“Aku tidak akn redha dgn apa kau buat. Sedangkan gaji kau 13k” Isteri disruh berhenti kerja kononnya anak2 nanti kurang kasih sayg. Sudahnya mkn megi dan telur je. Ada hati sruh isteri beranak lagi.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Semoga dapat pengajaran dari perkongsian kisah ini. Assalam semua pembaca. Maaf aku nak luahkan sikit pasal suami aku ni. Sampai masa aku tidak akn toleh ke belakng lagi. Bila aku minta belikan motor untuk kemudahan aku hantar anak2 ke sekolah. Kau buat b0doh. Aku kumpul aku beli.

Bila aku kadang2 minta tolong kau bayarkan motor, kau suruh aku dan anak2 aku makn tayar motor dgn alasan kau tidak mahu tolong aku bayar motor itu walaupun kau pakai bersama. Dulu aku kerja kau suruh aku berhenti kononnya anak2 nanti kurang kasih sayg. Tapi kau cuma bagi aku duit belanja 1000 sebulan untuk 4 orang anak bersekolah. Sedangkan gaji kau 13 ribu sebulan.

Bila aku tanya mana pergi duit kau. Kau cakap aku tiada hak hendak tahu mana duit kau. Aku sabar sambil berendam airmata. Aku minta tolong kau bayarkan kereta yg kita pakai bersama, kau cakap kereta itu nama aku. Aku kena bayar sendiri. Aku terpaksa kerja 5.30am – 12 malam sebab hendak bayar semuanya seorang diri.

Kereta bmw yg bapa kau pakai. Kau boleh pula tolong bayarkan. Sampai 2 ribu sebulan. Bapa kau tidak bekerja. Masih kuat. Berlagak hendak pakai kereta mewah. Bapa kau cakap aku tidak ada hak. Sebab bapa kau sudah sekolahkan kau dari kecil.

Ok. Aku diam. Hari2 aku minta Allah bagi aku rezeki untuk anak tanggung anak2. Sebulan gaji kau bagi pada keluarga kau sampai 5 ribu sebab hendak tanggung adik2 kau yg masih bersekolah. Tapi anak2? Aku kena fikirkan dan tanggung sendri?

Kau suruh aku beranak lagi. Kononnya teringin hendak ada anak kecil. Sedangkan anak 4 pun kau kata bingit. Rimas. Bila kau ada meeting kau tidak mahu bawa kami sebab malu. Aku selalu cakap. Sampai 1 masa aku tidak mahu toleh lagi. Aku ikhtiar cari kerja yg boleh tampung aku dan anak2. Ramai kawan2 bersimpati dan akhirnya atas bantuan kawan aku dapat gaji 4500 sebulan.

Dulu aku minta kau bayarkan bil telefon aku. Kau jawab apa?”jangan pakai telefon kalau tidak mampu”. Tup tup. Aku baca masej kau bayarkan bil bapa kau 200 sebulan. Astro pelbagai channel. Sedangkan kami pakai enjoy sahaja, kau kata jimat. Kau keluar pergi meeting makn di hotel mahal2. Sedangkan aku dan anak2 makn maggi dan telur sahaja di rumah. Aku didik anak2 aku hidup sederhana.

Kau cuba bayarkan 1000 sebulan. Aku hendak bayar kereta. Api, air, makn minum aku dan anak2, motor macam2 aku kena tanggung. Lepas kau tahu aku dapat kerja gaji besar. Kau sudah kurang m4ki hamun aku. Kau mula layan aku baik2. Aku masih mendiamkan diri. Sampai masa. Aku pulangkan kau pada keluarga kau. Kau kenygkanlah gaji dan duit2 kau untuk keluarga kau.

Aku mampu menyara anak2 aku seorang diri. Hati aku sudah lama menangis tapi aku tahan. Untuk sesuap nasi anak2 aku dan persekolahan anak2 aku. Aku pergi kerja dgn road tax kereta sudah 7 bulan tidak renew.

Aku redha dan tawakal. Bila aku tidak ada duit hendak isi minyak.Aku bawa motor, selama 1 jam hendak ke tempat kerja. Tapi aku buat juga untuk dapatkan gaji sebesar itu. Kasihan pada kau. Taatnya kau pada orang tua sampai kau lalai tanggungjawab kau pada keluarga. Kau biarkan bini kau pikul semua itu. Baygkan kalau aku tidak halalkan setitik peluh aku untuk tolong engkau? Aku tidak akn redha.

Aku tidak akn redha dgn apa kau buat pada aku dan anak2. Kau ingat itu. Sampai satu masa, aku tidak akn toleh kebelakng lagi. Kau selalu cakap, perempuan kalau ada duit eg0 dan s0mbong. Kau tengok apa kau bagi pada anak bini kau. Kalau kau bagi baik, baik lah balasannya. Sampai satu masa aku tidak akn toleh ke belakng lagi. Kau ingat itu.

Ini pula kami sajikan kisah ke 2 yg harap nya dapat memberi pengajaran kepada para pembaca.
Assalamualaikum wbt dan salam hormat kepada pembaca sekalian. Aku cuma nak luahkan perasaan dan minta cadangan pembaca, bukan mengutuk suami atau membuka aibnya. Bismillah aku mulakn ye..

Sedikit latar berkaitan kami berdua. Kami tak banyak beza umur, suami awal 40an dan aku penghujung 30an. Kedua-dua kami bekerja sebagai penjawat awam (professional), suami aku satu gred lebih tinggi daripada aku.

Kami tinggal di sebuah bandar kecil di utara Semenanjung. Kami dikurniakn empat orang anak selepas 15 tahun berkahwin.mBanyak dugaan sepanjang perkahwinan kami, macam biasalah masa mula-mula dulu kewangan, kerja dan keluarga. Makin tahun kami bersyukur sebab makin banyak Allah kurniakn kami nikmat rezeki, kerja tetap dan berjawatan, keluarga kecil yg simple.

Mak ayah dan mak ayah mertua kedua-dua belah juga mempunyai pencen, maka kami tak ada masalah kewangan yg terikat dgn mertua atau ibu bapa aku. Masalah mula timbul apabila setahun lalu, suami aku buat keputusan untuk beli rumah yg agak mahal. Tidak perlu aku sebutkan di sini, cukup aku katakn beliau ambil pinjaman kerajaan hampir full quota pinjaman.

Aku dah cuba nasihatkan beliau supaya kita ukur baju di badan sendiri, nanti boleh beli lain kalau nak besar lagi memandangkan anak-anak masih membesar. Aku juga katakn aku akn bantu selain daripada keperluan makn minum dan belanja anak-anak jika tak cukup. Tapi suami aku degil, dibuatnya juga loan, hasilnya yelah kami duduk rumah yg gah tersergam indah.

Namun dalam rumah hanya kami anak beranak saja yg tahu. Sejak ansuran bulanan rumah ditolak memang suami mengeluh setiap hari, katanya tak cukup nak belanja sampai habis bulan. Tapi sebenarnya beliau dah selesa dgn gaji yg banyak sebelum ni, beliau nak simpan supaya seolah-olah banyak dalam akaun.

Akibatnya, aku lah yg tanggung untuk makn minum kami sekeluarga. Demi Allah aku tak berniat mengungkit. Kalau pembaca di tempat aku, hati sangat terkilan sebab beliau tak gunakn sepenuhnya gaji yg ada untuk makn minum (barang basah untuk memasak).

Hal-hal lain selain makn minum aku tak kisah dan memang aku yg keluarkan (baju anak, barang-barang harian lain, bil-bil rumah). Peti ais setiap hari kosong tak pernah ada ayam ikan sayur kalau aku yg beli. Bila aku minta semula katanya aku kedekut..

Untuk pengetahuan pembaca, suami aku agak dikenali ramai di tempat kami begitu juga dgn aku sendiri sebab bandar yg kami tinggal ni agak kecil. Suami aku dikenali sebagai orang yg baik-baik, peramah, suka membantu. Aku tak mampu nak buka pekung beliau jika aku adukan pada mana-mana pihak (jabatan agama, atau nasihat kawan-kawan beragama yg baik).

Kami kerap bergduh akibat daripada masalah ni. Demi Allah aku halalkan duit ringgit yg aku keluarkan kalau betul-betul dia dah habiskan. Tapi selalunya tak sampai dua minggu dah kata dah habis gaji, sebab beliau nak “simpan” sampai hujung bulan bagi ada baki ribu-ribu ratus-ratus jugak, maka mangsnya ialah aku.

Aku cukup sedih sebenarnya. Orang lain tak kerja tetap, peti ais mesti ada bahan mentah untuk masak. Seboleh-bolehnya nak juga usaha untuk tanggung makn minum walaupun susah. Lain hal pulak dgn suami aku.

Beras kalau tak habis dan aku tak suruh dua tiga kali beli, memang dia tak akn beli. Bahan mentah ayam ikan sayur pula, aku kesiankan anak-anak memang aku beli dan masak. Wallahi sekalipun tak pernah tanya, hanya makn. Seolah-olah maknan tu jatuh dari langit. Adalah dalam sebulan dua tiga kali beliau akn beli bahan-bahan mentah.

Aku ingin memohon pendapat para pembaca yg budiman sekalian, apakah yg patut aku buat? Aku takkan adukan pada sesiapa sebab pada aku akn membuka aib suami yg amat dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Aku bangun malam setiap hari, mohon Allah kuatkan aku dgn ujian suami yg sikapnya macam ni. Bukan masalah kewangan, masalah sikap beliau. Cuma kadang-kadang aku rasa aku tak kuat untuk hadapi. Aku rasa aku nak lari (berpisah) daripada suami, tapi memandangkan ada anak yg akn ambil peperiksaan besar tahun ni aku gagahkan juga diri.

Oleh itu, aku mohon para pembaca kongsikan doa-doa yg makbul untuk dibaca, amalan-amalan yg patut aku buat atau apa-apa sahaja nasihat yg dapat membantu aku. Aku sedih dan keseorangan. Harap para pembaca dapat membantu, terima kasih. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply