Cinta, Langsung tiadaku rasakan hanya betul-betul rasa ingin menebus dos4 antara kami berdua. Bolehkah Bahagia Dalam Perkahwinan Yang Dimulai Dengan Maksi4t.

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Kisah benar yang sekarang sedang aku lalui kini. Sungguh aku tidak nampak jalan keluar atas permasalahan yang aku lalui. Atau aku berpura-pura menafikannya walaupun jelas aku sudah ada jawapan yang waras untuk diambil kalau orang yang tidak berada ditempatku kini. Sungguh aku buntu.

Aku perkenalkan diriku secara ringkas. Aku S, berkerjaya, berumur pertengahan 20-an. Rupaku biasa-biasa sahaja pada pandanganku namun ramai yang memujiku atas nikmat yang Allah kurniakan ini. Faktor aku kacukan barangkali. Aku juga bertuah kerana aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang betul-betul menjaga batas pergaulan baik dibangku sekolah, universiti dan tempat kerja.

Alhamdulillah atas nikmat itu. Keluarga aku biasa-biasa sahaja namun atas didikan yang elok daripada kedua ibubapaku yang hanya bekerja kampung berjaya melanjutkan kami 3 adik beradik sehingga ada yang ke peringkat PHD. Sungguh aku rindukan kehidupan aku yang dulu. Tenang tanpa ada sebarang permasalahan yang aku rasa aku tidak boleh aku selesaikan. Kalau ada sekalipun, Allah masih lagi pinjam nikmat ketenangan itu kepadaku.

Tanpa aku sedar kini, ketenangan itu agak mustahil untuk aku dapatkan kembali. Aku kini bukan S yang dulu, yang betul-betul jaga hubungan dengan Allah, terjaga auratnya, pergaulannya dan S yang sentiasa yakin dengan dirinya sendiri. Aku Kot0r! Sungguh aku malu dengan Allah, mak ayah dan juga semua kawan-kawanku yang tidak tahu akan d0saku yang aku sembunyikan disebalik perwatakanku dan peribadiku yang mereka puji hingga kini.

Kisah bermula, apabila aku mengambil keputusan hendak berkahwin atas faktor aku sudah bersedia untuk ke fasa itu. Ye, dan untuk pertama kalinya aku berkenalan dengan lelaki-lelaki di luar sana tanpa sebarang tuntutan kerja dan memulakan perbualan secara peribadi dengan insan bernama lelaki.

Di universiti dulu, ada yang datang namun awal aku tolak atas faktor prinsip yang aku pegang yang aku tidak akan berkenalan dengan mana-mana lelaki sekiranya aku belum bersedia untuk berkahwin. Kisah pencarian calon imamku bermula dengan pendaftaran di laman cari jodoh, ada juga yang diperkenalkan oleh kawan dan rakan sekerja sendiri.

Di laman cari jodoh tidak membuahkan hasil, rakan sekerja pula ada yang aku tolak secara baik dan alhamdulillah mereka faham. Dan akhirnya aku berkenan untuk berkenalan lebih lanjut dengan seorang calon yang telah diperkenalkan oleh salah seorang kawan di tempat kerjaku. Aku namakan dia si A.

Jauh di Kelantan tempatnya bekerja namun asalnya orang Kedah. Kami bertukar nombor telefon dan bermulalah detik perkenalan kami. Yakin sungguh aku ketika itu bermesej dengan lelaki walaupun tanpa pengalaman atas faktor aku di peringkat usia yang mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk.

Berlagak barangkali walaupun telah diingatkan yang sya1tan itu tidak akan pernah berhenti untuk menjadi musuh Kita!! Awal perkenalan dia sangat baik, tutur kata yang elok dan sedikit sebanyak berjaya menarik hati aku untuk ke peringkat yang seterusnya dengan dia apabila dia mengatakan berminat untuk ke peringkat yang lebih serius denganku.

Tidak ku berikan jawapan kepadanya kerana ada banyak yang aku tidak ketahui pasal dirinya lagi. Aku merujuk kepada kawan sekerjaku pasal dirinya dan setiap yang kawanku ceritakan itu betul seperti yang aku nampak sepanjang kami bermesej yang sudah berlarutan selama 4 bulan.

Dan ini lagi meyakinkan aku yang dia adalah calon yang paling sesuai untukku atas faktor peribadinya dan apa yang aku perhatikan sepanjang tempoh perkenalan kami dan aktivitnya di media s0sial. Semuanya indah belaka pada awalnya lagi-lagi bila aku telah bersetuju untuk berkahwin dengannya nanti.

Namun sedikit demi sedikit ada beberapa perkara yang aku rasakan agak “baru” untuk aku explore dan susah untuk aku memahaminya dan secara perlahan-lahan tanpa aku sedar aku telah hanyut begitu jauh sekali dalam dunia yang melibatkan lelaki dan perempuan ini. Ye, aku telah hanyut. Hanyut dengan maksi4t. Maksi4t lelaki perempuan yang aku sangat takut dahulu. Yang aku selalu ingatkan diri aku supaya sentiasa pelihara diri sehinggalah aku sendiri yang terjebak akhirnya.

Adakah aku patut salahkan si A akan benda yang aku buat? Sememangnya tidak boleh. Sebab? Aku sendiri yang memilih untuk terus melayan. Aku sendiri yang memilih untuk terus kekal dengan dia dan yang paling penting tiada siapa paksa aku untuk terus hanyut dengan dia.

Sungguh aku buntu. Maksi4t kami mungkin tidaklah sampai berz1na namun apa yang kami telah buat mungkin tidak dapat diterima orang yang waras akalnya. Sembang luc4h menjadi satu kewajipan bagi kami berdua ibarat suami isteri, membayangkan melakukan hvbungan s3ks walaupun sekadar panggilan biasa menjadi kepvasan antara kami,

Video call dalam keadaan b0g3l menjadi rutin tanpa segan silunya lagi, melihat si A melanc4p adalah penutup dalam setiap komunikasi harian kami. Banyak kali merancang untuk berjumpa konon untuk berz1na dek kerana masing-masing tidak tertahan agaknya tapi PKP membantutkan semuanya atau mungkin masih ada ruang untuk kami bertavbat barangkali.

Pernah usahakan untuk kami berhenti namun pujuk rayu si A akan menyebabkan aku tidak dapat menolaknya. Dari pertama kali si A berkongsi pandangannya tentang persediaan malam pertama kami konon hendak berkahwin sehinggalah aku yang membenarkan satu-satu perbuatan itu terus melarat-larat.

Agak janggal pada mulanya kerana topik seperti itu agak berat dan tab0o untuk kita yang beragama Islam apatah lagi perempuan namun masih ku ingat kata-kata si A pada ketika itu meyakinkanku. Dia bersungguh mahu mengambilku jadi isteri katanya, dan kami perlu tahu ilmu ini sebagai salah satu persediaan alam perkahwinan yang bahagia,

Serta berada di satu peringkat usia yang agak tua untuk segan/ kekok berbicara tentang benda sebegitu dan dari situlah semuanya bermula sehinggalah kami berani untuk berb0g3l ketika VC tanpa sedikit pun rasa malu di hati. Untuk aku salahkan semuanya pada si A amatlah tidak adil kerana aku sendiri yang tidak tegas pada mulanya dan aku sendiri yang pilih untuk melayannya.

Sungguh aku j1jik dengan diriku sendiri. Aku tau lambat atau cepat sahaja d0sa maksi4t aku ini Allah akan balas dengan kemurkaanNya. Sungguh aku takut dan kadang sampai terfikir untuk membunvh diri kerana rasa diri telah gagal untuk menjadi seorang yang baik. Aku dulunya seorang yang ceria kini lebih suka bersendirian, kadang berpura-pura bahagia di depan semua orang.

Dan kini dia dalam perancangan untuk berkahwin denganku. Itupun selepas dia kant0i bermesej luc4h dengan beberapa perempuan lain selain diriku. Pelbagai alasan diberikan untuk membenarkan tingkah lakunya dan aku tahu ini mungkin salah satu balasan atas d0saku selama ini.

Ini menambahkan lagi rasa jijik dan rendah diriku. Aku yang sudah diambil marvahnya, ditipu satu-satunya lelaki yang aku dah berikan semuanya dan kini hanya mampu berdoa agar si A betul-betul menunaikan janjinya untuk mengahwiniku.

Adakah aku bod0h masih terus menunggu dia? Normal ke apa yang aku rasa kini yang aku tidak layak untuk sesiapa kecuali si A kerana aku sudah terlalu kotor dengan maksi4t kami? Adakah konsep satu keburukan dia tidak boleh menutup semua kebaikannya yang lain boleh terpakai dalam situasi aku ini? Bahagiakah aku nanti dengan si A?

Boleh ke si A menjadi ayah dan suami yang baik kepadaku dan anak-anak aku nanti? Sungguh aku sendiri tidak tahu. Selalu aku baca perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Adakah aku perempuan yang tidak baik? Mungkin selama ini aku sahaja yang merasakan diri aku sudah buat yang terbaik tapi hakikatnya aku amat jauh dari konsep itu.

Doakan aku kerana hingga kini aku dan dia masih hanyut dengan dunia kami sendiri. Pelbagai usaha untuk kami berhenti namun masih berulang dengan maksi4t yang sama dengan janji si A yang kami bakal berkahwin juga nanti. Dan sekarang aku sangat buntu samada mahu meneruskan perkahwinan ini lagi atau tidak?

Sebab apa yang aku rasa sekarang hanyalah satu perasaan yang sangat bersalah kepada Allah kerana bagi aku, hanya A sahajalah yang layak untuk aku setelah semua maksi4t yang telah aku lakukan dengannya,

Dan juga salah satu cara aku menebus d0sa dan maruah aku yang telah aku hancurkan sendiri. Cinta? Langsung tiada ku rasakan hanya betul-betul rasa ingin menebus d0sa antara kami berdua. Takut? Semestinya ada kerana aku meletakkan masa depan aku dengan pilihan yang aku buat nanti.

Adakah perkahwinan kami nanti penuh dengan ujian akibat dari d0sa-d0sa yang telah kami lakukan ini. Sungguh aku takut. Sedangkan kini pon aku dapat rasakan hidup aku penuh dengan masalah dan tidak aku rasai lagi nikmat ketenangan seperti yang aku pernah rasai sebelum ini. Adakah aku buat keputusan yang betul? Adakah si A tidak akan mensia-siakan aku nanti?

Perempuan murahan ke aku ini? Adakah Allah akan berkati perkahwinan aku nanti walaupun sedikit? Dan yang paling penting layakkah aku untuk merasa bahagia lagi. Sumber iium confessions. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply