Drpd hanya sewa bilik, sekarang dah mampu sewa rumah untuk isteri tersayang. Tapi saat ak baca text fon dia jantung aku terasa laju. Lantas ak scroll lagi text text yang sebelumnya. Rupanya ak sudah terlambat

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum sahabat. Thank kepada admin jika sudi siarkan luahan hati aku. Aku teramat perlukan sokongan diwaktu ini. Aku adalah Ashraf, bekas suami kepada Syuhada. 9 tahun yang lepas, aku adalah pelajar Food Tech di sebuah IPTA.

Sama bidang dengan Syuhada. Cuma dia junior aku. Fast foward, kami bercinta & selepas habis belajar, kami decide untuk bertunang & bernikah. 2 tahun pertama, semuanya betul betul indah. Cakap je nak makan apa mesti dapat. Mesti syuhada akan masakkan. Pergi mana mana mesti nak bersama.

Aku decide taknak kerja satu company, so kami mintak kerja di kilang berasingan tapi dekat. Sebelah sebelah. Pergi & balik sama sama. Mula mula dapat kerja naik motor saja. Sewa pun, sewa bilik. Betul betul susah smpai la dah senang sikit. Aku sewa rumah untuk kami suami isteri. Sebab jadi kewajipan aku sediakan tempat berlindung untuk isteri

Mula mula masuk rumah, tikar pun taka da. Tidusr atas mozek je dulu. Sebab duit dah habis buat bayar deposit rumah. Terpaksa tebalkan muka pinjam kereta kawan kalau nak beli barang besar sikit sebab tak boleh bawa naik motor.

Kadang- kadang wife ak nak masak benda frozen, peti sejuk taka da, terpksa letak ayam/ ikan kat rumah jiran sebelah. Jiran sebelah memang baik. Banyak bantu kami berdua. Aku merasa susah tu dengan wife aku. Aku bersyukur sebab dia nak bangun & jatuh disisi aku. Walaupun rumah ni kosong, tapi ada dia, aku sangat bahagia.

Cuma aku dengan dia. Allah belum beri rezeki anak pada kami. Jadi focus aku seterusnya adalah ke next level. Fast foward, 4 tahun berkahwin, masih belum diberikan rezeki anak. Tapi kehidupan semakin senang. Aku dah mampu beli kereta. Satu untuk aku & satu untuk dia.

Rumah yang disewa pun, tuan rumah dah jual pada aku. Alhamdulillah. Ada rezeki dalam setiap penikahan. Aku percaya benda tu. Kami masih sama, bahagia, pergi mana pun sama sama. Cuma kalau ada dinner company syuhada. Dia kurang gemar ajak aku, jadi mungkin ‘me time’ untuk dia. Aku ok saja.

Sehinggalah satu malam selepas dinner company wife aku, dia balik lewat dalam jam 1 pagi. Jadi ak dah terlelap. Sedar sedar dah waktu pagi. Aku bangun dan terus solat. Tiba- tiba ada satu text masuk ke dalam phone wife ak, text berbunyi “jatuh cinta tengok awak malam tadi”

Jantung aku terasa laju. Lantas ak scroll lagi text text yang sebelumnya. Rupanya text mereka bukan biasa biasa malahan seperti sedang bercinta. Wife ak juga pernah buatkan sarapan untuk si lelaki ini.

Selain itu, pernah juga isteri aku buatkan kek batik, hadiahkan jam di hari lahir si dia. Ak segera solat untuk dapatkan kekuatan dan ketenangan. Dalam sujud ku, ak meminta supaya aku tak buat yang macam macam pada wife aku. Risau juga dalam keadaan marah ni berlaku sesuatu yang diluar batasan.

Aku atur langkah, kejutkan syuhada untuk bangun solat. Dia bangun dan solat. Aku yakin dia isteri yang baik. Dia mendengar semua kata kata aku. Dia rajin melayan kerenah ku. Dia segalanya pada aku. Aku yakin dia mungkin tersilap langkah.

Selepas Syuhada selesai solat, aku berbicara dengan dia. Siapa lelaki yang text tu? Jawapan ringkas yang aku terima. ‘Kawan’. Jadi aku lanjutkan pertanyaan, ‘mengapa dia cakap jatuh cinta bagai, kan awak tu isteri saya. Mana boleh lelaki tu cakap macam tu’.

Syuhada cuma mengambil bantal & sambung tidur. Nyenyak mungkin tidurnya. Sedangkan aku dalam keadaan gelisah, Susah hati, cemburu, sedih rindu dan sakit semua nya kurasakan sekarang. Tepat jam 10 pagi syuhada bangun dan terus buatkan sarapan. Dia berlalu tanpa menegur aku. Sepertinya ak yang bersalah dalam , hal ini. Lantas aku buka mulut, “awak , siapa lelaki itu? Awak ada orang lain ke?”

Kali ini jawapannnhya juga ringkas tapi lebih padu. Dia jawab “ya”. Allahu. Berikan aku kekuatan. Lantas aku segera bertanya lagi, “kenapa macam ni? Kita baik- baik saja kan selam ni?” jawab syuhada, dia terlalu bosan hidup dengan aku.

Dia dah tak boleh bahagia disisi aku. Hidup yang hamper 5 tahun tapi tiada arah tuju. Tiada anak seperti tiada masa depan. Aku cepat- cepat peluk dia, pujuk dia, agar istighfar. Kembali pada aku, kembali pada Allah. Semuanya Allah yang rencanakan.

Tapi tetap pilihan dia lelaki tu. Ya, lelaki yang berstatus bujang, satu tempat kerja & lelaki yang tahu wanita itu adalah isteri ku. Tetapi mengapa isteri aku. Tidak ada ke perempuan lain yang dia boleh cari?Sedihnya. Sungguh sedih sahabat. Isteri mahu aku menceraikan dia.

Demi lelaki itu. Dia sanggup meningg4lkan suami dia yang bertahun ini, demi perkenalan yang beberapa bulan itu. Sejak daripada itu, Syuhada begitu lain pada aku. Tidak mahu solat bersama. Tidak mau lagi pergi ke tempat kerja bersama. Baliknya juga sudah lewat.

Isteri yang sepatutnya bahagia disisi aku, tapi aku sedang lihat dia bahagia dengan orang lain. Selepas 9 bulan kejadian tersebut, kami pergi ke mahkamah untuk sesi kaunseling dan dapatkan khismat nasihat. Tapi semua usaha itu membawa kepada jalan buntu. Ak akur dan terpaksa lepaskan syuhada.

Sedih. Sangat sedih. Isteri aku, aku lepaskan untuk dia lebih bahagia pada jalan yg dia sendiri pilih. Rumah yang dulunya disi dengan kehadiran dia kini seperti tin kosong. Lebih kosong dari waktu tiada perabot dlu.

Allahuakhbar. Jatuh tersungkur aku. Rindu teramat pada dia. Menangis hampir setiap malam, Allah saja yang tahu. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja & jual rumah itu. Biarlah aku pergi jauh daripada aku terus sakit berada disini walhal mereka disini pasti sedang mengecapi bahagia.

Kejadian ini berlaku pada 3 tahun yang lepas namun saat aku menulis dan menceritakn disini, air mata aku masih jatuh berguguran. Aku masih rindukan dia sama saat aku ada disisi dia. Masih aku cintakan dia. Masih aku sayang dia. Aku belajar cara melupakan dia, aku busykan diri.

Aku belajar buat banyak benda. Tapi hati aku masih ada dia. Aku yakin akan tiba masa aku akan lupakan dia. Aku pun belum pasti bila masanya. Kini syuhada sedang bahagia bersama suami barunya. Dia dah pun block aku disemua media sosial dia.

Ada rakan rakan dia yang masih friend dengan aku di media sosial. Kadang terlintas gambar bahagia mereka. Takpe la, focus aku adalah mencari kebahagiaan aku sendiri.

Doakan aku terus kuat ya sahabat semua. Sedikit mutiara kata untuk pembaca yg juga mengalami pengalaman yg sama seperti cerita di atas. Setiap manusia dituntut agar bersikap reda dengan setiap takdir yang sudah tertulis buat mereka. Reda juga membawa maksud apabila seseorang itu mampu melepaskan sesuatu sama ada yang mereka sukai mahupun sesuatu yang mereka tidak sukai. Namun ‘sesuatu’ untuk dilepaskan itu adalah perkara yang berat untuk dilakukan.

Bersikap reda dalam setiap kegagalan juga merupakan perkara yang dituntut. Kegagalan yang terjadi juga boleh dikaitkan dengan kehidupan seseorang. Malah yang menyedihkan lagi apabila seseorang itu gagal dalam meneruskan hubungan mereka ke arah sebuah perkahwinan.

Mungkin dia bukan yang terbaik untukmu. Mencintai seseorang merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan. Baru kenal sehari dua pun sudah boleh buat seseorang itu jatuh cinta. Namun sejauh mana seseorang itu dapat mengenal hati budi pasangannya kalau sebegitu mudah mereka mengungkapkan rasa cinta?

Tidak dinafikan juga masih ada mereka di luar sana yang bernasib baik. Hanya melalui perkenalan yang singkat itu jugalah jodoh mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin. Namun sebaliknya pula bagi mereka yang tidak bernasib baik.

Apa yang harus anda ingat adalah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin insan tersebut masih bukan yang terbaik untukmu. Baik buruk seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, selalu yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply