Esok nak gaji mertua da call suruh balik, shopping mknn dan siap minx duit belanje utk adik yg xkerja. Satu hari, mak mertua hajat sesuatu yg buat aku terasa sgt kecewa

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Seringkali kita mendengar masalah rumahtangga yang menjadi punca pencerraian kerana adanya orang ketiga. Orang ketiga ini bukanlah bermaksud hanya dengan wanita lain di luar sana ataupun pasangan cvrang. Tetapi kehadiran dan campur tangan dari ahli keluarga juga dikira sebagai orang ketiga. Sudah banyak kes-kes yang kita dengar dan lihat,

pasangan bercerrai atas sebab sikap pentingkan diri dari keluarga mertua yang menyebabkan menantu kurang selesa dan akhirnya memilih untuk berpisah walaupun dalam hati masih ada perasaan cinta dan sayang pada si suami atau si isteri.

Seorang wanita berkongsi kisah apa yang sedang berlaku dalam perkahwinannya dan akibat dari itu dia dan suami selalu bertengkar dan lama-lama ia akan memburukkan lagi keadaan. Semoga kisah sebegini dapat dijadikan ikhtibar kepada masyarakat di luar sana.

Tak salah untuk anak-anak berbakti pada orang tua, tetapi jangan mengambil kesempatan atas tiket bergeIar ‘ibu bapa’. IBU MERTUA. Assalamualaikum semua. Dekat sini saya nak kongsi sedikit tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Saya tak ada masalah sangat dengan suami.

Tetapi yang buatkan saya str3ss adalah perangai keluarga mertua saya, terutamanya mak mertua. Untuk pengetahuan rumah saya dengan mertua dalam 2 jam perjalanan. Saya dan suami, alhamdulillah bekerja dalam badan kerajaan.

Mak mertua tahu setiap kali gaji orang kerajaan masuk mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak supaya kami balik kampung. Setiap bulan memang macam tu. Duit bulan-bulan kami dah bagi tapi dia suruh kami balik sebab dia mintak belikan barang dapur.

Setakat asas tu ok lah bagi kami. Ni dia beli jajan-jajan makanan frozen macam beli nugget, s0sej, aiskrim m4gnum atau walls, ayam goreng frozen, fries (kalau boleh semua yang ada jenama). Dia tak nak ye makan yang timbang-timbang. Tu semua untuk anak dia yang malas nak kerja, duduk rumah tahu makan tidur je.

Lepas beli barang tu dia siap pesan untuk bagi duit belanja pulak untuk adik dia. Alasan sebab adik tu tak ada pendapatan. Cukup sihat walafiat tapi tak nak kerja, pergiIah usaha cari duit kalau dah tahu selera makan tu besar sangat. Mertua pun jenis selera makan high class.

Adik suami tu perempuan bujang tapi mak dia cakap tak kerja pun tak ape. Nanti dah kahwin suami tanggung. Mertua bagitau suami, kalau dapat gaji kena dahulukan kebajikan mak ayah, sebab tu mak nak menantu perempuan biarlah bekerja dan bantu suami tanggung family belah mertua.

Saya tak boleh nk paham dengan ayat mertua ni. Anak perempuan sendiri dia tak bagi kerja cari duit. Bila ipar-ipar balik, adik ni tahu nak mintak je apa yang dia nak. Saya str3ss sangat. Bila saya sebagai menantu prempuan, dia mintak saya kerja bantu suami. Tapi anak perempuan sendiri mertua tak bagi kerja.

Korang bayangkan sampai dia mintak saya buat kerja part time untuk bantu suami. Bulanan gaji saya dan suami bila simpan je mesti terp4ksa keluarkan balik. Mak mertua akan call minta benda bukan-bukan contohnya driII t3buk dinding tapi nak brand bosch sahaja, mahal ok. Tak nak brand murah-murah.

Kalau harga dalam RM50 tak pe, ini harga RM200+ kot. Kami suami isteri bukan hidup senang. Tapi mertua tak nak duit anak dia habis dekat isteri dan anak. Isteri bekerja boleh beli keperluan sendiri dan anak. Duit suami saya hanya untuk mak ayah sahaja. Kadang-kadang berg4duh saya dengan suami

sebab perangai mak ayah dia yang selalu desak kami. Saya kerja tak ada la bagus sangat, tapi setakat tak menyusahkan suami kira ok la kan. Kereta dan moto pun saya yang beli. Tapi yang sedihnya bila mertua cakap dengan suami yang mertua kalau boleh nak menantu yang kerja berpangkat dan berduit.

Senang nak minta tolong katanya. Adakah mertua minta suami saya kawin lagi 1? Sedih betul saya dengar, tak cukup lagi ke peng0rbanan saya selama ni bantu suami dengan family mertua. Perkongsian yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca.

Rata-rata rasa kurang senang dengan campur tangan yang berlaku. Ia sedikit sebanyak akan mengganggu keharmonian rumahtangga anak dan menantu. Antara reaksi warganet

Haya ta – Maaflah.. Selagi belum akad nikah kalau da tau camni… Cinta mcmana pun suka mcmana pun sayang mcmana pun saya angkat kaki lah…. sorry tugas menantu bukan nk support ekonomi keluarga mentua esp menantu perempuan. Kalau nak sedekah dan sudi memberi bantuan tu adalah hak peribadi perempuan dan bukan tanggungjawab sepenuhnya.

Dan memaksa duit menantu perempuan utk tgjawab keluarga lelaki mmg melampau. Keluarga yg xtau hukum hakam agama. Lainlah sekadar ada duit lebih menantu nak bantu tanpa paksaan mana² pihak. Better bincang habis2 sebelum nikah.

Emy ari – Ko ckp kt mentua ko yg g1la tu, dr saya kerja utk hulur kt mak..baik saya kerja utk hulur kt mak saya…..mak ada ank perempuan kn.. srh ja dia kerja dr idup nk menyusahkn org lain…tkda maknanya ko nk susah pyh buang duit ko utk mentua g1la mcm tu.

Zanariah amri – Kita kena bertegas supaya diri tak menjadi mangsa buuli mak mertua atau sesiapa pun, dari mula jgn bagi muka, org mcm ni klu dibagi betis mesti nak peha pula, oleh itu kita kena berhati kering nak hadap org mcm ni,

jgn risau klu benda ni buat anda suami isteri bert3ngkar, kita kena jaga kehidupan kita juga takkan asyik nak memendam rasa nak ikut kehendak org tak berbaloi semua tu, sayangi dan hargai diri sendiri.

Peah ah – dah tu knp kau tak sound direct sdgkan ank perempuan mak, mak ckp x pe x kerja…sy menantu pon nak buat mcm tu la haaa baru la nampak mulut pu4ka supaya mertua pon sentap ujung bijik nak berkata bebukan…

Ini pula kisah ke dua berkaitan menantu dan mertua juga. Salam min. Hide fb aku ye. Sempena dah boleh rentas negeri nie aku rasa happy sgt sebab boleh melawat mak mentua aku. Tapi harinie bila pulang dari rumah mentua aku rasa kecewa dan down sangat.

Mak mentua menyuruh aku mencari kerja dengan alasan anak2 aku dah besar. Kenapa hina sangat ke kalau aku tak bekerja? Selama pkp ni walaupun pendapatan suami aku terjejas tapi tak pernah sekalipun kami mintak nak pinjam duit dengan mereka dan adik beradik lain.

Walau kami makan nasi, kicap dan telur saja. Syukur sekarang suami aku dah boleh bekerja seperti biasa. Suami aku kerja kilang saja tapi syukur gajinya cukup untuk menampung kami empat beranak.

Basic gaji suami aku 2k tambah ot dan elaun biasanya akan dpt dalam 3.5k sebulan. Aku rasa itu lebih drpda cukup. Kami juga dah ada rumah sendiri, kereta yg dah habis hutang bank. Nikmat apalagi yg aku dustakan? Aku juga bukan jenis wanita yg suka bermekap sakan.

Aku ala kadar saja. Sebab wlu aku pakai bedak baby je aku tetap comel (yakinnya kamu, hebatnya kamu hahaha) gurau je k. Aku ada buat bisnes online jd dropship produk2 dan nak kata untung banyak takde lah juga tapi syukur setiap bulan kami sentiasa ada lebihan duit.

Oh iya aku juga buat semua simpanan mcm asnb, tabung haji dan sspn untuk anak2 aku. Cuma hibah je aku baru nak merisik ejen2. Ehh terpanjang cerita tempat lain pulak. Tak sebenarnya aku jadi down. Ye memang aku graduan universiti dan aku seorang yg bijak (konpiden level perghh). Pointer aku juga boleh tahan cantik (konpiden tu penting haha).

Tapi aku memilih untuk tak bekerja sebab susah nak cari pengasuh dan aku sejenis ibu yg paranoid. Aku sentiasa risau dan gelisah memikirkan anak aku dalam jagaan orang lain. Aku cuma tertanya2 hina sangatkah aku tidak bekerja dan memilih jadi surirumah sahaja?

Perkara nie bukan sekali dua terjadi tapi sepanjang 8 tahun perkahwinanku, aku menghadap soalan yang sama. Yang kecohkan aku tak bekerja hanya keluarga belah suami. Mak dia, mak sedara dia, sepupu sepapat dia.

Mula2 aku buat tak endah jerrr dengan semua soalan tu tapi semakin lama kerap kali dipersoalkan aku jadi rimas dan muncul rasa nak memberontak. Kenapa mereka tak faham? Aku tak pernah minta tolong walau sesen pun daripada mereka.

Suami aku pun tak pernah minta tolong. Kenapa mereka kisahkan sangat hal aku yang tak bekerja ni?? aku bukannye duduk goyang kaki sahaja kat rumah. Aku buat segala kerja rumah dan jadi pendidik pada anak2 aku. Aku sedih sangat.

Dan seperkara lagi, aku baru menerima 2 org biras baru semasa dlm tempoh pkp haritu. Abg2 ipar aku berkahwin. Semua biras aku muda drpda aku dan mereka ada kerjaya mereka sendiri (umur aku 27thn). Aku tak cemburu tentang itu.

Aku tumpang gembira utk mereka. Masalahnya yang aku sedih tadi mak mentua aku kata nak bagi pinggan mangkuk lama dia pada aku sebab katanya dia nak beli yg baru. Jd yg lama tu bagi pd aku. Ye aku bersyukur dan sangat berterima kasih.

Aku sempat suarakan pada mak untuk bahagi sama rata pada aku dan biras2 yg lain. Tapi mak mentua aku dengan selamba kata “takpe diorang boleh beli lain, diorang ada keje sendiri ada duit sendiri”.

Jujur hati aku rasa terhiris dengan ayat tu. Adakah selama nie mak bagi aku barang2 sebab dia rasa aku tak mampu beli? Aku dan suami bukan tak mampu beli cuma aku ada perancangan aku sendiri. Selepas rumah kami siap direnovasi barulah aku bercadang untuk beli perabot dan barangan lain. Buat sementara nie kami pakai apa yang ada dan menyimpan duit untuk renovasi rumah.

Aku jenis tak suka berhvtang. Bagi aku takpe biar lambat yang penting akhirnya aku akan dapat capai matlamat aku. Pelan-pelan kayuh kata orang. Sekarang ni aku nak minta pendapat korang adakah aku yg terlalu over sensitif ataupun sememangnya mak mentua aku bersikap prejvdis pada aku? Tq admin. Sumber krt. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply