Bakal suami pak ustaz, tiba2 tanya badan aku ada parut ke tak, lepas tu makin lama soalan makin berani buat aku tpksa bgtau famili

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini pengalaman aku berdepan dengan lelaki yang kononnya so-called ustaz tapi haprak. Aku seorang gadis single yang ingin mencari bakal suami. Sudah tentu aku mencari lelaki yang tampak soleh, berperwatakan menarik, nampak ada ilmu agamanya.

Lalu aku bertaaruf dengan seorang jejaka dari serambi mekah. Seorang yang digelar ustaz, pemuda baju hijau yang kopiah sentiasa di kepala. Jika dilihat luarannya, sudah tentu akan berfikir baik akhlaknya, budi bahasanya, menghorm4ti wanita, terjaga imannya.

Sosok tubuhnya sangat dihorm4ti dan digeruni masyarakat setempat. Aku sebagai calon isterinya sangat senang bakal bersuamikan beliau. Ramai memuji mengatakan aku beruntung. Beruntung kerana bakal bersuamikan seorang lelaki yang soleh. Ya aku rasa amat bertuah.

Apalah amalan baikku sehingga dikurniakan bakal suami baik sebegini. Lelaki dambaan para wanita. Tetapi, benarlah kata orang. Don’t judge a book by it’s cover. Semakin hampir kami ke alam pernikahan, semakin terserlah sisi ‘kenakalan’ pemuda ini.

Jika kebiasaannya chat di whatsapp itu hanya untuk perkara penting sahaja, lama kelamaan ianya sudah seperti diiringi rentak syaiitan. Syaiitan semakin kuat menghasut dirinya untuk menaip yang bukan bukan.

Ku kira dia lemah dengan wanita. Dia semakin berani untuk mula bercakap perkara perkara locah. Dia sudah berani bertanyakan tentang tubuh badanku.

Pada awalnya text nye berbunyi “Maaf tanya.. badan anti tiada parut kan? Sekadar nak kepastian”. Pada awalnya aku bersangka baik. Mungkinkah dia inginkan isteri sempurna yang tiada cacat cela?

Namun, semakin lama soalannya semakin liar dan liar sehingga aku tergamam. Dia sudah berani bertanya tentang warna dan bentuk tubuh badanku di bahagian private part dan seumpamanya.

Ditanya juga soalan soalan yang sangat tidak sesuai untuk kami yang belum berkahwin. Sehingga aku tergamam dan stop membaca whatsappnya. Namun, apabila lama aku mendiamkan diri, dia memohon maaf kerana terlajak bicara.

Dia berkata, soalannya itu adalah tidak disengajakan kerana mesej itu berlaku pada waktu yang dia cenderung untuk berfikir yang bukan bukan. Jadi aku konklusikan, selepas ini aku tidak akan whatsapp dengannya sehingga larut malam, demi menjaga imannya.

Namun ternyata waktu malam tidak salah. Kerana waktu siang juga kenakalannya terserlah. Suatu hari dia berkata dia mahukan anak yang sangat ramai, cukup untuk pasukan bola sepak.

Aku menjawab, mudahnya kamu minta anak. Sedangkan nak melahirkan seorang khalifah pun sangat perit rasanya. Biarlah kualiti yang menjadi keutamaan.

Tapi dia memarahi aku lalu menjawab, apabila dia sudah bernikah denganku, aku wajib menuruti segala kehendaknya kerana katanya, isteri perlu taat suami selagi mana arahan suami tidak menyalahi agama.

Katanya lagi, Jika suami mahu ‘bers4ma’ isteri setiap pagi, petang dan malam, maka isteri wajib memenuhi keinginan suaminya walaupun isteri keletihan.

Aku rasa takut melihat permintaan dan hujahnya. Memanglah benar katanya, tapi aku semakin seram pulak apabila sisi selfishnya semakin terserlah. Memanglah suami boleh mendatangi isteri sesuka hatinya, tetapi perikemanusiaan dan timbang rasa juga perlu ada.

Wanita bukanlah alat s3ks untuk didatangi sesuka hati tanpa ambil kira perasaan dan kondisi kami. Namun topik itu tidak terhenti di situ. Katanya, jika isteri tidak memenuhi keinginan suami, suami berhak mencari isteri lain untuk memenuhi keinginannya.

Aku tersentak. Oh begini ya fikiranmu. Aku bukanlah benci p0ligami, tapi jika belum bernikah sudah ada keinginan untuk berp0ligami, aku khuatir untuk meneruskan hubungan kami.

Lagipun dia juga ada berkata, isu p0ligami juga bergantung kepada suami. Isteri tiada hak menghalang suami berp0ligami selagi mana suami mampu. Lama aku berfikir. Berhari hari aku minta pada Allah, tunjukkan aku jalan.

Selama ini, setiap kali rakan rakanku mengutuk agamawan yang katanya alim haprak, aku selalu back up golongan agamawan. Aku bidas kenyataan mereka. itu semua fitnah untuk orang agama. Mereka terlalu mudah judge sesuatu perkara tanpa ketahui hal sebenar.

Tapi kini hal begini benar benar berlaku kepada diriku. Seorang yang so-called ustaz yang dihorm4ti ini rupanya kolot pemikirannya. Pernah juga dia berkata, jika dia mahu aku berhenti kerja selepas bernikah, aku wajib menuruti kehendaknya.

Tapi buat masa sekarang dia masih benarkan aku bekerja. Tapi melihatkan dirinya yang pendapatan pun cukup makan, aku khuatir jika dia bekerja seorang. Adakah cukup makan pakai kami?

Jika diam4ti perwatakannya, semakin lama aku boleh simpulkan bahawa dia adalah lelaki si penunggang agama yang mementingkan kemahuan diri semata. Kerana orang sepertinyalah agama dif1tnah dan agamawan lain turut dic3rca.

Kasihan agamawan lain yang baik dan benar benar berakhlak mulia. Si dia ini tidak ubah seperti parasit dalam agama. Hidup bertopengkan agama tapi kelak mungkin dialah yang akan turut sama menconteng arang untuk agama.

Aku memutuskan hubungan kami. Ibu bapaku menentang, tapi aku diam tidak menjawab mengapa aku bertindak sedemikian. Setelah dipaksa akhirnya aku beritahu, dia bukanlah lelaki baik yang kita sangkakan.

Tapi setakat itu sahaja yang boleh aku sampaikan. Aku juga tidak sampai hati untuk dedahkan segala perbualan kami selama ini demi menjaga aibnya. Dia masih lagi seorang ustaz yang dihorm4ti di kampung kami.

Namun, si dia masih mengangguku walaupun sudah terputus hubungan. Dia seperti tidak move on, masih cuba berhubung dengan ku. Akhirnya aku block sahaja nombor dia. Jika aku ingin mencari lelaki untuk dijadikan suami, aku mahu melihat akhlak, tutur katanya dan tahap pemikirannya dahulu.

Jika dia tahu menghorm4ti aku sebagai wanita, mendahului aku dalam segenap hal, tinggi toleransinya dan penuh kasih sayang terhadap wanita, barulah aku akan terbuka untuk fikir soal kahwin semula.

Bukanlah lelaki yang tampak alim semata tapi haprak. Oh ya, jangan judge semua lelaki berkopiah seperti dia. Masih ramai lelaki baik di luar sana. Cuma kebetulan aku berjumpa satu dalam seribu lelaki alim haprak. Aku doakan kalian yang membaca ini tidak pernah bertemu dengan lelaki alim haprak ini.

Ini pula kisah kedua buat para pembaca bertajuk ‘Pengemis’ Menagih Hak Anak

Assalaamualaikum, hai semua. Aku seorang Supermama, membesarkan anak2 aku tanpa suami. Aku malas la nak cerita panjang pasal penc3raian aku ngan suami, diringkaskan kerana orang ketiga..

Ala… sebijik macam kisah Hanafi, tapi mungkin kisah aku tragis lagi. Dudaku nampak macam alim.. pandai bertazkirah, mana tidaknya keluarganya pun alim-alim belaka… pandai agama, ustaz-ustaz dan orang-orang tabligh…

Jadi, part yang aku nak cerita ni adalah kekecewaan aku pasal seluruh keluarga duda aku termasuk la mak dan ayah dia merangkap mak dan ayah mertua aku. Kami ada 3 orang anak yang sedang membesar, kecil-kecil lagi… yang sulung dah sekolah rendah, kedua dah tadika dan ketiga di taska.

Walaupun berc3rai, tanggungjawab pada anak-anak bukan atas aku sahaja. Akan tetapi, aku kecewa di mana soal nafkah anak-anak.. aku seperti seorang pengemis.. seperti peminta hutang. Ketuk baru dapat, ketuk baru dapat.

Duda aku tu memang ada beberapa masalah gaji lewat… aku faham, sebab aku sendiri akan direct dengan admin dia. Tetapi… di mana wali-wali sebelah duda aku iaitu atok dan bapak sedara kepada anak-anak aku?

Mereka tahu duda aku tu ada masalah kewangan, tidakkah sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka untuk MEMBANTU atau MEMASTIKAN nafkah anak-anak terbela?

Kalau korang nak cakap pergi mahkamah tuntut segala bagai, yup.. aku sedang usahakan walau dah banyak kali mahkamah panggil tapi duda aku tak datang dengan pelbagai alasan yang akhirnya menyusahkan aku.

Keluarga duda aku hanya TUTUP MULUT dan membiarkan aku terkontang kanting cari duit untuk besarkan anak-anak. Takde yang tanya khabar atau keperluan kami.

Duit sewa rumah, duit pengasuh, duit tadika, belanja makan minum anak sehari-hari, duit topup anak (PdPR) , pakaian, pampers dan susu anak… Ya, aku ada kerja tetap bukan bergaji tinggi membuatkan aku turut membuat side income.

Pernah aku dilemparkan kata-kata… “kalau tak mampu jaga anak-anak, bagi saja pada kami” , aku semakin kecewa dan aku semakin rasa terbuang dari keluarga dorang.

Kalau aku bagi anak-anak pada mereka, mampukah mereka menjaga seperti aku menjaga mereka?.. Sedangkan aku tahu, walaupun aku berc3rai, hubungan aku dengan kedua mertua aku masih sah tidak terbatal wudhu sekali pun sampai m4ti.

Sebelum dan awal penc3raian, keluarga dari pihak aku yang banyak membantu. Aku lihat keluarga dari pihak aku dah all out bantu kami macam-macam dari segi kewangan, keperluan dan perhatian.

Di mana keluarga dari pihak duda aku? Kenapa mereka lepas tangan? Kenapa tidak ada yang datang menjenguk bersemuka dengan kami… melihat keadaan kami?

Ya, kami tidak la susah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. kerana aku masih punya kudrat untuk usaha supaya dapat bagi yang terbaik untuk anak-anak aku.

Namun, persoalan dan pandangan aku pada mereka membuatkan aku SANGAT KECEWA dan SEDIH. Ini soal tanggungjawab yang disebut dalam agama. Adakah wali-wali ini berfungsi untuk menikahkan cucu/anak buah sahaja?

Adakah wali-wali ini berfungsi ambil tahu soal nafkah hanya ketika si ayah (duda aku) meningg4l dunia? Keluarga mereka keluarga baik-baik. Mereka punya ilmu agama lebih dari aku. Aku hormat mereka. Tetapi… aku minta maaf, semakin lama aku rasa aku hilang hormat pada mereka…

Malah kerana orang-orang seperti merekalah wujudnya penunggang agama. Disegani hanya oleh orang luar. Dibangga oleh orang luar. Disanjung oleh orang luar. Sedangkan, nasib cucu-cucunya tidak terbela. Takkan nak tunggu hitam putih dari mahkamah?

Bukan salah aku kes mahkamah belum selesai, asbab anak mereka juga yang membuatkan 1001 alasan untuk tidak hadir ke mahkamah. Mereka langsung tidak bantu untuk memastikan anak mereka hadir ke mahkamah. Aku penat dan kecewa!

Aku tak nak bergaduh dengan mereka atau sesiapa, aku perlukan kedamaian untuk aku teruskan hidup aku dengan anak-anak. Kalau duda aku nak kahwin sekali pun, bantulah aku untuk selesaikan isu tuntutan nafkah anak terlebih dahulu di mahkamah. Sekian…
,Supermama (Bukan nama sebenar)

Semoga bermanfaat. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih kerana sudi membca! Sayg korg semua!

Leave a Reply