“Ingatkan Till Jannah, rupanya Until Jahan4m”..Ustazah ni ustazah tau patut nasihatkan anak jgn smpai bcer4i tp lain pula yg jadi kat aku bila dpt mertua x serupa gelaran

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan, jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.

Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.

Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.

Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.

Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan, semua perkara yang saya buat salah. “Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami isteri,” kata saya pada suami.

“Kita kena taat pada mak,” balas suami ringkas dan beredar. Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan tuduh saya manja lagi.

Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu nak bawa saya ke klinik.

Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya ddan suami dah macam panas sebab doktor kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).

Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.

Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu akan membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).

Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa dengan suami.

Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.

Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.

Akhirnya dia menghantar mesej mencer4ikan saya sebab katanya saya yang mendesak dia untuk mencer4ikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.

Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua barang-barang saya.

Suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk.

Sebelum dia meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja. Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cer4i pun buat main-main.

Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan anaknya jangan sampai bercer4i. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya mencer4ikan saya sebab saya tidak mendengar katanya.

Tiada sesiapa yang nak iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.

Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh, ada yang boleh dibantah.

Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada saya. Bagus.

Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.

Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat, tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.

Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.

Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri. That’s why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka. – Lydia | PIXEL MEDIA

Ini pula kisah kedua yg lebih mendebarkan. Ibu mertua aku ini nampak baik je tapi yang peliknya dia suka sangat mengumpat menantu-menantu dia

Bismillah. Ramai yang berkongsikan kisah ‘buruk’ bila berdepan dengan ibu mertua. Aku faham sangat, almaklumlah, baru berkahwinkan.

Tak apa, Aku nak kongsi serba sedikit macam mana aku buat dengan ibu mertua aku sendiri. Fikiran perempuan sangat compIicated, tapi kita boleh tune jadi lebih baik. Sila hadam ya masing – masing.

Aku Nazha, berumur 35 tahun dan baru kahwin 4 tahun. Maknanya aku berumahtangga umur 31. Terus terang aku katakan, masa baru – baru kahwin, aku menyampah sangat dengan mak mertua aku.

Mak mertua aku ni kerja dia mengumpat je. Apa yang dia nampak semua tak betul. Apa yang orang masak semua tak sedap. Dia aje yang masak sedap.

Aku ni pulak kerja kat International firm. Tau – tau lah, satu dunia ada kat ofis aku. Meraikan pelbagai budaya, pelbagai bangsa. Officemate aku India membesar kat London, Afrika membesar kat Amerika, Malaysia membesar dekat New Zealand, Chinese membesar dekat Canada, American, Australian dan macam – macam lagiIah.

Susah nak dengar diorang ni mengumpat dan memperkatakan perihal orang lain. Kami lebih berborak kepada isu – isu semasa dan hal ilmiah. Jadinya, aku dah terikut dengan sikap kawan – kawan aku ni. Malas nak ambil pusing pasal orang.

Dijadikan cerita, aku pun menamatkan zaman bujang. Aku masa mula – mula, dalam setahun lebih kurang, perasaan aku macam tak senang kalau jumpa mak mertua aku.

Mengumpat je kerja dia. Menantu – menantu dia semua diumpatnya. Semak sangat kepala aku. Mak mertua aku ni baik, tapi ntah la, semua tak betul dekat mata dia.

Aku sampai nak elak – elak jumpa dia. Benci sangat sebab dia menjadikan aku bersubahat, untuk kongsi d0sa dengan dia.

Kemudian, entah macam mana, dari perangai g1Ia – g1Ia, aku sikit-sikit berubah. Aku suka dengar radio IKIM Fm. Yelah, dah tua kan? Takkanlah nak masih macam dulu lagi.

Banyak perkongsian menarik kat siaran radio tu. Antaranya dari Prof. Dr. Muhaya. Masa slot dia, ramai sangat pemanggil – pemanggil wanita (isteri) yang mengadu pasal suami masing – masing.

Sekali lagi, apa yang Prof. Muhaya tekankan ialah, ‘Tengok balik diri sendiri dulu, perbetulkan diri sendiri dulu dan bersyukur mak mertua didik suami macam mana’. Aku masa mula – mula dengar macam belum boleh hadam sangat.

Bila aku meniti alam rumahtangga aku, suami aku sangat – sangat bertoleransi, memahami dan suka tolong aku.

Sedetik aku berfikir, syukur sangat mak mertua aku dapat mendidik suami aku sebaik – baiknya. Jadi, bila aku fikir balik sikap suami aku, aku bersyukur dan teringatkan mak mertua aku. Ok apa yang aku buat untuk menjadi menantu yang baik:

Kalau mak mertua aku mengumpat orang semua tak betul, sebagai menantu korang boleh respon “oh ..iya mak” atau ‘Ooo..camtu ke mak?”. Respon jangan mengiyakan jangan menidakkan. Jadi senatural yang boleh. Mungkin Mak mentua tu sunyi, dia nak bercerita. Korang kat sini bertindak sebagai pendengar dan jangan terbawak dalam kehidupan korang pasal cerita – cerita dia. Dengar situ, habis situ.

Kalau mak mertua korang kata, dialah masak paling sedap, korang kena setuju je dan tambah “paling sedap dalam dunia”. Tundukkan eg0, walaupun ko seorang chef sekalipun. Puji mak mertua bagi meIambung sikit, InshaAllah bila hati dia berbunga, dia pun gembira.

Mak mertua aku pernah suap pudding manis kat baby aku. Aku tak marah, sebab dia orang tua. Aku cakap tak apa, aku suap. Depan dia, aku suap sikit – sikit je.

Bila dia ke dapur, aku yang ngap pudding tu. Bila dia ke depan balik, aku cakap baby aku suka sangat pudding mak buat. Padahal aku yang makan. Aku tak nak la keruhkan mood dia, masak pudding untuk baby aku, tapi aku tak bagi. Jadi, aku ambil jalan seIamat supaya dia tak kecik hati.

Mak mentua aku pernah tegur aku depan orang ramai. Siap menjerit kau! Sedih sangat, sampai nak menitik air mata aku. Makan hati jugak 2, 3 hari tapi lepastu aku OK. Aku fikir, semua tu untuk kebaikan aku. Dah tak payah ingat – ingat, so tak adalah kecil – kecil hati.

Kalau mak mertua korang masak, tapi ko tak tau nak tolong apa, ko pergi je dapur. Buat – buat tanya walaupun benda bod0h. Contoh ‘ Oh! Macam ni ke pot0ng sayur ni mak?

Saya suka pot0ng bulat – bulat. Ataupun “ Wah! Cantik pinggan mak”. “ Eh! Mak baru beli ke periuk ni?” atau ‘Oh! Masukkan santan kemudian ya mak?”

Ko ajak je mak mentua korang berborak. Macam mak mertua aku, kalau tunjuk muka kat dapur pun jadilah. Borak – borak dengan dia walau tak tau nak buat apa. Tunjuk macam korang ambil berat pasal apa yang terjadi kat dapur.

Setakat ni, ini je yang aku teringat. Kalau ada lebih, nanti aku tulis lagi. 3 tahun kahwin, baru ada anak. Alhamdulillah, aku berterima kasih sangat kat mak mertua aku sebab jaga aku masa pant4ng. Makanan pant4ng yang dia sediakan memang tahap 5 star.

Bukan makanan pant4ng yang biasa dan boring – boring tu. Ternyata mak mertua aku memang the best chef. Dia jaga anak aku, cucu dia dengan penuh kasih sayang.

Kalian, tolong ingat ya, Mak Mertua ibarat mak kita sendiri. Sanggup ke korang ngump4t – ngump4t dia, s4kit hati dengan dia lama – lama, benci dengan dia? Sudah – sudahlah.

Pahala mentaati dia sama dengan mentaati mak sendiri ya? Jadi, apa lagi? Kita cubalah ubah diri jadi lebih baik. Sekarang aku lah best friend Mak mertua aku. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply