Hari tu aku nekad nk intip.Mlm tu juga aku tarik ibu masuk stor tanpa dia tahu.Setelah selidik aku dgn ibu menangis. Sedih tak tahu nak cakap apa.

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Berikut adalah antara c0nfession paling best setakat ini,pasti ramai pembaca yg akan menangis. Seorang kakak telah membuat satu luahan hatinya tentang kisah adiknya.Luahan ini boleh dikatakan antara kisah terbaik pernah disiarkan dan pasti ramai pembaca mengalirkan air mata.Jom kit abaca kisahnya.

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yg aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yg kedua (kakngah). Atas aku Abang long, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abang long tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena dem4m panas ketika umur 7 tahun. Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat. Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dgn Ijat. Beza umur aku dgn Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abang long, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yg lain jauh sikit jarak umur dgn kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup-cukup sahaja. Yelah, ayah aku sorang je yg bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dgn anak yg masih kecik-kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yg bekerja sebagai pembuat batu nisan. Haaa, sc4ry tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu n1san beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada.

Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berd0sa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang men1nggal setiap hari, dgn harapan nanti banyak tempahan batu n1san ayah aku. Tapi seri0usly, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Hahaha

Back to the story, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah bla bla bla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena mild str0ke. Hampir separuh badan ayah lemah especially tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba. Dgn keadaan ayah yg perlukan rawatan yg agak mahal, duit saving ayah yg ayah kumpul untuk anak-anak terpaksa kami gunakan.

Dgn ubat-ubatannya, hantar fisi0terapi, hantar berurut secara tradisonal lagi. Makin lama, duit ayah makin surut, makin susah dan mencabar hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yg tiba-tiba berubah.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputusan UPSR yg sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat sorang je dapat 5A dalam sekolah tu. Maka excitedlah para guru memohon sekolah SBP/MRSM untuk Ijat. Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dgn keadaan keluarga kami yg sedang dilanda ujian tu, kami buntu.

Ijat pon faham dan tak berharap pon. Lagipon dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah. Tapi,bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus m4rah. Ayah cakap takpe, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat diam.

Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingakatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yg bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat diam. Aku dgn ibu lah yg terlebih excited. Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mahal ye yuran nak masuk sekolah budak pandai-pandai ni.

Hahaha.Yuran makan, yuran asrama,yuran kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dgn aku dah termenung. Ijat diam. Aku tahu Ijat teringin sangat-sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap. Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang kadang aku pon tak tahu dia pergi mana. Tahu-tahu dah lesap. Nanti petang baru nampak muka. Lama-lama aku pelik, mana perginya budak Ijat ni. Jengjengjeng.

Satu hari aku pon nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, hanger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga. Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni kakngah.

Ni semua Ijat kutip kat tempat sampah belakang lombong tu” Allahuakbar, menitik-nitik air mata aku. “Kakngah jangan risau, tadi Ijat nampak ada orang buang beg troli yg ada roda besar tau (luggage), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat malu sebab pakcik yg buang beg tu cam tengok-tengok Ijat. Esok kakngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”. Waktu tu, aku macam nak meraung dah. Tapi tengok mata Ijat yg bersinar-sinar excited tunjuk hasil tangkapan dan persiapan dia nak ke SBP, aku tahan.

Malam tu, aku tarik ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menangis bersama-sama malam tu.Sedih yg tak tahu nak cakap. Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nangis, sedih woii. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dgn Ijat dah menapak ke “shopping mall’ kitorang takut orang lain nampak kitorang sebat luggage tu. Check punya check, roda ok, penarik pon ok,Cuma koyak sikit kain luggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jahit yg koyak-koyak tu, pastu aku cover dgn perca-perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit. Sebak aku tengok muka Ijat yg senyum melebar macam nak koyak mulut dia, punya happy ada beg roda.

Hari untuk mendaftar pon tiba. Haritu, aku je yg teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik. Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sekolah baru IJat. Dgn semangat penuh di dada, Ijat tarik luggage dia, aku tukang bawak baldi yg aku dah hias cantik-cantik area retak tu.

Dalam baldi, ada biskut kering dgn Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lapar di asrama. Sabun mandi, shampoo pon bawak yg ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak-budak nak mendaftar dah ni. Semua kemas-kemas belaka, ahli kelaurga pon macam satu kampong datang nak menghantar. Aku dgn Ijat masih cool. Pendaftaran kami smooth je.Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bayar semua tu.

Tapi, sampai je koperasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan bayar. Terbeliak mata aku, RM50 lagi koperasi mintak. Aku dah cuak, nak nego pon aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal-awal macam dalam surat tawaran tu. Duit aku pon cukup-cukup untuk naik bas balik rumah je ni. Ijat tarik aku ketepi, “kakngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap.Ijat diam. Yelah,umur aku pon 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang-bincang dgn sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la. Aku pergi tandas, aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa.

Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pon cerita la. Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pulak bawak aku jumpa wartawan Utusan Malaysia yg kebetulan tengah ambik-ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat. Tak memasal aku dgn Ijat kena interview dgn wartawan. Luggage dan baldi Ijat pon wartawan tu ambil gambar.

Tak sampai setengah jam, pengetua pon datang pulang balik duit yuran yg kami dah bayar. Dia cakap, semua yuran Ijat ditanggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Menangis la aku dgn Ijat berpeluk-pelukan depan ramai orang tu. Esoknya, muka Ijat dgn aku terpampang dalam Utusan Malaysia. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yg datang dari merata tempat.Semuanya nak membantu.

Terima kasih Allah. Alhamdulillah, dah 12 tahun kisah ni terjadi. Ijat pon dah nak dekat final year medic kat Ireland. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dgn cemerlang dan menjadi d0ktor yg ikhlas membantu pes4kit krn Allah. Kakngah sayg sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yg pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi doktor.– Kakngah via iium

Kisah ini mendapat pelbagai reaksi warganet yg rata-ratanya amat tersentuh dgn perkongsian tersebut.Antaranya

Mohd mazlan – Kisah peng0rbanan ahli keluarga/ orang tua yg sanggup berk0rban walau apa saja demi memastikan anak-anak dan ahli keluarga dapat menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi seterusnya mencapai impian dan cita-cita. Hargailah pengorbanan yg tidak ternilai ini.

Norman halustran – Sedihnya cerita ni. Kisah pasal Ijat. Keluarga miskin, tapi dia cemerlang dapat 0ffer ke SBP. Dia cari barangan utk ke asrama dgn selongkar tempat pembuangan sampah. Di situ la dia shopping utk luggage, baldi, kasut sukan. Dia tak nak susahkan org tuanya.

Mazz maz – Sedih sangat dngr cerita berdua ni, mengalir air mata, saya pun ada pengalaman MCM ni juga suatu ketika dulu. Masa anak saya masuk MRSM dulu, tp apa pun kita bercerita benar apa yg kita alami, pihak MRSM tanggung segalanya, sehinggalah habis tingkatan, 5, dan masuk Metrikulasi d bantu lagi.. Alhamdulillah.

Kisah Ijat ni tak dpt byk like, dan tiada k0men langsung. Tapi, kisahnya sungguh menyayat hati. Kini Ijat sudah menjadi seorang doktor. mata abam masuk habuk, sbb abam pernah rasa kesusahan org miskin masuk SBP mcm mana.

Abdullah omar – Cerita yg menyanyat hati.. sedih pilu terasa dihati.. suka duka meratap jiwa.. dari ketabahan sedia menanti.. berkat kesabaran seiklas dibawa.. hanya Allah yg maha Esa.. berkat insan yg begitu mulia..dari Allah yg maha kuasa..anugerahi insan mercapai cita2.. Amiin.

Hayati yati – Sedih sangat baca kisah adik …susuh dahulu senang kemudian…. Alhamdulillah berkat kesabaran adik sekeluarga ..akhirnya Allah permudahkan semuanya..tahniah adik ijat semoga terus berjaya menjadi anak yg baiik untuk keluarga Aaminn.Sumber IIUM.Apa Kata Anda.M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply