Bawak mak pergi shopping, beria-ria mak seronok, tapi smpai je di kedai helah si anak terbongkar smpai mak menangis kat situ juga

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Selama ni saya selalu terbaca tentang ketidakpuasan hati terhadap mak mertua. Saya tampil untuk meluahkan. Mempunyai seorang anak lelaki yang di tatang bagai minyak yang penuh. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, semuanya berubah sedangkan masa si anak susah, mak lah yang menolong.

Mak tak pernah harapkan harta si anak dari segi belanja dapur, sewa rumah, pakaian dan makan semuanya mak tanggung. Sekali pun si mak tidak mengharapkan balasan namun si menantu tidak pernah nampak semua itu. Mak lah masak, mak lah basuh baju,serba serbi mak yang buat. Tidak cukup dengan itu. Si menantu makan pun tak basuh pinggan. Letak je dalam singki,buat makanan untuk anaknya pun langsung tak di basuh.

Apabila si mak bersuara, anak dan menantunya terus keluar dan makan di luar. Bila perbalahan mula terjadi,si anak dan menantu tarik muka. si mak nak bermain dengan cucu pun sanggup di larang.si menantu sanggup duduk di dalam bilik berkurung,semata-mata tak nak bagi anak dia bermain dengan mak.

Pernah 1 hari tu mak demam, jadi mak tak masak untuk tengahari. si anak dengan menantu pergi makan luar. Bila balik rumah,tak ada pun di bungkusnya makanan untuk mak. Hati mak mana yang tak sedih. Anak lelaki yang di jaga sampai dia berjaya lebih dengar cakap isteri berbanding mak.

Pernah juga mak ajak anak serta menantu belanja barang dapur. Sudah lah mereka tidak membayar, mak sedikit pun tak kisah tapi mereka seolah-olah mempergunakan mak. Apa saja yang mereka nak makan, mereka letak di troli. Sudahnya mak lah yang membayar.

Bila part mak buat kenduri arwah bapa. Si menantu cepat-cepat ajak si suaminya balik kampung dia. Semua persiapan dari segi kemas rumah dan memasak mak yang selesaikan sendiri dibantu oleh 2 orang anak perempuan mak.

Kini, anak lelaki mak dah ada gaji tetap serta pindah rumah pun langsung tak bagitau mak. Hati mak mana yang tidak terasa. Bila mak bersuara,si anak mula mengamvk dan si menantu pula seperti batu api. Mak makan hati. Kini apa yang mak selalu buat adalah menangis. Dari mata mak,Hati mak benar-benar terluka. Buat si anak lelaki mak. Sungguh pun kau sudah berkahwin,Percayalah Syurga mu di bawah tapak kaki mak. Sekian.-KRT

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Tajuk ‘Isteri Player & Mata Duitan’. Assalamualaikum korang. Nak share kisah semalam sebab aku rasa aku nak ajak perempuan-perempuan kat luar sana jangan buat macam si Meen ni buat.

Semalam, husband aku terkejar-kejar ajak aku pergi rumah kawan baik dia, Hasnol. Dia kena p4nick att4ck! Tak boleh nafas! Mengamvk! Mujur rumah kami dekat. Selalu dah macam ni tapi semalam att4ck dia tervk g1la sampai aku menangis tengok.

Flashback sikit. Hasnol ni jenis lelaki decent. Tak bercinta. Kerja boleh tahan, baru grad kan tapi gaji tak besar sangat. Tiba-tiba je kami dapat jemputan. Dia nak kahwin dengan pilihan makcik dia. Time pergi majlis kahwin si Hasnol ni barulah aku tau yang dia kahwin dengan Meen.

Perempuan ni satu tempat kerja dengan aku. Dia jenis player, kikis & tinggal. Takde berita pun pasal dia kahwin kat tempat kerja kami. Terkejut sangat aku masa tu, Meen pun apatah lagi. Aku diam je dan sikit pun tak bagitau kat husband aku pasal perangai Meen ni.

Akhirnya, raya lepas diorang cer4i weh. Rupanya Hasnol dah tahu banyak benda pasal si Meen ni. Benda ni kant0i bila si Meen ni asyik balik lewat and cakap dia kena cover syif kawan-kawan dia. Jadi si Hasnol ni konon nak buat kejutan kat tempat kerja dia. Sekali bila sampai sana, tak ada pun si Meen ni.

Rupanya diam-diam si Meen ni sewa bilik dekat dengan tempat kerja. Kalau fikir macam tak logik dan tak tahu apa motifnya. Sebab rumah diorang pun setakat 20 minit je dari tempat kerja. Tapi masa tu Meen masih berdalih lagi dan cakap bilik tu dia sewa untuk dia hilangkan penat kerja.

Kalau ngantuk sangat dia akan balik tidur situ dulu. Masa tu Hasnol boleh maafkan lagi sebab baru kahwin & sayang, kan. Meen cakap dia kerja keras sebab nak bantu mak ayah kat kampung.

Lag1lah si Hasnol rasa bersalah tenok isterinya kerja kuat sangat dan kerja syif tak berhenti. Memang si Meen ni asal orang kampung pun. And kalau tengok, memang tak percaya langsung perangsi dia macam tu.

Hasnol kata, memang kalau ikut, mak ayah dia pun sayang sangat kat Meen ni. Dia jenis usaha keras bagi duit kat keluarga sebab dia sorang je anak yang boleh diharap berbanding yang lain.

Bukan setakat bagi duit kat mak ayah je, adik beradik kena masuk penjara terlibat kes pecah ruah dan mencvri pun dia yang ikat jamin. Kiranya, apa yang Meen buat ni kira betul saja pada mata keluarga.

Sampailah raya tahun lepas, Meen cakap dia tak dapat balik raya ke rumah parents dia sebab kena kerja syif. Si Hasnol ni pun adik beradiknya tinggal area sini. Mak dah mninggl dan ayah tinggal dengan adik perempuan. Jadi mereka buat persiapan raya sekadarnya saja. Bersederhana. Lagipula, baru mula nak hidup. Sederhana apa adanya.

Tiba-tiba dua hari sebelum nak raya tu, Meen cakap dia dapat balik kampung. Dia ajak Hasnol beli persiapan raya. Hasnol kata, terkejut sangat sebab dia tuntut untuk belikan baju raya untuk semua adik beradik dia termasuk mak ayahnya. Sehelai baju saja dah harga RM300 lebih.

Malam tu juga dia ajak shopping kuih raya & cincin emas buat saguhati adik-adiknya. Tapi, semua gunakan duit Hasnol tu. Meen kata, benda ni suami perlu provide dan jangan berkira. Lagi pula Hasnol adalah menantu pertama dan ini adalah raya pertama mereka bersama.

Masa ni dah mula bibit pergadvhan. Rupanya masa di kampung Meen gadvh mereka lebih lagi. Meen malu Hasnol hanya beri RM50 saja pada mak dan ayah sebagai duit raya.

Meen juga tuduh Hasnol kedekut dan saja nak jatukan air mukanya bila Hasnol hanya hulur RM20 pada datuknya. Hasnol cakap dia hanya tinggal tu saja sebab dah dihabiskan beli kelengkapan raya keluarga si Meen.

Malam tu, mereka bergadvh besar. Meen terlepas cakap yang dia boleh dapat banyak lagi dan hidup mewah dengan hasil melayan lelaki lain. Dia menyesal, Ada suami tapi tak mampu beri kemewahan. Meen keluarkan semua barang kemas yang dia dapat dari lelaki-lelaki sebelum ni.

Rupanya, selama ni Meen setuju nak kahwin dengan Hasnol, sebab dia ingat Hasnol boleh beri kemewahan pada dia sebab Hasnol kerja dalam company o&g dan selalu dapat bonus berbulan-bulan. Masa aku dengar benda ni dari suami aku, aku geram je weh. Jenis dah aim nak orang minyak.

Malam itu juga Hasnol lafaz cer4i. Dia tak boleh terima Meen melayan lelaki lain. Apa yang dia dengar dari orang sekeliling selama ni betul. Tapi masalahnya Hasnol dah sayangkan Meen. Cinta pertamanya.

Sampai sekarang, Hasnol ni kerap panick att4ck. Paling trigger dia adalah bulan Ramadhan dan Syawal. Ni, Ramadhan dah hampir lag1lah kerap att4cknya. Mujurlah rumah kami dekat dengannya. Boleh husband bantu tengok.

Hasnol masih duduk di rumah yang dia sewa dengan Meen dulu. Dia belum mampu move on. Si Meen sekarang ada di Dubai dah. Cari kerja di sana untuk dapat duit lebih banyak.

Dengar cerita dah kahwin lain di sana. Keluarga, mak dan ayah Meen memang dah putuskan hubungan terus dengan Hasnol. Marah betul diorang sebab Hasnol buat anak perempuan mereka macamtu.

Tapi, baru-baru ni, Mak ayah si Meen ni acc1dent, Meen cari juga si Hasnol dan minta bantuan uruskan ayahnya yang patah kaki dan emaknya yang lumpuh separuh badan. Dan Hasnol boleh pula pergi tolong! Adik-adiknya kan sejenis lelaki tak gune. Sorry geram!

Kami geram tapi kami hanya mampu nasihat. Kami tahu Hasnol masih sayang dan tak mampu move on. Buat masa ni kami masih mampu lagi jenguk-jenguk Hasnol. Doakan kawan kami si Hasnol semakin pulih dan dapat jumpa kebahagiaan dia.

Untuk perempuan-perempuan di luar sana, yang ada sifat macam Meen, bertaubatlah weh. Kalau korang tak mahu taubat, tak payah mainkan perasaan orang dan berkomitmen untuk kahwin.

Lagi satu, aku memang geram g1la dengan perempuan yang minta macam-macam di luar kemampuan suami hanya nak impress orang sekeliling. Sampai bila pun kau tak akan puas memperagakan apa yang kau ada. Dan kau tak akan bahagia atas derita suami kau.

Tu jelah, korang jangan tanya pulak Meen kahwin dengan siapa, keadaannya macam mana, dia bahagia ke tak? Aku tau tapi aku rasa tak perlulah nak bagitau. Sebab aku akui aku memang stalk dia!

Sorrylah, sebagai manusia biasa, bawang level dalam diri aku masih ada. Biar aku simpan untuk info aku dan husband aku je. Thanks semua sebab baca! Lisa (Bukan nama sebenar). Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply