Dah Jodoh Bakal Suami Muda 17 Tahun, Janji Tak Caras Laki Orang

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Teri noma kasih kerana membaca artikel kami ini.

Teka-teki mengenai hubungan Intan Ladyana dengan pelakon muda Harris Alif akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahiwnan pada 6 Februari depan.

Menerusi program MeleTOP semalam, Harris dan Intan berkongsikan lebih lanjut mengenai persiapan perkahwinan mereka hanya tinggal sebulan sahaja lagi.

Dalam pada itu, Harris memaklumkan majlis perkahwinan mereka akan berlangsung secara sederhana berikutan p4ndemik C0V1D-19 dan akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Meskipun berbeza usia 17 tahun, namun rata-rata netzen memuji sikap matang Harris yang terus melamar Intan selepas beberapa bulan berkenalan.

Malah, ada yang mengatakan walaupun berbeza usia namun inilah yang dinamakan jodoh. Kata netzen lagi, sudah tertulis jodoh Intan dengan lelaki muda, asalkan tidak mengambil suami orang.

Semalam, menerusi satu sidang media, Harris dan Intan turut memaklumkan perkahwinan mereka bakal ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta iaitu berupa barangan kemas, majlis pernikahan dan resepsi. Ujar mereka lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah pun siap hampir 90 peratus memandangkan sudah membuat persiapan awal.

Sebelum ini, timbul des4s-d3sus mengatakan bakal menamatkan zaman bujang pada Mac depan, bagaimanapun Intan Ladyana tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran mengenai dia dan kekasihnya, pelakon muda, Harris Alif.

Dikatakan masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagianya itu, Intan berkata berkata dia akan berkongsikan perkhabaran gembira itu apabila tiba masanya nanti.

“Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

“Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti,” katanya kepada Harian Metr0.

Akui sudah bersedia untuk untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja dan enggan bercerita mengenai soal peribadi.

“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

“Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi,” katanya.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber Rotikaya

Leave a Reply