Demi suami, umi jadi hamba dlm keluarga. Pernah sekali walid tengking umi sbb tumpahkan nasi kt kedai makan, namun tindakan ibu selepas tu buat kami anak2 terpaksa tunduk sekali

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum. Maaf topik kali ini hanyalah pandangan peribadi saya. Maaf jika tak setuju. Tapi bagi saya, ramai wanita yg terdesak nak kahwin sampaikan terima sahaja lelaki. Asal boleh, sampai terpaksa pejam mata dgn beberapa perkara yg dah tunjuk sign red flags semata-mata sebab takut jadi anak dara tua.

Saya melihat perkahwinan umi saya sendiri. Umi berkahwin dgn walid bukan atas dasar cinta. Tapi dicantum keluarga. Umi terima walid krn dari luarannya, walid nampak ‘alim dan warak’. Keluarga walid juga nampak senang dan berada.

Walid juga nak kahwin dgn umi krn pilihan keluarga. Katanya usia walid dah tua, jadi kena kahwin cepat. Maka kahwinlah umi dan walid tanpa rasa cinta walau sekelumit pun. Konon nak bercinta lepas kahwin.

Persepsi ramai orang, bercinta lepas nikah lebih indah. Ya indah utk permulaan. Dari rasa malu-malu akhirnya terjatuh cinta. Tetapi lama kelamaan, barulah nampak karakter sebenar walid.

Umi sebenarnya banyak makan hati lepas nikah dgn walid. Walid seorang yg tegas. Kalau dia cakap A, umi wajib ikut. Katanya selagi walid tak suruh buat benda maksiat, seorang isteri wajib taat suami. Umi ni anak manja. Cukup kasih sayg dari parents. Tiba-tiba lepas kahwin, kena control dgn suami.

Umi pulak cant1k orangnya. Sampaikan umi masa berjemur baju bersembang dgn jiran pun walid tak bagi. Padahal sembang biasa saja, nak beramah mesra cakna dgn jiran. Tapi walid cepat cemburu.

Umi kerja pun walid suruh berhenti. Walid cakap walid masih mampu sara umi dan anak-anak. Umi ni punyalah susah payah nak dapat kerja, sekali walid suruh resign, umi memang tak setuju tapi walid kan tegas, nant1 walid cakap umi derhaka pada suami pulak.

Umi pun resign. Lepas dah resign tu lah walid bawa kami sekeluarga pergi duduk rumah nenek pulak. Yelah nenek duduk sorang. Walid ni bagus memang sangat saygkan maknya. Yelah syurga anak lelaki kan bawah tapak kaki ibu.

Jadi umi pun terpaksa la berkhidmat utk nenek sekali. Dah duduk menumpang rumah nenek, kenalah jaga hati nenek, basuh baju nenek, masak utk nenek.

Nenek ni depan walid memang macam ibu terpaling mithali lah. Lemah lembut bercakap depan anak cucu. Walid pun sentiasa anggap ibunya lemah lembut sopan santun. Tapi belakang walid, nenek suka menyakitkan hati umi.

Nenek selalu cakap umi masak tak sedap. Umi selekeh baju pun buruk. Nenek macam pandang rendah pada umi sebab umi tak bekerja. Tak macam menantu dia yg lain, semuanya kerja.

Bila umi mengadu pada walid, walid tak percaya. Walid cakap umi saja yg fikir negatif. Umi saja yg overthinking. Padahal saya sebagai cucu memang nampak jelas betapa fake nya nenek terhadap umi dan menantu lain. Tapi kalau depan walid, kemain elok nenek layan umi.

Tapi lepas saja walid gi kerja, fuhhh mulut nenek ada saja mengomel pasal umi. Ada saja benda tak kena. Nenek ni tak padan dgn tudung labuh. Tak padan dgn rajin baca quran. Tapi mulut. Suka buat umi menangis. Memang nenek ni betul-betul pandai berlakon.

Walid pulak, memang langsung tak bagi umi keluar rumah. Umi terus jadi ant1 sosi4l lepas kahwin dgn walid.

Umi ni langsung takde can nak lepak dgn kawan-kawan, nak join reunion, nak pergi jalan-jalan ke. Memang takde. Sebab umi dah kena kongkong dgn walid. Yelah bak kata walid, wanita ni fitnah dunia. Selangkah saja keluar rumah, terus boleh mengundang bahaya.

Ingat tak, umi kahwin dgn walid sebab walid nampak alim kan? Ya orang luar suka gelarkan walid “ustaz”, sebab walid memang ada ilmu agama dan pandai bercakap topik agama. Kalau dia sembang bab agama berdegar-degar. Tapi dia sendiri solat pun acuh tak acuh.

Selalu umi yg kena kejut subuh. Selalu umi lah yg kena suruh solat segala 5 waktu. Sebab walid jenis yg liat nak solat. Solat tapi suka lewat-lewatkan. Bila sembang berdegar, tapi diri sendiri tak sync dgn dia punya sembang.

Walid ni juga sebenarnya langsung tak hormat bini. Baygkan kalau umi ada silap sikit pun, terus walid tengking umi depan family.

Kadang2 kalau tengah jalan, depan2 orang juga walid tengking umi. Umi ni malu pun terpaksa cover. Kadang2 umi nak nangis, tapi umi cover saja depan anak-anak.

Walid ni memang layan umi macam hamba. Umi cakap sepanjang kahwin dgn walid, walid tak pernah sekalipun tolong umi buat kerja rumah, nak basuh pinggan sendiri lag1lah tak pernah. Apatah lagi masak.

Pastu walid ni suka marah-marah umi. Kadang2 walid ni kalau marah sampai merendah-rendahkan umi.

Contoh haritu pergi kedai makan, umi tak sengaja tertumpahkan nasi bawah meja. Tu pun bukan salah umi pun sebenarnya, sebab masa tu umi tengah dukung adik bongsu. Tapi walid on the spot terus tengking “macam mana boleh jatuh??!! Haihhh. Tak reti nak makan elok-elok??!!”.

Tengking walid sampai dahinya berkerut sambil geleng kepala dgn nada suara yg sangat kuat. Suara walid masa tu satu restoran tu boleh dengar.. Baygkanlah umi masa tu malu g1la. Dah tumpah banyak nasi bawah meja, umi pun tunduk la atas lantai kutip nasi bawah meja.

Walid bukannya nak tolong, walid sambung lagi membebel. Kami anak-anak pulak yg tolong tunduk kutip nasi dgn umi. Seriously, walid langsung takde empathy & tak gentleman.

Pastu pernah juga umi tengah rushing siapkan baju-baju nak balik kampung umi. Pastu umi tertinggal baju favourite walid. Walid punyalah marah siap tengking-tengking umi depan semua family masa tu. Walid siap cakap umi bengap lagi..

Pastu ada satu ayat walid yg umi paling tak boleh lupa sampai sekarang. Walid cakap “camnilah kahwin dgn orang yg tak cerdik. Camnilah. Asyik pelupa”. Kata walid kepada ipar duai yg lain. Walid ingat cool ke cakap camtu. Kami anak2 ni panas hati saja dengar dia hina umi kami camtu

Ya umi memang tak belajar tinggi. Umi bukannya pelupa. Tapi sebab semua benda umi yg buat. Walid tahu mengarah saja. Masa umi tengah kemas barang nak balik kampung, walid pernah tolong? Tak pernah. Walid hanya sibuk main phone.

Sedangkan umi berlari-lari siapkan pakaian anak2 dan suami. Walid pulak nak cepat. Umi terkejar2 nak buat semua. Pastu krn tertinggal baju fav walid, padahal banyak saja lagi baju lain. Walid terus hina umi macam tu

Dan ada banyak lag1lah episod walid hina dan malukan umi depan orang ramai. Kami anak2 ni la saksi dari kami kecil sampailah dewasa. Umi g1la tak derita? Umi selalu menangis sorang diri. Saya selalu nampak . Bila anak2 dah besar ni barulah kami adik beradik berani tanya umi, dan umi pun buka cerita.

Saya pernah tanya umi “kenapa umi kahwin dgn walid? Kenapa masih terima walid padahal walid tu punyalah buruk akhlak dgn isteri”. Umi cakap, umi terima pun sebab umi tertipu dgn karakter luaran walid.

Satu kampung mengagumi walid. Tapi yg kenal perangai sebenar walid hanyalah umi. Umi cakap, kalaulah umi tahu walid ni perangai camni, umi pun tak hingin nak kahwin dgn walid. Tapi dah takdir begini. Dah jodoh.

Pernah juga kami adik beradik ajak umi bercer4i dgn walid. Sebab sejujurnya, kami kesiankan umi. Sepanjang hidup selalu makan hati & diaibkan oleh walid.

Walid pun betul2 berlagak macam raja dalam rumah. Nak minum air kosong pun tak reti nak ambil sendiri. Nak ambil nasi sendiri pun tak reti. Semua umi yg buatkan. Umi tu betul2 macam hamba abdi.

Tapi umi cakap, umi pernah saja terfikir nak bercer4i dulu. Memang umi tak tahan sebenarnya. Umi banyak menderita emosi. Sampai umi pernah meroyan kejap lepas beranak tapi umi pulih. Semuanya gara2 perangai walid.

Umi sendiri pernah cakap nak minta cer4i dgn walid, tapi walid cakap walid takkan cer4ikan umi. Lagipun walid tak pernah angkat tangan dekat umi. Walid tak pernah abaikan nafkah.

Cuma walid banyak sakitkan hati & ganggu emosi umi sahaja. Umi cakap “takpelah. Umi syukur suami umi tak pernah pukul umi. Masih beri makan minum utk umi.

Kalau nak fikir yg negatif, memang asyik rasa nak bercer4i saja. Kena pandang sudut yg positif saja.. Kalau bercer4i, nant1 anak2 umi takde bapa. Nant1 apa orang kata. ”

Baiknya umi :'( kami anak-anak sebenarnya nak saja cakap dekat umi. Kami rasa lebih bahagia sebenarnya kalau tiada walid. Rasa lebih tenang hidup takde walid.

Umi takut nak cer4i sebab fikir anak-anak. Padahal anak2 lebih suka kalau parents bercer4i sebab tak tahan dgn penderitaan emosi yg dilalui oleh umi.

Kami sendiri pun sama2 menderita dan kemurungan selalu dengar walid tengking2 umi hampir setiap hari. Baygkan dari sekolah rendah hampir tiap hari dengar walid tengking dekat umi. G1la emosi kami tak terganggu?

Sampai sekarang pun, walid masih sama. Tak berubah. Tiap kali dengar walid hina umi, marah umi, sejujurnya saya pernah rasa nak angkat tangan dan pukul walid.

Sebab jiwa saya meronta-ronta utk pukul walid dari kecil lagi. Jiwa ini sangat tak tahan melihat ibu sendiri dihina sebegitu rupa. Lebih terguris hati bila melihat attitude walid dgn orang luar sangatlah lemah lembut. Sangat sopan bercakap.

Kalau walid bercakap dgn wanita lain, tak lekang senyuman di bibir. Tak berkedip mata kalau wanita tu cant1k. Tapi dgn umi, langsung tiada rasa hormat dan kasih bila bercakap..

Benarlah kata umi, walid sebenarnya tidak cintakan umi pun. Kahwin hanya atas desakan keluarga. Lepas kahwin pun tak betul2 mencintai. Hanya sekadar teruskan perkahwinan atas rasa tanggungjawab. Sebab tu walid layan umi camtu.

Sebenarnya perkahwinan ini kosong. Langsung takde rasa cinta. Walid sendiri tak pernah ajak umi solat jemaah sama2. Padahal walid tu kaki surau. Hanya nampak ‘alim’ di mata orang luar. Sedangkan dalam rumah, umi & anak2 saja tahu.

Baru-baru ini, kakak no 2 dipinang seorang lelaki yg nampak ‘warak’ juga. Walid setuju saja nak bermenantukan lelaki itu. Walid cakap “tak payah memilih sangat. Asalkan lelaki tu beragama pun dah lebih dari cukup”. Seriously walid?

Nak kami jadi macam umi? Hanya menilai agama semata? Tapi mujur kakak reject lelaki itu. Sebab turns out lelaki tu pun species macam walid. Alim tapi haprak. Belum kahwin dah ada cita2 nak poligami.

Sehingga kini, umi selalu pesan pada anak-anak terutamanya anak-anak perempuan. “carilah lelaki yg betul-betul cintakan kamu. Yg dia sanggup buat apa sahaja utk kamu. Yg melayani kamu dgn penuh kasih sayg dan hormat.

Yg sanggup tunaikan apa sahaja permintaan kamu. Yg utamakan kamu melebihi apa pun. Yg setia dgn kamu dan sanggup tunggu kamu sehingga bertahun2. ”

Umi sambung lagi. Umi cakap “cari lelaki yg betul2 cintakan kita. Jangan cari lelaki yg suka kita biasa2 saja, sebab dia berpotensi utk layan kita pun biasa2 saja lepas kahwin dan berpotensi juga utk curang.

Cari yg dia tak sanggup kehilangan kita. Jangan jadi macam umi. Dah kahwin pun takde rasa apa. Sebab perkahwinan ini pun tidak bermula dgn cinta”.

Tapi umi pesan juga. Janganlah dating berdua ke hulu ke hilir. Tapi berkawan dulu dgn bakal pasangan. Kenal hati budi dulu. Selidik latar belakang dan sejarah hidup dia. Kena betul2 teliti soal pemilihan suami. Sebab suami ni yg nak jadi ketua keluarga.

Suami ni kita nak layan seumur hidup sampai m4ti. Kalau suami anggap kita permata, kita akan bahagia sampai syurga. Tapi kalau suami anggap kita biasa2, mungkin akan dilayannya kita seperti hamba.

Alhamdulillah, kakak sulung kami dah bahagia kahwin dgn lelaki pilihannya. Sangat gentleman suaminya. Walaupun tak la alim mana, tapi solat 5 waktu jaga dan yg paling penting suaminya sangat romant1s dan penyayg dgn isteri. Selalu layan kakak kami macam puteri raja.

Kakak cakap “along kalau dgn hakim ni memang macam puteri raja. Along nak kemas rumah pun dia tak bagi. Dia akan upah orang utk datang kemas. Basuh pinggan pun hakim yg basuhkan. Along hanya masak & layan suami & anak2 saja. ”

Bertuah betul along. Dapat suami penyayg. Suami yg melayani isteri bak puteri raja. Mana nak cari lelaki begini. Satu dalam sejuta. Paling penting, umi la wanita paling happy dapat menantu baik.

Utk walid, tolong doakan walid berubah jadi lebih baik. Dah besar panjang ni kami pun memang dah renggang dgn walid. Macam mana nak rapat. Kami dihantui dgn perangai walid terhadap umi.

Igauan ngeri rasanya. Tolong doakan walid berubah jadi baik. Dan doakan walid dapat layan umi bak permaisuri . Semoga allah lembutkan hati walid. Buat umi, semoga allah kurniakan syurga utk isteri seperti umi

Saya yakin ada ramai lagi wanita di luar sana yg senasib dgn umi. Be strong & semoga syurga buat kalian. Jika tak tahan, bercer4i sahaja. Jangan seksa jiwa dan mental dgn perkahwinan yg tak bahagia.

Sudah sudah lah memberi alasan kekal dalam perkahwinan krn anak. Krn bila anak dah besar, pasti anak akan suruh kalian bercer4i saja dari dulu sebab tiada anak yg mahu ibu mereka dihurung pilu. Anda berhak utk merasa bahagia.

-Rosalinda (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply