Aku tak pernah kena rasuk ataupon nampak apa2 yg menyeramkan tapi ada beberapa kejadian org nampak aku tapi ianya bukan aku

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Hai korang. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku baru habis baca cerita seram dekat twitter dan tiba tiba rasa nak share juga la cerita seram tapi taknak orang tahu siapa aku, haha.Aku nak cerita time aku duduk asrama dulu dari form 1 sampai form 5. Asrama aku ni terletak dekat satu bandar terpencil.

Adik beradik aku kata sekolah aku dalam hutan, haha. Sebab area situ baru diteroka time tu. Waktu aku form 1, sekolah tu baru usia 5 tahun kot. Entah tak berapa ingat tapi kiranya sekolah baru la.

Dan seperti biasa, macam macam la kisah seram asrama yang korang biasa dengar kan? So kat sini aku share la kisah seram sejuk yang aku sendiri lalui.

Ada satu masa, dekat sekolah tu tiba tiba ramai giila budak perempuan kena h1steria. Mula mula sorang saja tau menjerit, pastu nanti berjangkit pulak dekat orang orang lain.

Ada satu hari tu waktu zohor, azan saja tiba tiba ada yang start menjerit then berjangkit la dengan a few students yang maybe memang “benda” tu dah aim. Pastu kalau malam, memang tiba tiba akan blackout then tak lama ada la yang kena rasuk.

Lama dan banyak kali juga la kejadian macam tu berlaku tapi atas usaha warden dan ustaz ustaz akhirnya semua pulih seperti sedia kala. Katanya ada benda yang digantung dekat pintu pagar sekolah. Wallahualam.

Alhamdulillah aku tak pernah kena rasuk ataupon nampak apa apa yang menyeramkan tapi ada beberapa kejadian orang nampak aku tapi ianya bukan aku. Takut tak weh? Hahaha. First, selalu pelajar perempuan yang per10d tak payah pergi masjid. Tunggu saja dekat dorm then maghrib turun bilik tv baca al mathurat.

Tapi aku pergi la masjid macam biasa sebab tak per10d. Then, malam tu time baca al mulk, budak dorm aku pelik tengok aku baca surah tu sebab dorang ingat aku per10d.

Dorang kata dorang siap sembang dengan aku kat dorm petang tadi tapi aku macam tak banyak cakap sangat. Dorang pelik sebab aku memang sejenis banyak cakap. Padahal petang tu aku pergi masjid tau. So dorang sembang dengan siapa?

Dalam kes yang lain, adik dorm aku nampak aku pergi masjid dan siap tegur lagi tapi sebenarnya aku masih melepet kat dorm. Bila aku baru nak pergi, dia dah terpinga pinga.

Lepas tu ada satu malam tu, akak dorm aku nampak benda yang tak masuk akal which is orang iron baju dekat tengah tengah dataran aspuri tu. Dan dia kata dia nampak orang tu macam aku.

Aku elok saja weh tido lena kat dorm tu. Aku pon tak tahu nak react macam mana bila dok terima laporan laporan macam tu. Dan tak lama lepas tu, aku demam teruk. Sampai kena balik kampung dan berubat.

Ada ustaz tu kata nasib baik datang awal sikit, sebab ada yang menumpang dalam badan. Tapi dalam bentuk angin. Kalau lambat, dia boleh block pernafasan. Again, wallahualam.

Satu kejadiaan seram yang aku lalui sendiri, time tu aku baru balik dari bilik study dalam pukul 1 pagi macam tu. So aku otw nak balik dorm la. Tapi dari jauh aku dengar dorm aku tu macam meriah semacam. So aku suspek dorang tak tido lagi kot. Maybe ada la tu benda yang nak disembangkan.

Even time aku buka pintu siap ada suara menyambut, “haaa dah balik pon”. So aku pon balas “tak tido lagi ke?”. Tapi bila aku masuk, tengok semua orang dah tidur lena. Selena lenanya.

Aku siap check tengok sorang sorang dekat katil. Ahhh sudah. Aku apalagi, ambil semua selimut bantal cabut la pergi dorm kawan aku yang lain, haha. Dan kisah terakhir aku nak share ni paling seram dalam kesemua kisah seram yang ada.

Ada satu hari, budak dorm aku rasa dia kena raba time tidur. Mula mula dorm aku saja tapi lama lama budak budak dorm lain pon mengalami peristiwa yang sama.

Macam macam la kitaorang buat dari baca doa nabi Sulaiman, buat segala pendinding, gilir gilir berjaga malam. To cut short akhirnya kant0i juga yang tu sebenarnya salah sorang pelajar lelaki yang menyelinap aspuri, lol.

Mula mula dia memang aim salah sorang budak dorm aku tu sebab dia bengang cinta kena reject tapi lama lama dah jadi addiiction pulak tu yang melarat. Seperti saka, dia pon dibuang dari sekolah serta merta. Sekian kisah yang agak panjang dari saya. Terima kasih untuk siapa yang sudi baca. Bangsa membaca, bangsa berjaya.

Ini Pula kisah seram kedua untuk para pembaca. Assalamualaikum. Luahan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri kira kira bulan januari 2021 yang lalu. Aku titipkan disini kerana aku masih belum mampu melupakannya dan untuk perkongsian bersama dengan kalian.

Tragedi dan misteri yang ringkas namun mningglkan kesan yang amat mendalam buat diri aku. Awal Januari 2021, aku dan suami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman suami di pantai timur tanah air kerana sudah lama tidak pulang sejak wabak c0vid melanda negara. Kebetulan ketika itu rakyat dibenarkan untuk merentas negeri.

Kami yang menetap di utara tanah air tidak terus melalui jalan Gerik kerana perlu ke Pahang terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa urusan. Kira kira jam 8 pagi kami bertolak melalui lebuhraya utara selatan (PLUS) dan hanya berhenti beberapa ketika di RNR.

Tiada apa apa yang berlaku namun perjalanan terasa begitu jauh. Pukul 6.30 petang kami baru memasuki bahagian negeri Selangor. Aku dan suami bergilir memandu dan sejujurnya aku lebih cekap memandu. Dan disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk memandu ketika hendak memasuki negeri Pahang.

Ketika itu hari dah hampir Maghrib. Kami berhenti di sebuah perhentian untuk makan, membersihkan diri, solat dan mengurus anak kecil yang ketika itu baru beberapa bulan umurnya.

Itu adalah kali pertama kami hendak memasuki negeri Pahang dengan memandu sendiri. Sebelum ini hanya dengan bas jika mempunyai urusan. Kami hanya tawakkal walaupun ketika itu hanya waze menjadi pemandu arah.

Seusai itu kami pun meneruskan perjalanan. Aku memandu seperti biasa walaupun hati berasa tidak enak, manakala suamiku asyik meneliti waze untuk memastikan kami tidak tersesat.

Seingat aku, itu adalah lebuhraya namun tiada sebuah pun kenderaan ada disitu kecuali kereta kami. Ketika itu langit masih belum gelap sepenuhnya. Hujan renyai renyai.

Tidak semena mena, aku terdengar bunyi ketukan di tingkap belakang pemandu sebanyak 3 kali. “Tuk tuk tuk!” Aku dan suami yang sedang berbual ketika itu terperanjat dan terus menyepikan diri. Manakala anakku yang hampir terlelap terus menangis.

Suami aku terus memujuknya sehingga dia tertidur. Aku memandang kiri kanan dan belakang. Namun tiada apa apa motor atau kereta lain yang kelihatan. Langit mulai gelap dan kira kira setengah jam baru aku memberanikan diri menegur suamiku.

“Awak dengar tak apa yang saya dengar tadi?”. Dia hanya menjawab dengar dan memberikan isyarat supaya diam dan meneruskan perjalanan. Hatiku makin tidak tenteram namun aku gagahi jua memandangkan suami aku tidak boleh memandu pada waktu malam (silau). Kami hanya berbual kosong mengisi kesunyian.

Perjalanan terasa begitu jauh seperti tiada berpenghujung dan beberapa kali suamiku menyuruh keluar di susur kiri namun tiada jalan yang kami jumpa selain bergerak lurus. Barangkali waze tidak berfungsi! Setibanya kami di hotel, kami terus merehatkan diri dan alhamdulilllah anakku tidak banyak meragam.

Ketika itu suamiku memberitahu yang ketika waze memberi info hampir tiba di susur keluar, tiba tiba waze menunjukkan jarak perjalanan masih jauh pula. Seolah olah kami berulang di tempat yang sama! Allahuakbar. Nak kata tiada internet, test buka aplikasi lain ok saja.

Keesokan harinya hujan masih belum berhenti dan Pahang banjir. Kami telah selesai urusan dan ingin bergerak pulang ke pantai timur melalui LPT 2.

Perjalanan tersebut alhamdulillah lancar cuma perlu melalui jalan yang jauh akibat banjir sebelum memasuki lebuhraya. Kali ini suami aku pula yang memandu sepenuhnya.

Di kampung, tiada apa yang berlaku. Cuma bermalam selama 2 hari. Kemudian pada hari kami ingin bertolak pulang ke utara, aku tiba tiba berasa tidak sedap hati dan memberitahu kepada bapa mertuaku yang aku tidak yakin untuk melalui jalan Gerik kali ini akibat hujan lebat.

Selalunya aku yang memandu dikawasan berbukit. Aku tidak suka orang lain yang memandu kerana aku akan pening dan muntah sepanjang perjalanan. Ketika ini hujan masih lebat namun di puncak Titiwangasa hanya kabus yang kelihatan sehingga menutupi pandangan hadapan sepenuhnya.

Aku memandu dengan perlahan dan tiba tiba ada treler balak di hadapanku. Aku harus memotong namun aku takut. Tika itu keyakinan dan semangatku hilang melayang ntah kemana sehingga aku ingin berhenti di tepi jalan.

Namun keadaan kawasan yang memaksa dan aku tidak dapat berhenti selain mengikut treler yang sangat perlahan itu. Akhirnya tiba di kawasan tiada kabus dan ada tempat memotong, aku memberanikan diri jua.

Kami sampai di kawasan Baling kira kira Maghrib, waktu langit mulai senja. Kala ini hujan renyai renyai. Aku yang keletihan hampir melanggar sebuah kereta lain di hadapanku.

Nasib ketika itu suami memberi amaran dan aku sempat menekan brek sehingga tayar kereta terseret. Habislah tayar aku! Keesokannya, aku perlu masuk semula ke pejabat. Hujan masih belum berhenti, maklumlah ketika itukan musim tengkujuh. Air sungai penuh.

Ketika petang ingin pulang ke rumah dari pejabat, di sebatang jalan yang lurus, aku nampak ada sebuah kereta arah bertentangan ingin memasuki simpang di kiri aku. Dikiri di simpang itu pula banyak kereta menunggu untuk keluar ke jalan besar. Aku memperlahan keretaku sehingga 30km/j.

Namun tiba tiba kereta arah hadapan aku terus memasuki simpang ketika aku begitu hampir dengannya. Aku menekan brek mengejut dan terlanggar jua keretanya akibat tayar aku tidak begitu mencengkam.

Keretaku berpusing pusing di jalan raya sebelum melanggar tiang elektrik. Mujurlah ada tiang, kalau tidak pasti aku menjunam ke dalam sungai. Keretaku remuk di bahagian hadapan. Aku dan anak alhamdulillah selamat cuma terhantuk dan lebam lebam sedikit akibat impak langgaran.

Sejak itu, semangatku hilang, ghaib. Ada orang tua tua berkata aku terkena geruh semasa tingkap diketuk 3 kali itu. Mungkin itu gangguan atau petanda tidak baik. Namun aku sendiri tidak pasti.

Bermula dari ketukan itulah tragedi demi tragedi terjadi kepadaku sehingga tiada lagi kereta tersebut. Bahkan, aku tidak pasti lokasi sebenar kejadian. Cuma seingatku, ada papan tanda yang tertulis Karak ketika kejadian itu berlaku. Maaf jika tersalah kerana itu adalah pertama kali aku melaluinya.

Bagiku, apa pun ia, segalanya berlalu dengan kuasa Allah s.w.t. dan kita sebagai hamba hendaklah sentiasa redha dan bersabar dengan ujiannya. Semoga kalian yang membaca cerita ini sentiasa berwaspada dan berhati hati ketika memandu. In shaa Allah.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply