Azmi Caliph Buskers Akui Terjejas Teruk Dan Memerlukan Bantuan Kewangan Harungi PKP

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

V0KALIS Caliph Buskers, Azmi Saat, 33, mengakui dia kini terpaksa bergantung dengan pendapatan isterinya, Nazirah Muhammad yang berkhidmat sebagai penjawat awam untuk meneruskan kehidupan mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa mulai 18 Mac lalu

Azmi atau nama sebenar Khairul Azmi M0hd Saat berkata pendapatannya memang terjejas teruk berikutan sebelum PKP lagi banyak tawaran persembahan nyanyian diterima sudah dibatalkan.

“Kalau dikira lebih daripada 10 tawaran persembahan saya dibatalkan. Justeru, kehidupan saya terasalah banyak berubah sejak PKP apabila pendapatan memang terjejas. Apatah lagi, selama ini saya dan juga rakan Caliph Buskers yang lain kami memang bergantung sepenuhnya dengan bermain muzik dan menyanyi.

“Namun, untuk saya mujurlah isteri bekerja dan dia ada pendapatan bulanan bagi menampung kehidupan kami. Cuma, ia tidak cukup untuk membayar bil-bil dan sewa rumah,’ katanya.

Ditanya mengenai bantuan, Azmi berkata setakat ini dia ada menerima daripada Persatuan Bagi 0rang Buta Malaysia (MAB) dan pada kalangan rakan artis.

“Bantuan diterima lebih kepada barangan keperluan makanan. Tetapi, realitinya saya dan kebanyakan rakan yang cacat penglihatan lain memerlukan juga kewangan. Pada masa sekarang, bantuan wang paling utama diperlukan ramai 0rang kerana nak bayar bil seperti elektrik, air dan telef0n termasuk juga sewa rumah,” katanya kepada Harian Metr0.

Azmi mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Nazirah juga c4cat penglihatan pada 2011 dan mereka menetap di Brickfields, Kuala Lumpur.

Mengulas juga dirinya yang did4kwa sudah bergrak s0l0, Azmi menafikan perkara itu. Katanya, dia masih kekal bersama Caliph Buskers sebagai v0kalis utama.

“Saya tak terfikir pun nak bergerak s0l0. Cuma, kebanyakan tawaran persembahan diterima mahu saya muncul s0l0 tanpa kumpulan. Tetapi, sehingga kini saya masih dengan Caliph Buskers.

“Rakan-rakan Caliph Buskers pun tahu dan mereka 0kay sekiranya saya tampil menyanyi s0l0. Setakat ini, tiada masalah pun di antara kami,” katanya.

Mengulas juga lagu baru Caliph Buskers, Azmi berkata mereka muncul dengan lagu berjudul Manusia yang dilancarkan sekitar tiga bulan lalu bersama syarikat rakaman Warner Music.

Jelasnya, dia dan Caliph Buskers juga merancang mahu tampil dengan beberapa lagu lebih kerap untuk peminat kerana selama ini kumpulan itu hanya melancarkan satu lagu dalam setahun.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Kredit Hmetr0

Leave a Reply