Gaji lebih dr suami ak jadi ego, satu hari ak marah dan dia ‘meletop’ balik hingga ak telah halau dia keluar rumah, family mertua dtg ambil suami tapi xsangka apa yg jadi lepas tu buat suami benci pandang ak

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.

Bismillah. Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21.

Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k.

Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergadvh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran.

Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin tervk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku.

So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang.

Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam. Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi. Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar luc4h. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku.

Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu. Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku.

Kem4tian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju.

Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Aku rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia.

Aku rindu pang1lan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas. Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cer4i. Doakan aku. – Nurul via IIUM.

Ini pula kisah kedua yg lebih mendebarkan. Dulu baru kahwin suami ada motor je kerja pun kena berhenti. Sekarang sampai dah ada bisness sendiri

“Aku izinkan mereka bernikah”. Thanks admin sebab approve penulisan aku ni. Thanks jugak yang sudi bagi pendapat dan support aku. Aku nak kan semangat je

Salam dan hi korang. Aku istri pertama. Ye suami aku ada dua bini. Bini ke dua memang lagi cantik dan muda dari aku. Hati aku? Tak dapat aku gambar kan.

Aku ada 5 orang anak. Semua comel comel dan memang semua bijak pandai. Suami aku baru nikah dengan madu aku tu setahun lepas. Ye aku tahu. Aku sendiri terima dengan hati terbuka. Dari dia orang buat maksiiat belakang aku, aku bagi je izin dorang kawen.

Aku tak tau sakit nya macam ni. Sungguh aku taktau. Sakit sangat. Walau pun aku tahu aku sndiri yang bagi. Tapi.. Ye madu aku tengah pregnant sekarang ni. Dia muda dan orang kelulusan tinggi. Aku? Dulu belajar madrasah je. Aku tahu aku tak berapa pndai nak bandingkan dia.

Aku lahirkan anak anak aku secara czer. Yang last ni aku dah ikat. Sebab doc kata bahaya untuk rahim aku. Yang bongsu ni umur 2 tahun. Comel sangattt, hihi aku sayang anak anak aku.

Tapi sejak kebelakangan ni suami aku pelik, dia tak berapa hiraukan aku. Mungkin penat sebab madu aku tengah pregnant. Tapi aku perlukan perhatian jugak. Asyik pergi umah sana je.

Anak anak aku tanya, “ummi! Abiy mana?”. Apa aku nak jawab? Aku kata, _abiy keje dengan mommy kat luar”. Anak anak aku memang kenal madu aku ni. Aku sedih, bila mana madu aku upload gambar sweet sweet dengan husband aku. Seronok aku tengok, tapi airmata aku jatuh.

Aku sedih. Aku rindukan suami aku yang dulu. Yang selalu ada dengan aku. Mana dia pergi? Kalau sape sape jumpa, bagitau dia. Aku rindu ni. Hmm “Dulu abang cakap takkan duakan…”

Dulu aku ingat lagi, aku kawen ngan dia, motor je ada. Dari kena brhenti keje sampai dah ada keje sampai dulu takde business sekarang dah ada business sndiri.

Aku senyum je ingat balik kenangan kita semua. Abiy ingat tak agak agak nya ye? Ye, madu aku sama. Pakai niqab. Budak Universiti. Aku tahu dia baik. Tapi hati aku ni kenapa tak baik baik. Hmm aku cuba redho. Allah kuatkan aku

Aku ingat lagi, dulu abang kata abang takkan dua kan saya. Abang akan sayangkan saya sampai bila bila. Tapi lepas saya ikat dan tak dapat mengandung abang tak nak saya dah ke?.

Abang tahukan, saya perlukan suami disisi saya, saya tahu abang mungkin dah lupakan saya. Abang pun jarang balik dan jenguk anak anak. Hmm.. Harini anniversary kita, abang tak wish pun. Syang tengok kat FB abang, abang upload pergi makan dengan dia. Happy nya abang.

Hmm takpe lah. Mungkin abang terlupa, mana tahu kejap lagi abang balik surprise kan syang kan? hihi tak sabar nya. Abang.. Ingat lagi tak, dulu kita naik motor sama sama sampai anak 2 orang, berpanas berhujan. Kita redah je. Abang ingat tak yang dulu kita pergi zoo bawak anak anak, kita amek gambar sama sama.

Abang ingat tak? Yang kita gelak kan Iman sebab dia kena kejar monkey tu. Lawak kan abang? Mana abang dulu? Sayang rindukan abang yang dlu. Kalau ada sesiapa jumpa suami saya, suruh lah dia balik. Saya rindu ni.

Ingat tak dulu, tiap kali abang demam, abang mintak nak bubur sayang masak. Sedap kata abang. Kalau abang tak sihat, abang balik lah. Sayang masakkan lagi untuk abang. Abang makan banyak banyak tau. Biar gemok hihi

Abang.. Sayang rindu ni.. Raya pun abang raya dengan dia. Sayang tak marah, sayang cuma rindu. Sayang tahu, abang selalu marah kat sayang sebab sayang suka bebel. Sayang selalu merajuk. Sayang suka nangis. Sayang janji tak buat dah..

Abang balik lah. Sayang kesian tengok anak anak. Sayang sedih tengok anak anak tnye abang. Baju raya abang pun tak sempat abang pakai lagi. Masih tergantung dalam almari tu.. hmm

Kalau abang dah tak marah, abang balik tau.. Kalau Intan ada baca ni, suruh lah abang balik Intan. Kakak rindu. Anak anak rindu… Kakak tak marah intan dan abang. Kalau ada yang jumpa suami aku, suruh dia balik. Kami tunggu.. Istri mu yang merindui. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih

Leave a Reply