“Isteri tak guna.Baik kau mmpus je alang2 dah s4kit tu”.Tapi setelah tahu hal sebenar,ego aku runtuh,luluh tgk keadaan isteri sedang naz4k. Aku menyesal menjadi suami yg terlampau ego

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu. Kisah aku ni panjang sikit so siapa yg pemalas nak baca boleh scroll laju laju. Dan makcik bawang yg tahu mengkr1tik je pun bolehlah scroll laju laju ek.

Permulaan bicara, nama aku Azman, seorang suami yg ego. Ego hingga aku kehilangan seorang wanita bergelar isteri. Aku dulunya seorang pemuda kampung. Berkenalan melalui FB dgn isteriku. Aku tidak tahu isteriku seorang anak orang berada.

Pertama kali dia mengajak aku ke rumah orang tuanya, aku terpempam. Pertama kali melangkah ke rumah atau selayaknya dipanggil istana, aku cuak. Cuak bila berhadapan dgn ibu bapanya. Namun alhamdulillah, mertua aku sangat merendah diri dan menerima aku seadanya.Aku terharu krn mereka sanggup menerima aku. Pemuda kampung yg merupakan anak orang miskin. Aku baru memulakan pekerjaan di sektor awam. Berbekalkan hanya sijil spm, aku hanya layak memegang jawatan pembantu am sahaja.

Manakala isteriku merupakan lulusan master dan kerja dgn gaji berkali ganda jauh lebih tinggi dari aku. Kami telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan anak seramai 4 orang. Hampit semua perbelanjaan rumah ditanggung oleh isteriku krn gajiku kecil.Duit gaji aku hanya digunakan utk aku semata mata. Aku memberi rm600 shj pada ibu dan bapa aku. Manakala utk isteriku aku hanya memberi sebanyak rm50 sebulan krn beranggapan isteriku sudah mempunyai banyak duit.

Isteriku tidak pernah merungut. Urusan yuran sekolah anak, makan pakai, barang dapur, bil bil dan komitmen rumah kereta isteriku tanggung sepenuhnya tanpa pernah mengungkit dan merungut. Rumah yg dibeli oleh isteriku agak selesa.Segenap ruang isteriku memasang penghawa dingin utk keselesaan kami sekeluarga. Aku jadi sombong. Aku tidak betah tidur tanpa aircond waima dirumah ibu bapa aku sendiri. Aku jadi lupa daratan.

Di awal perkahwinan, dia kerapa bercerita pada aku. Balik kerja saja, tak berhenti dia cerita pasal anak, pasal kerja. Tapi aku hanya dengar acuh tak acuh saja. Sampailah di usia perkahwinan kami menjejak tahun ke lapan, isteriku jadi pendiam. Hanya bercerita dgn anak. Aku tidak lagi dengar apa apa cerita darinya. Dan aku merasa amat selesa krn tidak diganggu oleh cerita yg entah apa apa. Aku seorang lelaki yg mempunyai hobi memancing. Setiap kali ada waktu terluang aku akan keluar memancing bersama kawan kawan.

Segala urusan keluarga aku serahkan sepenuhnya pada isteriku. Aku tidak pernah tahu s4kit demam isteri dan anak. Pernah suatu ketika anakku dimasukkan ke h0spital. Bila aku balik memancing, aku dapati tiada orang dirumah. Aku memeriksa telefonku, tiada sebarang panggilan tidak berjawab dan whatsapp dari isteriku. Dan aku, tetap dgn ego dan sombongku. Tidak menelefon dan tidak wh4ts4pp isteriku. Selepas 3 hari, barulah isteri dan anak pulang. Aku bertanya dgn nada kasar

“Kamu kemana? Buat rumah macam hotel. Kalau nak buat perangai macam ni baik kau berambus saja dari rumah ni!!”

Isteriku menoleh, aku perasan muka isteriku pucat, mata bengkak… Dia menjawab

” ini rumah saya”

Ego saya tercabar. Saya mengatakan dia isteri derh4ka. Keluar rumah tanpa kebenaran suami. Dia hanya diam dan membawa anak anak masuk ke bilik. Petang tu barulah saya dapat tahu dari anak bongsu bahawa anak sulong saya telah dimasukkan ke h0spital krn demam panas.

Isteri membawa kesemua anak saya ke h0spital sambil menjaga anak sulong yg s4kit. Dan saya masih ego. Tidak pernah minta maaf. Semenjak hari itu isteri tidak pernah memberitahu apa apa pada saya. Dia hanya buat mengikut kepala sendiri. Pergi kemana mana tanpa meminta kebenaran saya. Dan saya masih sibuk memancing. Yg saya tahu balik rumah makanan harus disediakan. Pernah suatu hari saya balik isteri tidak masak krn sibuk dgn anak anak dan urusan kerja.

Saya mengoyak dokumen kerja yg harus dia hantar pada bosnya hanya krn geram dia tidak menyediakan makanan. Dia hanya bangun, tanpa berkata sepatah pun berlalu masuk bilik. Ego saya tercabar. Saya merentap rambut isteri saya dan mengamuk macam orang gil4. Isteri hanya diam membatu dan kembali masuk bilik anak anak dan mengunci pintu.

Bermula dari hari itu, kami berpis4h tempat tidur. Pada saat ego aku memuncak, aku berpakat dgn kawan kerja wanita utk berlakon menjadi kekasih aku. Dgn harapan isteri aku akan merayu pada aku. Bersujud dan melutut padaku. Aku membawa “kekasihku” ke rumah. Isteriku menyambut kami dgn mesra. Selepas aku memperkenalkan wanita tersebut sebagai “kekasih”ku, aku lihat riak isteriku sedikit berubah. Terkejut. Namun sekejap cuma. Dia kembali ke dapur menyediakan makan mnum utk kami. Dan sangkaanku meleset. Isteriku tetap diam membisu tanpa ada pujuk rayu. Hidupnya hanya bersama anak anak dan aku dibiarkan sepi dgn egoku sendiri.

Sejak 4 bulan sebelum ini, anak anakku sering mengadu ibu mereka tidak sihat. Aku beranggapab isteriku sekadar menyuruh anak memberitahuku semata mata untik dapatkan perhatianku. Aku tetap dgn ego aku tidak mempedulikan isteriku dan sibuk dgn urusan memancing. Sampai di satu ketika, isteriku memanggilku. Setelah hampir 2 bulan kami tidak bercakap. Isteriku meminta aku menjaga anak anak. Krn dia kurang sihat dan tidak mampu menjaga makan pakai anak anakku.

Aku meng4muk lagi krn aku menygka dia akan memujuk aku utk berbaik. Aku menygka isteriku hanya ingin menyusahkan aku.. Aku segera mengemas pakaian anak anak dan menghantar pada keluarga aku. Aku tidak mampu menjaga anak anakku krn aku tidak menguruskan mereka dari mereka kecil.

Sebelum aku keluar dari rumah, sempat aku melemparkan kata kesat buat isteriku yg terlantar atas katil ” jadi isteri tak guna. Jadi ibu pun tak guna. Baik kau mampus je alang alang dah s4kit tu” Dia hanya tersenyum dgn mata berkaca sambil mencium anak anak. Anak anak menangis krn tida mahu berpis4h dgn ibunya. Aku rentap tangan anak anak aku dan menyuruh mereka masuk kereta. Ye, aku masih ego.

5 hari selepas aku duduk dirumah keluargaku, aku membawa anak anakku pulang ke rumah krn semua anakku menangis rindukan ibu mereka. Saat anakku masuk ke bilik ibunya, aku berada diruang tamu dgn egoku. Anakku yg sulong datang padaku dan menangis minta aku membawa ibunya ke h0spital. Aku segera masuk ke bilik dan melihatku isteriku terbaring dgn muka yg pucat. Berbotol botol ubat yg aku tidak tahu utk apa ada di atas katilnya. Dan yg paling membuat aku terkejut, kepala isteriku botak. Ya botak.

Selepas kami bercer4i tempat tidur, tidak pernah aku lihat kepala isteriku. Aku segera mendukung isteriku dan membawanya ke unit kecem4san h0spital terdekat. Anehnya, apabila sampai sahaja aku kesana, dktor disana seolah olah dah lama mengenali isteriku

“Ya allah Aina. Cepat call dr rosnani, bagtahu dia Aina kritik4l ” jerit salah sorang dokt0r disitu. Aku bertanya, macam mana dokt0r kenal isteri saya? Dia hanya menjawab, biar kami selamatkn isteri encik dulu, nanti sy jelaskan. Encik sila tunggu di luar. Hampir 5 jam aku menunggu. Dokt0r keluar dan mengatakan ” maafkan saya encik, keadaan isteri encik sangat kritik4l. Kami tidak mampu berbuat apa apa krn lambat bawa ke h0spital. Sel k4nser dah merebak pada otak dan menyerang organ dalaman. Kita sama sama berdoa moga ada keajaiban”

Saat tu aku merasa seluruh isi dunia menghempap aku. Dr rosnani memanggil aku ke bilik kaunseling. Dia menceritakan bahawa isteriku telah disahkan mengidap b4rah otak pada 6 bulan lepas. Pada awalnya isteriku menjalani rawatan seperti ditetapkan jadual. Isteriku bersemangat utk pulih pada awalnya. Namun, pada pusingan kimoterapi yg ketiga, isteriku tidak datang lagi ke h0spital. Setelah selesai perbincangan dgn dr rosnani, aku kembali ke tempat isteriku.

Luluh hatiku melihat tubuhnya berselirat dgn wayar. Saat itu ego aku runtuh. Hilang sekelip mata. Aku menangis sungguh sungguh tanpa perasaan malu pada mata mata yg melihat. Namun isteriku tetap kaku. Aku menangis memohon maaf. Isteriku dalam keadaan koma sepenuhnya. Dokt0r tidak mampu berbuat apa2 krn saraf otak isteriku lumpuh sepenuhnya. Hatinya sudah tidak berfungsi. Buah pinggangnya juga telah rosak.

Dokt0r menempatkan isteriku di bilik khas. Kami diberi peluang utk bersama isteriku. Aku malu dgn keluarga mertuaku. Bila ayah mertuaku tanya bila isteriku mula s4kit, kenapa mereka tidak diberitahu, k4nser ape dan macam macam soalan, aku hanya mampu diam.

Rupanya isteriku tidak pernah menceritakan s4kitnya pada siapa siapa. Dia hanya menanggung seorang diri. Aibku juga tidak diceritakan pada keluarganya. Pada anak anak dia tidak pernah burukkan aku. Saat itu aku sungguh sungguh berdoa moga ada keajaiban.

Namun setelah 34 jam isteriku bertarung nyawa, Allah telah menjemput isteriku. Aku meraung sekuat hati. Namun tiada apa yg mampu berubah. Selepas seminggu pemergian isteriku, aku kembali ke rumah kami. Aku mengemas barang peninggalan isteriku. Dan aku terjumpa diari isteriku. Saat aku membaca diari tersebut, tahulah aku.. Isteri aku terlalu kecewa dgn sikap aku. Terlalu sedih dgn hidupnya. Isteriku tidak punya kawan. Segalanya diluahkan dgn menulis diari.

Dia tidak mahu bercerita tentang perlakuan buruk aku pada keluarganya krn tidak mahu dipandang serong oleh keluarganya. Sungguh aku menyesal menjadi manusia ego. Kepada suami diluar sana, hargailah isterimu. Sanjungi mereka. Saygi mereka selayaknya.

Doakan aku kuat menjaga anak anakku. Baru ku tahu betapa sukarnya menguruskan sebuah keluarga tanpa isteri disisi. Damailah di sana kekasih ,bidadari syurga hatiku..Maafkan abg syg. pa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih

Leave a Reply