Flight kecoh bila anak mat salleh ni menangis tak henti, namun tindakan muslimah melayu ini telah buat si ayah terpaku

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.

Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit, “Sit here my boy. ” Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya.

Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kec3masan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.

”Mumy ! Dady ! We are flying !” Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha.. And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.

Habis menangis gila member0ntak budak mat salleh di sebelah saya. ”No light inside. No light inside. ” Wuwuwuwuwuwu…. sambil menangis kuat. Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha… Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.

Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.

Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat g1la. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. Tak tahu nak marah ke nak gelak. Nak marah terasa comel pulak.

Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. Lalalalala..

Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.

No light inside! No light inside! No light inside! Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak.

After keluar toilet budak tu masih nangis. Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk ‘reading’ di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya.

“Again”. Teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).

Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..

And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan.

Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah. Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana.

Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu. ”Let me try”. Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri.

Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati, ”Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. ”

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. “Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad.”

Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan. Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.

”Wooooo amazing. Oh my god!!!”. Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god! Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan. Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam. Share jika bermanfaat. Kak Hassanah a.k.a Senah, Penulis Buku Henshin Muslimah.

Ni admin share sikit tips utk para pembaca. First Time Naik Flight Bawa Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 6 Tips Berguna. Bila musim cuti sekolah dah makin hampir, mesti ramai yang rancang untuk pergi bercuti dengan anak-anak kan?

Walaupun excited nak berjalan makan angin, tapi mungkin bagi yang first time nak naik flight dengan bayi akan rasa nervous.

Sebenarnya ada tricknya kalau nak bawa anak kecil naik kapal terbang ni. Dalam artikel kali ini kami berbesar hati nak kongsikan pengalaman dan tips oleh Puan Nursha Salleh. Insha Allah kalau ikut tips ni, perjalanan mommies akan jadi lebih mudah.

Kalau cakap bab nak travel dengan anak-anak kecil mesti orang macam anggap itu salah satu pengalaman ngeri kan? Mana tak nya. Nak layan karenah anak kecil kita. Fuh pening!!

Dengan nak kena datang awal untuk check-in, nak kena tunggu lama lagi dalam flight. Lepas tu nak kena tunggu lagi kalau flight delay. Pening! Sebenarnya, nak melancong dengan anak-anak kecil ni mudah je kalau perancangan awal dibuat.

Kita hanya kena pastikan anak-anak berada dalam keadaan anak kita yang selesa untuk mendapatkan perjalanan yang lancar, tambahan pula bila menaiki kapal terbang.

Ini pun first time tau saya bawak anak travel naik flight ni. Agak mencabar jugak tapi kalau dah planning semua insha Allah senang sangat.

Sebenarnya senang je travel dengan anak umur bawah 2 tahun ni sebab baby biasanya tak banyak songeh. Ni saya ada kongsikan serba sedikit untuk travel dengan anak kecil.

Pertama cuba ambil flight malam. Saya sengaja tempah flight malam sebab waktu tu kena dengan waktu tidur anak. Jadi lebih senang nak handle. Tapi sebelum tu memang saya akan bagi baby makan dulu siap-siap.

Kalau ada duit lebih, saya cadangkan pilihlah tempat duduk yang selesa dan sesuai untuk bawa anak kecil. Hari tu saya ambil seat yang paling depan sebab lebih luas kan.

Kedua, asingkan barang baby dalam beg galas. Macam saya, saya bawa satu luggage memang ready untuk check-in. Lepas tu satu beg galas untuk letak makanan, susu dan keperluan anak serba satu. Yang ni saya letak baju extra, kain lampin tebal, diaper dan juga stokin. Lampin memang saya bawak extra untuk emergency ke apa kan. Tak payah nak kelam-kabut nanti.

Ketiga biar anak letih sebelum naik flight. Sementara menunggu untuk ‘boarding’, saya biarkan anak-anak berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitar.

Biar dia main puas-puas dulu sebab nanti dalam flight pergerakan agak terhad. Seeloknya tunggu hingga menjadi orang yang terakhir naik flight. So, bayi taklah rasa rimas dan overwhelmed.

Bila kita yang terakhir masuk pesawat, maka bayi tak perlu tunggu lama untuk berlepas. Lagipun masa menunggu untuk berlepas penghawa dingin dalam kapal terbang tu kurang sejuk dan mungkin akan buat anak kepanasan, tak selesa dan meragam. Jadi elok juga standby satu kipas tangan yang pakai bateri tu.

Keempat semasa take off. Yang ni kena titikberatkan sebab waktu ini, kadang-kadang anak akan menangis sebab terkejut bila rasa tekanan yang kuat dekat telinganya.

Tips untuk atasinya ialah dengan bagi anak minum susu atau breastfeeding. Macam saya, saya akan bagi baby menyusu sebab tak nak bagi tekanan yang terlalu kuat sangat. Jadi bila dah duduk, pakaikan seatbelt dan bolehlah berikan susu kat baby bila kapal terbang dah mula nak bergerak ke landasan.

Kelima, secutiry check. Oh ya, kalau ikutkan masa security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk. Tapi kadang-kadang security lepaskan sebab untuk baby. Tapi kalau dibenarkan pun biasanya untuk penerbangan domestik saja (dalam Malaysia).

Kalau di overseas, security sangat strict. Air suam / panas boleh diminta dengan pramugari. Masa dekat flight nanti boleh minta dengan diorang.

Terakhir sekali changing table. Buka dan lipat turun ke bawah. Dah selesai lipat balik ke atas. Kalau was-was dengan kebersihan, lapkan dulu dengan wet tissue. Kemudian lapik dengan lampin / tuala / kain bersih sebelum letak baby dekat situ.

Apapun yang paling penting, mommies pun kena pastikan dapat rehat yang cukup sebelum hari nak travel tu. Yelah, nanti susah pulak nak urus dan layankan anak berlari, makan, menyusu, main semua. Bila kita cukup tidur dan happy, insha Allah anak pun sama seronok dan kurang meragam.

Lagi satu, banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Itu sahaja tips travel saya untuk ibu-ibu semua. Semoga bermanfaat. Happy travel guys! Sumber Puan Nursha Salleh menerusi Facebook via siraplimau. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply