Berbulan aku tido beralaskan toto,basuh kaki kau sbb kau nak wudhuk, huru-hara uruskan kau, rupa2nya ak dah kena t1pu dgn kawan baik sendiri

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan cerita ni. Aku Tasya. Tujuan ku bercerita di sini bukanlah untuk mendedahkan aib dan kekurangan sesiapa, tapi aku ingin kongsikan pengalaman hitam aku yang mempunyai sahabat psiko yang menakutkan.

Kisah ini terjadi pada tahun 2009 sewaktu aku mengenali Kak Nur. Dia 6 tahun lebih tua dariku. Aku tinggal menyewa dengan 2 orang kawan sekerja lagi.

Kebetulan ketika dia datang bekerja ke daerah itu, rumah sewaku memerlukan seorang lagi penyewa. Maklumlah, masing-masing baru nak hidup, semua benda kami kena berjimat dan berkongsi. Jadi, kedatangan Kak Nur tu memang tepat masa la.

Sepanjang kami serumah, kami berempat memang rapat, tengok tv, masak, makan, jalan-jalan dan macam-macam aktiviti lagi kami lakukan bersama-sama walaupun Kak Nur berlainan tempat kerja dengan kami. Tapi, Kak Nur lebih rapat dengan aku berbanding 2 orang kawan ku itu.

Aku ni jenis tak reti duduk diam, ada saja aktiviti aku kalau cuti hujung minggu. Kak Nur ni suka ikut aku ke mana saja aktiviti yang aku lakukan memandangkan hanya aku seorang yang ada kereta di rumah ketika itu.

Nak tahu betapa rapat ke tidak aku dengan Kak Nur ni, siapa kawan dia aku kenal, siapa kawan aku dia kenal. Begitu juga dengan ahli keluarga kami, memang saling mengenali.

Sampaikan Aruwah Ayah aku pun selalu tanya pasal dia bila aku telefon. Jangankan Ayah aku, adik-beradik aku pun memang senang dengan dia. Tak ada kurangnya Kak Nur di mata mereka, semua sayangkan dia.

Kami ni semua dah ada pakwe. Walaupun aku sibuk, tapi pakwe aku tak kisah sebab dia pun sibuk. Kak Nur ni pula bagi tahu yang dia dah bertunang dan nak kahwin tahun berikutnya. Kadang-kadang bila kami tengah tengok tv atau tengah makan, kalau tunang dia telefon, mesti dia bangun dan pergi tempat lain.

Kami pulak tak begitu, kalau cik abang kami telefon, kami cakap saja buat selamba. Pernah kami minta gambar tunangnya, dia tunjuk gambar ramai-ramai yang ada tunangnya dalam gambar tu. Kecik sangat jadi tak dapat nak tengok jelas wajahnya.

Bila tanya kenapa tiada gambar solo, dia maklumkan yang tunangnya nak jaga batas sebelum jadi halal. Fuuhh, masa dia cakap camtu sentap kami bertiga. Yela, zaman sekarang ni mana lagi nak jumpa pasangan macam ni. Mungkin ada tapi susah nak jumpa. Suatu hari, lebih kurang seminggu sebelum dia menikah, tiba-tiba dia datang ke bilikku bagi tahu tunangnya mninggl dunia dalam tidur.

Terkejut kami, yela dah nak menikah kot tiba-tiba bakal suami mninggl. Ok la masa tu kami berpelukan dan pujuk dia. Beberapa minggu aku tengok dia murung saja. Bila kami keluar berdua, dia akan cerita balik kenangan manis dia dengan aruwah tunangnya.

Aku sebenarnya agak pelik sebab dia berjauhan dengan tunang, tapi macam terlalu banyak kenangan manis. Kata jaga batas, tapi kenangan dia macam lebih banyak dari kami yang kerap berhubung dengan pakwe masing-masing.

Beberapa bulan lepas tu, Kak Nur bagi tahu aku yang dia ada berkenalan dengan seorang lelaki. Aku gelarkan lelaki ni Amin, bekerja sebagai seorang jurutera, kacak orangnya dan kaya. Tapi, dia menolak cinta Amin sebab dia tak boleh lupakan aruwah tunangnya.

Katanya, Amin ni macam memaksa dia dan terpaksa melarikan diri setiap kali Amin mengganggunya. Kak Nur selalu bagi tahu yang Amin sanggup datang ke daerah kami yang jauh ni demi minum kopi bersamanya.

Aku pelik jugak, takkan lah setiap 3-4 hari sanggup datang jauh-jauh hanya untuk minum kopi. Tapi, aku nafikan telahan hati aku tu, mungkin cinta sangat kan, itu yang sanggup tu.

Kak Nur ni sebenarnya ada sakit. Setiap bulan aku akan menemaninya ke hospital untuk berjumpa doktor. Tapi, aku hanya boleh menemaninya hingga di lobi sahaja, kemudian dia akan pergi sendiri berjumpa doktor. Penyakitnya dikatakan serius, macam hampir-hampir kepada k4nser.

Masa dia bagi tahu penyakitnya tu, aku menangis. Selalu aku doakan dia dalam solatku agar dia kembali sihat. Kadang-kadang aku buat solat hajat khusus untuknya supaya dia sembuh dari segala penyakit.

Sebab bila dia sakit, aku lah yang akan menemaninya, hingga tertidur di sisi katilnya. Pernah beberapa bulan sanggup aku tak tidur di katil, tidur lah aku di lantai biliknya beralaskan toto nipis tu. Demi sahabat lah kononnya.

Nak dijadikan cerita, Kak Nur bagi tahu doktor yang merawatnya ni pun suka pada dia. Tapi, itu pun dia menolak dengan alasan yang sama iaitu aruwah tunangnya. Doktor ni ku gelar Doktor Aidil dikatakan paras rupa kacak, bibir merah, kulit cerah, tinggi dan macam jambu sikit.

Pernah dia bercerita, Dr Aidil ni nak sangat kahwin dengan dia sebab nak lari daripada teman lelakinya. Rupanya Dr Aidil ni gay dan nak berubah sebab nak jadi lelaki sejati.Aku cakap kat Kak Nur janganlah terima lelaki ni sebab dia nak kat Kak Nur bukan sebab cinta tapi nak lari dari masalah.

Tak lama lepas tu, timbul lagi satu lelaki. Aku gelar lelaki ini Ustaz Anas. Kata Kak Nur, Ustaz Anas ni kawan kepada seorang ustaz yang ku kenal di kejiranan kami. Malang sungguh, cinta Ustaz Anas yang kacak, tinggi, berilmu dan peramah ni juga ditolak oleh Kak Nur mentah-mentah.

Aku hairan betul la, semua lelaki yang nak kat dia mesti kacak, tinggi, berharta dan berpendidikan tinggi. Bukan calang-calang tau! Dalam pada tu aku rasa macam alahai beruntungnya kau Kak Nur!

Selepas cerita Ustaz Anas ni, Amin muncul semula menagih kasih. Kali ni Amin macam mengganas pulak. Menurut Kak Nur, Amin datang menyerangnya semasa di lobi hospital selepas rawatan ketika menunggu aku menjemputnya.

Memang aku yang selalu hantar dan jemput dia di hospital meski pun tengah bekerja. Baik tak baiknya, sekali pun aku tak pernah merungut dan mengeluh terpaksa bersusah untuk Kak Nur. Aku niatkan pahala kebaikan perbuatanku itu untuk aruwah Ibuku. Ya, itu saja aku fikir.

Tapi kan, Kak Nur selalu cakap dia menyusahkan aku. Sebab lepas dia sakit, aku macam dah kurang aktiviti luar yang aku selalu buat. Macam mana aku nak buat, kalau aku keluar mesti dia mesej dia tengah sakit la, tak boleh nafas la. Jadi, aku hadkan aktiviti aku, buat yang dia boleh join sama.

Berbalik kepada si Amin, suatu hari Kak Nur bagi tahu yang Amin mula menghantar mesej lvcah pada dia gara-gara cinta tak berbalas. Aku ada baca mesej tu, memang teruk dan geli! Bila aku cuba hubungi nombor telefon dari mesej yang diterima, tiada bunyi langsung, macam nombor tu tak wujud langsung. Pelik betul!

Pernah sekali Kak Nur cakap yang Amin nak jumpa dia berdekatan tepi jalan berdekatan rumah kami. Tapi dengan syarat tak boleh bawa sesiapa. Tapi aku berkeras nak ikut juga. 3 jam weyyy menunggu sampai naik kematu punggung sambil melayan nyamuk sana -sini, si Amin tak muncul-muncul juga.

Tiba-tiba mesej masuk, kata Amin pertemuan dibatalkan kerana dia bawa aku. Padahal sepanjang kami duduk di situ, takde sesiapa pun lalu, apatah lagi yang tengok-tengok kami di situ. Pelik betul camne dia nampak kami!

Beberapa minggu selepas kejadian tunggu si Amin macam orang b0d0h (sedangkan masa tu aku penat sangat), Kak Nur sakit sampai tak boleh gerak dan bangun. Dia nak solat, aku yang wudukkan dia, cuci kaki dia, angkat air ke bilik.. fuuhh macam bibik betul!

Masa tu aku minta nombor telefon Dr Aidil, dia kata Dr Aidil dah pindah ke hospital lain. Minta nombor doktor yang ambil alih dia kata doktor tu tak benarkan pesakit telefon ke nombor peribadi, kalau sakit kena telefon ke hospital.

Aku cakap nak maklumkan keluarganya di kampung, cepat-cepat Kak Nur halang dengan alsan dia tak nak keluarganya risau dan susah tentang dai. Habis aku ni susah, penat, apa cerita? Buntu aku, mana nak kerja lagi, nak urus dia lagi.

Penatnya aku masa tu. Kawan serumah aku ada pesan pada aku, jangan manjakan dia sangat, tapi aku tak tahulah kenapa aku turutkan aje kehendak Kak Nur macam lembu dicucuk hidung.

Masa Kak Nur sakit teruk ni la semua rahsia terbongkar. Aku curi-cri ambil nombor telefon kakaknya masa dia tengah tidur. Bila aku maklumkan keadaan Kak Nur kepada kakaknya, terkejut beruk dia. Katanya adiknya tu mana pernah ada sakit dan paling best, tak pernah bertunang!!!

Aku masa tu macam kena tampar kiri kanan bertalu-talu. Berpinar-pinar pandangan mata, ketar lutut dan macam tak boleh berdiri langsung, menggeletar satu badan.

Aku cari lagi bukti lain, aku telefon seorang kawan yang lebih dahulu mengenali Kak Nur, katanya itu memang tabiat dia..MANIPULASI ORANG DENGAN PENIPUAN!!!

Perghh..sakitnya hati aku masa tu. Aku balik rumah aku rempuh saja pintu bilik dia aku paksa dia cerita segala-galanya. Tak nak mengaku langsung, lepas tu buat muka kesian macam tengah menahan sakit. Aku tolak bahunya sambil menangis dan tanya kenapa perlu menipu aku.

Aku bukan orang berharta pun nak tipu aku. Di depan dia, aku telefon ustaz jiran kami tu untuk kepastian adakah dia mengenali Ustaz Anas seperti yang Kak Nur pernah ceritakan sebelum ni.

Ustaz tu bagitahu dia tak kenal sesiapa dengan nama tu dan tak pernah pun berbual dengan Kak Nur. Aku telefon pula kakaknya suruh dia dengar sendiri apa soalan yang ku tanya tadi. Jawapan kakaknya masih sama, bahawa adiknya tak pernah bertunang dengan mana-mana lelaki dan tak pernah ada lelaki datang ke rumah untuk meminang dia.

Kak Nur cuma tunduk dan berkata ahli keluarganya semua tak tahu apa yang berlaku. Eh takkan kau bertunang pun keluarga tak tahu, sudahlah kau dengan tunang kau kononnya tu sangat menjaga batas pergaulan boleh urus hal tunang kahwin sendiri-sendiri tanpa makluman ahli keluarga?

Sah aku dah kena kencing sehancing-hancingnya! Jadi, semua lelaki-lelaki kacak bergaya, berpendidikan dan gilakan kau tu sebenarnya tak wujud langsung! Ya Allah, apalah dosaku hingga aku diuji dengan sahabat psiko begini?

Masa aku penat, susah payah dan huru-hara menguruskan kau, tidakkah terbit di hati kau kasihankan aku? Berbulan-bulan aku tidur di lantai beralaskan toto untuk menjaga kau, mengehadkan segala aktiviti kegemaran aku semata-mata untuk selalu bersama kau.

Selain kau, aku ada juga kawan baik lain, dengan mereka pun aku jarang-jarang join demi kau! Kaki kau tu pun aku yang basuh untuk melengkapkan wudhu kau. Masa aku lakukan semua itu untuk kau, mana hati nurani kau untukku? Masa kau menipu aku kononnya kehidupanmu lebih hebat dari kami semua, tak terfikirkah yang semua ini pasti akan terbongkar?

Kak Nur, jika kau membaca coretan ini, ketahuilah aku tak pernah sedikit pun membencimu. Sebab apa yang aku lakukan dulu ikhlas untukmu hingga aku tak kisah apa orang anggap padaku. Aku hanya buat demi pahala untuk Aruwah Ibuku.

Cuma, harapanku agar kau berubah dan beringatlah setiap perbuatan pasti ada balasannya. Mungkin bukan di dunia, tapi di sana nanti pasti dibalas jua. Buat para pembaca, berpada-padalah dalam berkawan jangan terlalu baik. Bersederhana itu lah yang terbaik.

Hingga sekarang aku masih keliru kenapa Kak Nur perlakukan aku seperti itu. Disebabkan dialah aku jadi takut-takut nak rapat dengan mana-mana kawan. Cukup sekadar kawan baik dan tak lebih dari tu. Serik kot!

Maaf jika coretan ini terlalu panjang. Semoga kalian ada sahabat yang baik dan sebenar-benarnya ikhlas. Tasya (Bukan nama sebenar) Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply