Bagi kami 8beradik mak plg byk bkorban utk kami, ayah pula hanya dilayan spt raja, lauk telur 11biji, tapi dia sorang dah 3 biji bakinya pandai2 kami kongsi smpaikn anak2 sisih ayah bila da besar, rupanya pengorbanan ayah lebih bsr dan hanya kami yg xnampak

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Cerita aku di sini dgn harapan aku dapat berkongsi pengajaran yg aku dapat dalam sifat aku yg tidak mengenang budi orang tua terutamanya kepada ayah aku. Aku dibesarkan sehingga berumur 9 tahun di kampung atuk belah ibu aku, Ayah cuma akan datang melawat sebulan sekali.

Ibu bapa aku tidak bercerr4i, mereka cuma membuat keputusan untuk tinggal berasingan untuk menjaga orang tua masing masing. Setiap kali ayah datang melawat, memang seronok. Duit belanja sekolah ayah bagi RM1, perghh, rasa macam orang kaya sangat dah sebab kebiasaannya ibu cuma bagi 20sen sahaja.

Ayah bagi seringgit tu macam gil4 dibuatnya bila masa rehat. Beli semua, beli macam macam. Nasi lemak 30 sen, air 10 sen, jajan ‘r0kok’ 60 sen. Bahagia sangat. Sampailah pada satu tahap, ayah ajak ibu balik kampung, tinggal dgn ayah. Masa tu semuanya berubah. Duduk sana terus tak ada kawan.

Adik aku pula selalu kena bvli di sekolah sampai boleh pulak tak nak datang sekolah 2 minggu. Ayah dah tak bawa kami jalan jalan, sibuk menoreh getah sahaja. Kadang kadang sampai ayah terlupa ambil aku di sekolah.

Yg ada transport dan lesen cuma ayah. Jadi nak tak nak, memang tunggu jelah. Kadang kadang tak tahan sangat, aku jalan kaki, itu pun bila balik kena marah teruk sebab ayah cari dari sekolah sampai ke rumah jiran. Takut kena culik ke apa.

Selepas setahun dua berpindah, kami ada krisis kewangan yg sangat teruk. Yelah, ayah sekadar menoreh getah, getah pula makin hari makin jatuh harganya. Ibu terus buat keputusan untuk ambil upah jahit baju.

Lepas sahaja ibu dapat kukuhkan kewangan sikit, ayah makin jarang beli barang dapur. Segala jenis bayaran, buku sekolah, yuran, barang dapur, baju raya, hampir semuanya ibu tanggung. Ayah cuma beri bila ibu minta. Itupun tak mencukupi. Pandai pandailah ibu nak tambah.

Lauk utama kami adalah telur. Ayah suka beli telur sepapan terus, bajet untuk sebulan. Kadang-kadang seminggu sahaja dah habis semuanya. Ayah marah ibu kalau ibu kata barang dapur dah habis. Adik beradik aku sudah 8 orang ketika itu. Baygkan 10 orang makan, mana tak habisnya.

Ayam pula boleh kiralah berapa kali makan dalam setahun. Ayam biasa potong 12 kan? Tapi ibu potong sampai kepak, peha tu jadi 3. Kami hanya boleh makan seketul je, lebih untuk hari-hari esok. Walaupun kami bercatu makan, ayah yg utama.

Kalau ibu goreng 11 biji telur, ayah makan 3, lebih tu pandai-pandailah kami kongsi. Mak beri layanan umpama ‘raja’ kepada ayah. Masuk ke alam universiti, ibu lah mngsa kami untuk minta duit. Walaupun ada antara kami yg tak mahu sambung belajar, ayah paksa juga. Kami bergantung sepenuhnya kepada PTPTN. Tak cukup baru minta pada ibu.

Disebabkan keadaan yg aku alami, aku ada sifat kedekut yg melampau, dan aku pantang dgn ketidakadilan. Sekarang aku sudah pun berkahwin, namun sesen pun duit aku tak kongsi dgn suami, dan aku pesan pada suami jangan jadi macam ayah aku. Aku tak nak perkara macam dulu berlaku. Aku tak nak aku jadi macam ibu.

Bila aku ada duit lebih, aku bawa ibu jalan merata. Ayah aku tak ajak langsung. Dalam hati, “Siapa suruh tak jaga anak dulu, sekarang anak dah tak rapat dgn kau. Tua ni tak ada siapa nak layan kau.” Memang perkara tersebut berlaku. Bila ayah duduk tenguk TV, semua lari. Ayah duduk di sebelah pun aku tak selesa. Seolah olah ayah macam orang luar.

Kadang kadang suami ada menegur, katanya tak baik buat ayah macam tu. Aku tak peduli. Ada sekali, suami beritahu dia perasan ayah jalan senget sebelah. Kaki ayah sakit. Aku terkedu, aku kasihan, umur sudah 60 sakit kaki pula.

Tapi aku tolak ke tepi. “Ah, ibu lagi susah dulu. Ibu tak tidur malam jahit baju, ibu masak, ibu jaga anak. Ayah pergi menebas, menoreh je pun.” Setahun berkahwin, aku diuji dgn masalah kewangan secara tiba tiba. Suami tak mampu untuk menanggung keluarga seorang diri. Aku berkongsi duit gaji aku namun aku memberontak.

“Duit aku, aku punya hak. Awak yg patut tanggung semua.” Suami diam. Sikit pun tak marah. Begitulah sepanjang perkahwinan. Asalkan duit aku diguna, aku marah. “Tak adil! Itu duit aku.” Aku tak nak kejadian lalu berulang lagi.

Sehinggalah satu hari aku terbaca sesuatu yg mengubah persepsi aku. “Rezeki suami datang dari berbagai bagai cara. Melalui dirinya, isterinya, anak, dan lain lain”. Aku terfikir, mungkin sebab suami layan aku dan anak dgn baik, maka rezeki suami itu selalu mencurah curah. Rezeki datang bukan melalui suami, tetapi melalui aku.

Ya, aku sentiasa cukup duit kerana suami dah bayarkan segalanya. Bila suami minta tolong bayarkan dahulu, duit aku pasti masih ada baki. Bukan habis terus. Kadang-kadang hujung bulan masih mampu beli KFC lagi. Aku tersedar. Maka aku bukakan hati aku untuk suami dan ayah dan redhakan segalanya.

Akhirnya aku mendapat jawapan aku sendiri. Tentang ayah. Aku sedar, aku silap menilai. Umur aku menjangkau 30, baru aku sedar apa sebenarnya yg terjadi. Kejadian yg berlaku selama ini aku nilai mengikut apa yg aku nampak semata mata.

Ayah tak hulur duit kerana waktu itu memang dia tidak berduit. Aku jadi buta sebab ayah yg dahulu sentiasa bagi duit belanja yg banyak. Walhal ayah simpan duit untuk memberi duit sebanyak itu. Apa yg aku harapkan dari seorang penoreh getah? RM2000 sebulan kah gajinya? Sedangkan RM500 sahaja yg ayah mampu.

Ayah paksa kami belajar kerana ayah tak mahu kami jadi macam dia. Tak dapat sambung pelajaran kerana miskin. Ayah tak mahu kami jadi seperti dia. Salahkah ayah memaksa kami untuk menjadi lebih baik? Ayah lebih tahu mana baik buruk lebih dari kami.

Kenapa ayah makan dahulu dan lebihnya baru kami dapat? Pernah ke anda menebas 1 ekar tanah bersamaan dgn 43,560 kaki persegi seorang diri? Macam mana pula kalau menoreh 2 ekar tanah yg jauh sehingga bersebelahan dgn hutan tebal siap ada rsiko jumpa harimau. Penat gil4 kot.

Kita yg duduk menghadap computer je pon dah kuat mengeluh. Jauh ceruk mana pun ayah pergi ambil upah menoreh. Macam manalah ibu tak bagi ayah makan banyak, penat tu. Dah jauh jauh menoreh, nak kena habiskan pula 2 ekar pokok getah, mestilah terlupa, terlambat ambil anak.

Jam tangan pulak tak ada. Nak call suruh jemput pun bukan lah ada line dekat hutan. Kenapa ayah marah bila barang dapur habis? Memang ayah tak faham kami makan macam mana sebab dia tak tengok masa kami bercatu makan. Dia sibuk kerja. Tapi dgn penat, tiba tiba balik rumah isteri bagitahu itu ini dah tak ada.

Penatnya tak habis lagi, sudah ditambah. Macam mana nak cari duit lebih? Mesti itu dalam fikiran ayah sentiasa. Mesti ayah risau setiap hari. Dulu, aku menganggap ayah tidak ambil peduli hal kami sekeluarga. Kini aku tahu ayah ambil tahu hal kami dalam diam.

Ayah tanya melalui ibu, tidak terus kepada kami. Kadang kadang bila kami perlukan duit, kami minta dari ibu. Rupanya duit itu datang dari ayah. Walaupun tak banyak, tapi ayah masih memberi. Melihat pada fizikal ayah, nampak tegap tetapi rambutnya sudah banyak putih. Kulit mukanya kering dimakan panas matahari.

Tapak kakinya merekah, keras dan hitam. Baju, seluar, topi, motor, masih sama seperti 5 tahun lepas tidak bertukar. Ibu? Hampir sama seperti ayah, tapi bajunya setiap tahun bertukar. Apa ibu mahu kami berikan. Ayah pula tiada apa, mungkin diam memendam rasa melihat kami melayan ibu seperti ‘raja’.

Sekarang anak ayah sudah berjaya. Semua masuk Universiti macam ayah inginkan. Namun layanan yg kami beri tidak setimpal dgn usahanya. Kerana kami tidak nampak susah yg ayah hadapi. Semuanya kami nampak susah ibu, sebab ibu di depan mata ketika kami susah senang.

Sehingga sekarang ayah masih bekerja walaupun kudratnya sudah kurang, walaupun kakinya terjengkot sebelah. Umur seperti ayah sudah sepatutnya pergi Haji dan Umrah, duduk berehat sahaja di rumah. Kini aku tekad berubah sebelum terlewat. Sebelum ayah pergi. Sebelum penyesalan yg tak sudah. Benar ibu banyak berk0rban demi kami, tapi ayah juga berk0rban mengikut cara dia yg aku tak dapat fahami dulu.

Sekarang aku ubah cara layanan aku. Aku sayg ayah seperti mana aku sayg ibu. SAMA RATA. Aku mahu adik-adik menyaygi ayah seperti aku. Wahai kawan, wahai saudara saudari seIslam ku, inilah aku, Anak Yg Tidak Kenang Budi. Yg dapat bekerja di office ber aircond di atas kudrat ayah yg aku tak nampak.

Yg dapat berkahwin dgn suami yg baik dan memahami di atas keizinan ayah, berwalikan ayah. Dapat merasa kesusahan sebelum kesenangan kerana ayah. Jangan menilai membuta tuli seperti aku. Moga mendapat iktibar.

*Sekarang aku lebih selesa dgn cara redha dan berkongsi. Baru baru ini aku membawa ayah dan ibu tidur di hotel. Tengok muka ayah, gembiranya dia dapat ke tempat baru dan berehat. Mandi air panas, ke kolam renang, makan mewah di kedai makan, tidur di tilam empuk. Perkara yg ayah tak pernah fikir akan dapat.

Kos aku keluarkan tak mahal mana, tapi bahagia ayah aku akan ingat sampai bila bila. Moga ini merupakan titik permulaan baru buat kami sekeluarga. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply