Hidup sy mcm Zombie, sy hormat suami krn dia org yg berpengaruh dlm masyarakat, dan sy sering berhati-hati utk elak melakukan kesilapan. Akhirnya sy terperangkap jua

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Kita sering mendengar dan terbaca kisah-kisah wanita dider4 secara fizikal dan mental di mana-mana dalam rumahtangga. Tak kira bangsa dan agama. Jujur, pernah tak terdetik dalam hati para pembaca sekalian, betapa bod0hnya wanita-wanita ini kerana membiarkan diri terus-menerus hidup dalam penyeksaan bersama anak-anak?

Mesti pernah kan? Pernah tak para pembaca melontarkan komen-komen nasihat menggesa wanita-wanita mal4ng ini untuk minta cerai, mesti pernah kan? Para pembaca, words will never be louder than action. Little that people know, that getting away from it, is not an easy as you think, especially when you are dealing with a narcisisists.

Nama saya Aminah Abidin, mestilah bukan nama sebenar. Sudah masuk usia 4 series, punya 5 orang anak, pernah mendirikan rumahtangga yg bertahan selama sedekad. Saya berkelulusan Sarjana luar negara, pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia, bergaji besar, hidup sangat berdikari sebelum terperangkap dalam rumahtangga from h3ll.

Saya berhenti kerja kerana bekas suami mengajak saya berpindah ke negeri lain untuk mengembangkan perniagaannya. Bekas suami pun, berkemampuan untuk menanggung saya, dan dia pun mengajak saya bersama menjalankan perniagaannya.

Penghijrahan tu, memulakan titik tolak pender4an yg berlaku pada diri saya. Di mana silapnya? Saya tidak faham hingga sekarang. Saya kerap dimarah, ditengking, dim4ki dan dih4mun, untuk kesalahan yg sangat remeh. Contohnya, cara saya potong labu kuning tak sama dgn cara yg dia biasa potong.

Saya bukan kaki lawan, saya bukan kaki h4mun. Saya pernah diteraj4ng hanya kerana bertanyakan kenapa dia tidur lewat, padahal pertanyaan tidaklah lain hanya rasa ambil berat. Biasanya saya hanya akan mendiamkan diri sekiranya dimarah.

Pada ketika itu, saya sungguh hormat pada suami kerana dia adalah orang yg berpengaruh dalam masyarakat, dan saya sering mengingatkan pada diri, untuk terus mengelakkan melakukan kesilapan, try to be near perfect in everything that I do. Hidup saya macam Zombie.

Saya takkan bercerita panjang tentang pender4an yg saya hadapi, itu sudah tersasar dari tujuan penulisan saya. Saya hanya ingin berkongsi apa yg para pembaca boleh lakukan sekiranya berada di dalam abusive marriage, dan apa anda perlu fikir sekiranya terbaca tentangnya.

1. Kekuatan dan Perancangan. Kekuatan itu perlu, tapi kekuatan sahaja takkan membawa anda ke mana-mana. Sekiranya berdepan dgn abusive marriage dan anda ingin keluar daripadanya, anda perlu ada PLAN! Bak kata pepatah English, “fail to plan is plan to fail”.

Aturkan langkah pertama yg anda hendak buat. Sekiranya dipukul, wajiblah buat laporan polis. Kalau betul tekad untuk lepaskan diri, jangan sekali-kali tarik balik laporan.

Keputusan sebegini perlukan hati yg bulat, kalau bersegi-segi, janganlah buang masa pihak berkuasa. Suami anda akan direman, mungkin tak lama. Akan dipanggil untuk dibuat pertuduhan, dibicarakan dan dihukum.

Gunakan tempoh sepanjang ketiadaan si Dia, untuk bebaskan diri, seperti pulang ke rumah keluarga, cari rumah lain atau apa sahaja cara yg sesuai dgn situasi anda. Perlu diingatkan, untuk melakukan semua ini, anda perlukan duit. Nak pindah duit, nak cari rumah duit, nak balik rumah keluarga duit, nak mulakan hidup baru duit.

Sebab tu para pembaca, jangan pertikai, kenapa ada yg bertahan duduk dalam perkahwinan sebegini. Salah satunya adalah kebergantungan sumber ekonomi pada suami, isteri tiada income tiada simpanan.

Maka simpanlah nasihat-nasihat dan komen-komnen murni anda, melainkan berniat mahu menghulurkan RM untuk membantu wanita-wanita mal4ng ni. Nasib saya agak baik, kerana saya berjaya menjual rumah yg kami duduki, atas nama saya. Rumah kami pada ketika untuk memang bakal di lelong.

Allah hantarkan seorang hamba Allah yg sanggup membeli rumah kami dan urusannya selesai dalam masa yg sangat singkat. Hasil jualan rumah saya dapat bayar hutang bank, dapat cashback yg mana 70% daripadanya habis saya guna untuk langsai semua hutang.

Pada ketika itu saya fikir, hidup baru saya akan lebih mudah untuk dibina dgn melangsaikan semua hutang. Biar cashless janji debtless. Oh ya, bekas suami saya pun ketika itu, sudah ada rumah lain, yg dia duduki bersama isteri barunya. Jadinya memang dia telah mengabaikan saya dan anak-anak ketika itu.

Tapi saya okay saja, saya lagi suka dia tiada di rumah. Like I wrote earlier, saya takkan elaborate tentang keburukan bekas suami. Jom fokus. Setelah terjual rumah saya, saya dan anak-anak berpindah ke sebuah flat 2 bilik, Dari rumah besar, kami berpindah ke flat. Ketika ini, saya masih dalam proses cer4i.

Saya buka gerai bersama jiran saya, meniaga mee bandung, soto dan mee kari. Alhamdulillah, perniagaan ni dapat bantu perbelanjaan harian saya selama 6 bulan. Mal4ngnya saya terpaksa menyerah, kerana kerap sakit akibat s1hir. Parents saya gesa untuk balik ke kampong di selatan tanah air dan tinggalkan tempat tinggal ketika itu. Saya akur.

Di hometown, saya mulakan balik hidup baru. Berusia 37 tahun ketika itu, dan ada lapse 10 tahun tidak bekerja dgn majikan, agak sukar untuk saya mendapatkan kerja.

Saya setkan target untuk menhantar permohonan kerja sebanyak at least 10 permohonan setiap minggu, dan saya mesti attend interview sekurangnya 3, seminggu. Sekiranya tak achieve goal, saya akan review balik apa kelemahan pada permohonan saya.

Alhamdulillah saya dapat kerja, walaupun gajinya bertaraf gaji fresh grad, saya tetap terima dan bertekad untuk cari as much experience that I can. Dalam masa 3 bulan, saya dinaikkan pangkat sebagai ketua di tempat kerja atas komitmen kerja yg saya berikan. Selepas dinaikkan pangkat, saya pun keluar dari rumah parents dan menyewa sendiri.

That was way back in 2017, Alhamdulillah, kehidupan sekarang sangat baik, Bekas suami memang tidak pernah hulurkan nafkah, berhubung pun tak pernah. Takpelah saya malas nak ambil tahu sebab saya sibuk menguruskan diri dan anak-anak.

2. Cari Kelebihan Dalam Diri. Persoalan yg kita selalu tanya kalau nak berpisah (untuk yg tidak bekerja) – Nak bagi anak makan apa? Anda lebih kenal siapa diri anda.

Carilah kelebihan yg ada dalam diri. Saya pandai memasak, tidaklah handal, tapi Insyaallah yg makan akan minta lagi. Belajarlah kemahiran-kemahiran yg boleh mendatangkan keuntungan seperti menjahit, baking, menggubah dan banyak lagi life skills.

Boleh attend kelas-kelas kemahiran anjuran Kemas dan anjuran masyarakat setempat dgn yuran yg sangat minima. Kena usaha dan research. Sebab tu saya cakap, planning tu penting, bukan main hentam keromo nak cerai.

3. Muhasabah Diri. Ingat tak saya ceritakan yg saya sakit dis1hir? Saya telah kemana-mana untuk berubat. Ketika itu saya seolah tiada semangat hidup, padahal saya telah mendapat kebebasan yg saya nak.

Perut saya membesar, bukan gemuk ya sebab perut saja besar. Akhirnya saya ditemukan dgn seorang guru agama. Dia takde bagi air penawar atau apa-apalah. Dia cuma minta saya pulang ke kampong dan mohon ampun pada ibu dan bapa saya,

Walaupun setahu saya, saya tiada konflik dgn mereka, tapi tanpa saya sedari hati mereka pernah terguris mungkin kerana perbuatan atau percakapan yg saya tidak sengajakan.

Itu sahaja yg diminta buat oleh guru agama tersebut, selebihnya dia minta saya teruskan beramal macam biasa. Memang kehidupan saya lebih baik selepas itu, Saya terus sihat, dan bersemangat. Perut saya surut saya betul-betul rasa sihat!

Masalah kesihatan, masalah rumahtangga, mungkin itulah musibah yg Allah turunkan pada saya atas kekhilafan saya. Perjalanan kehidupan saya lebih smooth, walaupun kewangan masih belum kukuh ketika itu, saya rasa cukup. Alhamdulillah.

Kata Akhir Saya,Para pembaca, anda tidak akan faham kesusahan untuk melepaskan diri dari abusive marriage selagi anda tidak merasainya sendiri. Domestic violence merobekkan segala apa yg ada pada diri seseorang, keyakinan diri, maruah, it bleeds you dry,

Dan wanita yg mal4ng ini akan end up mempercayai yg mereka tidak akan dapat survive tanpa berada di sisi suami yg mender4nya. Saya pernah melaluinya dan saya sangat faham. Percayalah, tiada siapa yg boleh memahami wanita yg dider4 dalam perkahwinan melainkan another battered women.

Oleh itu, berkata baiklah sekiranya anda terjumpa dgn wanita-wanita mal4ng begini. Bantulah mereka, jangan dipertikai mengapa mereka berada dalam perkahwinan itu, bantulah tanpa prejudis. Domestic Violence Survivor, Aminah Abidin (Bukan nama sebenar) via iiumc

Jika anda tahu atau mengesyaki bahawa seseorang adalah mangs4 kegan4san rumah tangga , anda mungkin merasa tidak tahu tentang cara terbaik untuk membantu. Jangan biarkan rasa takut mengatakan sesuatu yang salah menghalang anda daripada menjangkau.

Menunggu kata-kata yang sempurna dapat menghalang anda merebut peluang untuk mengubah kehidupan. Dunia untuk banyak mangs4 pender4an domestik boleh kesepian, terisolasi, dan penuh dengan ketakvtan.

Kadang-kadang menjangkau dan membiarkan mereka tahu bahawa anda berada di sana untuk mereka dapat memberikan bantuan yang luar biasa. Jika anda tahu bahawa kegan4san secara aktif berlaku, hubungi 9-1-1 segera. Sekiranya anda mendengar atau melihat penyalahgunaan fizikal, hubungi polis. Polis adalah cara paling berkesan untuk membuang b4haya segera kepada mangs4 dan anak-anaknya.

Tiada situasi di mana kanak-kanak harus ditinggalkan dalam keadaan gan4s. Lakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan keselamatan mereka, walaupun ia bermaksud menentang kehendak kawan mangs4 atau kehendak penyalahguna. Dalam keadaan aktif yang gan4s, memanggil perkhidmatan perlindungan kanak-kanak bukan masalah, ia adalah sebahagian daripada penyelesaian.

Bantu mangs4 mencipta pelan keselamatan yang boleh diambil tindakan jika kegan4san berlaku lagi atau jika dia memutuskan untuk meninggalkan keadaan. Hanya latihan membuat rancangan boleh membantu dia memvisualisasikan langkah-langkah yang perlu diambil dan menyediakannya secara psikologi untuk melakukannya.

Kerana mangs4 yang meningglkan rakan-rakan mereka yang kekerasan berada pada risiko 75 peratus lebih besar dibunuh oleh penderit4 mereka daripada mereka yang tinggal, sangat penting bagi mangs4 untuk mempunyai pelan keselamatan yang diperibadikan sebelum krisis berlaku atau sebelum mereka memutuskan untuk pergi.

Semoga tips di ats dapat mbantu mangs4 pender4an di sekeliling kita. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Sayg korang semua!

Leave a Reply