Harap2 ‘telur’ yang keluar baik2 dan cantik2–Siti Elizad teruskan raw4tan IVF

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Umum sedia maklum bahawa pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin sememangnya sedang berusaha untuk menperoleh cahaya mata sendiri.

Oleh itu, dia telah melakukan rawatan ujian perseny4waan in vitro (IVF) sejak awal tahun lagi dan sering berkongsi perjalanan proses tersebut yang memakan masa agak lama.

Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik gambarnya yang berada di atas katil rawatan beserta kapsyen meminta orang ramai mendoakan kesejahteraanya dalam meneruskan rawatan.

Menurut Elizad, dia telah berpuasa dari malam sebelumnya bagi meneruskan proses selain perlu ditidurkan dahulu sebelum rawatan dilakukan.

“Pagi ni ‘egg pick up’ bersama Dr Azlin & team. Nebesss kemain, dengan rasa lapar ( puasa dari malam tadi).
“Harap-harap ‘telor’ keluar semua yg baik-baik & cantik-cantik . Moga dipermudahkan. Doakan saya ya. Saya ‘tido’ dulu. Nak bius dah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu turut berdoa agar urusan untuk mendapatkan zuriat dari rahimnya sendiri termakbul.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mendoakan agar urusan penyampai radio Sinar FM itu dipermudahkan serta mendapat zuriat yang diimpikan selama ini.

Leave a Reply