Duit x cukup, isteri tpaksa potong ayam kecik2, mkn aym seketul pun simpan separuh utk tghari, suami pulak selamba je balik kerja bw balik pisg gorg & takoyaki, Mengejutkan Bila ditanya Selamba Je Suami Jawab Macam Ni.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Salam min. Hide profile saya . Saya sekarang mengaandung 5 bulan. terpaksa berhenti kerja sbb mabvk teruk. Urusan rumah semua saya buat. Hari hari kalau ada bahan dekat dapur memang saya masak.

Sekarang duduk rumah sewa tapi ayah saya yg tlagi bayar. Bill2 lain pun ayah saya yg tolong bayar. Suami tak berapa nak ada duit . Ayah saya bantu sungguh2. Tapi takkan sampai duit makan pun ayah saya nak kene bagi… contoh suami saya dapat duit 200.

Seratus dia bagi saya. Katanya suruh saya simpan. Seratus buat belanje berdua . Saya tapi sehari dia bole habis kan beli jajan roti dlm 20 30 ringgit. N apa yg dibeli tu takkan smpai sehari pun bertahan. Banyak kali saya cakap 20 30 ringgit tu bole beli barang dapur, baru ingat nak beli serai halia ayam sikit sebab barang dapur dah habis.

Tapi dia habiskan dekat bende macam tu. Belum lagi flavor pod. Seminggu dua rm30. Saya menangis bercakap dgn dia semalam. Saya mengaandung 5 bulan seluar mengaandung pun tak beli sebab tak ada duit. Pakai seluar lama letak getah sayur yg penting boleh pakai.

Saya teringin nak makan roti gardinia dgn kaya pun saya tak beli sbn fikir rm5 boleh beli barang lagi penting dari roti. Saya mengidam nak makan aiskrim BR pun saya tak ajak dia pergi makan sebab kalau makan duit tu boleh buat beli ayam masak seminggu.

Dah la barang baby pun saya yg beli. Untuk simpanan saya bersalin dan barang anak pun satu sen dia tak sediakan lagi. Saya masak lauk pun ayam 5 ketul setiap kali masak. 2 ketul bagi dia bawa bekal. Pagi saya makan separuh dari seketul, tenghari saya makan balance yg saya makan pagi tadi.

Bila dia balik petang makan lauk yg berbaki 2 ketul lagi ayam makan berdua. Setiap kali beli ayam potong 18 sebab nak jimat tahu2 bila dia balik dia bawa balik takoyaki rm10 Goreng pisang dgn keropok lekor Katanya dia teringin.

Habis kat situ je rm15. Setiap kali dia nak pg kerja saya check wallet dia ada ke duit nanti nak isi minyak lagi semua. Dgn duit yg ayah saya bagi n dia bagi tu saya letak rm15 hari hari dalam wallet dia..banyak kali saya suruh jimat tp itu juga dia buat.

Saya kat rumah tak cukup makan utk saya dan anak dalam perut. Fikir kalau saya makan lebih malam takkan dpt makan. Dgn nak simpan duit utk beli brg baby n duit bersalin lagi. setiap kali dia cuti dia bagi saya rehat tak payah masak. Tapi saya kene makan pagi on time.

Tengahari on time. kalau saya beli roti dah 2 3 ringgit. Jadi saya tak beli roti. Saya harap dia tlagi bangun belikan nasi lemak, tapi tak. Pagi ni saya kejut dia, dia maarah.

Dia tanya apanya. Saya diam dia sambung tidur. Saya makan nasi lebihan smlm dgn ayam peha dah tinggal tulang2. Isinya sikit sangat. saya panas kan. Saya makan jam 9. Puukul 12 saya lapar sangat sampai rasa nak muntah , saya kejut dia, dia maarah, dia nak rehat.

Saya tidur balik tahan lapar sbb dah smpai nak muntah. Dia bangun puukul 2 dia tak kejut saya. Dia makan roti jajan yg dia beli makan tadi bagi habis semua. Saya bangun saya ckp puukul 2 masih tak makan tenghari , saya tak boleh hidup macam ni.

Lepas tu saya dimaarahnya balik. Dia kata saya dah makan nasi kan, nak makan apa lagi. Saya terus capai tudung klua dari rumah cari makan sorang2 dgn perut lapar sangat dgn nak muntah. sedih sangat sangat.

dgn barang dapur habis. Kalau tak saya dah masak. Serai tak ada ayam tak ada. Halia habis. Kicap pun dah habis. Telur pun tak ada. Sedih sangat knp saya hidup macam ni. Dah la duit yg dia bagi pun balik saya akan topap duit minyak dia pg kerja . Banyak kali bercakap pun macam ni juga… Sumber : kisah rumah tangga

Ini pula kisah ke 2 yg lebih mendebarkan. Assalamualaikum semua. Aku perlukan pandangan dan nasihat mengenai perangai aku. Aku sudah bekerja, belum berkahwin dan menetap bersama keluarga. Aku berkerja swasta dgn gaji yg tetap kadang-kadang ada juga elaun tambahan.

Disebabkan latar belakang family yg susah masa kecil menyebabkan aku menjadi seorang yg berjimat cermat apabila berbelanja. Pakaian beli yg jenama biasa biasa sahaja asalkan selesa pakai, makan pun biasanya makan di kedai biasa sahaja dan jarang-jarang aku makan di kedai yg hipster.

Kalau air Starbuck tu aku tak pernah beli sebab rasa membazir nak habiskan berbelas ringgit hanya untuk minuman. Kalau duit tu dibeli makanan mesti lebih mengenygkan.

Tapi aku memang tak pernah miss bagi duit belanja dekat mak dan bila ada elaun lebih aku memang akan belanja family makan dan staff pejabat makan. Bukannya selalu jadi aku tak kisah. Tapi kadang-kadang ada juga yg tak best bila ada staff pejabat tahu aku dapat elaun lebih mulalah minta aku belanja makan.

Macam memaksa pulak, bagi aku terpulang dekat orang tu la nak belanja ke tak, tak perlulah nak meminta-minta. Bila ada orang yg macam ni terus spoil mood nk belanja tu. Family aku tak pernah macam tu meminta minta untuk dibelanja makan.

Kemudian dgn kawan-kawan pulak, kalau dulu aku selalu advance duit untuk bayar dulu tapi last last diaorang tak bayar pun jadi aku niatkan la sedekah sebab segan nak meminta. Tapi bila dah selalu macam tu, aku elakkan untuk advance bayar dulu sebab nanti aku boleh transfer saja dekat bank diaorang.

Selain tu, bila nak keluar sama-sama memang aku akan keluar dgn kereta aku dan aku akan pickup sorang-sorang dekat rumah diaorang sebab rumah masing-masing takdelah jauh sangat dan mudah nak berbual apabila satu kereta.

Aku tak minta pun duit minyak bila pickup sorang-sorang dan hantar balik sorang-sorang. Aku ikhlaskan saja sebab aku pun nak have fun dgn kawan-kawan.

Tapi bila makan pun asyik aku saja yg advance jadi fed up jugak. Bukan semua kawan aku macam tu sorang dua saja yg perangai macam tu tapi kami keluar sama-sama sebab satu geng.

Tapi baru baru ni ada sekali tu kawan aku yg selalu tak bayar balik duit makanan dekat aku tu dia yg advance duit untuk bayar dan dia terus beritahu yg dia belanja. Aku jadi serba salah pulak.

So aku terfikir adakah aku ni kedekut? Salah ke kalau keluar ramai-ramai masing2 bayarlah makanan masing-masing unless kalau orang tu betul-betul nak belanja.

Aku pun pernah belanja kawan kawan makan kalau ada rezeki lebih aku belanja la kek, air tealive ke. Aku kecewa bila aku takde pun sebut nak belanja makan tapi bila ada kawan yg tak bayar so terpaksa la belanja. Unless aku beritahu awal2 yg aku nak belanja diaorang makan.

Kadang2 aku elak nak keluar hang out sebab takut kena paw tanpa rela. Bila ada kawan yg minta aku belanja terus spoil mood aku dan aku bagi alasan lain untuk elak. Sampaikan aku rasa aku kena perli plak. Patut ke kawan aku directly minta aku belanja dia? it is not proper right?

Aku sekarang cuba untuk jadi lebih pemurah dan belanja kawan2 makan tapi kadang2 datang fikiran baik aku belanja family aku makan sebab family tu lebih penting. Tapi aku cuba jugak amalkan kalau kita bersedekah harta kita takkan berkurang.

Aku sekarang menabung duit gaji sebab aku perhatikan kakak dan abang aku diaorang dalam bank ada puluh2 ribu sebab simpan duit nak beli rumah/ tanah. So aku menabung sebab suatu hari nanti aku pun nak beli rumah sendiri atau tu akan jadi tabung kecemasan aku.

Aku perasan aku susah sikit rezeki nak masuk. Aku terfikir adakah sebab aku kedekut? Tapi aku dah cuba seboleh bolehnya belanja family, kawan kawan, sedekah tapi aku tak pernah dapat komisyen sendiri.

Aku cuba amalkan surah Al-Waqiah setiap hari tapi tak berubah. Income bulanan aku hanyalah pada gaji tetap bulanan dan elaun tambahan yg tak menentu. Aku boleh dapat income lebih kalau aku cari klien sendiri. Aku dan cuba tapi masih tak dapat.

Adakah aku perlu lebihkan berbelanja/ sedekah orang lain tapi takut aku tak ikhlas pulak sebab setiap bulan aku takmiss belanja family, staff pejabat dan kawan kawan something yg affordable la dan sebab aku jenis berjimat cermat.

Aku kira-kira bulanan aku boleh simpan 700-900 sebulan lepas tolak semua komitmen termasuk duit untuk family. Jadi duit tu la aku guna untuk diri sendiri, simpanan dan sedekah. Alhamdulillah setakat ni kalau hujung bulan aku takkan pernah kekeringan duit dan tak perlu cut perbelanjaan aku.

Aku memang tak suka kalau hujung bulan aku kena cut perbelanjaan aku sebab aku tak nak stress tak cukup duit bila hujung bulan. Aku cuma harap aku dapat income lebih untuk simpanan dan aku konfius dgn perangai aku macam mana yg aku cerita kat atas tu, adakah aku kedekut? Dan apa-apa yg aku perlu lakukan agar aku dapat rezeki lebih.

Terima Kasih.– Anita (Bukan nama sebenar). Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply