Ayah aku telah menasihati aku bahawa keluarga isteriku ini adalah kaki kikis,tapi aku tetap teruskan perkahwinan ini. Akhirnya aku rancang ‘game’ mertua sendiri utk keluar dari rumah itu dengan isteriku

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini. Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu.

Sambungan kisah aku kali ni panjang sikit so siapa yg malas nak baca boleh scroll laju laju. Dan makcik bawang yg tahu mengkr1tik je pun bolehlah scroll laju laju ek. Ramai yg telah membaca cerita aku sebelum ini kan? Ramai juga lelaki yg pm aku di mesengger dan mengadu mereka mengalami masalah yg sama dgn mertua mereka.

Ada yg mengadu terpaksa buat loan kereta, lppsa utk beli tanah utk belah mertua… Akan tetp dlm luahan diaorang, isteri mereka yg memujuk utk buat loan tersebut..
Penyudahnya keluarga mertua bayar tidak ikut masa, dan nama mereka tersenarai dlm ccris dan tidak boleh buat loan lain.. InsyaAllah aku akan cuba bantu dan tanya tuan penasihat aku dulu…

Berbalik kpd cerita aku. Ini adalah sambungan daripd cerita aku sebelum ini. Apa yg membuatkan aku dikudakan oleh mertua sendiri. Aku akan ceritakan dgn lebih mendlm dlm cerita ini. Awal perkenalan aku dgn isteri aku, aku cuma bekerja di kedai menjual telefon bimbit sahaja. Tetp gaji aku pd masa itu agak tinggi sebab setiap bulan aku punya total sales mencecah sehingga Rm200k sebulan.

Dan komisen diberi mengikut pengiraan peratus sales revenue, insuran yg dijual, pinjaman aeon, dan servis selepas jualan. Aku mampu capai target utk kesemua itu pd setiap bulan lantas membolehkan aku menerima gaji dan komisen seperti itu.Meskipun gaji aku ketika itu, aku hanya beli kereta perodua Myvi sahaja utk memudahkan pergerakan seharian aku.

Aku masih ingat pd tanggal 17 haribulan 7 2013, isteri aku datang bersama ayah dan ibu mertua aku di kedai itu. Rupanya sebelum ini ibu mertuaku pernah datang dan berjumpa aku dan aku ada menyerahkan borang utk memohon kpdnya. Namun aku tidak ingat krn banyak lagi pelanggan aku layan sebelum itu.

Isteri aku menyerahkan dokumen semua utk aku proses. Selepas aku terima dan proses seperti biasa dan perbualan kami habis disitu. Dlm masa 2 hari aku mendapat makluman kelulusan daripd pihak Aeon. Lantas aku memaklumkan kpd isteri aku.

Dia mengatakan bahawa dia akan datang utk ambil telefon tersebut pd hujung minggu krn dia bekerja pd waktu itu. Hujung minggu isteriku datang dan mengambil telefon bimbit seperti yg dijanjikan. Isteriku memohon utk pinjaman bagi Samsung Galaxy s4 yg pd ketika itu adalah keluaran paling terbaru.

Selepas aku menyerahkan telefon itu, isteri aku pulang ke rumahnya. Pd waktu malam aku menerima mesej daripd isteri aku yg berterima kasih krn menguruskan hal pembeliannya. Maka bermula bibit perkenalan antara kami.

Sepanjang perkenalan kami, aku jarang utk berjumpa dgnnya krn aku bekerja 12 jam sehari dan 6 hari seminggu. Sebaliknya setiap hujung minggu dia akan datang ke tempat kerja aku dan menemani aku sehingga aku habis kerja. Kebiasaanya dia akan memasak utk aku dan membawa bekalan ke tempat kerja aku utk makan bersama.

Setelah genap 8 bulan kami berkenalan, aku berbincang dgn ayah aku utk berkahwin dgn isteri aku. Ayah aku bersetuju dan ingin berjumpa dgn keluarganya. Pertemuan diatur pd hujung bulan 11 nanti beserta majlis pertunangan sekali.

Pvnca utama aku mula dikudakan oleh keluarga mertuaku ketika aku menghantar kereta aku kpd adik ipar aku utk diservis. Dia bekerja sebagai mekanik di perodua servis ketika itu. Memang cara aku, segala dokumen kerja termasuk slip gaji aku aku simpankan dlm file di dlm beg di kereta aku.

Adik ipar aku buka beg case aku dan terjumpa slip gaji aku. Dia mengambil gambar slip gaji itu dan memberitahu mak ayahnya. Isteriku mengetahui perbuatan adiknya dan memarahinya krn tidak amanah tetp mak dan ayahnya mempertahankan anak lelakinya itu.

Bermula daripd itu, abang sulungnya mula rapat dgn aku dan akhirnya meminjam duit kpd aku atas alasan masalah kewangan. Aku memberinya pinjam dan sehingga sekarang masih tidak dibayar atas pelbagai alasan. Aku bukan jenis yg akan menagih hut4ng semula. Tetp tidak aku halalkan setelah apa yg jadi.

Diwaktu hari pertunangan, ayah aku terkejut dgn jumlah hantaran yg diminta oleh keluarga aku. Nilai sebelum ini dipersetujui melalui perjumpaan pertama aku dgn keluarganya adalah RM15k. Namun telah dinaikkan kpd RM25k sesuka hati mak pak diaorang. Ayah aku pertikaikan dlm majlis itu. Korang tahu lah ketegasan ayah aku macam mana kan.

Pihak mertua tidak menjawab apa apa dan tetap bertegas mengatakan bahawa anaknya telah belajar sehingga Master dan itu adalah hantaran yg wajar. Aku memujuk ayah aku dan aku terima hantaran itu krn kebanyakan daripd gaji aku sebelum ini memang ak simpan. Aku cuma ambil RM2k sahaja dari gaji aku utk duit minyak, beri pd ayah dan emak dan ansuran kereta. Lain lain aku simpan. Ayah aku pd awalnya membantah tetp akhirnya dia menerima.

Selamat aku bertunang dan akan diijabkabulkan dlm masa sebulan dari tarikh ditunangkan. Ayah aku telah menasihati aku bahawa keluarga isteriku ini adalah kaki kikis dan sama perangai seperti keluarga sebelah emakku. Namun ak tidak endahkan. Yelah, masa itu tengah bulan bintang bercinta sehingga aku tidak nampak perangai mertua aku itu.

Namun semasa sebulan bertunang itu aku mula rasa tidak selesa krn mereka selalu mengajak aku utk makan di luar di restoran seperti Auntie aini garden cafe yg sememangnya menyediakan hidangan yg agak lazat dan harga premium. Kesemua makanan yg mereka tempah adalah mahal seperti ikan baung tempoyak, kepala ikan merah sehinggakan bil yg datang berjumlah RM700 utk malam itu. Namun aku telah berjanji utk belanja diaorang lantas aku pun bayar sahaja.

3 hari sebelum berkahwin, ayah aku telah memberitahu aku bahawa kawan dia telah siasat latar belakang isteri aku dan mengatakan bahawa risiko aku utk dikikis adalah tinggi. Aku bertanyakan dimana ayah aku mendapat informasi sebegitu namun dia tidak menjawab. Aku lantas tidak menghiraukan nasihat ayah aku dan aku mengatakan bahawa aku ingin berkahwin dgn anaknya, bukan keluarganya.

Maka aku pun selamat diijabkabulkan. Aku dapat lihat dari raut muka ayah aku, dia tidak menyenangi besannya dan langsung tidak bertegur sapa malah mengambil gambar bersama. Aku faham kerenah ayah aku macam mana lantas aku mengambil keputusan utk tidak menghiraukannya.

Setelah habis majlis sebelah keluarga aku, aku memberitahu isteri aku utk mencari rumah sewa dahulu sementara aku membeli rumah sendiri. Namun isteri aku menolak dan mengajak aku utk duduk bersama di rumah keluarganya.

Pd mulanya aku agak keberatan dan aku turutkan sahaja. Ayah aku agak marah apabila tahu aku duduk bersama mereka dan meminta aku bawa isteri aku duduk di rumah sewa sendiri. Namun aku tidak endahkan.

Bulan pertama perkahwinan kami, aku mendapat perkabaran gembira dimana aku dipanggil utk ujian temuduga pdrm. Aku memberitahu kpd isteriku dan dia tumpang gembira. Dlm masa yg sama, isteri aku menyerahkan bil bulanan utiliti kpd aku utk dibayar.

Agak terkejut juga aku melihat bil elektrik di rumahnya itu krn mencecah hampir RM900 sebulan. Isteri aku mengatakan bahawa adik beradiknya termasuk ipar duduk disitu dan sentiasa menghidupkan penyaman udara, jadi sebab itulah bil tinggi. Isteri aku menawarkan utk berkongsi bayaran bil namun aku tolak krn nak tunjuk lah sifat ‘gentleman’ tu.

Hampir rm2k habis malam itu utk menyelesaikan semua bil. Bil tmnet ketika itu mempunyai tunggakan, bil astro mempunyai tunggakan, bil air mempunyai tunggakan semuanya ak selesaikan sehingga kosong. Ini krn sejak dari dulu aku membayar bil rumah mak dan ayah aku, aku tidak suka melihat ada tunggakan pd bil utiliti.

Aku hadir di temuduga pdrm tersebut bersama isteri aku. Aku lulus semua aspek yg disuruh seperti lari 2.4km dibawah 10 minit dan lain lain. Ketika temu duga dikalangan panel selesai, aku didatangi oleh lelaki yg mengaku kawan kpd ayah aku. Tuan Rosman membawa aku ke tempat yg tiada orang dan mengatakan bahawa dia tahu apa yg terjadi kpd aku.

Dia mengatakan bahawa jika aku terpilih utk masuk ke kursus pulapol, aku hendaklah merahsiakan semuanya daripd keluarga mertua aku termasuk isteri aku. Jika tidak dia akan buat aku tersingkir awal. Aku pd ketika itu memang hendak kerja kerajaan, aku hanya mengangguk. Dlm masa yg sama aku bertanya kenapa, Tuan rosman tetap tidak menjawab dan menegaskan perkara yg telah dinyatakan tadi.

Akhirnya aku dipanggil utk menyertai kursus pulapol tetp aku tidak boleh berkongsi kegembiraan kpd isteri aku. Aku mengatakan bahawa aku gagal dlm temuduga tersebut. Ayah aku telah meminta aku menipu isteri aku mengatakan bahawa aku bekerja outstation terpaksa menjaga cawangan luar negara selama beberapa bulan ini sehingga manager baru dilantik. Isteriku menerima dan aku membuat pindahan wang sebanyak RM10k kpd isteri aku utk bil utiliti dan nafkah bulanan dia sepanjang ketiadaan aku.

Setelah aku tamat latihan, aku lapor diri di tempat baharu aku bekerja. Setelah seminggu selepas itu, aku pulang ke rumah mertua aku utk berjumpa dgn isteri aku. Aku agak terkejut mengetahui bahawa isteri aku telah berhenti kerja krn ibu bapa mereka meminta dia utk menjaga mereka.

Isteri aku memarahi aku krn dia gagal utk menghubungi aku sepanjang aku bekerja. Dia segan utk bertanya kpd ayah aku lantas dia mengambil keputusan sendiri utk berhenti kerja.Aku menerima keputusan isteri aku dan dlm masa yg sama aku dirundum rasa bersalah krn menipu isteri aku. Namun aku lebih takut ugutan Tuan rosman yg pd hemat aku seperti ayah aku. Apa yg dicakap akan dibuat.

Malam itu isteri aku menyerahkan bil utiliti. Terkejut aku apabila melihat ada tunggakan pd bil elektrik, air serta tm. Isteri aku meminta maaf krn dia telah membayar semampunya.Aku mendesak isteri aku dgn bertanya kemana duit yg telah aku berikan. Sepatutnya semuanya ckup dan masih ada lebihan jika digunakan betul2.

Perkiraan aku dlm matem4tik tidak pernah salah. Isteri aku lantas menceritakan bahawa seminggu selepas aku pergi, ibu mertuaku meminta isteri aku utk berhenti kerja krn mengatakan bahawa aku mampu utk menanggung isteri aku dgn gaji aku sekarang ini.

Ditambah pula apabila ibu mertua aku mendapat tahu bahawa aku telah menyelesaikan kesemua pinjaman pelajaran PTPTN isteri aku sejak awal aku berkahwin. Sebab itu ibu mertua aku yakin aku mempunyai simpanan yg mencukupi.Selepas isteri aku berhenti, mertua aku meminta isteri aku utk membelikan motorsikal utk adik ipar aku krn motor ayah mertua aku dah uzvr.

Pd mulanya isteri aku cuba menolak krn mengatakan bahawa duit yg aku serahkan sepanjang aku tiada hanya cukup cukup utk bil bil bulanan namun tetap dipaksa. Krn takut dicop anak derhak4, isteri aku menurutkan sahaja. Lantas motor baru yamaha adik ipar aku dapat.

Selepas itu, ibu mertua aku meminta isteri aku utk menanggung pula kos utk baik pulih kereta proton persona yg rosak akibat overheat krn dipandu oleh iparku yg sulung. Oleh sebab isteri aku tidak memberi abangnya utk menggunakan kereta milik isteri aku, maka mertua aku meminta isteri aku utk membayar kos baik pulih kereta miliknya itu.

Maka isteri aku terpaksa mengeluarkan simpanan tabung haji yg telah aku masukkan utk menampung kos baik pulih terbabit. Tidak cukup dgn itu, bulan kedua ketiadaan aku, mak mertua aku meminta isteri aku utk memberikan wang perbelanjaan dapur sebanyak RM1k setiap bulan kpdnya utk menampung kos perbelanjaan barangan basah di rumah itu.

Pd awalnya isteriku tidak bersetuju dan mahu meneruskan memberi bayaran bulanan sebanyak RM300 namun mertua aku menggunakan kata kata yg kurang enak seperti anak derhak4 kpdnya lantas membuatkan dia hanya menurut arahan itu. Itu sebabnya banyak bil bil utiliti tertunggak krn dia hanya bayar semampunya.

Aku meminta maaf kpd isteri aku krn dia terpaksa hadapi semua ini tanpa aku..Keesokkan harinya, aku memanggil ibu mertua aku utk berbincang berkenaan hal yg telah diceritakan. Ibu mertua aku hanya menyalahkan diri aku krn tidak memberikan wang yg secukupnya kpd isteri aku sebelum pergi bekerja.

Aku meminta utk semua anak anaknya berkongsi bayar bersama semua bil utiliti namun ditolak atas alasan anak anak mereka tidak mempunyai pekerjaan yg tetap dan gaji yg stabil. Ibu mertua aku meminta aku meneruskan membayar bil utiliti tersebut.

Apabila aku menyatakan hasrat utk membawa isteri aku keluar dari situ, ibu mertua aku melarang krn tiada lagi anak yg akan membawa ayah mereka pergi medical check up dan ambil ubat, beli barangan basah dan sebagainya.

Aku berasa putus asa krn perjumpaan itu langsung tidak mencapai kata sepakat di antara mereka. Lantas selepas aku habis kerja, aku singgah berjumpa ayah aku utk menceritakan masalah aku kpdnya. Bermula dari mertua aku menggunakan duit yg aku berikan kpd isteri aku sehinggalah kpd mereka memaksa aku membayar kesemua bil utiliti mereka.

Ayah aku hanya tersenyum dan beliau mengatakan bahawa memang telah dijangka semua itu akan berlaku. Dia menceritakan semula selepas majlis pertunangan aku, ayah aku telah korek sebanyak mungkin maklumat berkaitan keluarga mereka.

Sebelum isteri aku berjumpa aku, isteri aku mempunyai bekas kekasih lain yg bekerja di sektor swasta namun terputus sewaktu bertunang krn bekas kekasihnya gagal utk menyediakan wang hantaran yg dipinta lantas memutuskan ikatan pertunangan tersebut.

Sebab itu ayah aku betul betul selidik dan pantau semua hal berkaitan keluarga isteri aku dan meminta aku merahsiakan pekerjaan aku yg sebenar utk mengelakkan malapetaka yg lebih besar menimpa.

Baru lah aku faham dan terbukak kubah di atas kepala aku yg selama ini mereka hanya menggunakan aku dan isteri aku. Berulang kali aku mengatakan bahawa isteri aku tidak terbabit dlm hal ini. Ayah aku percaya dan meminta aku tidur di rumahnya malam itu.. Aku akur dan malam itu ayah aku memanggil aku di biliknya.
Beliau mengatakan bahawa beliau membesarkan aku dan adik2 dlm penuh ketegasan krn beliau nak kami semua bijak menilai sesuatu perkara dan tidak mudah mengharap bantuan.

Memang betul apa yg telah dididik oleh ayah aku krn adik adik aku semuanya keluar dari rumahnya selepas habis spm dan langsung tidak pernah menyusahkan ayah aku utk meminta duit bulanan belajar. Semua mereka uruskan sendiri dan tidak pernah meminjam pd PTPTN. Sama juga seperti aku.

Malam itu, ayah aku meminta aku utk memberitahu isteri aku bahawa aku telah diberhentikan kerja atas sebab sebab tertentu. Ayah aku meminta aku utk memberitahu isteri aku bahawa aku akan bekerja sebagai runner utk menampung kehidupan mereka semua.

Bil bil utiliti pula ayah aku meminta aku supaya membayar lewat daripd biasa. Pd setiap hari keluar bekerja seperti biasa aku buat, dan jika ada operasi jauh2 ayah aku meminta aku pandai pandai buat ayat tipu sunat isteri. Tak berdosa katanya.

Bulan ke empat selepas itu, ayah aku minta supaya aku hanya bayar separuh sahaja dari jumlah bil itu. Begitu bulan seterusnya. Berkenaan duit pula, ayah aku meminta aku memberikan sehari RM150 kpd isteri aku utk belanja rumah, dan menabung utk bayar bil. Namun setelah bulan keempat aku kena kurangkan jumlah itu atas alasan kekurangan tempahan.

Akhir penggulungan sesi taklimat dgn ayah aku, nanti dihujung hari, aku akan nampak rupa sebenar keluarga mertua aku, dan isteri aku. Jika isteri aku memilih utk bersama mereka dan membuang aku, maka cer4ikan isteri aku. Jika isteri aku mengikut aku, ayah aku akan terima dia sebagai keluarganya sepenuh hati.

Pd mulanya agak keberatan utk aku ikut krn ianya membabitkan masa yg agak panjang namun utk aku keluar dari masalah ini, aku turutkan juga. Dlm masa yg sama, ayah aku meminta aku utk mencari rumah yg sesuai dan buat pinjaman perumahan. Aku cuma turutkan sahaja.

Pd hujung minggunya, aku memberitahu isteri aku bahawa aku telah dibuang kerja. Isteri aku mulai risau dan menangis krn risaukan bulanan bil utilitinya, keretanya, dan bulanan utk ibunya. Aku memujuknya kembali dan mengatakan bahawa semuanya akan bertambah baik nanti. Dia cuma berdoa aku mampu keluar dari masalah ini. Dlm masa yg sama aku turut kesian akan isteri aku krn aku terpaksa menipunya.

Keesokan harinya isteri aku mengumpul kekuatan utk memberitahu ibu mertuaku berkaitan keadaan aku. Ibu mertua aku seaakan tidak percaya dan mula menuduh aku melakukan perkara yg bukan bukan sehingga dibuang kerja.

Namun ibu mertua aku pesan pd isteri aku, bayaran bil utiliti tetap perlu dibayar, duitnya bulan2 tetap perlu diberi. Ibu mertua aku meminta aku utk pergi mencari kerja baharu dan jangan terperuk di dlm bilik sahaja meskipun hari itu hari minggu.

Bermula dari detik itu, layanan mertuaku mulai berubah terhadap kami. Apabila waktu makan malam, kitaorg tidak akan dipanggil seperti dulu. Aku membawa isteri aku makan diluar setiap kali waktu makan malam utk mengelakkan isteri aku sentap.

Dlm masa yg sama, duit RM150 tetap aku berikan kpd isteri aku namun aku berpesan kpdnya utk menyimpan bagi membayar bil semuanya hujung bulan nanti. Isteri aku mengangguk lemah. Aku meneruskan permainan yg dicipta oleh ayah aku setiap hari.

Bulan kedua permainan aku, ibu mertua aku memarahi isteri aku krn tidak memberikan duit bulanan kpdnya. Isteri aku menerangkan bahawa duit yg aku beri habis digunakan utk membayar semua bil utiliti dan duit bulanan kereta isteri aku.

Aku cuma mampu menyediakan sebanyak itu sahaja. Namun dibalas dgn kenyataan menghina aku krn tidak mempunyai pekerjaan tetap. Malam itu isteri aku mengadu kpd aku bahawa dia bukan sahaja dimarahi malah adik beradiknya juga turut sama memarahi isteri aku krn tidak mampu memberikan wang kpd ibu mertua aku. Aku hanya mendiamkan diri dan meminta isteri aku bersabar.

Isteri aku meminta aku utk mencari pekerjaan yg setaraf dgn pelajaran aku agar mampu utk membiayai perbelanjaan rumah itu. Aku mengajak sekali lagi isteri aku utk keluar dari situ namun isteri aku tetap tidak mahu krn dia terpaksa menjaga ayahnya. Tiada orang lagi yg boleh diharapkan.

Bulan ketiga permainan aku, aku mendapat berita gembira permohanan pinjaman perumahan aku telah diluluskan. Namun aku terpaksa menunggu sekurang2nya 6 bulan lagi sebelum aku mendapat kunci bagi tujuan dokumentasi guaman semua.

Ayah aku tetap menasihati aku supaya kuat dlm permainan ini agar aku tidak merana dimasa akan datang. Aku turutkan sahaja. Manakala isteri aku berubah daripd seorang yg periang kpd seorang yg pendiam. Setiap hari aku keluar bekerja, isteri aku dider4 mental oleh ibu mertua aku yg menuntut supaya isteri aku menuntut cer4i kpd aku.

Segala kebvrukan aku, yg tidak masuk akal seperti aku tidak bekerja, hanya mengharap duit ayah aku sebab itulah aku memberikan duit secara harian dilontarkan kpd isteri aku. Paling teruk sehingga mertua aku menudvh aku bermain jvdi secara dlm talian sehinggakan isteri aku memeriksa dgn teliti telefon bimbit aku pd suatu hari itu.

Ibu mertua aku memberitahu sebab itu aku dibuang kerja krn aku telah menyalahgunakan duit syarikat dan telah ditangk4p. Kesemua cerita itu direka semata mata utk membuatkan isteri aku was was dgn aku.

Namun isteriku tidak menjumpai apa apa yg disyaki di dlm telefon bimbit aku. Setelah didesak barulah isteri aku menceritakan tentang perkara tersebut beserta tudvhan yg telah dilemparkan kpd aku. Namun begitu aku dapat merasakan ketika itu kelakuan isteri aku terhadap aku sememangnya telah berubah dan aku mula teringat kata kata ayah aku.

Aku hanya tersenyum apabila isteri aku mulai berkelakuan kasar dgn aku dan tidak melayan aku seperti yg sepatutnya. Pd mulanya timbul hasrat utk terus berpisah namun aku buang sejauh jauh hasrat itu krn aku cuba meletakkan diri aku berada ditempatnya. Aku cuba memahami apa yg diterimanya lantas aku tetap bertahan dgn isteri aku.

Genap 6 bulan permainan aku, aku telah mendapat kabar gembira dimana aku boleh mengambil kunci rumah baharu aku lebih awal daripd yg dijanjikan. Aku mengambilnya dan menyerahkan urusan menghias dlman kpd ayah dan adik aku.

Adik aku yg kedua mempunyai ijazah dlm bidang seni reka dlman lantas aku meletakkan kepercayaan penuh kpdnya utk membuat hiasan dlman rumah itu. Aku cuma mengeluarkan modal apa yg dimintanya sahaja.

Aku mula potong sedikit demi sedikit bayaran harian kpd isteri aku atas alasan tempahan kurang. Sebenarnya aku dah mula muak dgn permainan aku sendiri dan tak sanggup melihat isteri aku murung apabila dirumah. Isteri aku mengadu dia sem4kin dipulaukan oleh ibu mertua aku krn tidak meminta cer4i daripd aku.

Lantas membuatkan emaknya memulaukan anaknya dirumah itu. Isteri aku masih tidak mahu berganjak keluar dari rumah itu atas alasan ayahnya s4kit dan kereta isteri aku ibu mertua aku telah ambil.

Ibu mertua aku memberitahu jika aku mencer4ikan dia baru ibu mertua aku akan memulangkan semua kereta itu. Ditambah pula ketika ini aku banyak operasi yg hendak dilaksanakan lantas keberadaan aku dirumah agak kurang.

Hal ini membuatkan aku sem4kin marah namun terpaksa dipendam dlm hati. Aku faham akan perasaan isteri aku yg saban hari terpaksa menahan segala benda buruk yg dit0mahkan kpd aku ketika ketiadaan aku.

Aku menceritakan hal ini kpd ayah aku. Ayah aku menasihatkan aku supaya tidak membayar ansuran bulanan kereta tersebut selama 3 bulan dan biarkan sahaja kereta itu ditarik. Setelah ditarik ayah aku meminta aku membayar penuh kereta itu dan serahkan kpd isteri aku.

Pd mulanya aku agak takut utk melakukan perkara itu namun ayah aku telah yakinkan aku lantas aku mula tidak membayar ansuran tersebut. Ayah aku menjamin bahawa mereka tidak akan mampu utk membayar kereta itu.

Bulan kelapan yakni 2 bulan aku tidak membayar ansuran tersebut, surat amaran penarikan telah dihantar ke rumah mereka dan perkara ini menimbulkan kemarahan ibu mertua aku terhadap aku. Aku mula dim4ki h4mun perkara yg tidak sepatutnya ketika aku pulang bekerja.

Isteri aku hanya mampu menangis di dlm bilik. Ibu mertua aku menyuruh aku meminjam kpd ayah aku utk menjelaskan tunggakan kereta tersebut krn risau akan ditarik. Sememangnya ayah aku sudah tahu awal dimana mereka tidak akan mampu utk membayar semua tunggakan itu.

Aku menjelaskan aku sudah tiada simpanan apa apa utk membayar tunggakan tersebut. Ibu mertua aku hanya berterusan memberi ceramah kpd aku dan meminta aku menjelaskan semuanya sebelum ditarik. Ibu mertua aku masih tidak mengetahui bil utiliti juga telah lama tertunggak sejak bulan keenam permainan aku. Kesemua bil yg sampai isteri aku ambil dahulu dan sorok daripd pengetahuan emaknya krn bimbang dimarahi.

Malam itu isteri aku menangis dan mengadu kpd aku bahawa emaknnya telah memaksa dia meminta cer4i daripd aku. Isteri aku sudah tidak nampak jalan lagi utk dia bersama aku. Aku cuma menasihati isteri aku supaya bersabar dan bertahan. Isteri aku hanya mengangguk lemah.

Bulan terakhir permainan aku, dan kereta isteri aku telah selamat ditarik oleh pihak bank. Aku mendapat panggilan bertalu talu daripd isteri aku mengatakan bahawa keretanya telah ditarik. Aku bergegas ke maybank dan menyelesaikan kesemua tunggakan tersebut pd hari tu dan menyerahkan surat kebenaran mengambil kender4an krn isteri aku tidak dapat hadir.

Aku telah menyiapkan dokumen tersebut lebih awal mengikut nasihat ayah aku. Setelah mengambil kereta isteri aku di stor petang itu, aku menyimpan kereta isteri aku di rumah baru aku.

Sesampainya lewat malam tu di rumah isteri aku, aku dim4ki dan dimarahi bertalu talu oleh isteri aku dan ibu mertua aku. Isteri aku rupanya telah memberitahu ibu mertua aku bahawa selain keretanya tertunggak, bil utiliti lain juga telah tertunggak krn sudah tidak tahan dider4 mental oleh ibunya.

Aku memberitahu lemah bahawa masih ada 14 hari lagi sebelum kereta itu akan dilelong. Aku akan pinjam dgn ayah aku dan ambil semula kereta itu. Ibu mertua aku tetap mem4ki h4mun aku dgn ayat ayat yg kurang enak tetp aku tidak menghiraukannya krn badan aku sudah agak penat pd masa itu krn memandu jauh bersama adik aku utk menghantar kereta tersebut di rumah aku. . Aku menarik isteri aku kedlm bilik dan memujuknya.

Setelah emosi isteri aku stabil, die menceritakan bahawa ibu mertua aku telah memaksa isteri aku meminta cer4i sekali lagi dan jika kali ini tidak diikuti, isteri aku dicop anak derhak4 dan ibu mertua aku menghalau kami berdua dari rumah ini. Ketika ini mata aku telah bersinar dan aku telah nampak jalan yg Allah dan ayah aku tunjukkan sekian lama ini.

Isteri aku tidak mahu diperlakukan sebegitu krn dia tiada tempat lain hendak dituju. Aku cuma memujuknya dan meyakinkannya bahawa tiada apa yg akan berlaku. Isteri aku memberitahu bahawa jika kereta itu telah aku tebus semula dari pihak bank, ibu mertua aku mahukan kereta tersebut bagi kegunaan adik ipar aku yg baru dapat kerja di Bangi kelak. Dia yg akan bayar setiap bulan selepas itu. Aku hanya tergelak dan terus melelapkan mata.

Keesokan harinya aku keluar bekerja seperti biasa dan aku nekad pd malam ini aku akan mengakhiri permainan aku sendiri krn sudah muak dan sedih melihat isteri aku sering kemvrungan. Kemvrungannya agak teruk sehingga isteri aku sering mengadu haidnya tidak teratur lagi seperti dahulu.

Malamnya aku balik, ibu mertua aku memberitahu bahawa dia telah membayar semua bil utiliti yg tertunggak dgn menggadaikan gelang dan rantai hantaran kahwin isteri aku. Duit selebihnya dia simpan utk bil mendatang krn aku sudah tidak berkemampuan utk membayar lagi. Isteri aku hanya mendiamkan diri di sofa sambil menangis. Aku tidak mengambil kisah dgn hal itu sambil tergelak. Ibu mertua aku meminta aku mencer4ikan anaknya malam itu juga dan meminta aku utk keluar dari rumah itu.

Peluang yg aku tunggu telahpun tiba. Tidak perlu aku memikir ayat utk mencarik pergadvhan dgn ibu mertua aku.Aku memandang isteri aku dan meminta dia membuat keputusan sama ada utk mengikut aku atau tinggal disitu. Aku agak g0yah dgn apa yg akan mendatang dari mulut isteri aku. Lama isteri aku membisu dan aku bertanyakan sekali lagi.

Isteri aku bingkas dari sofa dan mengatakan bahawa dia akan mengikut aku keluar dari rumah itu. Ibu mertua aku mem4ki h4mun isteri aku dan men4mparnya serta memanggil anak derhak4. Tidak dihiraukan isteri aku lantas menarik tangan aku masuk ke bilik utk mengemaskan barang kami semua.

Sementara kami berkemas, aku terdengar ibu mertua aku terjerit jerit mem4ki h4mun aku termasuk ipar aku. Semasa kami mahu keluar, aku mengatakan bahawa kereta isteri aku adalah milik isteri aku dan aku tak akan serahkan kpd sesiapa pun. Ibu mertua aku menggelakkan aku dan memerli aku.

Jika aku saygkan isteri aku, aku tak akan membiarkan kereta itu ditarik oleh pihak bank. Aku mengeluarkan resit bayaran penuh kereta itu dan memberikan kpd ibu mertua aku. Kesemua baki pinjaman berjumlah RM23,300 aku telah jelaskan sebaik kereta itu ditarik oleh pihak bank.

Maka kereta itu secara rasminya tiada hutang lagi. Ipar aku bertanya jika dah dibayar dimana kereta itu. Lantas aku mendiamkan diri dan menarik tangan isteri aku keluar dari situ. Didlm kereta aku, isteri aku menangis mengenangkan nasibnya dan memikirkan dimana tempat utk bermalam pd malam itu. Aku cuma mendiamkan diri dan terus memandu ke rumah baharu aku.

Rumah itu terletak di setia alam dan memakan masa 1 jam setengah perjalanan dari seremban. Sesampainya di rumah itu, isteri aku terkejut melihat keretanya berada disitu.Aku menjelaskan bahawa itulah rumah baharunya dan mulai hari itu dia akan duduk disitu. Isteri aku pd mulanya kurang percaya dan terus memeluk aku krn tidak menygka semua itu. Aku menjelaskan semua permainan aku dan niat aku hanya utk membawa dia keluar dari situ.

Isteri aku terdiam dan mula menyedari setelah aku memberitahu bahawa dia hanya digunakan krn mertua aku melihat dan beranggapan aku adalah seorang yg berduit. Mulai hari itu, aku melihat isteri aku mula berubah kpd perwatakan asal semasa kami berkenalan. Namun aku meminta dia utk menukar nombor telefon bimbit dan memutuskan langsung hubungan dia dgn keluarganya.

Cuma apabila berlaku kem4tian baru aku akan membawanya pulang. Isteri aku bersetuju dan mula membuat semua perkara yg aku mahukan iaitu menukar semua alamat surat menyurat. Alhamdulillah ayah aku menerima penuh isteri aku yg selama ini dia langsung tidak hiraukan setelah mengetahui isteri aku memilih aku. Namun, sehingga sekarang, kesemua ipar dan mertua aku masih tidak mengetahui status aku dan isteri aku.

Isteri aku telah bekerja di firma audit yg stabil di kuala lumpur dimana gajinya lebih sekali ganda daripd aku. Namun sehingga sekarang isteri aku tetap rapat dgn aku krn katanya tanpa aku dia masih merempat di rumah ibu bapanya.Katanya ibunya bukan sahaja menghasvtnya perkara yg tidak elok malah mengikis keyakinan dirinya sepanjang dia menetap disitu sehingga dia berhenti kerjanya sebelum ini.

Sehingga kini kami masih hidup bahagia dan dah dikurniakan dua cahaya mata. Namun anak anak kami langsung tidak pernah mengenali nenek sebelah mami mereka. Isteri aku pula yg tidak benarkan anak anak kami mengenali mereka.

Semua gambar gambar termasuk gambar kahwin yg mempunyai gambar keluarga sebelah isteri semua isteri aku buang. Katanya dia masih travma dibuat begitu dgn emaknya dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Aku tahu banyak cerita cerita burvk yg aku dengar dari kawan kawan ipar aku berkaitan aku dan isteri aku. Antaranya adalah aku hidup merempat di nilai sementara isteri aku bekerja kilang di sana. Namun aku memilih utk mendiamkan diri dan mengiyakan sahaja apa yg diperkatakan.

Lebih baik begini daripd memendam rasa memelihara semula biawk hidup jika mereka mengetahui keadaan sebenar isteri aku dan aku. Aku berjumpa mereka pun secara kebetulan di Aeon shah alam semasa membeli barangan dapur. Namun aku meminta kawan kawan mereka merahsiakan perjumpaan kami krn risau mereka akan mencari kami semula.

Kpd pembaca yg hendak mengecam tindakan aku, aku ingin jelaskan bahawa aku tidak memvtuskan hubungan kekeluargaan. Isteri aku yg memilih utk mendiamkan diri daripd mereka krn masih travma dgn emaknya.

Katanya dia tidak perlu buktikan apa apa kpd keluarganya. Cukup lah dia dah membuktikan kpd dirinya yg dia dah mampu bekerja di firma audit impiannya sejak dahulu.

Sekian coretan terakhir saya. No more story after this. Ini last krn ramai pembaca tertanya tanya apa yg saya buat sepanjang 9 bulan buat operasi sebegini. Ini lah cerita sebenar. Alhamdulillah saya dah bebas daripd keluarga yg seperti seorang pembaca ungkapkan, seperti ular telan lembu.Sekian…– Zack (Bukan nama sebenar). Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih! Sumber asal IIUM

Leave a Reply