Anak menantu ‘pau’ duit kwsp ayah sampaikan last2 ayah jadi jaga waktu mlm, siang cari kotak untuk jual di kedai barang lusuh. lagi susah, anak bongsu pula masih kena tanggung sekolah lg

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Saya berjaga dan menulis untuk buku seterusnya, sesekali saya akan bangun menjenguk anak-anak di bilik mereka. Tenangnya tidur mereka, dan tenang juga hati saya sebagai bapa. Mungkin itulah kasih sayang bapa kepada anak-anaknya.

Bercakap mengenai kasih sayang bapa kepada anak, saya ada satu cerita. Ia kisah sahabat saya yang menasihati saya agar tidak sesekali memberikan duit kwsp kepada anak-anak.

‘Jangan Bagi Duit KWSP Pada Anak-Anak. Jangan Jadi Macam Saya.’.” izman, aku nak pesan kat kau benda ni, kau dengar baik-baik. Bila pencen nanti, kau keluar duit kwsp…. belanjakan semuanya, habiskan!”, katanya.

Saya memandangnya sambil senyum kelat. Pada saya nasihat sebegini cuma boleh didengar, dipakai jangan. “Aku cakap kau senyum ye izman, nanti kau kena macam pakcik aku baru kau tahu”, katanya lagi. Saya memintanya bercerita lanjut.

Katanya, ” pakcik aku tu ada 3 orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan. Bila pencen keluar duit kwsp dekat rm200,000. Masa tu dua anak dah kahwin, yang bongsu masih sekolah menengah.”

”dah pencen, rumah dia tukar nama bagi nama anak lelaki sulung sebab dia ingat anak itulah akan bakar myat dia nanti, dan jaga emak mereka jika dia mti”.

“duit kwsp tu dia ‘renovate’ rumah, ye lah rumah dah lama, dah habis bayar. lagipun semua anak masih tinggal dengan dia walaupun dah kahwin. dia buat satu tingkat lagi untuk tambah dua bilik dan satu bilik air”.

”anak pujuk tukar kereta sebab keretanya sudah uzur, dia tukar proton baharu, dia keluar deposit dan bayar bulan-bulan tapi buat nama anak. bila cucu nak masuk kolej, anak pujuk, dia keluar duit belanja, kau tahulah kolej swasta, yurannya mahal”.

“anak cakap, duit kwsp itu ada bahagian anak-anak. dia bod0h-bod0h percaya, dia beri seorang rm10,000. dapat duit, anak ‘modified’ kereta dan ada pergi melancong. dia dan isteri jaga rumah”.

“lepas tiga ke empat tahun, duit kwsp habis. anak menantu mula rasa tak selesa duduk bersama. dia dan isteri terpaksa keluar dari rumahnya sendiri. sewa rumah di taman sentosa. mau bayar sewa dan makan, dia jadi jaga kilang. malam jadi jaga, siang cari kotak untuk jual di kedai barang lusuh. lagi susah, anak yang bongsu tinggal dengan mereka, kena tanggung sekolah lagi.”

”anak yang dua ‘ekor’ tu, jangan kata hulur belanja, jenguk tanya khabar hidup mtipun tak pernah. tapi bila tak ada duit, tahu pula cari ayah dia sampai sanggup bawa ayah ke bank untuk keluarkan duit. tak guna punya anak!”.

“jadi aku ingatkan kau, bila dapat duit kwsp tu, kau belanjalah untuk keperluan kau. kau dah susah berpuluh tahun kerja siang malam, duit tu untuk kau joli sebelum m4ti sebenarnya. pergilah bercuti luar negeri, belikan diri kau dan isteri benda yang mahal-mahal dan tukar kereta baharu.

“nak kahwin baharu pun boleh!. duit ratus ribu dalam poket, jangankan janda, anak dara bergetahpun sanggup jadi bini muda. hahaha.” ceritanya panjang lebar dan beremosi.

kali ini saya cuma dengar, dan mengakui kebenaran ceritanya. memang itulah yang terjadi saban tahun bagi pesara yang sudah keluarkan duit kwsp. dapat duit, bantu keluarga dan anak cucu. dan ada yang berjoli. dalam masa kurang lima tahun, mereka menjadi miskin semula dan terpaksa bekerja untuk menyara hidup sedang anak-anak terpaksa menyara keluarga mereka masing-masing.

duit pencen kwsp beratus ribu nampak banyak, tetapi bila dapat secara tiba-tiba akan menjadikan seseorang gelap mata, hilang pertimbangan dan boros. mereka lupa bahawa bukit yang tinggi jika setiap hari ditarah akan rata juga.

sahabat saya itu jelas tekad dengan niatnya untuk menggunakan bagi dirinya sendiri untuk elak dia yang menjadi papa kedana dengan membantu anak-anak. biarlah, hak dia. dia yang mengumpul duit itu dengan bekerja siang dan malam.

mengenai duit kwsp saya nanti, sudah pasti ada bahagian untuk pendidikan anak-anak. selebihnya saya sudah berniat untuk melancong ke kota romantik paris. ya, sudah tentu saya akan ke mekah untuk haji.

jika puan hajjah lebih selesa bermain dengan cucu nanti, saya pula akan berusaha tunaikan impian saya sejak sekolah menengah iaitu melancong seluruh dunia menaiki keretapi.

usai semuanya, legalah hati saya. rutin saya nanti tentulah setiap pagi minum teh tarik di kedai kopi sambil menonton wresling. petang pula saya akan meronda kampung bersama hajjah isteri untuk bertanya khabar anak kariah. malam pula akan menadah kitab di surau.

cukuplah duit kwsp yang berbaki dan duit elaun ketua kampung untuk saya belanjakan sementara menunggu di jemput ke daerah abadi. Sumber : Izman Pauzi via blogmazeer

Berbeza pula dengan kisah ke-2, sama-sama kit abaca ambil iktibar dari kisah ke 2 ini pula. Kita selalu bercakap mengenai pengorb4nan ibu bapa membesarkan anak-anak. Keluar pagi dan balik pada waktu malam, hanya semata-mata mahu mencari rezeki dan duit lebih, untuk memberikan kehidupan senang dan bahagia buat anak-anak.

Ada ibu bapa yang bekorb4n melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Semuanya hanya semata-mata mahu memenuhi semua permiantaan anak-anak. Ada yang mahu telefon bimbit canggih dan ada yang mahu permainan video terkini.

Tetapi kita terlupa, atau pun tidak pernah walau sekali, menyebut mengenai pengorb4nan anak-anak kan? Pernah tak anda terfikir, anak-anak anda hampir setiap hari bekorb4n kasih sayang. Berbanding mendapat belaian ibu bapanya sendiri, anak-anak ini membesar di tangan pengasuh yang mungkin langsung tiada kaitan darah daging dengannya.

Ketika anak-anak lain mengadu apa yang berlaku kepada ibu bapanya sendiri, anak-anak anda terpaksa bekorb4n dan meminta ‘telinga’ pengasuh untuk mendengar luahannya. Macam kisah yang dikongsikan oleh Andy Sulaiman ini.

Katanya yang mempunyai kedai makan popular, dia pernah menjadi saksi sendiri bagaiamana satu keluarga ini datang ke kedainya untuk menjamu selera.

Menurutnya, dari pemerhatian kepada pakaian yang dikenakan oleh si ayah dan si ibu, jelas sekali mereka berdua merupakan individu yang mempunyai kerjaya dan hanya berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak pada waktu malam sahaja.

Big happy family with three kids traveling by airplane at Dusseldorf International airport, parents with teenager boy, toddler girl and little baby holding colorful luggage for summer beach vacation

Apa yang menariknya mengenai perkongsian Andy Sulaiman ini adalah bagaimana lagak si anak yang seharian tidak bertemu dengan ibu bapanya. Nak tahu apa yang berlaku? Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Pernah satu malam tu, ada sebuah keluarga datang makan di Brojak. Sepasang suami isteri bersama dua anak. Si suami masih lagi memakai pakaian kerja, jelas nampak nama tempat kerja di bajunya, kasut pun memang kasut kerja.

Si isteri pula memakai seragam jururawat. Muka keduanya nampak keletihan. Anak-anak pula, memakai baju tidur, berpimpin tangan dengan ibu mereka. Duduk lah mereka di satu sudut. Terdengar si ibu bertanya macam mana keadaan anaknya di sekolah. Dijawab oleh anak mereka dengan setenangnya.

Selepas itu, bagaimana pula di rumah mak cik apa entah, aku nampak anaknya hanya menggelengkan kepala. Mungkin soalan “Ada nakal tak rumah mak cik (pengasuh)?” Macam tu lah kot aku agak.

Mereka memesan makanan. Hanya lah set A, RM67. Cukup lah, yang dewasa hanya sepasang suami isteri itu. Dua lagi kanak-kanak, tidak banyak makannya. Pesanan itu disiapkan. Malangnya, sebelum sempat dimakan, anak mereka tertidur di meja makan. Si ibu kejutkan namun tidak dihiraukan.

Si ayah juga cuba kejutkan untuk suapkan makanan, si anak hanya mencelik mata seketika namun kepala kembali diletakkan di tepi meja, beralaskan lengan. Aku perhati sahaja. Dan terlintas satu perkara.

Selama ini kita hanya berbicara tentang pengorb4nan kita. Kita hanya dahulukan apa yang kita lakukan seharian atas tiket demi anak-anak. Ya, tiada salahnya. Benar dan sebenar-benarnya. Tak salah langsung. Apa yang kita kerjakan hari ini semua demi membesarkan mereka.

Cuma, Adakala kita terlepas masa untuk mengenang pengorb4nan anak. Rata-rata mereka ini sebelum kita keluar ke tempat kerja, mereka sudah berada di sekolah. Ini biasa. Kita dahulu juga macam tu.

Ada antara mereka habis sekolah, terpaksa menumpang di rumah pengasuh. Biarpun di dalam hati begitu teringin untuk pulang ke rumah. Tapi, apa boleh buat, ibu dan ayah bekerja dan mencari rezeki untuk mereka juga. Tiada salah situasi di atas. Keadaannya begitu. Tiada yang menganiaya dan tiada yang teraniaya. Tiada pemangsa dan juga tiada mangsa.

Tetapi, timbul kekesalan juga di hati, bila aku fikir anak-anak seharian tak memandang wajah kita dan menanti kepulangan kita. Begitu banyak cerita seharian yang mereka pendam. Berbagai cerita gembira yang mereka ingin raikan. Beberapa cerita sedih yang mereka mahu luahkan.

Segalanya dipendam, ditahan sehingga pulangnya kita di rumah. Namun kadangkala apa yang berlaku? Kita kepenatan. Masuk ke rumah, disambut anak-anak yang teruja, lalu mereka terus membuka cerita.

Kita hanya mendengar tanpa rasa. Datang lagi seorang, juga ingin bercerita. Kita dengar juga 2 cerita dalam satu masa. Sehingga, sampai satu tahap, kesabaran hilang. Kita lantas hentikan segala penceritaan anak-anak dengan alasan kepenatan dan tunggu malam nanti baru ceritakan.

Anak-anak akur. Mereka diam. Kita ke bilik, rebahkan badan. Dan, terlena. Sedar dari tidur kita bersihkan diri dan lakukan apa yang sepatutnya. Anak-anak sudah tidur. Cerita mereka tidak kesampaian. Kegembiraan mereka tidak diraikan. Luahan mereka tidak dapat diselesaikan. Dan kita tidak rasa apa-apa. Mereka tidur ikut waktu yang ditetapkan, ok lah tu kan. Itu sahaja dari kita.

Cari lah masa, raikan mereka. Kita lakukan pengorb4nan demi mereka, mereka juga korb4nkan rasa ingin bermesra dan bermanja dengan kita. Walau tidak kaya, tapi aku kaya masa dengan keluarga.

Sumber : Andy Sulaiman via siakapkeli.Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Sayg korang semua!

Leave a Reply