Bakal laki aku menghilang saat kami dinikahkan, aku sedih dan malu namun seyelah 3 bulan aku mendapat perkhabaran yang mengejutkan dari pihak si dia

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya. “Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar,

family yg lain sudah ada yg bermalam di rumah saya untuk majlis yg dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yg cukup² membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti² sebab rombongan pengantin lelaki yg sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul,

Ya Allah… lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.

Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab pangg1lan saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya.

Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga dan adik beradik saya yg sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa dan malu.

Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yg si lelaki tidak akan datang, mak dan ayah saya cepat² batalkan majlis sanding yg sepatutnya di buat didewan yg telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer.

Dalam masa yg sama saya sangat² tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yg berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.

Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yg menghina dan menc3muh saya seolah2 saya yg bersalah.

Saya masih waras, saya masih saygkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membvnuh diri atau melarikan diri krn saya sangat² yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini. Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermcm² alasan yg dia beri.

Family saya yakin pasti ada perkara yg dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui pangg1lan telefon dengan cara yg baik, ramai juga yg menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah dan mak enggan dan mereka yakin pasti ada balasan yg lagi setimpal yg akan dia perolehi selepas ini.

3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima pangg1lan dari seorang perempuan, memaki, menghina dan mencaci saya dengan kata² kesat, saya pelik hairan bin tekejut, kenapa saya kena maki hamun tiba², saya dengan tenang membaca semua c2ci m4ki perempuan tersebut.

Rupa²nya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya merampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak dan nangis pun ada, bukan apa dia tuduh saya rampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yg dia sudah beristeri dua dan mempunyai anak seorang berusia 1 bulan.

Saya m4ngsa penipuan, oleh lelaki penipu yg bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe boleh jadi g1la sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti² gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai dan persiapan kahwin yg lain terutama sekali kad jemputan kahwin.

Tak cukup dari tu semua bukti² resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yg lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan

Saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yg baik untuk suami dia tapi “Oh Tak Mungkin” cukup dengan apa yg bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup² memalukan saya.

Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatpapps saya, tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis krn menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yg telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga

saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yg telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yg terpampang di surat khabar, walaupun masih marah tapi…….” Sumber krt.

Ini pula kisah ke dua untuk para pembaca. Kisah ‘Tak jadi kahwin. Assalamualaikum wbt. Teringat pula kisah aku tahun lepas, aku dan si dia sepatutnya berkahwin, tapi terputus di tengah jalan.

Aku nak share satu cerita pasal aku dan si dia yg tak jadi kahwin. Kalau ikut kira kira, dalam bulan 9 tahun lepas kami akan disatukan. Aku dengan si dia ni, berkenalan masa aku jadi pengapit kepada sahabat aku. Aku ni tak cantik pun weh, gemuk, pendek, ade jerawat lagi, mungkin ada la comel sikit (kot ) tapi seriusly aku memang biasa biasa je .

Aku masa jadi pengapit ni ,aku takde la pape pun just biasa biasa je ,lepas je wedding kawan aku ni, lelaki ni tiba tiba menunjukkan minat yg melampau dekat aku , weh aku memang tak suka , sumpah aku tak suka , sebab aku takde feeling langsung woi dekat dia , badan dia ketul aku tak suka wei , tapi si dia ni pandai , dia tackle keluarga aku , dari mana entah dia dapat nombor abi dan umi aku , siap whatsapp , bertanya khabar bagai .

masa tu weh , sumpah aku rasa mcm nak lari dari rumah . sebab umi dan abi aku selalu sangat cakap Si Dia ni , dia baik lah apelah , masa tu aku melancarkan mogok dekat rumah jugak , tapi hmm abi dan umi mcm dah kene pawang dengan dia ni . Aku pon tak faham woi !

Saat aku menerima dia , bila satu hari umi slow talk pasal dia dekat aku , she asked me to do istikharah , mase tu aku mcm what , apahal , aku takde feeling langsung woi , menyampah ada la , tapi umi ni dia pandai psycho anak dia , pastu , aku pon terbuat , tapi bukan la waktu , kiranya 2 weeks after umi suruh , dulu aku selalu ingat kan istikharah ni kite nampak dia solat la dengan kita ,

kite salam dia la , tapi apa yg aku rasa ni berbeza sangat , dan apa yg aku rasa ni buat aku terima dia selapang-lapangnya , mcm ada beban yg terangkat dari bahu ni , masa tu aku menangis mcm onggile kot , dan aku bagitahu umi dan abi , diorang happy la mcm hape . Minggu tu juga lah , si dia ni merisik , datang kat rumah family aku .

Time goes by , aku cepatkan lah cerita . Aku ni jenis yg gamble , yg ikut flow je , tak banyak cakap , tak banyak cerita sebab aku jenis yg suka mendengar , so bila si dia dan aku keluar aku diam jela dengar dia cerita , aku ye , angguk geleng dan semua , tapi dalam hati aku suka dengar dia cerita, mcm wow banyaknya dia punya cerita sebab aku ni bosan sikit.

Persiapan kahwin pun kami dah start buat , dah pergi kursus kahwin , ujian HIV/AIDS , barang hantaran , baju semua , semuanya aku buat walaupun aku ikut je , sebab aku dah mula rasa sayg dekat dia ni , hehe bahagia aku rasa . Aku rasa masa tu , itulah keputusan paling terbaik aku.

Aku nampak je mcm tak kisah but still aku letak effort dekat majlis kahwin aku ni dengan dibantu umi dan family yg lain. Siapa yg tak suka woi nak tawen .Mesra la masa tu , kiranya dari tak suka , aku dah built rasa suka ke sayg tu , kiranya aku percaya lah yg jangan benci nanti suka . MASETUUU

Then , masa bulan 7 ,2015 lagi 2 bulan aku dan dia nak diijabkabulkan , masa tu lah dugaan datang , aku rasa entahlah salah dia atau aku , masa tu kami berkerja dalam satu syarikat , masa bulan puasa tahun lepas la kiranya , dia ni dah janji nak buka sesama , tapi tetibe aku ade hal , sebab opismate aku nak buka dengan unit sesama .

Masa tu aku pon cancel la ngn dia . Dalam minggu yg sama , aku dengan dia ada majlis iftar perdana untuk company aku , kiranya satu bangunan tu terlibat , before bulan puasa haritu , dia dah janji nak pergi sesama , aku pon tulis la nama dia sekali nak pergi dengan aku . Bila nak pergi majlis tu , aku call , aku whatsapp tak reply , so aku assume , dia akan datang la nanti , tup tup , masa majlis tu , dia datang dengan perempuan lain .

Masa tu , satu meja opismate aku tergamam , perempuan tu memang meletup , mcm uqasha senrose , masa tu juga kawan baik si dia datang , duduk sebelah aku dengan muka pelik . Masa tu , hanya tuhan yg tahu , aku sedih sampai aku tak makan and aku terus balik, bila ingat balik ish rugi tak lantak ketam depan mata. Dia pon mcm tak de perasaan terus je duduk dekat meja aku , mcm nak meletup aku rasa .

The next day , he text me , dia cakap nak ajak iftar , so aku cm assume dia nak pujuk la aku , aku just bagitahu dia that i will be late sebab aku keluar opis pukul 5 , jem g1la then bila aku sampai dekat kedai tu , aku nampak dia tengah duduk dengan perempuan lain , aku pon mendidih la , then aku malas layan ,aku balik aku buka dekat kedai lain sorang sorang.

Masa otw balik nak ke rumah , kawan dia call , bagitahu dia accident , masa tu aku ni sanggup patah balik dari rumah ke hospital , masa tu ya allah berdebar, aku dah nangis dah dalam kereta sebab takot something happened to him . Masa aku sampai dekat hospital tu , he act that he didn’t know me at all.

Dia buat bod0h, aku pon dah mcm budak bod0h dekat situ, paling mengejutkan, family dia semua mcm salahkan aku , cakap that aku tak pernah amik kisah pasal dia, then out of sudden, family dia cakap, that the wedding is off,and they will cover everything !

Whatta, masa tu aku rasa nak pengsan, sebab aku tak sangka this will happen, dekat aku! Family dia ni aku dah anggap mcm family dah , tapi aku tak sangka, diorang sanggup buat aku mcm tu. Yg aku tahu masa tu, aku nampak kawan aku datang hospital then she pick me up and it went blank!

4 minggu aku menderita, aku s4kit, keluarga aku datang, semua risau dengan keadaan aku, aku tak solat masa tu, aku despair, aku salahkan semua orang, Umi and Abi pun aku salahkan sebab diorang lah aku terjebak dan they kept blaming themselves. Hancur hati aku masa tu, tengok family aku menangis. Kitorang belum bertunang but it just one step.

Masa tu aku telan pil tido, sampai abi bawa pergi hospital, and aku pon kene rawatan kaunseling weh! Betapa teruknya aku masa tu, sampai aku tak pergi kerja, aku tak mampu, aku malu. Everything okay bila aku dah realize that Allah swt tak pernah tinggalkan aku, aku je yg tak percaya pada takdir. Cume aku rasa benda ni terlalu kejam, without any explanation he just left me like that, and bamm the end!

Sampai sekarang aku cuba untuk tidak membenci , dan walaupun setahun dah berlalu , scar tu ya allah sakit , tuhan je tahu . Kisah terputus di tengah jalan , pasal jagakan jodoh orang ni , aku punya cerita lain versi , kiranya aku pilihan keluarga but still it wont work if takde izin Allah kan , aku redha , and it make me more stronger .

aku percaya setiap yg berlaku ade hikmah dan semoga wanita/lelaki yg diperlakukan begini sentiasa redha dan percaya yg terbaik menanti kita. Untuk Si Dia, Selamat berbahagia dan terima kasih atas bahagia yg sekejap , Saya percaya awak tidak mampu memiliki saya dan awak tidak layak menerima saya sebagai suri awak .

sorry panjang confession aku , Terima Kasih aras ruang ini– Insan terpedaya Sumber iiumc.Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply