Balik je rumah opah, tak pernah dia masak bagi kami mkn, kami ibarat duduk di rumh tumpangan, mkn di kedai. Pernah ibu terpaksa mkn nasi basi lauk kari yg nk dibuang. Rupanya opah sengaja buat kami mcm tu

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Ini kisah pasal family aku . Aku tak tahu nak share dgn sapa dah . Syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya dan syurga suami pula ada pada ibunya. Bapak aku sayg giIa la kat opah aku a.k.a ibu kepada bapak aku. Benda ini dah jadi since ibu kawin dgn bapak aku (based on apa yg ibu aku cerita) .

Itu pon lepas ibu aku kena marah hari tuh. Aku ada opah yg sejenis kedekut ya rabbi sump4h weh,aku dapat merasa duit dia pon bila hari raya tu pon just RM10. Kalau hari biasa memang tak merasa lah aku.

Makan aku kat sana? hah tak pernah sekali pon dia masak bagi kita orang makan, kalau balik kampung kami ibarat duduk di rumah tumpangan, makan di kedai. Atau pun ibu aku bawa balik segala jenis benda untuk di masak seperti beras, ayam, garam gula, sayur, semua benda kami angkut bawa balik

Jangan sesekali guna barang opah aku, nanti dia tarik muka habis habis. Aku ingat dulu ibu aku masak nasi guna beras opah aku, opah aku tarik muka dari pagi sampai malam dia tak bercakap dgn kami anak beranak.

Dia marah giIa sbb guna beras dia. Bukan sengaja ibu yg masak tapi sbb nasi yg dia masak sikit sangat untuk kami adik beradik sbb opah masak seolah olah cukup untuk dia seorang ja. Lauk? tak ada.

Ada sekor lagi ikan kari. Itu je, dia tak masak apa apa pon tapi bila anak kesaygan dia paksu call kata nak balik beria dia masak telur goreng nak bagi paksu makan. Dulu aku adik beradik menangis waktu kecik lapar, tapi dia buat bod0h sikit pon dia tak tolong bagi makanan kat kami ibu aku pula menyusu adik kembar aku .

Dua – dua adik kembar aku menyusu badan. Bapak aku? tak ada. Dia jumpa kawan dia, menghilang dari pagi lagi. Tapi akhirnya kami diam sendiri sbb ibu dah menangis tengok kita orang kelaparan sbb ibu pon lapar juga. Kami terus sambung main (ye lah zaman budak budak asyik main je 24 jam)

Ibu aku lapar sbb menyusukan adik kembar aku, ibu aku pergi rumah mak ngah aku (sbb dia orang berjiran), ibu aku kais nasi dalam periuk dia. Periuk tu dia letak kat hujung kat paip. Nasi tu pon dah basi . Tapi sbb ibu aku lapar, ibu aku makan je.

Makan dgn kari yg yg mak ngah nak buang jugak tapi dia tak buang lagi. Ibu makan . Tiba tiba mak ngah datang tanya ibu dah makan ke belum, ibu kata dah. Mak ngah macam marah lah sbb dia risau kita orang guna barang dapur dia tapi ibu kata ibu makan nasi yg dalam periuk tu. Dia blah je .

Ayah aku? jumpa kawan busy yg teramat sangat sampai lupa anak bini. Pernah aku nampak opah beli biskut dia tak bawa keluar biskut dia dari dalam plastik (sbb selalunya dia transfer biskut letak dalam tin) sampai lah kita orang balik rumah.

Risau gamaknya kita orang habiskan makanan dia. Padahal kita orang adik beradik bukan la jenis suka pergi dapur rumah orang seIongkar cari makanan. Kami pon tak kisah la biskut kering je Tapi kita orang terkiIan bila opah layan kita orang macam itu .

Bila hari raya, bila turn balik rumah opah aku, paling aku tak suka sbb sudah tentang kami semua akan lapar tapi bapak aku buat buat tak tahu je (sbb bapak aku sejenis yg cepat kenyg jarang lapar).

Kita orang adik beradik yg kebulvran. Opah? dia memang jarang makan, dia masak nasi cukup – cukup untuk dia dgn kari yg bila punya entah dia masak lepas tu dia panaskan. Opah aku ini style masak selagi tak habis dia panaskan. Kadang – kadang seminggu dia makan lauk yg dia panaskan je .

Pernah dulu opah aku suruh ibu pergi rumah mak ngah minta ketupat (sbb anak paksu aku suka makan ketupat) ibu tak boleh nak masak ketupat sbb baru lahirkan adik kembar aku.

Jadi ibu pergi ke rumah mak ngah minta ketupat nak bagi si anak paksu makan. Makngah herdik ibu. Paling aku akan ingat sampai m4ti. Makngah marah. Dia cakap kat ibu kalau nak makan masak sendiri jangan asyik minta – minta. Padahal selalunya memang ibu yg masak cuma tahun itu ja, sbb adik kembar baru lahir.

Ibu masih s4kit sbb dia lahirkan adik kembar 0perate bukan normal. So sbb tu la ibu tak masak. Bila mak ngah herdik marah ibu, memang ibu rasa nak nangis Tapi ibu sabar. Bukan kita orang adik beradik yg nak makan, anak paksu yg makan.

Sebijik pun kita orang tak jamah, semua anak paksu yg makan. Sejak dari tu lah kita orang tak suka balik kampung. All of my sibling tak suka balik kampung opah. Kita orang kebuluran kalau balik sana. Bapak macam tak paham – paham padahal dah bertahun benda ini jadi.

Tahun lepas turn raya kat kampung sebelah ibu so memang kita orang tak bawa balik makanan untuk nak masak. Aku adik beradik lepak dalam bilik. Ibu pon baring je dalam bilik, bapak aku masuk bilik marah kita orang. Dia kata kita orang ni layan opah macam orang gaji, tak nak langsung tolong opah masak kat dapur.

Padahal itu la first time opah masak untuk kita orang. Kami pun tak tahu yg opah masak. Lepas itu bapak kata yg kita orang ini macam maam besar duduk saja dan kami ni kurang ajar .

Sejak dari peristiwa tu lah, ibu and bapak berg4duh. Plus bapak pula rasa tercab4r bila ibu lagi banyak duit dari bapak sbb ibu buat simpanan (duit tu dapat dari adik beradik ibu yg selalu bagi duit kat ibu).

Padahal semua benda ibu yg tanggung kita orang. Makan, pakai, semua lah, sbb bapak spisis sama macam opah kedekut. Ibu sampai eksid3n cari rezeki kat kita orang semua untuk nak sara kita orang tapi bila ibu eksid3n.

Bapak bukan risau tapi dia marah – marah ibu, padahal ibu dah separuh sedar sbb baru lepas pengsan. Dia marah sbb kereta yg Ianggar ibu nak claim semua ker0sakan kereta dia (padahal kereta tu yg Ianggar ibu)

Hari tu ibu dah masak. Lepas itu ibu chill lah main fb, bapak baru balik sbb bapak half day, hari hujan pulak. Ibu tanya bapak dah makan ke belum ibu cakap ibu tak masak lagi. Lepas itu bapak aku makan roti. Ibu tanya aik tak makan ke .

Bapak aku marah ibu depan mata aku weh. Dia cakap yg dia lapar ibu boleh pulak tak masak. Ibu cakaplah ibu dah masak plus lauk – lauk semua atas meja which is depan mata bapak je. Dah tak ada modal nak marah bapak cakap dgn suami pun nak buat main. Padahal selalunya bapak yg selalu gurau makanan dah habis. Ibu diam.

Bapak cakap la raya tak rasa raya langsung, kami adik beradik dan ibu berIagak maam besar tak nak tolong masak bla bla bla (bapak tak ada benda nak cakap sbb tu semua benda dia ungkit). Padahal itu lah first time opah masak .

Siap bapak cakap kat ibu jangan berIagak sangat dgn duit ibu tu. Siap dia warning dia nak lepaskan ibu balik kampung. Tak yah duduk dgn dia a.k.a bercer4i. H4ncur hati aku dengar bapak cakap macam tu . Ibu apatah lagi.. Lepas tu kejadian tu, ibu dan bapak asyik bertek4k. Semua benda ibu buat semua tak kena. Sampai ibu dah fed up .

Kami adik beradik yg lalui ni dari kecik so kami memang paham perasaan ibu. Kami pon sedih bila bapak buat macam tu. Ibu cakap ibu nak berpisah dgn bapak cuma tunggu adik aku lepas spm lepas tu dia nak berpisah.

Aku tak tau lah aku confused aku yg hadap semua benda sbb aku sorang je yg tinggal kat rumah yg lain duduk asrama. Obvi0usly la aku yg paling rapat dgn ibu. Aku rasa sedih nak nangis, tak tau la apa patut aku buat. Biarkan je keputvsan ibu atau pujuk ibu supaya berbincang elok – elok dgn bapak.

Dah dah panjang berjela aku type korang skip je sbb malas nak baca kan? hihihihi. Tu je, ada banyak lagi tapi aku rasa dah terlalu panjang so better aku stop. Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply