Bila dah dekat nk kahwin,saya dah mengelabah sangat.Akhirnya terkant0i pd mlm pertma.Benda yg saya rahsiakn selama ni akhirnya terbongkar.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Saya nak share kisah hidup yg sudah hampir setahun saya pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya. Dulu, habis sekolah saya bercinta dgn rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjvr dgn kekasih beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain.

Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yg benar-benar sesuai dgn dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.

Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti may4t hidup. Baygkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yg tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dgn sikap saya.

Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit. Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya.

Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu. Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan September.

Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yg betul ke saya nak kahwin? Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yg dia katakan pada saya ialah, “Saya ingatkan mak saya pilih orang yg bertudung,” katanya.

Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis perempuan yg suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat dgn kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri.

“Kalau tak sesuai, kita boleh putus,” ringkas saya balas. Dia hanya menggelengkan kepala. Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dgn saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu.

Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan terhadapnya. Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yg membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur.

“Awak pernah tidur dgn mana-mana lelaki?” Saya tak boleh jawab sebab itu a1b saya. Saya hanya kata pada dia, “Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.”

Dia minta saya jawab dgn jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri. Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi.

Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akab berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yg saya telan. 19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dgn dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat.

Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dgn dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon. Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dgn saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dgn begitu baik sekali.

Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yg ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab.

Handphonenya dim4tikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yg saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yg dia marah tentang malam pertama kami. Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yg suami saya ada office sendiri.

Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia. “Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini,” katanya. Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon Allah melembutkan hati suami.

Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia. Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya. Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya. Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat.

Kali ketiga dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya buat online bisnes.

Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yg sempurna, penyayg, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka tengok saya menangis.

Tetapi itu semua kenangan saya dgn dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemal4ngan dan meningg4l semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah. Dan yg paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yg saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka.

Dikala Allah menarik orang yg baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dgn seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yg banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yg singkat. Sekian kisah pertama.

Ini pula kisah kedua,Mohon admin hide kan profil adik saya. Saya sudah berkawin anak ada 3 orang dan alhamdulillah bahagia. Suami saya bekerja sebagai pegawai polis dan sememangnya sibuk dengan tugas nya dan kadang kala suami selalu outstation sampai berbulan2. Kalau ot suami selalu video call saya dan anak2. Saya tau suami tak cvrang sebab cinta nya hanya untuk saya seorang.

Pernah sekali suami wajib hadiri kursus selama 6 bulan. Tinggal lah saya dengan anak2 di rumah. Suami juga memberi saya kebebasan untuk keluar kerana bila suami tiada. Saya lah yang kan menghantar anak kemana2.

Di sekolah anak. Saya terjumpa kawan lama saya semasa di sekolah. Kawan saya ni sudah berkahwin. Kebetulan dia menjemput saya dan anak2 ke majlis hari jadi anaknya.. saya tak sangka suami kawan saya ni adalah ex saya dahulu. Kami terkejut waktu berjumpa namun kami buat tak kenal..

Semasa di dapur rumah kawan saya Suaminya sempat memeluk saya dan katanya rindu sangat pada saya dan untuk pengetahuan anak pertama saya adalah anak bekas teman lelaki saya ini namun hanya saya seorang sahaja yang mengetahuinya.

Dia tiba2 tanya kenapa anak pertama saya mirip dia. Namun saya menepis. Saya tahu salah saya sebab memutvskan hubungan saya dulu kena bekas teman lelaki saya tidak bekerjaya dan masa tu saya lebih suka kepada polis itu..

Dalam dia memeluk saya, saya mula rasa cinta terpaut kembali, namun cepat2 saya tepis sebab takut k4ntoi dengan isteri dia. Semasa birthday anak mereka. Saya betul2 tak boleh nak fokus. Saya meminta untuk pulang lebih awal sebab alasan tak berapa sihat. Namun anak sulung saya tak mahu balik. Seolah2 dia tahu kalau lelaki itu ayah kandungnya. Ya Allah apa perlu aku buat..

Ke esokkan hari nya. Dia whatsapp aku. Dia cakap ambil no hp aku dari hp isterinya. Dia luahkan kalau masih sayang kat aku dan sekarang dia berniaga income dia 2 kali ganda dari suami saya. Dia tanya kenapa tinggal kan dia. Saya cakap mak yg suruh saya kawin. Padahal suami saya adalah pilihan saya sendiri.

Dia tanya pasal anak sulung saya. Saya terpaksa terus terang. Kalau anak sulung saya adalah anak dia. Saya dah tahu kalau saya mengandung anak dia. Masa saya kawin dengan suami saya sekarang saya hamil 5 minggu dan saya pasti tu anak dia.. dan kami plan nak cek dna dan ternyata memang anak dia ya Allah. Saya tak tahu nak kata apa.

Dia ajak saya jumpa. Pertama saya tak mahu. Tapi katanya nak jumpa anak. Saya tak akan bawa anak saya jumpa dia. Sebab anak saya tak boleh simpan rahsia. Nanti anak saya akan cerita pada semua orang. Dan kami berjumpa pula. Dia nyatakan masih sayang saya. Dan saya pun sayangkan dia.

Beberapa kali berjumpa dan berapa kali terlanjvr. Dan sekarang saya hamil lagi. Ya Allah berdosa nya saya. Saya sayangkan dia. Dan cinta pada suami mula hilang, bila suami call saya tak ada mood nak angkat. Salah ke saya pilih kebahagiaan saya. Dan dia janji akan cer4ikan isteri dia.. doakan kebahagiaan buat saya..

Sumber KRT. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply