Dah 3 hari ak xnampak roommate aku mkn, hidup miskin smpai penah keje angkat tong gas sbb nak smbung belajar, satu hari ada sesuatu terselit bawah bantal dia smpai melompat seronok

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi membaca.

Nama aku Kesum. Malam aku tak boleh nak tidur jadi aku terasa nak kongsi 1 cerita zaman aku belajar dulu. Beberapa belas tahun yang lampau, aku seorang pelajar di sebuah matrikulasi. Aku tinggal di asrama yang ada 4 pelajar dalam 1 bilik.

Adat kita belajar di kolej, kita boleh jumpa kawan daripada pelbagai latar belakang keluarga.Dalam bilik asrama aku ni, aku dengan Lemuni kira daripada golongan sederhana. Keluarga kami tak kaya tapi Alhamdulillah, cukup makan pakai.

2 orang lagi roommate aku, Kantan dengan Serai daripada keluarga yang agak susah. Adik beradik ramai dan ayah diorang cuma buat kerja kerja kampung dan jadi buruh. Gaji hari, ada kerja adalah duit. Begitulah keadaannya.

Tapi kami semua berkawan baik, tak adalah nak pandang rendah ke apa. Aku respect ayah diorang yang kerja kuat dan dapat hantar anak sambung belajar walaupun hidup susah. Hari ni aku nak cerita pasal Kantan.

Kantan ni anak sulung daripada 5 beradik. Dia seorang kakak dan anak yang baik. Sebelum Kantan masuk matrikulasi, dia kerja di kedai jadi tukang angkat tong gas. Kuat Kantan ni. Otot besi urat dawai gamaknya.

Dengan duit upah kerja situlah, Kantan simpan duit untuk sambung belajar. Masa belajar kat matriks, kitorang dapat elaun setiap bulan. Itulah duit makan, itulah duit nak fotostat nota kuliah dan sebagainya.

Adakalanya Kantan hantar separuh duit elaun tu pada keluarga dia. Pernah aku tanya, “kenapa kau hantar duit?. Kau kat sini nak makan pun berkira kira”.

Tapi Kantan kata, dia tak tergamaklah dengar adik adik dia makan nasi dengan kicap saja. Duit yang dia hantar tu, bolehlah diorang beli telur. Suatu hari, lepas aku balik dari kuliah, Lemuni bagitau aku yang dia tak nampak Kantan makan apa apa dalam 3 hari. Minum air kosong saja.

Aku pun tanya la balik, mana kau tahu? Iyalah, mungkin dia dah makan sebelum balik bilik. Tapi Lemuni kata, ada seorang kawan kelas Kantan bagitau dia yang Kantan memang tak makan apa apa masa rehat.

Bila kawan dia ajak makan, Kantan kata dia tak nak. Makanya si Lemuni syak yang Kantan tak ada duit sebab kitorang 1 bilik tahu keluarga Kantan ni susah.

Tapi walaupun dia susah, dia tak pernah meminta minta dengan orang lain. Kalau kita tanya dia pun, dia takkan mengaku yang dia tak ada duit. Tak fikir panjang, aku pun ambil duit dalam dompet dan letak bawah bantal Kantan.

Malam tu, bila Kantan nak tidur dia pun angkat dan tepuk tepuk bantal dia. Nampaklah duit yang aku letak tu. Muka terkejut dan bersinar sinar mata Kantan sambil tanya kitorang siapa yang letak duit tu. “Eh, tu katil kau, bantal kau… manalah kitorang tahu.”

Kantan mulanya berkeras minta kitorang cakap siapa yang letak duit tu tapi kitorang semua sepakat buat tak dengar ja. Akhirnya terkeluar dari mulut Kantan, “Dah 3 hari aku selongkar tempat aku, memang tak ada duit.”

“Rezeki kau la tu”, balas aku. Benarlah telahan Lemuni. Sejak dari hari tu, aku selalu beli roti banyak banyak dan letak dekat bilik. Aku kata, “siapa nak makan, makan ja la”.

Bila Kantan tak ada duit, dia akan makan roti yang aku beli. Dari saat itu, tak ada lagi hari yang kitorang nampak Kantan tak makan. Alhamdulillah. Setakat ini saja cerita aku.

Apa yang aku nak sampaikan ialah ada orang di sekeliling kita yang susah tapi dia bukan jenis meminta. Dengan sedikit kepekaan, kita boleh nampak kesusahan dia.

Tolong dia dan pada masa yang sama, lakukan dengan cara yang tidak membuatkan orang tu rasa malu atau boleh menjatuhkan maruah dia. Tolong dengan ikhlas semata mata mengharapkan keredaan daripada Allah s.wt.

Tambah lagi dalam keadaan sekarang, makin ramai yang tersepit demi mencari sesuap nasi termasuklah aku yang tengah bergelut nak cari kerja tetap waktu ni.

Ini pula kisah kedua yang bertajuk Antara Miskin Dan Tradisi. Namaku Alang. Bukan nama sebenar. Aku anak keempat dari lapan beradik. Lewat situasi kini, isu miskin dan kemiskinan banyak diperkatakan.

Aku seakan ditolak untuk menoleh masa silamku. Masa jadi anak orang miskin. Miskin sangat, bukan miskin biasa-biasa. Aruwah bapa seorang penoreh getah. Emak juga membantu bapa menoreh getah. Tapi, mereka menoreh di kebun milik orang sama ada pajak atau bahagi dua.

“Along, nanti masak ya. Celur pucuk ubi. Buat sambal gesek. Goreng telur”. “Ateh, sapu laman. Alang, basuh pinggan. Acik, basuh baju, sidai sekali”. Itu rutin arahan Mak sebelum turun ke kebun menoreh getah. Jangan sangka tugasan itu sama setiap hari.

Ya, Mak akan tukar-tukarkan kerja kami. Tapi bila Mak ke kebun, kadang-kadang kami buat tugasan tersebut sama-sama. Malangnya, semua tugasan tersebut untuk anak-anak perempuan sahaja.

Dua abang yang atas sudah bekerja di luar. Seorang abang yang ada di rumah ni jarang ada tugasan khas. Adik lelaki barangkali kerana dia masih kecil memang terlepas dari kerja rumah.

Hari Sabtu dan Ahad, cuti sekolah pula, aku dan Along membantu Mak menoreh getah. Maka, balik menoreh kami selesaikan kerja-kerja rumah. Kerja rumah ada yang berat seperti angkat air di sungai, cari kayu api, cari sayuran liar dan sebagainya. Semuanya tugas anak perempuan!

Air, elektrik, dapur gas memang tiada masa tersebut. Bayangkan, selepas cari kayu api, membelah kayu pun anak perempuan atau Mak yang akan buat. Arwuah bapa ialah tipikal lelaki Melayu tradisi. Sangat tradisi.

Apabila sampai masa Bapa makan, waima semua lauk dan nasi sudah ada di bawah tudung saji, sama ada Mak atau anak perempuannya kena angkat tudung saji tersebut. Begitulah…

Aku membesar dengan percaya bahawa memang tugas perempuan begitu dan lelaki harus dilayan begini. “Along, mana air masak?” Soal abang. “Ada dalam tong, baru sejukkan”. Balas Along.

Memang untuk sejukkan air masak, perlu botol berisi air panas yang baru dijerang dimasukkan dalam tong drum, yang digunakan untuk menadah air yang diambil dari sungai.

“Panggg”. Sekeping penampar hinggap di muka Along. Begitulah kehidupan masa lalu aku. Andai ada yang tak puas hati, Along selalu jadi mangsa baran abang. Tapi, aruwah bapa tak seperti itu. Bapa sabar dan jarang marah kami.

Aku selalu ingin lindungi Along. Tapi, dengan tubuh kurus keringku ini, aku hanya mampu melihat. Paling penting, aku merakam semua peristiwa itu. Akulah saksi Along selalu dibvli abang. Aku menahan marah. Aku menahan rasa.

“Maafkan aku Along. Aku tak dapat tolong Along” Untuk pengetahuan pembaca, bapa tak ada tanah walau sedikit pun. Jadi kami selalu berpindah-randah. Maka, tiap kali pindah, bapa buat “rumah” baharu.

Rumah yang bukan rumah, cuma pondok tempat berteduh. Tapi Mak sangat pentingkan kebersihan. Walaupun seburuk mana pondok yang bapa bina, dengan tiang dari kayu kebun, lantai dari buluh yang disusun dan atap dari nipah yang dianyam…

Mak ajar kami menyapu dan membuang sampah dengan baik. Bapa pula mengasuh kami makna usaha. Aku saksi bapa membuat beberapa kerja dalam satu masa. Pagi menoreh, petang ambil upah menebas. Pada masa yang sama jadi tukang jaga kebun tempat kami menumpang membuat pondok.

Sayangnya, yang sentiasa membantu bapa ialah anak-anak perempuan. Manakala anak lelaki kurang mewarisi usaha kental bapa, tapi meneladani sikap tradisi lelaki Melayu tipikal.

“Kakak, ambil basuh tangan”. Mataku memerhati dengan tajam dan geram. Saat berkunjung ke rumah abang, sungguh dia umpama raja! Raja tiada takhta… walau sudah ada kemudahan sinki dan paip di rumah…

Kini, kami telah dewasa, sudah punya kehidupan sendiri. Adik beradik perempuan ada kerjaya yang baik. Mungkin kerana dari kecil anak perempuan ada banyak kerja, maka kami dah terbiasa berusaha.

Manakala yang lelaki ada yang masih seperti kehidupan lampau kami. Cuma, mereka kekal menjadi raja di rumah sendiri. Miskin itu takdir kita tapi peng0tor itu pilihan.

Melihat kehidupan ibu bapa adalah teladan. Kita boleh memilih yang baik untuk dijadikan ikutan. Yang tidak kita simpan sebagai kenangan. Maka, saya memilih mendidik anak tanpa kenal jantina. Basuh pinggan bukan untuk anak perempuan, tapi tanggung jawab. sebagai insan. Begitulah…

Biar miskin, tapi bersih. Biar susah, tapi berusaha. yg benar ALANG (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Semoga bermanfaat. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih kerana sudi membca! Sayg korg semua!

Leave a Reply