Aku terus nekad Kahwini duda anak 3. Dah Sebulan tinggal sebumbung dgn anak2 tiri, namu setiap malam hati meruntun dan berendam air mata.

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Salam semua. Nama saya Mimi. Berusia 34 tahun. Ibu kpd seorang cahaya mata yg berusia 6 tahun. Bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat swasta berpendapatan RM4k++ sebulan dan suami bekerja sebagai penjaga stor (kerja sekarang).

Kisah saya bermula ketika saya di semester akhir pengajian Ijazah saya. Saya mengenali suami yg ketika itu sudah setahun bergelar duda anak 3..

Ketika itu saya berusia 24 tahun, dan suami berusia 42 tahun. Yea.. beza umur kami 18 tahun. Ketika itu suami saya bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang.

Diawal perkenalan dgn suami, saya sudah dimaklumkan mengenai statusnya. Suami mempunyai anak berusia perempuan 19 (lelaki), 16 (perempuan) dan bongsu lelaki 9 tahun. Saya juga mengetahui bahwa ketiga tiga anak suami tinggal bersama suami.

Ketika menjalinkan hubungan dgn suami, suami selalu membawa bersama anak anak, yg kedua dan bongsu keluar bersama dgn alasan untuk kami mesra. Alhamdullillah hubungan saya dgn anak anak suami (anak tiri saya sekarang) ok..

Dipendekkan, genap 2 tahun kami bercinta dan saya pun telah bekerja, kami decide untuk berkahwin.

Disaat ingin memperkenalkan suami kpd keluarga saya, banyak juga halangan dan soal jawab dari parent dan adik beradik. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka terkejut dgn pilihan saya yg berstatus duda anak 3. Akhirnya keputusan kami untuk berkahwin direstui.. Bermulalah kehidupan saya sebagai seorang isteri dan ibu tiri kpd 3 orang anak.

Sebulan tinggal sebumbung dgn anak tiri, Allahu setiap malam saya berendam airmata.. 4 bulan usia perkahwinan, saya dimaklumkan bahawa kilang tempat suami bekerja akan ditutup.

Dan suami telah direzekikan bekerja sebagai penjaga stor disebuah syarikat percetakan. Kini dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Saya dikurniakan seorang anak yg kini berusia 6 tahun. Yea saya bekerja. Jam 6.30am saya sudah bergerak ke office. Jam 7pm baru saya sampai dirumah.

Penat tu Allah je tau sebab sebelum kahwin saya menyewa dekat dgn office. Tapi lepas kahwin suami minta saya pindah ke rumahnya di Rawang. Tiap hari saya ulang alik. Tapi demi suami tercinta, saya sanggup berk0rban.

Saya bukan merungut.. Tapi sekadar meluah rasa. Anak tiri saya yg walau dah besar dan dah anak dar4, mereka tak pernah membantu dari segi kerja rumah.

Jika fikirkan perut saya dan suami saja, bila penat kami boleh je makan kat luar. Tapi mengenangkan 3 lagi mulut yamg perlu disuap, takkan tiap tiap hari makan kat luar. Dgn suami pendapatan RM1500 sebulan, mana mampu untuk itu….

Yea saya tahu menjaga perut suami tanggungjawab isteri. Tapi apa salahnya bila “ibu” masak didapur, si anak tiri yg besar panjang tu datang tolong sekali di dapur. Ini tidak, anak anak hanya datang ke dapur bila semua dah siap terhidang atas meja..

Dan hanya membasuh pinggan yg digunakan sahaja walhal ada peralatan masak diletak sekali di dalan sinki, tapi diletak tepi tanpa tolong membasuh. aya sejenis yg malas nak panggil panggil. Anak dah besar panjang, dah ada akal fikiran. Itu baru kisah masak, belum masuk part rumah..

Anak anak tiri saya sejenis yg “tak pandai tengok rumah kemas”. Saya tak tahu nak describe macam mana.. Saya dah terbiasa dgn keadaan rumah yg bersih dan kemas. Tapi bila saya kahwin, saya seolah olah mendapat “kejutan”. Bilik bilik anak tiri saya ya Allah bersepah dan berbau busuk.

Saya pernah minta tolong anak tiri untuk kemas apa yg patut, tolong kat dapur, mereka boleh jawab,

“Mak cakap kemas rumah ni tanggungjawab isteri. Mak cakap masak tu tugas isteri bukan tugas anak”. (mak itu merujuk bekas isteri suami). Allahu, sejak mereka menjawab macam tu, saya dah tak minta mereka tolong buat kerja rumah.

Mereka hanya tahu makan, tengok movie, game. Saya penat. Penat emosi saya. Kadang saya rasa ni dah macam orang gaji. Penat di office tak hilang, tambah penat dirumah. Bila saya suarakan kpd suami pasal sikap anak anak dia dan minta dia nasihatkan anak dia, dia hanya cakap,

“Sayg kena main peranan, abang dah malas cakap diaorang dah besar dah reti fikir”.. Boleh dikatakan hubungan kami suami isteri ni ok. Tapi bila bergadvh pvncanya 99% kerana anak anak tiri.

Suami seorang ayah yg bertanggugjawab. Walau gaji suami hanya RM1500 sebulan, dia akan agih agihkan duit belanja, duit bas, duit belanja dapur.. Tidak dinafikan saya ada juga membantu dari segi kewangan. Kereta, utiliti, yuran bulan anak saya, semua saya bayar sendiri sebab tak nak bebankan suami.

Apa yg saya geram, bekas isteri seolah olah brainwash anak anaknya. Untuk makluman, anak anak tiri akan ke rumah mak mereka selang 2 minggu sekali. Dan setiap kali balik dari rumah maknya, mesti perangai baru dapat.

Pernah saya suarakan dekat anak tiri bongsu (yg kini form 4) berkenaan duit belanja sekolah tiap kali balik dari rumah maknya, dia cakap maknya tak pernah bagi duit belanja sebab mak cakap bagi belanja sekolah kat anak bukan tanggungjawab mak, tapi tanggungjawab ayah..

Bekas isteri suami 100% serahkan tanggungjawab anak kpd suami saya walau dia tahu gaji suami saya tak seberapa. (bekas isteri suami pernah berkahwin di Thai dan menjadi isteri kedua sebelum dicerraikan selepas 5 bulan berkahwin)

Saya tak pernah menghalang suami menjalankan tanggungjawab kpd anak anak sehingga keperluan anak kandung saya kebanyakannya saya guna duit saya sendiri sebab saya tahu gaji suami saya tak seberapa. Ekoran macam macam yg saya hadapi, saya pernah suarakan untuk pindah rumah. Tinggal berdua dgn anak kandung saya dan suami tinggal dgn anak anak tiri saya..

Suami izinkan dgn syarat kena bawa anak anak tiri saya sekali. Saya dah explain banyak kali yg saya stress tinggal dgn anak anak tiri. Tapi suami tetap dgn pendirian. Akhirnya saya mengalah dan terus tinggal dgn anak anak tiri..

Untuk pengetahuan, suami pernah berbincang dgn bekas isteri untuk gilir gilir jaga anak mereka. Tapi bekas isteri taknak jaga dgn alasan anak anak tanggungjawab suami dan siap cakap,

“Takkan nak jaga anak baru je..” (ditujukan kpd anak). Ketika perbincangan, saya ada sekali. Boleh dikatakan hidup saya tak ada privacy.. Berjalan/ bercuti kemana mana mesti bawa anak anak tiri dan segala kos hotel, makan minum semua saya yg tanggung.

Sebab kalau saya tak nak keluar duit, suami tak nak ikut bercuti. Saya nak suami ada dgn saya disaat saya bergembira.. Saya kini dalam proses menunggu kelulusan loan rumah atas nama saya. Mohon semua doakan loan saya lulus dan saya dapat keluar dari rumah ni dgn alasan yg kukuh.

Reaksi warganet

Diha Madihah –Sebelum kawin lagi dah kena kuat mental sebenarnya. Dgn status bakal husband, lagi lagi anak tiri muda sikit je dari sis dan husband pun mungkin tak sekufu dari segi akademik. Segala macam kemungkinan ada..

Nazliah Manang –Dah tau duda. Anak anak tinggal sekali. Hurmn degil sangat mau kawin nah. Ini makan dia. Sorry kalau komen tidak berhati perut.

Orang putih cakap, damage is done (eh betul ka saya tulis tu?) jadi kena hadap jugalah… Puan kena bertegas dgn anak anak tiri. Jangann layan sangat. Dorg tunggu puan balik kerja dan masak baru mau makan? Oh, senang ja, masak macam biasa pastu makan berdua dgn anak 6 tahun tu.

Yg sudah berjanggut tu pandai pandailah makan sendiri termasuk bapak dia sekali. Sorry tt kejam sangat Komen.

Hanis Zaini –Rasanya pernah baca bapa tiri kawen dgn janda anak 5. Anak tiri semua dimanjakan oleh ibu depa.

Tapi bapa tiri ni punya style gangster. Dia disiplinkan anak anak tiri dia sampai yg sulung dah pndai basuh berak adik dan jaga adik walaupon yg sulung masih sekolah. Lama lama si ibu pon akur pada suami

Puteri Pelangi –Balik keje puan dah penat, kene masak pula dgn perut kosong. Lepastu anak anak yg dah besar malas ke dapur….

Nasihat saya, puan makan dulu sebelum balik rumah sebab puan perlu energi tambahan. Kalau boleh, ajak suami tu tolong kat dapur. Baru dia tau, penat ke tak. Habis keje opis, sambung keje dapur.. Nanti kalau suami pun rasa letih kat dapur, otomatik dia bebel kat anak dia tuk tolong keje umah. Moga dipermudahkan… Aamiin..

Nurul Afifa Huda Othman –Okay, damage has been done. Now, puan confessor inginkan penyelesaian. Kalau you keluar rumah tanpa izin, dah jatuh nusyuz..

Bincang la baik baik dgn suami. Kalau you tak pasti nak buat macam mana, jumpa kaunselor perkahwinan atau boleh dapatkan nasihat dari pejabat agama. Cari jalan penyelesaian untuk punca masalah puan iaitu anak anak suami serta suami yg lepas semua tanggungjawab besarkan anak anak dia ke bahu puan..

Nur Amelina Hasan –Saya doakan loan awak lulus dgn cepat. Nanti bila dah pindah rumah, kalau terpaksa jugak bwak anak tiri, awak tetapkan rules dalam rumah tu.

Kalau diaorang jenis pemalas, halau je mereka tu dari rumah awak. Dan yg paling penting buat persediaan untuk hibah rumah tu kat anak kandung awak..Ye la kita tak tau dimasa akan datang apa akan jadi.

Ditakdirkn awak dan suami jodoh tak panjang, mungkin rumah tu suami awk boleh tuntut dalam harta sepencarian walaupun suami tak bayar 1 sen duit pun dekat atas rumah tu.

Ataupun jika awak dijemput Ilahi dahulu tidak la rumah tu jadi rebutan anak anak tiri yg kurang ajar tu.. Apa apa pun kalau beli rumah hibahkan rumah tu atas nama anak kandung awak. Tak pun nama mak ayah awak.. Mereka je layak.. Izz Imani –Kalau saya, saya buat macam biasa.

1. Marah, bebel dan beleter macam mak mak lain kalau tak tolong kerja rumah atau tak kemas bilik sendiri. Lama lama kalau anak anak tiri tak tahan, diorg akan ikut juga atau lari Balik rumah mak kandung. Biarkan je, janji niat kita baik.

2. Maaf saya akan kedekut sikit dgn suami sebab saya nak ajar dia supaya tak bergantung dan lepas tangan dgn saya. Takkan semua kita nak tanggung.

3. Sentiasa ingatkan, cakap atau menyanyi lah di tepi telinga anak tiri dan suami awak tu. Bab bab duit ni banyak awak yg tanggung supaya mereka sedar sikit.

4. Awak pun jangan jadi lembut sangat nanti orang pijak Kepala. Suarakan apa yg awak tak puas hati dgn suami dan bekas isteri. Ajar betul betul anak anak tiri supaya hormat kan awak.

Sumber – MIMI SI IBU TIRI (Bukan nama sebenar). Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Sayg korang semua!

Leave a Reply