Dah tahu hidup miskin, beranak setiap tahun tu kenapa, ayat h1na kawan sekolah buatkan Aku tekad buktikan anak petani pun boleh berjaya

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yg selesa, ada ibu bapa yg berduit dan mampu memiliki apa yg kita inginkan apabila kita minta. Bagi sesetengah individu, rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha yg keras.

Dalam perkongsian IIUM Confessions, seorang lelaki bernama Mael telah menceritakan jerih perit kehidupannya menjadi anak petani yg sering dih1na oleh guru dan rakan sekelasnya kerana mempunyai ahli keluarga yg ramai.

Nama aku Mael dan semestinya ia bukan nama sebenar. Asal dari negeri Pok Jib. Lelaki dan sekarang kerja kerajaan. Aku cuma nak meluah pasal adik beradik aku yg seramai 14 orang. Kakak, abang dan adik aku meninggal masa kecil. Aku anak kelima (selepas tolak abang dan kakak yg dah tak ada).

Jadi, 11 oranglah kiranya yg duduk serumah. Termasuk ibu ayah aku, kami duduk 13 orang serumah. Rumah kami rumah kayu. Duduk kat kampung yg rata-ratanya adalah keluarga terdekat kami.” Cerita Mael bermula apabila dia masuk ke sekolah menengah. Oleh kerana dia banyak bercakap, dia mengikuti debat sekolah dan mewakili negeri. Kemudian dia menjadi ketua pengawas pula semasa di Tingkatan Enam (2011). Namun kedatangan seorang guru dari Borneo telah mengubah segala-galanya.

Sewaktu sesi perkenalan berMaela guru tersebut di kelas, Mael dihadapkan dgn pelbagai soalan. Antaranya, soalan mengenai berapa adik beradik yg dia ada. Aku cakap 11 orang. Anak kelima. Dia terkejut. Terkedu sebentar. Pastu dia cakap, ramai gila. Kuat eh bapak ko. Masa ini kawan-kawan aku dok gelak. Aku macam, apa masalah kau adik beradik aku ramai?

Tapi dalam hati, hormat guru itu nombor satu. Aku diam. Senyap. Kawan-kawan masih gelak. Cikgu pun. Aku malu. Rasa nak nangis. Tapi aku cakap dalam hati, tak apa. Sabar. Kau lelaki. Tahan air mata,” cerita Mael.

Lepas tu guru tersebut menyuruh satu kelas membuat pembentangan pula. Semuanya mengenai keluarga kerana semata-mata nak menghabiskan dua jam kelasnya yg pertama kali mengajar di situ. Kesemua rakan-rakan Mael membentangkan mengenai keluarga mereka yg kecil dan berjaya.

Ibu bapa mereka kebanyakannya guru, pilot, miliki bisnes sendiri dan anak-anak datuk datin. Mael terkedu, adakah dia seorang saja anak petani di sini? Dia masuk sekolah itupun kerana cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kemuncaknya apbila rakan kelas aku seorang ni buat pembentangan beliau. Ayah pilot. Mak guru. Ayat beliau yg aku takkan lupa: Malaysia makin mundur disebabkan lambakan penduduk yg miskin tapi subur membiak. Dah tahu hidup miskin, beranak setiap tahun tu kenapa?

Mak dah jadi kilang anak. Lepas itu sibuk nak minta subsidilah, bantuan kewanganlah. Patut Malaysia amalkan satu keluarga satu anak sahaja. Ayah kerja petani tapi anak berderet.” Fuhh pedas tegurannya tu!

Waktu tu Mael tergamam mendengar kata-kata rakan sekelasnya. Dia kemudian membentang tentang keluarganya pula. Ibunya seorang suri rumah manakala ayah pula kerja sebagai petani. Kadang-kadang mereka sekeluarga makan empat ekor ikan berkongsi 13 orang. Kadang pula tiada lauk langsung. Mereka hidup susah namun tidaklah melarat.

Walaupun Mael berjanji suatu masa nanti dia akan berjaya dan dia meminta orang ramai jangan memandang enteng kepada anak seorang petani. Jangan pandangnya sebagai seorang pengemis! Dan kini Mael berjaya membuktikan janji-janjinya. Bermula dgn menjadi guru sandaran, kemudian dia mengambil ijazah dgn wangnya sendiri tanpa meminta bantuan daripada mana-mana sumber. Sekarang, dia bekerja dgn kerajaan dgn gaji RM18,000 sebulan! Wow!

Aku pernah berjanji akan buktikan anak petani yg miskin itu akan berjaya. Dan sekarang, aku berjaya. Rumah kami telah berpindah ke tempat lain. Negeri lain. Jauh menyeberangi Laut Ch1na Selatan. Aku dan keluarga ingin mulakan hidup baru,” kata Mael lagi.

Sementara ayahnya kini bukan lagi seorang petani namun seorang nelayan pula. Walaupun Mael sudah mampu menyara kehidupan mereka, ayahnya berkeras mahu bekerja. Lelaki tua itu juga kini sudah memiliki kereta pacuan empat roda hasil duit jerih payahnya.

Anak petani itu berjaya. Kepada cikgu, sekiranya cikgu membaca confession ini, saya tidak mengambil hati perbuatan cikgu. Kawan sekelasku, anak pilot. Jangan merasa bersalah dgnku lagi. Aku bersyukur dipertemukan dgn kalian. Hari itu menjadi titik tolak keazaman aku belajar lebih keras sehingga berjaya,” kata Mael di akhir entri.

Sesungguhnya janganlah memandang rendah akan kesusahan yg dialami orang lain. Beri semangat dan bantu mereka utk terus berjaya dalam hidup.

Antara komen warganet : Hjh Lilah : Ada hikmah d sebalik pengh1naan..innsyaallah pengalaman ini jadi iktibar buat dua mkhluk yg suka merendah rendahkn org miskin dn klurga ramai yg hidup sedrhana.kuasa Allah yg pegang bukanya mnusia. tahniah buat Mael yg cekal dn tabah sehingga jdi manusia yg berjaya.

Kamal Nani : Miskin harta tp kaya anak…ada org kaya dgn wang ringgit tp anak x ada…. sebenarnya Allah maha adil dan mengetahui apa yg sebaik2 yg dirancang…mana tau salah sorg anak org blh jd kaya dan dia membela nasib keluarga dia….rezeki Allah yg tentukan…..org bnyk duit kedekut juga

Nek Salmah Salmahsalleh : Allahhuakbar..miskin itu di mata matnusia tapi kaya di sisi Allah. Kerana orang miskin selalu bershukur apa yg Allah beri. Selalu nya orang kaya MUDAH lupa diri somb0ng se suka hati mengh1na. Satu hari Allah nak uji baru ada akai sekelip mata hilang segala nya

Amal soleh jadi penentu. Ujian Allah SWT kepada manusia berlaku dalam pelbagai bentuk dan setiap ujian adalah utk melihat bagaimana seseorang itu menghadapinya. Oleh itu, sebaiknya hadapi ujian dgn berlapang dada serta berusaha mencari jalan mengatasinya.

Mereka yg diuji dgn kemiskinan, janganlah mengeluh kerana itu tandanya Allah SWT ingin melihat sejauh mana kesabaran kita berdepan dugaan. Ingatlah, setiap orang yg berusaha pasti mendapat kejayaan. Janganlah kita menyalahkan takdir Allah SWT, sebaliknya salahkan diri yg malas berusaha dan hanya suka mengharapkan bantuan orang lain.

Ketahuilah kaya bukan bermaksud mulia dan miskin pula perlu dih1na. Keimanan seseorang tidak diukur dari sudut banyak atau sikit harta dimiliki, sebaliknya berdasarkan keimanan serta amal soleh yg dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT yg bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebaikan) yg diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yg dikerjakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Muhasabah diri. Bagaimana kita berdepan ujian membolehkan kita menilai diri seterusnya bermuhasabah supaya langkah yg diambil seterusnya adalah usaha menghadapi keadaan itu sebaiknya atau memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Kekayaan dan kemiskinan adalah hak Allah SWT dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya kepada umat manusia. Firman-Nya yg bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yg terdahulu daripada mereka, maka (dgn ujian yg demikian), nyata apa yg diketahui Allah mengenai orang yg sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yg diketahui-Nya mengenai orang yg berdusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Sumber bharian & beranibangkit. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply