Aku telah terjebak di IPTA shingga ibu terpaksa menanggung malu, ak nekad nak tinggalkan dunia ni smpailah saat ak terpandang sesuatu di meja

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum semua. Aku Atun (bukan nama sebenar). Aku nak bercerita kisah silam aku bukan bertujuan nak membuka pekung didada tapi, ambillah pengajaran disebalik kisah aku. Juga bukan bertujuan nak mengalakkan melakukan kesalahan yg sama yg telah aku lakukan.

Janganlah hampiri z1na sebab sengs4ra atas perbuataan tu sangatlah az4b didunia pun Allah dah tunjuk. Kira kira berbelas tahun dahulu aku pernah melakukan kesalahan yg sangat besar dalam hidup aku. Aku pernah melanjutkan pelajaran di IPTA, aku seorang pendiam dan berasal dari keluarga yg sederhana.

Ditakdirkan Tuhan aku bertemu dgn seorang lelaki cinta pertama aku. Dia banyak menolong aku tapi rupanya bersebab. Kami terlaanjvr dan aku meng4ndung. Dia tahu keh4milan aku dan berjanji akan bernikah dgn aku. Tapi janji tinggal janji. Dia lari maka tinggallah aku dgn perut yg ada baby.

So, aku tak tahu nak buat apa. Aku malu. Pada waktu itu aku hanya fikir bnvh diri. Aku tak makan tak minum hanya menangis saja. Bergerak gerak baby dalam perut makin aku sedih makin kuat baby bergerak. Waktu itu aku sedang berfikir macam mana cara nk bnvh diri. Terjun lombong kah, gntvng diri kah.

Sebab aku rasa tak layak utk hidup. Keluarga aku sudah tahu mengenai keh4milan aku. Kesian ibu aku. Terpaksa menanggung malu atas perbuatan aku. Sampai pada satu hari, aku nekad nak bnvh diri sebab tak sanggup nak tanggung malu pada hari mendatang.

Sudahlah aku tak dapat menghabiskan pelajaran dan ada hutang pendidikan yg perlu aku bayar. Berat sungguh masalah aku. Aku menangis sepuasnya dimeja bacaan aku. Pada waktu itulah aku terpandang ‘sesuatu’, iaitu sebuah tafsir Al Quran. Aku tergerak utk mengambilnya dan aku selak pada selakan yg kedua mata aku terpaku pada surah An Nissa dimana terjemahannya berbunyi,

“San janganlah kamu membnvh diri sesungguhnya Allah maha penyayg terhadap kamu”. Allahu rabbi terasa laju air mata aku mengalir. Allah tahu apa yg aku sedang fikirkan. Aku ambil wudu dan aku solat selepas sekian lama aku tingg4lkan solat. Aku menangis semahunya dan aku minta ampun atas d0sa dan niat aku yg mahu bnvh diri.

Aku minta dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan utk mengharungi masalah ini. Dan benar benar Allah permudahkan urusan aku walaupun per1t. Aku telah dimasukkan ke p3njara atas kesalahan h4mil diluar nikah.

Tapi aku telah dijamin oleh kawan aruw4h ayah yg aku panggil Pakcik Mid (hubungan aruw4h ayah dgnnya terlalu rapat sehingga dah dianggap seperti saudara) Beliau lah yg menanggung kos bersalin. Pakcik Mid memilih di hospital swasta kerana mahu menjaga a1b aku. Banyak bantuan yg aku dapat dari keluarga dan saudara mara aku..

tilam baby dan barangan baby. (Semoga Allah permudahkan urusan Pakcik Mid dan mereka yg menolong aku ini di dunia dan diakhirat). Sampai waktu aku bersalin maka lahirlah seorang baby boy. Sebelum lahir baby ni aku dah berjanji nak serahkan kepada seorang wanita kak Era namanya yg berasal dari Kedah utk diambil menjadi anak angkat sebab dia dah lama kawin tapi tiada anak.

Bila lihat wajah baby aku tak sampai hati pula nak serah kepada kak Era. Aku rasa sayg pada baby. Mujurlah kak Era faham dan kak Era tak jadi mengambil anak aku bila tengok aku mer4ung. Ibu aku pun tak sampai hati nk bagi cucunya pada orang lain.

Sekarang aku perlu mencari kerja. Allah mudah kan juga urusan aku. Aku dapat kerja yg berhampiran rumah dgn gaji RM350 sebulan. Terpaksa aku ikat perut sebab perlu membayar hutang PTPTN. Anak aku alhamdullilah sihat dan sangat mudah menjaganya.

Sekarang baby boy tu dah berumur 19 tahun. Hutang PTPTN yg berpuluh ribu mampu juga aku langsaikan dgn permulaan gaji RM350 pada tahun 2002 dan habis bayar pada tahun 2012. Kehidupan saya? Aku menjadi seorang “single mother”. Baygkan lah macam macam yg aku tempuh, h1naan orang, menjadi bahan ump4tan. Kalau nak cerita memang tak habis.

Tapi aku tak kisah. Sebab aku dah ambil tanggungjawab penuh atas kesalahan aku. Orang nak mengump4t mengutvk biarlah aku hanya pekakkan telinga je. Alhamdulllilah aku mampu menjalani ujian ini. Tanpa bnvh diri, tanpa buang baby. Allah dah kata dia takkan uji seseorang melebihi kemampuan seseorang.

Ye aku beruntung sebab family, saudara mara, jiran jiran banyak memberi sokongan dan bantuan. Terima kasih pada yg sudi membaca luahan aku yg aku pendam berbelas tahun ni. Sebab itu lah jika ada masalah tak kira masalah apa pun rujuklah kepada Allah. Minta pada Allah permudahkan urusan. Sekarang baru aku nampak hikmah atas semua ni.

Allah kurniakan kepada aku anak lelaki yg baik dan banyak menolong aku. Kalaulah dulu aku buang dia, aku lah sej4hat j4hat manusia. Kepada lelaki yg menghancurkan hidup aku tu, mungkin sekarang dah berkahwin dgn seorang perempuan yg baik baik dan dikelilingi anak anak.

Aku tak boleh kata apa dan dapat apa apa pun. Tapi suatu hari disana pasti aku akan dapat keadilan dari Tuhan yg maha Adil. Semoga kau bahagia dan baik baik ye. Sedikit perkongsian utk para pembaca. Reda hadapi ujian.Walaupun kehidupan di dunia ini dirundung dgn pelbagai kesedihan, kepahitan dan ujian yg menyakitkan hati, seorang Mukmin itu harus ingat serta tanamkan dalam diri bahawa penderitaan dilalui tidak akan selama-lamanya begitu.

Sebesar manapun ujian itu, Allah SWT pasti akan menggantikannya dgn ganjaran pahala yg membolehkan manusia itu mendiami syurga-Nya. Sesungguhnya setiap manusia layak utk mendiami syurga yg maha hebat dan luar biasa nikmatnya. Di dalam syurga Allah SWT menggambarkan tidak akan ada lagi kesedihan atau kepahitan kerana syurga adalah tempat utk manusia menikmati segala keseronokan serta kegembiraan.

Oleh itu, biarpun manusia pernah menempuh jalan gelap dalam hidupnya, jangan malu utk kembali mengetuk pintu taubat kerana Allah SWT tidak pernah menolak keampunan daripada hamba-Nya. Bahkan, bertaubat dgn penuh penyesalan adalah perbuatan yg sangat disenangi-Nya.

Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Dan orang yg bertaubat dan mengerjakan amal salih, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah SWT dgn taubat yg sebenar-benarnya.” (Surah al-Furqan, ayat 71). Lapangkan hati dgn zikrullah, lembutkan sanubari dgn istighfar dan tenangkan jiwa dgn selawat ke atas Nabi SAW, nescaya menjadi kunci bagi hati manusia yg sentiasa mengharap pandangan Allah SWT.

Manusia yg selalu dekat dgn Allah SWT akan sentiasa berada di bawah pengawasan-Nya, justeru akan jauh dari sebarang perbuatan membawa kepada kemaksiatan. Jika manusia tahu wujudnya syurga yg diciptakan utk dihuni mereka di kampung akhirat, mengapa tidak berusaha utk mengejarnya. Syurga adalah satu bentuk motivasi utk terus bertahan dari sebarang kesedihan. Malah, wajah syurga itu ada bagi setiap Muslim yg reda dgn ketentuan-Nya.

Didiklah hati dgn meneladani kisah sahabat yg mengejar cinta Allah SWT sehingga dunia ini hanya sekadar laluan menuju ke perkampungan akhirat. Turuti akhlak Nabi Muhammad SAW yg hanya menumpahkan segala cinta kepada Allah SWT.

Sumber bharian & ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply