Kak Long dah 18 tahun kahwin tp xpernah sekali beraya di rumah mak, satu hari kak long wasap mak nak jumpa, tiba2 mak pesan tlg beritahu kak long ‘sesuatu’ yg buat semua anaknya terkejut

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum. Maaf kalau kisah yg saya nak cerita ini akan menyinggungkan mana-mana pihak. Kisah ini terjadi dalam keluarga saya sendiri, terjadi pada kakak sulung.

Kakak aku telah berkahwin selama 18 tahun. Dia kini tinggal di rumah keluarga mertuanya sejak dia berkahwin. Sehingga sekarang, dia tidak pernah beraya bersama kami sama ada raya puasa mahupun raya haji.

Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ini mak masih mampu bersabar sekian lama. Katanya tidak mahu bising sebab tidak mahu kakak dan suaminya bertengkar. Tetapi Allah sedang

Setelah 18 tahun memendam rasa kecewa dan kesabaran sudah tiba di penghujungnya, mak luahkan segala kekecewaan pada kakak melalui WhatsApp. Kakak hanya membaca mesej tersebut tetapi tidak memberikan sebarang jawapan balas.

Aku tahu mak tidak mampu lagi menahan kekecewaan dan mak sudah kehabisan kata-kata apabila soalan yg sama sering diaju pada mak setiap kali tibanya hari raya. Orang di sekeliling akan bertanya, kenapa dan mengapa begitu, kenapa kakak tak balik, ada selisih faham ke?

Kalau orang tidak tahu, merka akan menganggap mak yg buat masalah sehingga membuatkan kakak enggan balik beraya. Hakikatnya tidak. Setiap kali kakak bersalin, mak akan pergi melawatnya. Kakak kata nak buat perniagaan, aku dan mak belikan barang permulaan perniagaan untuk dia. Semua kami lakukan sebab kami sayg pada kakak.

Kakak memang tinggal bersama mertuanya. Adik beradik suaminya memang kerap balik ke kampung. Seminggu sekali mereka akan balik ke kampung mereka. Tetapi apabila kakak balik ke Kuala Lumpur, dia akan terus ke rumah ipar-iparnya walaupun mereka selalu berjumpa.

Kakak hanya akan datang ke rumah mak pada sebelah malam dan balik pada awal pagi atau tengah hari. Bila hari raya, kakak akan pulang pada tengah raya atau hujung raya. Itu pun hanya semalam sahaja. Datang dalam jam 10 malam, siang jam 10 pagi atau 2 petang dah balik.

“Kakak balik tengok mak, seperti orang makan kenduri atau melawat kawan saja. Tiap kali nak balik rumah mak, kakak akan bagi alasan duit tak ada, suami sibuk. Tetapi bila ke rumah ipar-iparnya, tak ada masalah pula,” luah mak.

Bukannya kami tak tahu kakak selalu ke rumah ipar-iparnya. Tetapi kakak tidak pernah singgah rumah mak walaupun jarak rumah ipar-ipar ke rumah mak sangatlah dekat. Mak tahu semuanya tetapi mak pendamkan rasa kecewanya sebab tak nak kakak bertengkar dgn suaminya.

Teringat peristiwa tahun lalu bila kakak sms mak kata nak datang ke rumah. Allah, semangat terus mak start enjin kereta beli barang masak. Mak masak banyak lauk pauk, gembiranya seorang ibu bila anaknya mahu balik.

Tetapi tiba-tiba kakak beritahu yg dia tak jadi datang. Mak menangis dan tak bercakap dua hari. Sedih sangat-sangat tengok mak pada masa itu. Tetapi mak masih bersabar.

Tetapi raya kali ini, mak mungkin tewas dgn kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila mendapat tahu kakak balik ke sini tetapi terus ke rumah ipar-iparnya. Itu pun aku yg ternampak di Instagram iparnya yg kakak ada di sini.

Bila aku tanya kakak sama ada dia ada di sini atau sebaliknya, baru dia kata dia ada di sini. Aku rasa, kalau tak ditanya, mungkin kakak akan terus balik ke rumah dia seperti kebiasaannya.

Masa ini Allah menguji mak. Mak sudah terusik sangat-sangat lalu menghantar mesej melalui WhatsApp pada kakak. Mak luahkan kekecewaannya pada kakak. Namun kakak tetap tidak membalasnya.

Keesokannya kakak mesej kata nak jumpa mak tetapi mak tak balas dan terus padamkan telefon bimbit. Kemudian mak call aku dan minta aku sampaikan pada kakak.

“Beritahu kakak, anggap saja mak sudah tiada, tak perlu datang tengok mak kalau hanya sekadar datang makan kenduri,” katanya sambil menangis sebelum menamatkan panggilan.

Aku menangis, aku tahu mak kecewa krn sudah 18 tahun lamanya dia memendam. Aku tahu mak mampu bersabar lagi tetapi tekanan dari orang sekeliling yg selalu bertanya tentang kakak.

Kini aku sedang cuba mendamaikan mak dgn kakak tetapi aku tidak tahu nak mulakan dari mana. Aku akan cuba juga. Tetapi di satu sudut lain, mak mungkin berjaya mendidik kakak menjadi seorang isteri yg taat pada suami walaupun aku tahu jauh di hati kakak, dia pun kecewa dgn keadaan yg berlaku tetapi dia tidak mampu bersuara.

Aku harap, kisah kakak aku ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk semua anak dan menantu. Kepada para suami, jika kamu benar-benar menganggap mertua itu seperti ibu kam, kamu tidak akan sanggup membuat mertua kamu seperti ini.

Jangan jadikan alasan syurga isteri di kaki kamu sehingga sanggup memperlakukan isteri seperti itu. Jangan jadi suami yg hanya mementingkan diri. Anggaplah mertua itu seperti ibumu, nescaya kamu tidak akan sanggup berbuat seperti itu kepada mertuamu.

Cuba letakkan diri kita di tempat mertua, apa yg kita akan rasa jika anak-anak kita pula buat perkara yg sama pada kita bila mereka sudah berkahwin kelak? Ingat kifarah dari Allah. Kepada para isteri pula, jika kalian melalui situasi yg sama, aku harap kalian bersuaralah.

Memang syurga pada suamimu dan harus taat padanya. Tetapi ingatlah jasa seorang ibu. Tidak salah kamu beranikan diri meluahkan apa yg kamu rasa pada suami. Bukan dgn niat nak menentang suami tetapi dgn niat mahu suami tahu apa yg kita rasa.

Jika kamu hanya berdiam diri, suami akan menganggup kamu bersetuju dgn apa yg berlaku. Meluahkan bukan bermakna kita mahu bersikap kurang ajar. Luahkan isi hati kita dgn cara yg paling lembut pada suami.

Sentiasa berdoa pada Allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suami masih bersikap begitu, jangan berhenti berdoa pada Allah, solat tahajud dan solat hajat pada Allah agar melembutkan hati suami kita.

Kepada para mertua yg mengalami nasib yg sama, aku doakan agar acik semua bersabarlah dgn dugaan Allah ini. Aku yakin, seorang anak tidak akan pernah melupakan ibunya. Cuma mungkin merekaj juga tersepit dgn keadaan. Sentiasa doakan mereka,

Walaupun anak kita sudah tua, seorang ibu tetap meliaht anak itu seperti kanak-kanak. Aku tahu naluri seorang ibu yg sangat rindukan anak dan cucunya. Kalau boleh, seorang ibu mahu meluangkan sepenuh masanya bersama anak dan cucu. Berdoalah krn doa seorang ibu tiada hijabnya.

Doakan aku berjaya menyatukan kembali mak dan kakak. Rajuk seorang ibu tidak akan lama. InshaAllah. Sumber bulletinmedia.

Ini pula kisah ke 2 bertajuk ‘Jaga Hati Ibu Mertua’

Assalamualaikum terima kasih banyak jika post ini disiarkan. Kisah ni saya cerita untuk jadikan tauladan bersama. Biasa kita dengar ibu bapa mertua banyak cerewet dan pelbagai. Namun, sebenarnya ada dikalangan mereka menganggap anak menantunya sama seperti anaknya sendiri.

Saya ada seorang adik lelaki yg sudah berkahwin dan dipersetujui oleh ibu bapa saya sendiri walaupun pada usia agak muda. Alhamdulillah perkahwinan berjalan lancar.

Namun, kehidupan adik lelaki saya bukanlah senang agak sukar dan susah. Orang kata ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tiada terlalu banyak duit untuk menyimpan.

Ayah saya seorang yg tersangat baik hati sejak kahwin bantu bahagian kewangan sampai dah kahwin bantu sehingga berikan kereta walaupun ayah seorang yg tegas kewangan sangat jimat tapi ayah mana tak saygkan anak tetap diberi bantuan yg banyak.

Namun, siapa sangka sebenarnya dahulu selepas kahwin adik diajak oleh adik ipar untuk tinggal jauh drpd mak ayah di terengganu sana. Mak ayah walaupun berat hati namun lepaskan. Walaupun hampir setiap hari risau keadaan adik dekat sana mcmana hidup susah ke senang. Sampai mak pernah menangis teruk bila fikir keadaan mereka . Sebab mak tahu adik susah.

Mak dgn ayah dalam masa yg sama sebenarnya makan hati, terasa, pelik kenapa tak tinggal rumah dulu terus tinggal mak ayah duduk jauh dekat terengganu dgn family mertua. Perasan yg pendam tu kami dekat rumah ni yg rasa.

Pindah disana bukan sebab keperluan kerja namun atas kemahuan isteri. Wahai adik perempuan ipar, kenapa terlalu keras hati untuk tinggal jauh sampai 6 bulan tak balik-balik. Fahamlah lelaki ni tanggungjawab nya lebih pada mak dan ayah dia .

Selepas pujuk Alhamdulillah mereka mahu tinggal dgn mak dan ayah tapi tak sampai sebulan, isterinya minta duduk rumah sewa sendiri dekat kawasan kampung yg sama dan mereka pun pindah. Walaupun ekonomi mereka sangat tidak stabil, ayah bagi walaupun berat hati.

Kerja keras adik kita faham sebab nak bayar rumah sewa mahal-mahal hanya untuk duduk berdua. Apalah salahnya duduk dgn ibu bapa mertua bilik pun banyak keperluan semua ada boleh juga menyimpan. Namun ikut kehendak isteri.

Banyak lagi perkara terjadi namun tak perlu cerita disini. Walaupun saya faham, mungkin adik ipar seorang pemalu. Tapi tolonglah cuba, kita family bukan orang asing lagi.

Kandungan isteri pun semakin sarat, segala perancangan dah dirancang berpantang dgn mak saya dirumah. Mak terlalu excited sampai nak sediakan tilam, mcm-mcm, asyik cerita tentang cucu nanti lari-lari dkat rumah . Seriusly mak ayah kalau cerita tentang cucu mesti gembira.

Kandungan adik ipar dah 7 bulan masa raya haritu. Kemudian adik dgn isteri pun beraya dekat kampung terengganu. Namun, paling terkejut bila balik adik seorang tanpa isteri. Bincang, beritahu, semuanya takda.tiba-tiba hilang balik sorang. Tinggalkan suami balik sorang.

Bila tanya katanya nak berpantang dekat rumah mak sendiri. 4 bulan dekat sana tanpa suami. Mak lagi sekali makan hati seminggu termenung fikir sampai mak tanya ada ke salah mak ke dia. Kenapa layan mak mcm bukan ahli keluarga sendiri. Mak punya kecewa Allah shj y tahu. Ayah pun.

Bila dah kahwin ni dik, melibatkan banyak pihak. Bila dah bincang ada kata sepakat, dah janji janganlah hancurkan mcmtu sahaja. Jangan selfish, ikut sangat kehendak sendiri tanpa fikir orang lain. Apatah lagi buat keputusan dan hilang mcmtu terus. Jagalah hati mak ayah mertua mcm jaga hati mak ayah sendiri.

Banyakkan belajar, hormat suami, beradab dgn suami, dengar cakap suami. Restu suami tu penting. Dan penting jaga hati ibu bapa mertua juga, jagalah keberkatan rumah tangga dgn jaga hubungan dgn orang sekeliling. Saya menulis sebab hati siapa yg tak sedih bila tengok mak ayah sendiri jadi macam ni.

Wallahulam, cuma doa yg baik-baik.– Dayah (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply