married…kebetulan…

Ttg wife kamu menari Kpoptu…abg rasa ok je…sbb dia bukan menari depan org lain…dalam rmh je kut…depan yg halal…kira kamu beruntung…hidden talent tu…kamu sokongje minat wife kamu tu…buat apa yg dia suka…janji dia pandai jaga diri dan maruah kamu…

Wife abg pun terror masak dan ngemas..malah siap ada syndrome gian masak lagi…siapa yg gemuk lepas tu?…abg ni jugak…bayangkan sebelum kahwin badan abg hyperfit sado sbb main gym dan part time instructor Yoga…now dah jadi drum dah…tgh usaha ni nak back to track,

sbb bagi abg…Slim Means Money for me kerana abg ada business fitness…tapi ok laa..at least bila dia masak abg tak perlu minta…semua resepi baru yg pelik2 yg dia suka try…now tgh slow2 study masakan Korea…sbb abg suka Korean Food…kaedahnya nak buat pengumuman…husband dia Kpop Meal Eater…

Abg dengan wife abg ni kami melengkapi secara oposite attraction. Abg kuat bebel, dia observer, pendiam dan cakap bila perlu (sebijik sikap lelaki). Abg suka novel cinta, dia suka novel h0rror.

Abg suka filem comedy romantis, dia minat gila filem horror bunuh2 ngeri dan hantu. (Ygni dulu abg pernah bawa wife dan mak angkat tgk wayang. Masa nonton film Suamiku Mr Perfect 10, abg duk nangis sok sek sok sek dgn mak angkat kat sebelah bila tiba adegan sedih…

tapi time berpaling dekat wife..dia selamba main Candy Crush dekat sebelah dalam mood bosan…but time tgk filem yg dia suka macam Final Destination 5, dia excited gila in which abg masuk bilik, dia siap layan dgn penuh excited…abg pula naik stress tak sanggup tgk benda ngeri2ni)

Abg just boleh drive 1 jam, dia boleh drive more than 8 hours. Abg berpengetahuan bab kosmetik dan penjagaan kulit in which my facial skin is more flawless than my wife hehheeh…(astaghfirullah jauhkanlah dari rasa riak dan takabbur), abg gurau je…but wife tak berapa sangat bab tu tapi dia banyak ilmu tentang medicine wanita…(abg yg ajar wife cara buat facial yg betul tau…hahhaha)

Malah banyak lagi opposite attraction kami yg menyebabkan kami melengkapi… Apa yg abg nak kata ni ialah…kita mesti bersyukur dengan anugerah pasangan kita… ramai lelaki di luar sana yg tak dapat jodoh lagi atas banyak sebab malah itu tak termasuk yg ada kekurangan dari segi nafsu dan fizikal yg tidak membenarkan mereka berkahwin…

Masa abg buat tazkirah atau baca kitab depan wife lepas kami solat berjemaah bersama, masa ni abg selitkan apa yg kami buat seharian dan cuba tanam rasa syukur dengan diri sendiri dan minat sendiri…abg kaitkan dan terangkan setiap yg abg putuskan dan arahkan dalam keluarga dari sudut sebab dan akibat jangka pendek dan panjang …

malah dalam guide perkahwinan kami…abg ada sebut juga bab hobi dan minat rasanya… semuanya utk pastikan wife abg tak malu dgn apa yg dia suka..dan jadi lebih tenang dan redha dgn rumahtangga dan dapat suami macam abg yg penuh kekurangan ini…usaha usaha usaha…sama2…

Apapun kita jaga wife kita baik2…jadi suami yg setia dan pembimbing yg terbaik membawa dia ke jannah, insya Allah…dia yg terbaik untuk kita…Allah SWT tak mudahkan hubungan kita dengan wife kita andai dia bukan jodoh yang telah ditakdirkan utk kita… saling melengkapi…

Good Luck dik, semoga kita sama2 bahagia dengan wife kita dan anak-anak kita sehingga ke jannah tanpa gangguan, ameeen. To adik tu dan semua suami…love our wife and sama-sama setia dan hargai mereka…sama-sama bimbing mereka selayaknya…

To admin…thank you…all the best! Luahan dari Abang Firdausi. Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua.

Leave a Reply